Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Thursday, December 6, 2012

Mimpi.....

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh..

Haaaaa.. macam yg dijanjikan.. post tentang mimpi.. mimpi apa ek? mimpi pasal gender baby.. hehe.. since baby refuse to show his/her gender, so kitorang sampai terbawa-bawa dalam mimpi.. mommy mimpi tiga kali tentang gender yg sama.. jalan cerita berbeza, tapi gender shown still sama.. latest, semalam kot daddy cerita dia mimpi baby dah lahir.. same gender macam dalam mimpi2 mommy.. sebelum ni mommy cerita pasal mimpi2 tu kat daddy, dia macam tak nak terima hakikat.. dia seboleh-boleh kata sebaliknya.. hm, what's the gender dalam mimpi tu ek? hehe.. gegirl la.. that's why daddy seboleh-boleh kata bukan mimpi tu selalu terbalik ke.. coz he always wanted a boy.. barang-barang pun banyak biru je.. sampai mommy bosan tengok biru di sana sini.. hehe.. then bila semalam daddy cerita mimpi dia tu, mommy kata, ha.. hari tu orang cakap tak nak caya.. kan dah mimpi.. tu pun still nak argue pasal mimpi terbalik tu.. pastu dia kata baby tu cantik, comel, putih.. mommy kata la, tengokla mommy dia.. hehe.. nak jugak kan.. then daddy kata siap mimpi susu mommy banyak.. Ameen, insyaAllah.. harapan saya moga2 impian saya nak breastfeed baby until 2 years, or at least 1 year-old.. semoga rezeki susu untuk baby melimpah ruah kan? Ameen, Ya Rabbal 'Alameen..   

Hm, cerita pasal breastfeed, saya dah beli breastpump untuk membantu pengeluaran susu.. saya beli medela swing.. nak beli freestyle, daddy kata nanti guna ke.. kan nanti saya nak resign.. so, kalau dah resign, confirm baby akan lebih banyak direct feeding.. so, what's the purpose buying such an expensive breastpump kalau cuma guna sekali-sekala kan? makanya, saya pun amikla swing saja.. agak2 nak double pump, nanti boleh refer youtube cara2nya or just buy the manual one.. ok la tu kan.. harap2 berjayala saya nak breastfeed baby sampai 2 tahun kan? lepas dua tahun boleh bagi baby adik.. hehe.. first baby pun belum lahir dah berangan nak second.. ;p berangan tak salah kan? hehe..

Ok then, insyaAllah, ada usia saya post lagi new entry.. 

Luv,
Adah

Wassalam

Entering 36 Weeks

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh..

Hari ni insyaAllah our little munchkin nak masuk 36 minggu dalam kandungan, means anytime saya boleh deliver.. perasaan saya adalah tak sabar nak jumpa kesayangan kami ni.. daddy dia lagi la.. sejak ada Note II ni kan dia makin giat ber'instagram', so semangat la dia nak upload gambar playpen baby.. mommy yg dari hari tu dok kata nak amik gambar barang baby pun tak terambik lagi.. nantilah, bila mommy dah start cuti.. boleh? hehe.. tinggal next week je pun mommy keje.. tu pun 3 hari je coz Tuesday is public holiday, then the next day tu mommy ada appointment kat KK Kajang.. makin tak sabar dah ni.. especially when works getting haywire.. dah malas dah.. rasa nak quit sekarang jugak.. but I know I have to bear this situation at least until after maternity leave..

Perasaan tak sabar, seronok, risau semua bercampur aduk dalam diri ni.. risau bukan sebab apa, cuma terfikir mampukah mommy pikul tanggungjawab mendidik dan mengasuh zuriat kami yg bakal lahir ni menjadi hamba Allah yg soleh dan solehah? besar sangat rasanya tanggungjawab tu.. memang kerapkali mommy doa supaya Allah bimbing kami dalam mendidik zuriat kami ni menuju ke jalan yg DIA redhai.. Ameen.. nervous, yeah.. of course.. sangat mengharap mommy mampu deliver secara normal.. nak rasa sendiri nikmat sakit bersalin tu.. harap semua selamatla kan.. kadang-kadang terfikir juga, andainya mommy kecundang, mampu tak daddy nak lalui semua tu sorang2.. mampu tak dia didik zuriat kami sehingga menjadi hamba Allah yg patuh, soleh/solehah, yg boleh doakan mommy kat sana nanti sendirian.. dan bila je terfikir ni, mommy harap sangat2 supaya Allah panjangkan usia mommy dan beri kekuatan yg tinggi untuk mommy lawan sakit bersalin nanti.. yeah, mommy memang teringin nak syahid.. tapi rasanya tanggungjawab mendidik zuriat kami menuju jalan Allah tu juga satu bentuk jihad.. walaupun mungkin tak sampai dapat syahid, tapi sekurang-kurangnya zuriat kami berjaya jadi hamba Allah yg taat.. itu sudah memadai buat mommy.. Ya Allah, kurniakanlah buat hambaMu ini ketabahan dan kesabaran yg tinggi dalam melawan dan menahan kesakitan untuk melahirkan zuriat kami nanti.. Semoga bayi kami juga cukup kuat dan sihat untuk melalui proses kelahirannya ke dunia ini Ya Allah.. Ampunilah segala dosa dan khilaf hambaMu ini Ya Allah.. Rahmatilah dan berkatilah kami.. Ameen, Ya Rabbal 'Alameen..

Okey, enough of that.. last Saturday's check up kat Az-Zahrah dengan gynea Dr Mashita.. so far ok.. but I prefer check up dengan Dr Noremi though she just the MO je.. first check up dengan gynea.. Dr Mashita ni macam muda lagi.. around her 30s kot.. dia kata my baby is quite big.. suppose dalam 34-35w ni berat around 2kg je.. but baby weighs around 2.6kg.. tu pun after second measurement.. mula-mula lagi besar, 2.8kg.. doctor kata memang confirm baby lahir above 3kg.. saya tak kisah pun.. dah memang baka saya semua lahir above 3kg.. me myself weigh 3.4kg at birth.. hehe.. gumuk, gebu.. orang kata macam belon.. semua takut nak pegang coz pejal sangat.. tapi mama kurus je.. saya pulak, perut nampak besar masa 8 bulan lebih.. tu pun last week masih ada yg kata tak macam pregnant pun, macam gemuk je.. hoho.. tak tau baby kat dalam ni besar though mommy's tummy tak besar mana.. apapun Alhamdulillah.. at least, xdelah macam kat tv tu kan.. bila dah sarat je jalan perut sangat ke depan sambil tangan pegang pinggang.. hehe.. my sis tanya kenapa kat tv camtu, and I am not.. rezeki masing-masing la kan.. sometimes pelakon tu tak pernah pregnant lagi pun.. ikut suka dia je la nak bawa watak pregnant tu cane.. ha, ada lagi satu.. gynea kata minum/makan ais boleh sebabkan baby besar.. my biras pun pernah gtau.. tp sampai sekarang saya terfikir-fikir apa kaitannya.. yg saya tau, ais/air sejuk ni masuk perut temperature dia akan berubah ikut surrounding temperature.. even kalau effect pun maybe pada saraf la kan.. and saya baca kat web pa&ma tu, kalau kita minum sejuk2, salur darah mengembang.. dan lebih banyak kalori diperlukan untuk pembakaran makanan & lemak.. so, berat kurang naik.. hm.. tahla.. abaikan je la.. yg penting we both sihat kan? :)

Ok la.. that's all for now.. pasni nak post pasal mimpi pulak.. mimpi apa? tunggu........ ;p

 Luv,
Adah

Wassalam     

 

Monday, November 19, 2012

33 Weeks Update

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh..

Yeah, it's already 33 weeks, coming to 34 weeks now.. =) Alhamdulillah, syukur sangat2 atas kurniaan Ilahi ni.. dan syukur kerana hingga ke waktu ini, saya & baby sihat walafiat.. normallah kalau ada hiccups kat mana2 kan.. sekarang saya kena monitor blood pressure, weight and urine twice a week for two weeks due to mild anemia (low hb) and mild feet edema (kaki bengkak).. so twice a week after work memang kena singgah KKIA Kajang untuk check for those three things.. so far semua bacaan ok.. normal je.. Alhamdulillah.. dan harapnya masa checkup kat KKIA Kajang this coming Thursday afternoon, semua pun normal.. risau jugak kalau kena bersalin before 36 weeks.. baby weight was around 1.893kg, tp tu untuk last two week's weight.. sure baby dah makin berat sekarang.. =) saya pun dah rasa perut sangat penuh je.. selalu sakit rusuk sebab kaki baby kat area bawah rusuk.. plus, baby sangat suka mengeras sekarang.. glad it's not Braxton Hicks a.k.a. false alarm.. kalau tak confirm saya dah gelabah semacam je.. terus nak ajak hubby p hospital ek? hehe.. saya plan nak amik cuti awal, saje nak habiskan sebahagian cuti tahun yg masih berbaki.. ingat nak amik starting from December 17th.. so in case baby nak keluar lambat sikit pun I will just take MC from doctor je.. hm, saya dah book appointment dgn specialist kat Az-Zahrah.. dapat Dr Mashita.. December 1st nanti first appointment dengan dia.. saya dah terasa-rasa macam baby nak keluar awal je.. hope kalau nak keluar pun biarlah after 36 weeks gestation yea sayang mommy.. we want the best for you.. semoga Allah terus beri kesihatan yg baik buat mommy & baby sampai la saat nak melahirkan dan seterusnya nanti.. Ameen, InsyaAllah..

Of gender, tahla.. kalau scan 2D memang baby tak mau tunjuk langsung.. manjang kepit.. hoho.. kalau 3D scan pulak, hm.... sonographer kata confirm 100% girl.. hubby pulak tak puas hati coz gambar 3D tu tak clear sangat pun tang tuut baby tu.. he still insist that our baby will be a boy.. apa-apa sajalah.. yg penting baby sihat sempurna, girl or boy is not a big matter.. Allah bagi pun dah cukup syukur sangat2.. 

Barang-barang baby, Alhamdulillah.. bolehlah kata hampir 98% settled.. tinggal nak beli sterilizer & warmer Autumnz tu, dan baby oil.. baby oil dapat sekali dengan set bersalin Amway Tropical Herbs yg saya dah tempah dengan kawan mama.. ingat hujung bulan ni bayar, then lepas bayar sehari dua dapatlah, insyaAllah.. nanti-nanti bila rajin saya upload la barang baby yg dah kami beli (i.e. entah bila.. huhu).. bukan nak menunjuk, tapi lebih kepada reference untuk diri sendiri di masa hadapan.. manala tau bila pregnant second, third, forth child and so on nanti tiba2 terblur kejap nak beli apa, boleh la refer kat blog je kan? =)

Anyway, ada satu peristiwa yg agak melukakan dan mencalar hati saya a day before my birthday hari tu.. tapi rasanya tak perlulah saya ceritakan kat sini.. cuma peristiwa ni memang satu ujian yg agak berat bagi saya untuk diterima.. tapi Alhamdulillah, Allah itu sentiasa ada.. hanya pada Dia tempat saya mengadu dan meluah rasa.. dan harapan saya agar peristiwa tu takkan sekali-kali berulang lagi.. Ameen, Allahumma Ameen, InsyaAllah.. diakui memang luka dan calar di hati saya belum pulih sepenuhnya, but I believe it will soon.. hanya pada Allah tempat kita memohon dan berserah.. =)
Of work, hm.. macam tu la.. I will proceed with my planning to tender my resignation after I am back from maternity leave.. tak sanggup nak biar baby dijaga orang lain.. sementara saya habiskan notis 3 bulan (Alhamdulillah, I got promoted to IA Exec last September, hence the 3 months notice), hubby la yg kena jaga baby.. hubby dah keja sendiri dah sekarang.. Alhamdulillah, Allah permudahkan rezeki kami sekeluarga.. semoga dengan limpahan rezeki dari Allah ni tidak sekali-kali akan membuatkan kami lalai dan leka dengan syurga dunia, tapi biarlah lebih mendekatkan kami kepada Sang Pencipta.. Ameen, InsyaAllah.. syukur, Alhamdulillah.. 

Dan, saya harap sangat impian untuk further masters akan tercapai lepas saya resign nanti.. memang sangat tak sabar nak tunggu saat baby lahir.. tak sabar nak kiss and hug baby puas2.. sebelum ni rasa baby kicking, moving, mengeras dan lain-lain dalam rahim ni, bila baby dah lahir boleh pegang, sentuh, kiss, hug, dukung dan lain-lain lagi.. sungguh tak sabar.. =) but one thing for sure, I will always miss the moments when baby in my womb.. satu perasaan yg sangat2 indah yg memang saya tak dapat nak gambarkan hanya dengan kata-kata.. walaupun kadang2 rasa letih, sakit dan sebagainya, tapi best ok bila rasa baby gerak2.. bila dia senyap memang resah sungguh rasa hati ni.. memang sangat2 bersyukur sebab Allah bagi saya peluang rasa semua tu.. dan itulah yg menjadi tunjang kekuatan saya sekarang ni.. love you always baby mommy yg chubby ni.. (^-^)

Ok, rasanya, dah banyak sangat cerita saya kali ni.. Ampun sebab dah lama sangat blog ni tak berupdate.. bila dah dapat sakit malas nak update, ginilah rupanya.. setengah tahun ada kot ek blog ni bersawang tanpa post? hehe.. apapun, tahniah kepada kawan-kawan TTC yg dah berjaya pregnant.. Alhamdulillah.. (^-^) semoga kita and baby2 kita semua sama2 sehat sepanjang kehamilan dan selamat melahirkan.. semoga dipermudahkan semuanya oleh Allah SWT.. Ameen, Ya Rabbal 'Alamin.. 

Wassalam 

Friday, June 8, 2012

Tak Sabar

Asslamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

Dear dears.. (^-^) tak sabarnya nak p 2nd check up kat KKIA Kajang next Monday.. tak sabar nak dengar heartbeat baby tersayang.. hope everything runs very well.. baby sehat, mummy pun sehat.. kalau ikut hati nak je p Azzahrah scan minggu ni jugak.. tapi hubby kata sabar, next week kita pegi.. kan belum 4 weeks.. hoho, tak sabar nak tengok baby gerak-gerak masa scan.. at least senang sikit hati bila tengok baby sehat & develop very well kan? yealah, mummy dia ni asik kena UTI & keputehan je, of course lah risau takut ubat yg mummy kena makan tu effect baby's development.. la ni antibiotic pun tak berani habiskan sebab takut effect baby.. minum ubat lawas je.. really hope baby is very strong.. kuat yea sayang, mummy sayang sangat kat kamu, membesar dengan sehat yea..

Oh yea, this Saturday my BIL nak tunang.. baik dekat je kalau tak maunya hubby nak kasi ikut.. tak sabar nak jumpa family in law.. rindu mereka.. rasa macam dah lama sangat tak balik kampung jumpa diorang, especially MIL.. dahla saya ni memang bukan jenis yg rajin nak call mereka.. huhu..

Ok lah, setakat ini sahaja post kita untuk hari ni yea.. daaaaaaa!!

Luv,
Adah

Wassalam

Thursday, June 7, 2012

Food Aversion & Food Cravings

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

 Hye dears.. hope everyone is enjoying a very nice happy day.. (^-^) hari ni saya nak cerita tentang makanan yg tak lalu dimakan dan mengidam waktu pregnant ni.. saya belum ada mengidam pelik-pelik lagi setakat ni, Alhamdulillah, and hopefully takkan ada la mengidam pelik-pelik tu kan.. yg selalu saya idam rasanya lebih kurang je macam waktu-waktu nak menses tu.. nak makan yg masam-masam je.. tapi saya jarang layan sangat keinginan nak makan makanan masam.. kan tak berapa elok.. kadang-kadang bila dah tak tahan loya dan tekak & lidah rasa pahit je saya makan..

Kalau pasal tak lalu makan, yea, saya ada.. semua-semua makanan pun rasa geli nak makan.. nasi lemak yg dulu saya makan hampir tiap hari sekarang ni memang saya dah tak sentuh.. bau pun tak lalu.. bihun goreng, mee goreng pun sama.. saya rasa geli bila tengok dan bau makanan tu, even kalau terbayang pun terus tak lalu.. kalau makanan yg ada banyak santan macam masak lemak cili api pun saya rasa tak lalu.. tapi hari tu masa mama masak lemak cili api puyuh & ayam, saya makan jugak.. sebab kalau mama yg masak bau santan tu takdelah kuat sangat.. tapi kunyah dengan terpaksa la.. hehe.. lapar punya pasal makan je la.. dan kalau ikutkan sekarang ni saya tak berapa minat dengan nasi putih lauk campur.. takde nafsu nak makan bila pandang lauk tu.. unless if it is tom yam kaw kaw campur telur dadar.. wallaaaaaa!! memang sedap lah!! lagi-lagi tom yam kat Food Court Jusco IOI Mall.. best woooo tom yam dia.. hehe.. kan dah teringin.. pastu, saya makin menyampah nak minum susu sebab kena minum 2 kali sehari, pagi dan malam.. malam selalunya hubby yg buat.. kalau tak memang malas saya nak minum.. hehe.. sebabnya, muak lah!! saya kena indigestion, so, makanan memang sangat lah lambat nak hadam.. bila lepas makan kan perut masih penuh, kena sumbat dengan susu pulak, memanglah terus loya.. baik tak kua semula je.. baik la fikir minum susu untuk kemaslahatan & pertumbuhan baby dalam rahim.. kalau tak memang majuk ar dengan hubby sebab suka sangat paksa minum susu.. hoho

Alhamdulillah, sepanjang 10 minggu ni baru 2 kali saya muntah.. tu pun sikit je.. yg lain-lain setakat loya-loya pening-pening biasa je.. Alhamdulillah, syukur sangat.. dan saya cuba sedaya upaya untuk tak nak mengeluh bila kena alahan ke apa-apa dugaan masa pregnant ni.. sebab, ni yg saya nak, saya yg bersungguh minta dari Allah supaya makbulkan hajat kami nak ada baby sendiri, maka bila Allah dah bagi, saya kena kuatkan hati bila Allah duga saya time pregnant ni.. yg penting baby sihat sempurna, saya dapat deliver baby dgn baik, dua-dua selamat, dah cukup untuk saya.. saya tak nak mengeluh atau merungut atau complaint apa-apa pasal morning sickness dan sebagainya, sebab bagi saya bukan senang nak rasa semua tu.. jadi saya wajib hargai setiap moment indah ni sampailah baby lahir.. tak sabarnya.. hihi.. hope semua selamat & kami sihat-sihat je.. doakan kami yea kawan-kawan? (^-^)

hm.. k lah, kita sambung lain kali ek? daaaaaaaaaaa......

Luv,
Adah

Wassalam 

Wednesday, May 23, 2012

1st Ultrasound Scan

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

Hye dears.. saya dah buat first ultrasound scan kat Az-Zahrah Bandar Tech last Sunday.. Alhamdulillah, semua pun ok.. ada la nampak heartbeat baby tapi tak clear sangat pun sebab kalau ikut scan tu baby baru 5 weeks.. though kalau ikut LMP dah 7 weeks dah.. doctor kata datang lagi 4 weeks, insyaAllah nampak dah semua.. (^-^) bawah ni gambar 1st scan baby.. 

kecik lagi baby mummy ni.. yg atas besar tu bladder.. tengah tahan nak 'kench' masa ni.. huhu
 apa pun, saya sangat-sangat bersyukur sebab baby is growing so well in my womb, Alhamdulillah, syukur sangat-sangat.. lega sikit bila dapat scan.. tak sabar nak tunggu next visit, mesti baby dah besar and dah bergerak aktif.. insyaAllah (^-^)

Oh yeah, saya tengah minum Anmum Materna sekarang, choc flavour.. ak la jugak.. tapi muak skit sebab ikut sukatan betul 4 scoop kan? kalau saya buat sendiri kadang saya tak letak 4 scoop penuh.. kalau hubby buatkan penuh-penuh.. jadi agak pekat.. huhu.. before this minum Dumil Mama, then bila dah habis saya suh hubby beli lagi, kalau takde baru beli Anmum ni.. tapi hubby beli both.. adeh, takpelah.. minum jela, orang dah belikan.. hehe..

Anmum Materna Choc Flavor & Dumil Mama

Ok dears, sekian utk kali ni.. daaaaa!!

Luv,
Adah

Wassalam

Buku Merah (or pink?)

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

Hye all.. hari ni saya nak cite tentang Buku Merah (ke pink?) yg selalu digunakan utk record check-up details kita.. saya dah buat dah kat KK Kajang, 10hb Mei hari tu.. Alhamdulillah, semua berjalan lancar.. senang je nak buat buku merah tu.. kat KK Kajang tak perlu bawa salinan surat nikah, IC pun diorang tak minta.. saya p dgn hubby.. dalam kul7.45 kitorang dah sampai.. tu pun dah ramai orang..

ok, mula-mula sekali kena amik nombor.. lepas tu sepatutnya terus p ke bahagian klinik Ibu Mengandung & Kanak-kanak utk buat buku.. tapi saya pegi tunggu je kat bahagian pendaftaran tu... tengok nombor tak keluar-keluar pun.. hubby suh terus tanya kat kaunter ibu mengandung tu.. saya pun p la tanya, terus dia suh isi buku merah pink (dua salinan, satu kita pegang, satu lagi klinik) tu, then dah siap bagi kat kaunter ibu (ada dua kaunter, satu kaunter ibu, satu kaunter kanak-kanak) sekali dengan nombor giliran kita.. kejap je tunggu, nombor naik terus ada satu nurse ni interview.. soalan-soalan yg ditanya, bila first day last period, bila tarikh nikah, rekod kesihatan (saya kena minum air gula dua kali sepanjang pregnancy ni since my dad ada mild diabetes.. huhu), tinggi & berat, pernah pregnant or miscarriage ke tak, check blood pressure dsb lah yg berkaitan.. pastu nurse ni check due date.. mula-mula saya tak perasan dia salah kira, suppose masa tu saya pregnant 6 weeks, tapi nurse letak 10 weeks.. bila check dgn nurse lagi satu saya inform nurse tu, dia kira semula.. then saya kena amik darah dan buat urine test utk albumin & protein, check HIV, DVRL & kadar hemoglobin darah, lepas siap hantar kat makmal, then baru tunggu utk check-up dengan nurse.. masa check dengan nurse tu soalan lebih kurang jugak dia tanya, cuma tambah soalan ada minum susu tak, ada makan vitamin tak, ada morning sickness tak.. then dia ukur tinggi perut.. and saya inform yg nurse yg interview tu salah kira usia pregnancy, and the nurse kira la semula.. lepas tu nurse kata at 12 weeks saya kena minum air gula utk check diabetes.. she set my next appointment on 11 Jun.. and she prescribe me with Obimin, folic acid saya dah ada so no need lah kan..

Buku Pink Pertama saya

Then, nurse suh tunggu utk doctor check.. doctor pun check yg sama jugak.. cuma dia ada check pernafasan & degup jantung.. Alhamdulillah, semua ok.. doctor kata boleh p scan kat private clinic coz awal-awal ni memang KK takde buat scan.. tapi kena letak gambar scan kat buku pink la.. doctor bagi time slip half day je.. huhu.. lepas tu tunggu amik ubat, balik tu singgah Az-Zahrah Bandar Tech, amik MC.. hehe 

Itulah cerita saya p buat buku pink kat KK.. kat Az-Zahrah belum buat lagi, tak sure nak buat katne, Bandar Tech or Bangi terus.. hehe.. daaaaa!!


Luv,
Adah

Wassalam

Friday, May 18, 2012

Stay or Revert?

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

Hye dears.. hm, sekarang ni saya tengah fikir samada nak stay writing in this blog atau revert to my old blog. bukan apa, tujuan blog ni saya create dulu pun lebih kepada untuk mencoret suka duka saya sepanjang berTTC, and now that the rizq had come, rasa macam tak seronok pulak nak mencoret on my new phase of life kat sini..

Well, I think maybe I'll write in both, depends pada mood or story kot.. but maybe lebih ke blog sebelah sana la kot.. we'll see how la yea..

k la, daaaaa dears!!

Luv,
Adah

Wassalam  

Tuesday, May 15, 2012

What we did before BFP

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

Dear my dears.. apa khabar semua? saya sangat-sangat berharap anda semua sihat & ceria sentiasa.. hari ni suka saya nak kongsikan dengan anda semua usaha-usaha saya & hubby sebelum kami dapat BFP.. saya harap moga apa yg saya bakal kongsikan hari ni dapat kita sama-sama jadikan panduan & pedoman, juga sebagai record untuk saya di masa akan datang, insyaAllah.. Let's check it out yea!!


1. Folic Acid
Saya mula mengambil folic acid di usia perkahwinan mencecah 4 bulan, dan sejak itu juga berat badan saya makin mencanak naik.. hoho.. masa tu memang hari-hari pun consume folic acid ni, cuma sejak sebulan dua ni je saya malas.. asyik skip je sebab dah ada supplement lain.. hehe.. tapi masa lepas expected ovulation day hari tu memang saya start balik, nak habiskan stockla kononnya.. then bila dah nak habis stock, dapat tau pulak +ve, so just proceed je sampai sekarang..


2. Jus Pati Delima Gulsan
Saya minum sebotol je.. tapi saya memang suka minum jus delima ni.. stop sebab tak tau nak cari kat mana.. malas nak beli online coz masuk shipping cost jadi mahal.. now dah tau kat PKNS Bangi ada jual, cuma belum sempat nak p je lagi.. khasiat jus ni yg saya paling suka mestilah melawaskan sistem perkumuhan & penyahtinjaan dan mengurangkan senggugut.. Alhamdulillah, berkesan.. jus ni pregnant mummy elok minum tau.. elok untuk mengurangkan alahan & bagi extra energy..

3. VCO (Virgin Coconut Oil/Minyak Kelapa Dara)
Kesan ketara VCO, dah tak senggugut, kulit okey sikit la, dan bersihkan menses kita, means masa menses dia kuar warna kehitaman, darah kotor yg lama-lama kot.. then baru kuar fresh blood.. VCO ni pun boleh makan masa pregnant & lepas bersalin.. elok untuk banyakkan susu dan dapat lebih tenaga..

4. Jerslin Power Oil
Saya suka bau dia yg wangi.. untuk yg nak usaha dapatkan zuriat, kena sapu kat kaki & kemaluan.. hubby suka buat lubricant (ops, sory.. terlebey sudah.. huhu).. then kalau kulit kering ke, gatal ke, lenguh-lenguh ke memang sapu ni..


5. Minyak Morhabshi
Saya tak pasti sama ada ia membantu untuk pregnancy ke tidak, tapi ia juga bagus untuk menghalau makhluk-makhluk ghaib ni.. dan boleh guna untuk sakit gigi, sakit kepala, gatal-gatal, lenguh-lenguh, macam-macam lagilah.. boleh tengok kat web hamilcomel.blogspot.com.


6. Berurut 2 Kali
Saya berurut 2 kali dengan sorang tukang urut dekat Telok Panglima Garang, area umah lama keluarga saya.. acik ni Indonesian yg dah menetap lama kat Malaysia.. saya mula berurut masa 6 bulan lepas kahwin, then bila belum berhasil bulan ke 9 saya berurut lagi dan Acik Susi ni bawak sekali jamu untuk suburkan rahim.


7. Pil Subur Kandungan
Saya beli dari Acik Susi yg urut saya tu.. saya beli 2 kotak, sekotak RM10 tak silap.. sekotak saya berjaya makan habis, lagi sekotak tak sempat habis, Alhamdulillah rezeki dah sampai..


8. Air Rebusan Taugeh
Yg ni adalah dalam 3-4 cycle jugak saya buat.. ingat hari tu bila menses datang nak buat lagi, tapi Alhamdulillah, dah tak payah minum air rebusan taugeh ni lagi untuk sementara waktu, insyaAllah.. cara buat dia, amik kacang hijau, rendam sampai kuar ekor.. kena rajin tukar air tau takut busuk.. then bila dah kuar ekor tu just bagi dia lembap, bia sampai ekor dia panjang skit dalam suku inci, basuh, buang kepala, rebus.. boleh minum sekali dengan taugeh kontot tu.. minum dari CD1-CD14 or hari kita ovulate lah..

9. Telur Ayam Kampung separuh masak
Ikutkan kena makan 14 hari berturut-turut, both husband & wife, means perlu 28 biji telur ayam kampunglah.. tapi sebab cuma dapat dalam 10 biji je kot masa balik kampung hari tu, so 5 hari je lah kitorang dapat makan..

10. Solat Dhuha
Alhamdulillah, mungkin jugak rezeki ni berkat saya cuba konsisten buat Solat Dhuha.. saya rasa saya start buat dalam bulan ke 9 ke bulan ke 10 lepas kahwin.. mula-mula tu memang berat je nak buat.. tapi lepas seminggu, Alhamdulillah saya rasa seronok pulak.. cuma biasalah, masih sedang berusaha untuk konsisten.. kalau terlepas waktu, saya akan gantikan dengan solat hajat pada waktu lain.. banyak fadhilat Solat Dhuha ni, dan saya pun pernah kongsikan kaifiat & fadhilatnya sebelum ni.. dan juga, doa Nabi Zakaria, selain doa semoga Allah makbulkan doa kami untuk dapat zuriat setiap kali lepas BD..

11. BBT
Yang ni start November 2011 saya buat.. so far, membantu la jugak untuk saya detect waktu subur, dan tentunya melalui BBT ni jugak saya semakin yakin saya dah BFP..    

12. Susu Kambing dan Kurma
Haaaa... rasanya yg ni ramai yg buat kan? especially bila kuar kat rancangan Tanyalah Ustaz kat TV9 tu.. saya suka sebab sedap.. tapi nak suh hubby minum mak aih, payah.. tapi saya cakap, nak baby ke tak terus dia minum.. hehe.. dan lepas tu saya selalu minum susu kambing Hi-Goat tu.. tapi ada lagi sekotak tak habis.. saya suh je mama & adik saya minum.. kurma memang habis dah..   

13. Bercakap dgn Baby
Yang ni saya selalu buat lepas Ovulation Day lah.. saya ikut petua nurryama.. tapi rasanya sekarang blog dia dah private.. saya assume je usaha kami untuk bulan tu berhasil, thus saya sembanglah dgn 'baby'.. adalah dalam dua tiga bulan jugak saya try, Alhamdulillah..

14. Zikir
Selalunya lepas je Ovulation Day saya akan usap-usap perut saya sambil baca Ya Raqib (Yang Maha Mengawasi), Ya Mubdi (Yang Menzahirkan Makhluk-Nya), Ya Khaliq (Yang Menciptakan Makhluk-Nya), Ya Bari' (Yang Menerbitkan Makhluk) & Ya Musawwir (Yang Merupakan/Membentuk Makhluk), waktu lepas solat & lepas BD.. yg paling penting kita ikhlas & tawakkal, berserah pada Allah lepas kita berusaha, insyaAllah, ada hasilnya.. lambat atau cepat hasilnya, Allah lebih tahu..  

12. Kapsul Habbatus Sauda
Haa, yang ni saya makan sebulan dua sebelum pregnant.. saya tak berapa suka bau sarung kapsul ni sebab bau lembu.. serius.. ye la, dah kata bovine cap kan, of course la bau lembu.. masa beli tu main beli je, tak tengok dulu vegecap ke apa.. kesannya, saya pun tak sure.. sebab kejap sangat makan.. satu botol pun tak habis lagi.. buang angin banyak kot.. hehe.. la ni tak berani nak makan sebab kan agak panas habbatus sauda ni.. takut effect baby..

13. Pearl Kacip Fatimah
Yang ni saya pun tak ingat bila saya amik.. husband beli yang 24 tin terus.. hah, amik kau!! hari-hari menelan benda alah ni.. dah la manis yang amat.. patut kakak sepupu saya sampai naik aras gula dia bila minum ni selalu.. tau beli brand orang kampung, kurang sikit kandungan gulanya.. actually saya pun tak ingat kenapa saya nak minum Pearl ni.. agaknya nak ubat senggugut kot.. memang better pun senggugut saya kalau minum ni.. dan lebih sikit tenaga, payah nak tido.. hoho.. tapi rasanya memang reason saya minum Pearl ni ada kaitan dengan usaha TTC, just tak ingat apa fungsinya..      

Rasanya tu je lah kot.. dan saya rasa doa hubby, mama & ayah, MIL, adik beradik, kawan-kawan, sedara mara dan jugak teman-teman TTC sekalian juga sangat membantu usaha TTC saya selama ni.. apa yg saya harapkan semoga entry saya kali ni sedikit sebanyak membantu teman-teman TTC dalam usaha kalian, dan insyaAllah, usaha kalian bakal memberikan hasil yg sangat manis, yg tentunya dinanti-nanti selama ni.. Ameen, InsyaAllah.. take care semua, dan terima kasih semua atas segalanya.. doakan kami baik-baik sahaja yea.. daaaaa (^-^)

Luv,
Adah

Wassalam
    

Tanda-Tanda Hamil Sebelum BFP

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

Hye dears.. apa khabar semua? saya harap semua sihat-sihat belaka.. saya, Alhamdulillah, still standing.. (^-^) okey, hari ni saya nak kongsikan dengan kawan-kawan tanda-tanda hamil yg saya alami sebelum saya dapat BFP.

1. Maternal Instinct
Dalam seminggu selepas expected ovulation day saya, saya ada merasakan satu perasaan halus yg menyatakan bahawa ada hamba Allah yg sedang membesar dalam rahim saya.. walaupun kadang-kadang saya cuba menafikan, tapi ada masanya naluri itu begitu kuat.. dan saya juga kerap pegang & usap perut sendiri.. then, tiba-tiba nak beli maternity milk - Dumil Mama.. sebelum ni memang ada gak rasa nak beli, tapi tak beli pun.. tapi kali ni terus je beli.. macam tau-tau je kan.. esoknya test UPT terus BFP, Syukur Alhamdulillah..

2. Sengal-sengal ngilu bawah pusat sebelah kanan
Yea, seminggu lepas expected ovulation day juga saya mula rasa sengal-sengal ngilu kat area bawah pusat, around one inch ke sebelah bawah & kanan pusat.. mula-mula saya rasa sakit tu masa hubby balik kampung, (23/04/2012).. masa tu saya nak balik dari ofis, tengah turun tangga.. tiba-tiba je sakit tu datang & terus handphone yg saya pegang tercampak.. hu.. dan start dari masa tu saya kerap rasa sakit yg sama, especially bila saya banyak buat keja melibatkan pergerakan.. sampai sekarang.. tapi, bila p klinik elok pulak dia.. pandai baby mummy ni main-main ek? the doctor said it's normal during early pregnancy.. just take lots of rest, do your work slowly, uri baru lekat katanya..

3. Breast Tenderness & Fullness
Hoho, memang membesar bagai juara.. sakit dia lebih sikit je dari sakit breast nak menses tu.. so takdelah terasa tak selesa sangat.. it just that it's getting bigger, so as the nipple.. bra pun dah rasa terlebih penuh.. tak lama lagi memang kena bertukar.. huhu

4. No Menses Cramping
Rasa cramp dan sakit b*n**t tu ada.. tapi tak sekali.. kalau cramp, cramp saja.. dan tak selalu pun.. kalau sakit b*n**t macam nak uk uk tu selalu la.. sebab sembelit kot.. hoho

5. Constipation
Hehe, yg ni kalau tak pregnant pun memang selalu kena, especially before menses.. tapi kali ni since no menses, ianya memang agak berlarutan la.. huhu.. tak tau nak wat cane dah.. minum je la banyak-banyak.. makan sayur, kalau ada buah makan buah..

6. Vaginal Discharge
Ni la asalnya saya p check doctor untuk check for Cik Puteh yg agak banyak masa tu, then mintak ubat yg tak affect pregnancy kat doctor.. dan doctor pun suh test UPT lagi sekali, dan Alhamdulillah BFP lagi sekali.. cuma test line belum cukup terang, thus the doctor ask me to come again two weeks after.. belum p lagi pun.. tapi dah p klinik lain. dah register dah pun kat KK.. hehe.. now abnormal discharge to dah okey, normal je.. memang nurse KK kata bila pregnant akan ada banyak discharge, especially bila kita banyak buat kerja.. so, selagi it seems normal, tak payah risau sangat..  

7. Nausea
Before BFP takde pun.. dah masuk 6 weeks ni la baru terasa pun.. tu pun rasanya takde la terusk sangat.. muntah, baru malam tadi.. tu pun sikit je.. Alhamdulillah, so far everything is okey..


8. Kuat Makan
Haaa, yg ni memang ternyata.. seminggu dua sebelum due menses memang makan lebih dari biasa.. especially breakfast.. kalau biasa kuih tiga bijik dah cukup, tapi masa tu kuih 6 bijik.. kalau biasa nasi lemak or bihun saja dah cukup, masa tu kena tambah kuih 3 bijik.. hoho, then lunch makan lagi.. balik umah sibuk lapa lagi.. hehe.. tapi now dah ok la.. makan sikit-sikit tapi kena kerap.. sebab kerap lapa.. biscuits memang kena standby, otherwise sedia je la pening & nak muntah semua..

9. Fatigue & Sleepiness
Asyik rasa mengah dan penat.. lepas tu mesti nak tidur awal.. yg ni dalam seminggu dua before menses due dah terasa, especially sleepiness tu..

10. Sleep Deprived
Saya agak kerap terjaga malam.. sampai sekarang.. bila terjaga berpeluh-peluh..

11. Panas Badan, Rimas
Bila rasa panas dan rimas, saya pun berpeluhlah dengan jaya.. huhu, sampai basah baju, tilam, bantal semua dek terkena peluh.. tambah pulak cuaca malam lately memang panas, makanya seronok la peluh tu keluar..    

Hm, rasanya tu je kot.. harap-harap semuanya baik-baik saja untuk saya & baby sepanjnag tempoh hamil saya.. doakan saya yea.. (^-^) take care kawan-kawan semua..

Luv,
Adah
Wassalam 

       

Tuesday, May 8, 2012

DOA SITI AMINAH, amalan untuk ibu mengandung

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

Hari ni saya nak kongsikan dengan kawan-kawan doa yg diamalkan oleh ibunda Rasulullah SAW ketika beliau hamilkan Baginda SAW.. Sama-sama kita hayati dan amalkan yea kawan-kawan.. (^-^)
 
Doa ini selalu di baca oleh Siti Aminah semasa mengandungkan Baginda Rasulullah saw. Bagi ibu-ibu yang sedang hamil, selain membaca surah-surah yang tertentu daripada Al-Quran untuk kandungannya, maka molek benar lah dia membaca doa ini setiap hari sebagai pelindung kepada kandungan. Agar kandungan selamat di dalam jagaan Allah Taala sehingga lahir ke dunia.
Doa ini telah diijazahkan kepada saya oleh Tok Sayyid Padang Kala hafizohullah. Dengan suka hati, saya ijazahkan pula doa ini kepada sesiapa sahaja yang suka dan gemar mengamalkan doa yang amat baik ini. Kata guru saya, doa ini jika sentiasa diwiridkan oleh si ibu, selain selamat anak dalam kandungannya insyaallah juga akan memudahkan proses bersalinnya nanti. Boleh juga di doakan untuk keselamatan anak-anak kita yang berada di kejauhan. maklumlah mereka ini bukannya sentiasa berada di depan mata kita. sebagai ibubapa sudah tentu akan ada rasa khuatir akan keselamatan anak-anak. Inilah doanya di baca 3 kali sambil tangan memegang perut :
ٲﻋﻴﺬﮦ ﺒﺎﻠﻮﺍﺤﺪ ﺍﻠﺼﻤﺪ ﻤﻦ ﺸﺮ ﻜﻞ ﺬﻱ ﺣﺎﺴﺪ
“Uu i’zuhu bilwahidisshomadi min syarri kulli zi hasidin”
ertinya: Aku melindunginya dengan Tuhan yang maha esa yang menjadi tempat tumpuan segala makhluk daripada kejahatan tiap-tiap pendengki.

Credit To:

Luv,
Adah 

Wassalam 

Monday, May 7, 2012

Dumil Mama & Faint BFP?

Assalamualaikum Warahamtullahi Wabarakatuh

Hye dears.. (^-^) apa khabar semua hari ni? saya harap hari-hari anda dilalui dengan penuh gembira dan tenang.. (erk?? skemanya bahasa saya hari ni.. hehe)

Hm, ada apa dengan Dumil Mama yea? Kisahnya macam ni, Cuti Labour Day lepas saya n hubby pergilah membeli-belah sikit kat Billion.. ingat nak beli Milo & Sarsi.. lepas tu, ingat nak cari susu.. tiba-tiba dua-tiga menjak ni terasa nak try minum Dumil Mama ke, Anmum ke.. before this ada jugak terasa nak try tapi takde pun beli.. tapi kali ni nampak Dumil Mama, terus terasa nak beli.. padahal sebelum tu dah tengok dah susu EveryDay, Fernleaf & Nespray.. tapi tak amik jugak.. still fikir nak susu biasa je ke nak susu untuk pregnancy.. then bila patah balik kat tempat Dumil Mama tu, tengok-tengok info dia terus amik masuk bakul.. hehe.. suka!!.. dah try dah.. Dumil Mama ni kalau ikut info dia 0% sugar.. bila rasa memang tak manis pun.. Alhamdulillah.. sedap.. hehe.. suka..

Then, about the BFP (Big Fat Positive) pulak.. ada kaitan dengan perasaan nak beli Dumil Mama & buat UPT ni sebenarnya.. sebenarnya memang dari hari tu terasa nak check pagi May 2nd tu.. dah plan dah kalau May 1st tu takde menses, memang pagi May 2nd tu saya nak buat UPT.. so since menses tak kunjung tiba, saya pun buatlah UPT.. mula-mula tu memang macam dah hampa sebab cuma nampak satu line clear saja.. ye la, masa tu pun belum seminit test.. tester tak serap lagi hcg hormon tu kan.. tapi lepas 2-3 minit saya tengok betul-betul.. eh, ada faint line la.. kejut hubby suh tengok.. hubby pun tengoklah dalam mamai-mamai tu.. dia kata, ada la tu, dia baru nak jadi kot.. minggu depan check la lagi.. pastu dia boleh sambung tido.. aduh, lakiku ini.. sabo je la kan.. saya pun apa lagi, excited la amik gambar UPT tu.. ye la, selama ni test tak penahnya keluar double line, even the faint one pun tak penah.. bila kua faint line macam ni mestilah saya double triple excited.. hehe.. Alhamdulillah, lepas Subuh tu saya buat sujud syukur tanda syukur saya ke hadrat Illahi.. Alhamdulillah, Alhamdulillah, Alhamdulillah.. (^-^) Syukur kepada-Mu ya Allah.. Then petangnya saya singgah klinik untuk check yeast infection a.k.a cik Puteh.. huhu, yea, cik Puteh muncul lagi.. since saya belum menses lagi, saya inform request kat doctor untuk bagi ubat yg tak affect pregnancy.. So doctor pun tanyalah bila last menses.. and he asked me to do UPT.. bila result UPT keluar, Alhamdulillah, it's clearer than the test I did in that morning.. it still a faint line, but much clearer.. doctor kata masih baru lagi, so dia suruh jangan terlalu aktif, especially when I told the doctor saya kerap rasa ngilu-ngilu sengal kat bawah pusat sebelah kanan since around a week after ovulation.. jangan buat keja berat-berat.. kalau ada apa-apa just come to see the doctor.. then the doctor asked me to come again after two weeks.. dia bagi saya ubat cik Puteh yg tak affect pregnancy.. Alhamdulillah, setelah hampir 11 bulan kami berusaha, akhirnya detik terindah itu tiba jua..

Bila cerita kat hubby, he's so excited.. Alhamdulillah.. saya rasa hubby dah macam tak tau nak express kegembiraan dia macam mana sampai he just acted like normal.. hehe.. hubby suruh check UPT semula on the weekend.. but saya ni kan degil.. over-excited punya pasal sampai hari-hari pun check UPT, pagi petang pulak tu.. then on Saturday morning, we went to Az-Zahrah Bandar Teknologi Kajang untuk confirmation since dah jelas nyata & terang the test line tu.. dan Alhamdulillah, doctor kat Az-Zahrah checked & confirmed yg saya dah hamil 5 minggu, EDD insyaAllah January 05, 2013.. the test line was much clearer than the control line.. hehe.. doctor kata biasanya orang datang untuk first checkup bila pregnant dalam 3 bulan.. dan dia pun tak kisah saya nak buat check up kat mana, yg maan selesa untuk saya lah.. tapi saya rasa saya akan teruskan kat Az-Zahrah ni because I like the doctor.. hehe.. tapi saya akan buat jugak check up kat Government clinic..

Peliharalah janin dalam kandungan hamba-Mu ini ya Allah.. Ameen.. Saya doakan teman-teman TTC yang lain juga berjaya merasai moment yg sungguh indah seperti ini dalam sedikit masa saja lagi.. Ameen, InsyaAllah.. yang penting usah berhenti berusaha dan bertawakal serta redha ke atas segala ketentuan-Nya.. Allah always know what best for His servants.. jaga diri yea kalian semua.. terima kasih atas doa kalian selama ni.. (^-^) doakan saya & kandungan sihat sepanjang kehamilan ni yea.. (^-^)

Ok, see you then dears.. Best wishes for you all.. (^-^)

Luv,
Adah

Wassalam

Friday, April 20, 2012

Updates..

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh

Hye dears.. it's been so long after I post my last entry.. it's almost 3 weeks I guess.. and so much things happened within that 3 weeks until there's some that I may have forgotten.. I am not in a very well condition as I am just recovered from fever, flu & sore throat.. still got flu, but it's recovering.. and amazingly I can still go to work though I got a fever.. maybe because the headache is just barely felt, thus I still manage to drive and work.. Alhamdulillah.. (^-^) but, what upset me was that the yeast infection came again on the 2nd day of my fever, i.e. on 18th.. and I am losing my hope of getting pregnant because the yeast infection stopped us from BD.. plus, the fever attacked during the expected ovulation date, thus I cant expect the exact day of my ovulation day since the fever affects my BBT charting.. but it's ok for me.. what matters to me is the yeast infection.. I planned to do my very first pap smear this Saturday, i.e. tomorrow morning at Azzahrah Bandar Teknologi Kajang.. hope everything runs well and I want to ask for the doctor's opinion on my yeast infection case.. I am soooo tired of having the same problem every month and I believe that this may be the very cause of I am having problem to get pregnant.. hope I'll get something tomorrow..

And tomorrow too, my dearest hubby will go back to kampung without me (oh, did I tell you that I already transferred to Internal Audit Dept of the Company? Just started it this week and I catch a flu on the very first day of my transfer.. it's too cold in there.. hoho).. he needs to settle some things related to the inheritance of my late FIL's land and he'll only be back on Tuesday, and since I just being transferred this week, thus it'll not be nice to take leave so soon.. it's ok, we'll be back to kampung during the election.. but still, I feel bad because normally I'll always be with my hubby, and now I cant.. sad.. T_T

It's almost a year after our wedding, and I think I had gone through such a wonderful time with him.. we used to have more fight in the earlier months, but Alhamdulillah we are getting calmer now.. maybe because we are getting to know each other's positive & negative habits, yeah, when two person living together there'll be so much things that differs.. thus both need to calm down and learn to accept the partners good & bad..and Alhamdulillah we are almost getting there though there's still much difference between us.. hehe

And though he's still here, not going back to kampung yet, I started to miss him already.. owh hubby, how am I going to face these 4 days without u? huhu.. T_T nak ikut jugak!! 

Till then dears,
Daaaaaaaaaaaaaaaaa....

Luv,
Adah

Wassalam

*Update: Alhamdulillah, Pap Smear result shows that I am normal, tiada masalah down there..

Friday, March 30, 2012

5th Cycle with BBT

Assalamualaikum wbt

Hye dears.. my new cycle had begin yesterday, March 29th 2012.. it came early in the morning, when I wanna took my morning bath before work. Alhamdulillah, no constipation anymore, and the period pain is only the mild one.. and my cycle is back to normal cycle range of 28 to 35 days, mine was 33 days, which was a great relief to me because I dont have to wait anymore.. tiada lagi perasaan tertanya-tanya kenapa perut keras semacam, kenapa loya, kenapa breast sakit tapi menses tak datang lagi whatsoever.. tu semua menses bagi petanda nak datang.. Alhamdulillah.. memang saya lega.. kalau masa awal-awal kahwin dulu memang terus bergenang air mata sedih sebab menses datang after days of delay. tapi Alhamdulillah now I got to manage my emotion, though two or three days before my mood turned really bad.. pantang kena tegur dengan hubby ada je yg saya tak puas hati.. pity him.. huhu, ampun yea abang? fahamilah isterimu yg sedang berperang dgn perasaan akibat hormon yg sedang bertukar sebab nak menses tu.. huhu

Then, tadi saya p Tesco, masuk kedai jamu & ubat tradisional tu.. sebenarnya saya pun tak tau nak beli apa.. saja masuk sebab nak tunggu my friend p ATM, so saja je masuk kedai tu cuci mata.. dan saya ternampak habbatussauda.. teringat pulak hari tu baca kat one blog (klik sini) ada sebut orang Arab amalkan kurma, habbatussauda, minum madu dan doa yg tulus ikhlas ke hadrat Illahi untuk dapatkan zuriat.. kepada tuan punya blog, saya mohon link ke blog anda untuk perkongsian maklumat yea? terima kasih.. =) So, back to my story, saya pun cari la habbatussauda ni.. bila penjaga kedai tu tanya nak cari apa saya pun tanya la dia ada tak kapsul habbatussauda.. kenapa saya cari kapsul? sebab lebih mudah nak makan.. telan dengan air je.. then sebab memang dah terpampang kat dalam displayer tu kapsul habbatussauda, tinggal nak amik je.. saya tanya harga dia kata RM20 sebotol.. sebotol ada 60 biji, makan 2 biji pagi dua biji malam.. tapi rasanya saya cuma akan makan 2 biji je sehari.. dah banyak sangat supplement saya amik, so, it's better for me to reduce the dose kan? yg penting sehat.. so, saya belilah sebotol.. semoga Allah permudahkan rezeki zuriat saya dan semoga juga saya berjaya conceive pada cycle baru ni hasil usaha saya selama ini.. Ameen, InsyaAllah.. 

So, dah banyak sangat kot supplement to conceive saya sekarang ni.. setakat sekarang je saya dah consume VCO, pil subur kandungan, folic acid, air rebusan taugeh (start CD4 - 5DPO), kadang-kadang minum susu kambing, kurma 3-7 biji sehari, jus pati delima (yg ni stop kejap), dan yg terbaru kapsul habbatussauda.. semoga adalah yg berkesan untuk saya kan? hm, masa Cik Puteh teruk hari tu saya ada jugak makan yogurt.. tapi sebab saya ni malas nak singgah kedai beli hari-hari, so sekali-sekala je la makannya..  oh yea, cakap pasal Cik Puteh, I am now free from UTI.. Cik Puteh pulak doctor bagi antibiotik untuk fungus 3 biji, sehari sebiji.. hari ni last.. harap lepas ni Cik Puteh teruk tak datang-datang dah.. biarlah hanya Cik Puteh yg normal je.. bila dah baik barulah boleh berBD dengan hati yg tenang dan InsyaAllah, senanglah si X dan si Y nak jumpa X besar.. (^-^) hehe.. 

K lah, till then yea all dears.. daaaaa (^-^)

Luv,
Adah  

 

Thursday, March 22, 2012

UTI & Cik Puteh Kembali.. huhu

Assalamualaikum wbt

Hye dears.. lama rasanya tak mencoret sesuatu kat sini.. yeah, semalam saya MC yg tak MC.. sebabnya, boleh saya lupa mintak MC kat doctor.. huhu.. actually since last Tuesday I got UTI.. agak teruk sebab sampai sakit kat area pubic.. huhu.. kalau duduk saja & berdiri saja, tak terasa sangat pun sakit tu.. tapi bila nak bangun, nak duduk dan berjalan lebih-lebih lagi, memang akan rasa.. tapi dalam sakit-sakit tu pun sempat jugak melawat my officemate kat Columbia Asia Hospital.. she just delivered her baby last Thursday through czer.. premature at 35 weeks.. but Alhamdulillah her baby boy is ok.. she got discharged on Sunday, but the baby had to stay due to mild jaundis.. ok, back to my story.. then I went to Klinik Mewah after work that day.. the doctor check for pregnancy and UTI. negative for pregnancy and positive for UTI.. and I have to consume the antibiotics and ubat lawas kencing yang tak sedap langsung tu.. plus ubat sakit perut.. huhu.. tapi since saya masih rasa sakit keesokannya, hubby pun suh MC dan saya pun MC lah.. saya p pulak ke Pusat Rawatan Islam Azzahrah kat Bangi tu, dan buat urine test sekali lagi.. memang ada UTI, dan saya minta ubat untuk Cik Puteh sekali.. sebabnya, since Saturday, lepas je saya start pakai Biosilk Panty Liner tu, memang Cik Puteh seronok keluar banyak-banyak.. huhu.. memang la tak gatal and takdelah smelly pun.. but it's really uncomfortable.. dan mungkin sebab tu saya kena UTI sekali lagi.. sampai sakit area tu.. tapi alhamdulillah, start petang semalam pakai semula Biosilk Panty Liner tu dah takde dah Cik Puteh keluar.. harap-harap lepas ni takde lagilah.. saya nak jadi mummy.. next week lepas habis ubat Cik Puteh kena p Azzahrah semula untuk follow up UTI & Cik Puteh.. harap semua pun ok.. kalau boleh saya nak hamil secara natural, tak perlu bantuan ubatan dan rawatan moden..

Dan untuk sementara ni, saya terpaksa hentikan dulu pengambilan segala jenis supplement yg saya ambil untuk hamil ni.. semua sebab saya kena makan ubat untuk cure dulu UTI & Cik Puteh.. harap semua pun akan sembuh terus, dan InsyaAllah saya boleh pregnant next cycle.. Ameen, Allahumma Ameen.. saya dah beli kurma.. (^-^) semalam p PKNS Bangi cari jamu Mama jumpa kurma, terus beli.. dan kat kedai tu pun ada jual Pati Delima Gulsan tu.. harga RM20 je.. habis yg ada kat umah tu saya boleh beli kat sini.. hehe

Ok yea dears, till then, Ma'assalamah.. daaaaaaa!!

Luv,
Adah

Wassalam  

Saturday, March 17, 2012

Balik Kampung Trip

Assalamualaikum wbt

Hye dears.. rasa macam dah lama sangat tak post new entries.. banyak sangat benda nak cerita, but no worries yea, I'll make it short & simple.. (^-^) buat macam note lah ek? senang nak baca..

1- Opet dah mati Selasa 06032012 hari tu.. it died due to nature course.. dah masa dia nak 'pergi'.. memang sedih.. saya dapat tau masa dah nak balik rumah lepas keje hari tu.. on the way dah kecewa, dah bergenang dah pun air mata ni.. masih berharap my sis cuma saja nak main-main, test saya kesedihan saya bila Opet mati.. but the news was so true.. baik masa sampai rumah diorang dah tanam dah pun bangkai Opet.. so kurang sikit rasa sedih tu.. tapi air mata saya gugur jugak bila ternampak kotak yg jadi tempat Opet bertarung nyawa meneruskan hidup.. terus suruh my sis, Syiqin sorokkan kotak tu..

2- Saya amik cuti nak balik kampung since Thursday 08032012.. tapi balik kampungnya Jumaat after Asar.. hehe.. saya buat kek.. chocolate moist cake untuk in laws, red velvet sebagai percubaan, dan blueberry muffin untuk kunyah-kunyah balik kampung nanti.. tapi at last jadi kudapan untuk budak-budak masa kenduri hari tu.. perasaan bila buat kek? happy sesangat.. hehe.. Alhamdulillah..

3- Balik kampung Jumaat lepas Asar, sampai Kairo (Kayu Ara Pasong) dah dekat kul 9.. mula-mula Angah & Syiqin (Adik tak ikut sebab kena pegi tuition) nak tumpang tidur rumah MIL saya.. MIL pun tak kisah.. besides, tinggal saya, hubby, MIL & BIL je kat rumah tu.. so kalau diorang nak tumpang pun takdelah segan sangat kan.. then bila Angah call Mama, Mama kata since diorang sampai awal, so Mama dapat book bilik kat Melayu Raya.. so no need to tumpang rumah MIL sayalah..

Makanya, kami pun pergilah hantar Angah & Syiqin ke Melayu Raya.. yang terkejut sikit, rupanya my grandma ada call dalam kul 9 lebih.. dua kali miscall saya tak jawab.. tak perasan.. agaknya masa tu saya dalam kereta kot.. tak dengar sangat bunyi phone..

4- Masa kenduri, saya seronok bermain dengan anak sepupu saya yg comel gebu dan sepupu saya yg comel dan bijak.. grrr, geram je tengok babies berdua tu.. dan semestinya persoalan tentang pregnancy itu adalah soalan wajib bagi sedara mara yg tau saya dah kahwin.. Alhamdulillah, saya jawab setiap soalan beserta senyuman ikhlas dan terima kasih kpd mereka sebab bertanya.. that's mean they remember me and concern about me.. dan syukur Alhamdulillah juga kerana saya takde perasaan sedih, kecil hati atau apa-apa ekspresi negatif bila diajukan persoalan tentang anak.. cuma agak terkilan apabila ada sepupu saya (male cousins ok? yg female cousins & relatives were more to asking & prayed for us) yg seolah-olah terlupa bahawa anak adalah rezeki dari Allah, dan cepat atau lambat rezeki anak itu hanya Allah yg tentukan, bukan kami, bukan mereka, bukan sesiapa sahaja selain Allah SWT jua.. below is the conversation:

Cousin F: Adah, belum ada apa-apa ke?
Me: Belum lagi.
Cousin F: jangan lambat-lambat Adah.. dah setahun kan? eh, ke dekat setahun?
Me: Ala, relaxlah.. apa nak dikejar..
Cousin S: (gelak kuat-kuat) [she just 13 if I am not mistaken.. and dia memang suka gelak.. kadang tak kena tempat]
Me: Apa gelak-gelak? betulla kan?
Others: terdiam sambil senyum-senyum..
Me: terus blah nak balik rumah MIL..

Saya tak marah, cuma saya rasa takut.. takut sebab apa? takut sebab mereka seakan-akan terlupa akan Qada' dan Qadar Allah ke atas setiap manusia adalah berbeza.. dan kenapa perlu mereka mempersoalkan Qada' dan Qadar Allah ke atas saya? sedangkan saya terima semua ni dengan redha.. Alhamdulillah saya redha.. saya tahu dan saya faham Allah sedang uji saya dan hubby, dan Allah nak kami lebih bersedia dari segi fizikal, mental, rohani dan kewangan untuk jadi mummy & daddy, bonda & abah, ibu & ayah, emak & bapak, papa & mama dsb.. so, kalau saya yg Allah uji dgn lambat dapat zuriat ni boleh sabar, boleh redha, dan yg paling penting boleh faham dan boleh terima ketentuan Allah ke atas saya hambaNya yg hina ni, kenapa tidak mereka yg Allah permudahkan rezeki zuriat mereka? kan lebih baik mereka doakan je saya dapat zuriat cepat.. tak payah la nak keluar soalan yg menakutkan macam tu..

5- Hubby bawak balik pokok ulam raja, daun kesom dan daun sireh dari rumah MIL.. hehe.. boleh makan ulam selalu.. pegaga tak sempat amik sebab petang Ahad tu hujan lebat (kami balik Ahad malam).. then MIL bawakkan telur ayam kampung, cili api dan betik dua biji.. dan kerepek pisang dan bawang goreng buatan MIL saya.. hehe.. suka.. (^-^) so last Monday, since kami berdua amik cuti sampai Monday, kami pun menggunakan hari tersebut untuk berehat, berBD (ops.. hehe), dan juga main game sampai bateri PSP habis (hubby main game kat laptop, saya kat PSP)..

k, that's all for now.. 

alrite yea dears, daaaaaaaa for now.. (^-^)

Luv,
Adah

Wassalam
 

Monday, March 5, 2012

Weekend in TPG

Assalamualaikum wbt

Last weekend kami telah bermalam di TPG untuk membersihkan rumah kami dan nak pasang pintu and repair pelampung tangki yg dah rosak.. sebabnya this weekend ada orang nak duk homestay and starting from 13/03/2012 ada orang nak sewa for about one or two months, coz orang tu tengah renovate besar-besaran kot rumah dia.. thus they need other place to stay while the construction is in progress.. sambil tu saya nak berurut lagi dengan cik Susi, yg biasa kitorang panggil untuk berurut tu.. Angah pun nak urut sekali.. sakit pinggang katanya.. last2 cik Susi kata pundi kencing dia dah ke bawah sangat, tu la sakit pinggang.. saya pulak, cik Susi kata dah ok dah, bagus dah rahimnya katanya.. hehe.. Alhamdulillah.. dia kata kalau boleh elakkan stress.. dan bagi hubby makan telur ayam kampung kurang2 seminggu dua kali, dua biji sekali makan.. makanlah dengan madu asli ke, kicap ke, buat half boil.. then cik Susi bagi saya pil subur kandungan yg memang kebetulan dia ada bawa masa balik dari Indonesia 2 minggu sebelumnya.. pil ni elok untuk suburkan dan kuatkan rahim.. kena makan sehari 3 kali, 2 biji sekali makan.. so total untuk sehari 6 biji pil kena makan.. adeh, bertambahlah supplement dan jamu yg kena saya makan.. dahla saya ada order VCO, maybe esok lusa baru sampai.. takpelah kan, inilah namanya ikhtiar.. insyaAllah, tak lama lagi adalah hasilnya.. Ameen.. (^-^) pil tu harganya RM10 je sekotak, ada 100 biji pil sekotak.. saya amik 2 kotak.. so total cost semalam adalah RM35 untuk urut plus RM20 untuk pills = RM55.. cik Susi kata selalunya orang makan sekotak Alhamdulillah lekat.. ada jugak yg kena makan 2 kotak.. apapun ikut keserasianlah kan? semoga saya berjaya hamil kali ni.. kalau boleh tak naklah sampai kena buat modern treatment kan? selain kos, jenuhlah nak buat appointment telan ubat hospital semua tu.. harapnya impian kami termakbul tak lama lagi.. kesian hubby, dia dah teringin sangat.. baik now saya dah cool down.. kalau tak confirm each time dia meluahkan keinginan nak baby je sy nangis.. hehe..

And, saya ada baby cat baru.. (^-^) kesian sangat kat baby cat baru ni.. masa mama & ayah mula2 sampai, ada dua ekor baby cat.. seekor dah mati.. so terpaksalah buang.. ibu dia tah ke mana tah peginya.. rasanya baby cat tu baru je seminggu lebih, mata pun belum bukak lagi.. kitorang pun bagilah susu hi-goat yg kebetulan saya bawa kat dalam handbag.. tunggu ibu dia tak datang2.. kalau datang pun Awie dah halau.. pastu dia tak datang terus dah.. huhu.. cian baby cat tu kan? dah lah melepek je dia tido.. bagi susu baru dengar suara & bertenaga sikit nak bangun.. satu malam kami bagi chance untuk ibu baby cat tu datang, tapi sampai kitorang balik petang semalam pun tak muncul2.. sudahnya, terpaksalah kami bawa balik.. takkan nak biar dia mati seekor-seekor kan? tak pasal2 nanti tenant datang ada bau bangkai.. baby cat tu kami namakan Opet.. si Angah dan Syiqin nak namakan Kang Gary, amik sempena nama watak dalam cite Korea 'Running Man' tu.. huhu.. macam nama Jawa je.. mama pulak suh panggil Tit Tot.. tapi saya tetap nak panggil Opet.. kemungkinan Opet adalah seekor jantan.. bila dah bawa balik tu, dah macam ada baby kecik je la rumah kitorang tu.. mama & ayah kena bangun 2-3 jam sekali bagi Opet susu.. kalau tak bagi nanti dia mengiau sekuat hati.. huhu..    

So, to conclude my weekend, though penat tapi best gaklah.. dah bertambah ikhtiar kami untuk dapatkan zuriat sendiri.. dan bertambah juga supplement saya kena amik.. Folic Acid, Air rebusan taugeh, Jus Pati Delima Gulsan (tapi nak habis dah, mungkin stop kejap sebab tak larat banyak sangat supplement nak makan), Hi-Goat, Pil Subur Kandungan, VCO dan Jerslin Power Oil (maybe sampai esok atau lusa), baru 2 kali berurut, Solat sunat Dhuha yg tak konsisten (bila sempat dan teringat je.. huhu).. hopefully tak lama lagi rezeki untuk kami dapat zuriat sampai.. begitu juga kepada rakan2 TTC sekalian, semoga usaha kita semua diberkati Allah dan rezeki terindah iaitu zuriat akan Allah kurniakan untuk kita sedikit waktu sahaja lagi.. semoga juga kita semua tabah menghadapi ujian ni.. selalu saya ingatkan diri saya, sekurang-kurangnya, untuk masa ni kita dah pasti apa ujian untuk kita, orang lain yang nikah terus bunting pelamin belum tau lagi apa pula ujian mereka.. dan semestinya, disebabkan ujian yg Allah beri ni, saya sedar bahawasanya Allah itu sangat sayangkan saya & hubby dan Allah mahu kami lebih dekat kepadaNya, thus the test.. dan sememangnya Allah lebih tahu apa yg kami perlukan untuk masa ini.. kami baru je nak stabil, maka itu Allah hold dulu rezeki zuriat kami supaya kami lebih bersedia dari segi kewangan, fizikal dan mental and of course dari segi rohani supaya kami dapat membesarkan zuriat kami sebaik mungkin, mengikut Al-Quran dan As-Sunnah, InsyaAllah.. semoga kita semua dilimpahi rezeki yang melimpah ruah oleh Allah dan semoga kita berbahagia dengan pasangan dan zuriat masing2 dunia dan akhirat, Amen, InsyaAllah.. (^-^)

Till then dears, daaaaaa!! (^-^)

p/s: Saya saaaaaaaaayang hubby sangat-sangat banyak banyak.. mmuahhh to hubby!! (^-^)

Luv,
Adah

Wassalam

Tuesday, February 28, 2012

Tahniah dan Takziah

Assalamualaikum wbt

Saya nak amik kesempatan ni nak ucap tahniah kpd kawan-kawan TTC bloggers yang dah berjaya pregnant.. Tintaku Nurryama and Mahu Jadi Ibu, semoga Allah lindungi dan pelihara kamu dan baby sehingga selamat melahirkan.. take care yea.. and to other TTCs yg juga dah pregnant tapi saya belum tahu, tahniah juga dan semoga dalam lindungan Allah selalu.. jaga diri and kandungan baik-baik yea? (^-^) Doakan kami TTC yg belum tiba rezeki lagi ni supaya dikurniakan kesabaran dan ketabahan dalam berusaha mendapatkan zuriat ni ek? dan smg rezeki kami juga bakal tiba tidak lama lagi.. Ameen, Allahumma Ameen.. (^-^)

Dan saya baru je dapat tahu semalam dari FB salah seorang teman lama saya yg dah lama saya tak dengar khabar , bahawa anak keduanya telah pun meninggal dunia awal Januari lalu kalau tak silap perkiraan saya.. tak silap saya anak beliau lahir awal Mei 2011, kena induce ke czer, sebab ada complication.. dan melalui gambar yg teman saya ni post di FB beliau, anaknya mungkin menghadapi sumbing yg agak teruk (I'm sorry cant describe in detail, I just feel bad coz I didnt knew it earlier).. dalam gambar tersebut bayi teman saya dipasang tiub di mulutnya, mungkin untuk masuk susu dan bernafas.. smg arwah bayi lelaki teman saya dirahmati Allah, dan smg teman saya dapat teruskan hidup dgn tabah.. Ameen, Ya Rabbal 'Alameen..

Wassalam

Nasi Ambeng untuk Hubby

Assalamualaikum wbt

Hye dears.. semalam (27/02/2012) hubby kena bawa makanan untuk jamu rakan-rakan seofis bersempena dengan Solat Hajat dan bacaan Yasin yg diadakan tiap hari Isnin kat ofis hubby.. this week was his turn.. and he volunteered to bring nasi ambeng.. at first I refused to make it for him.. I ask him to just buy it at the stall.. jimat sikit kan sebab nak buat nasi ambeng ni banyak keja kena buat dan kosnya pun banyak.. lainlah kalau hubby volunteer nak bawa nasi tomato ke, nasi ayam ke, nasi minyak ke.. takdelah leceh sangat kan nak buat.. buat malam sebelum tu pun sempat.. then pagi pun dah takde apa sangat nak buat.. tinggal masak atau panaskan je apa yg patut.. but then he wants nasi ambeng.. nasi ambeng ni makanan tradisi orang Jawa.. menunya senang je, tapi banyak.. ada nasi putih, serunding, ayam masak kicap/rendang/kari (we cooked rendang) etc, mee/mihun goreng (I cooked mee goreng), tempe goreng (tak sempat goreng, goreng untuk dinner), sayur /sambal goreng & ikan bulu ayam goreng.. tu la basic menu untuk nasi ambeng ni.. hubby kata, "Ala, sayang amikla cuti, please.. " huhu.. masa ni memang la saya agak hangin, dahlah tak bincang dulu dengan saya sebelum volunteer, pastu nak suh org amik cuti pulak.. awal bulan nanti nak amik cuti lagi.. so hubby pun konon-konon majuk sikit nak balik lambat sebab nak p Klang tempah nasi ambeng.. pastu bila saya cerita je kat mama, mama pun kata "apa salahnya buatkan untuk dia.. kan nak sedeqah tu.. mama boleh je tolong buatkan.. tapi Ahad tu kamu tolong la siapkan apa yg perlu.." huhu.. mamaku.. kalau pasal menantu dia tu sanggup aje.. jeles tau.. huhu.. saya cakapla mana sempat.. kan banyak lauk dia.. kalau buat nasi tomato ke, nasi minyak ke sempat la.. lauk tak banyak mana.. mama insist juga suruh buatkan.. makanya saya pun beritau la kat hubby mama sanggup tolong buatkan.. apa lagi, excited la dia kan?

Then last Saturday dalam penat-penat sebab menses tu kami pun pegila beli barang nak masak nasi ambeng.. Thursday before saya dan mama dah beli sebahagian barang kat pasar malam.. so that Saturday kami beli yg mana tak cukup je.. then on Sunday nite me, hubby and mama pun potong-potong la apa yg patut, then goreng-goreng apa yg patut, and simpan elok-elok alam fridge.. and semalam pagi baru sambung masak.. start around 9.30, ended around 12.30.. at first memang saya tak nak amik cuti.. then since ayah kata diorang balik kampung on Thursday, saya pun decide ok la, saya amik cutila.. sian pulak kat mama coz saya tau confirm tak sempat mama nak masak semua tu sorang-sorang.. so, EL la saya semalam.. huhu.. dan saya kurangkan sehari cuti masa Bik Nik nak kawen nanti dari 4 hari kepada 3 hari.. sempatlah kan nak buat choc cake untuk my in laws.. balik kampung pun on Friday afternoon coz tunggu adik balik dari sekolah and Angah balik keje..

So, back to the story, saya dan mama pun masaklah untuk hubby terchentaku itu.. tu pun lambat setengah jam.. kalau mama sorang bayangkanlah.. saya ada pun dah agak kalut, lagilah kalau mama sorang.. nak harap Syiqin, yg mudah-mudah tu boleh la dia bantu.. kalau kena masak memang takla kan.. apapun, Alhamdulillah, kami berjaya masak nasi ambeng untuk hubby dan kawan-kawan ofisnya.. semoga Allah permudahkan rezeki kami untuk buat lagi dan sedeqah lagi kat orang.. Ameen, InsyaAllah.. (^-^)

P/S: Sian Angah tak dapat rasa.. takpe, next time kita buat lagi.. (^-^) 

Daaaaaa!! (^-^)

Luv,
Adah

Wassalam

New Cycle Begin

Assalamualaikum wbt

Hye dears.. How's ur weekend? hope everything went well yea? as for me, I already got my menses last Saturday noon.. already knew that I'll having my menses in the morning since I dont feel comfortable on the abdomen area.. and just when I'm got into the toilet to put on the pad, I feel it flowing down and stained my liner.. and it flowed again when I'm peeing.. menses kali ni takde rasa senggugut Alhamdulillah, and that made me kept guessing when my menses will be coming.. what I felt before menses was just rasa nak buang angin tapi rasa macam a bit hard nak keluarkan angin tu, whether through burping or farting.. maybe sebab I took laxative pills for constipation, so I dont feel the senggugut.. (erk, ye ke sebab tu?) then time tu dalam sehari dua memang I tak amik Jus Delima.. sebab I dah amik Hi-Goat kan, takut ada effect berlawan pulak.. so whenever I drink Hi-Goat, I wont take Jus Delima.. like today.. =) dan sekarang ni saya sedang mencari mana nak cari Virgin Coconut Oil (VCO) as supplements.. and maybe Vitex.. especially when my menses cycles getting topsy turvy since I got married ni, I think I really need supplement untuk menyembuhkan apa yg bermasalah dalam tubuh saya ni, and to get pregnant InsyaAllah.. apapun, memang I feel grateful coz at last I got my menses.. at least mudah I nak plan for the next percubaan untuk mendapatkan zuriat.. dan entah kenapa saya ada instinct yg mengatakan bahawa masa untuk saya mendapat khabar gembira yg terindah itu semakin hari semakin mendekat.. harapnya, cycle kali ni membuahkan hasil.. rasanya sebab senggugut saya dah hilang kot saya rasa macam tu.. dan harapnya no more yeast infections after this..

oh yea, sebelum terlupa, saya dah pun start minum air rebusan taugeh semula.. saya rasa macam dapat semangat baru la cycle kali ni.. dan InsyaAllah saya nak p berurut lagi weekend ni.. dah alang-alang balik TPG kan, so amiklah peluang yg ada untuk menambah usaha saya nakkan baby ni.. semoga Allah memakbulkan doa dan harapan serta impian kita para insan TTC ni untuk mendapat zuriat yg soleh dan solehah, yg sehat sempurna sifat fizikal, mental dan rohaninya, yg mulia akhlaknya, yg taat kepada Allah yg menciptanya dan patuh kpd kita ibu bapanya.. Ameen  Ya Allah, Ameen Ya Rabbal 'Alameen..  

Till then yea dears, daaaaaa!! (^-^)

Luv,
Adah

Wassalam

Tuesday, February 21, 2012

CD33

Assalamualaikum wbt

* Entri ni ada ala-ala yikes sikit, so kalau rasa tak sanggup nak baca cite jijik and geli2 tu tak payah la baca ek? (^-^)

Hye dears.. hari ni dah masuk CD33 saya untuk cycle kali ni.. selalunya dalam 2-3 hari sebelum miss P ni nak datang, ia akan bagi hint dulu.. mula-mula lebih kurang seminggu lebih sebelum miss P breast akan rasa berat dan bengkak, sometimes ada rasa mencucuk-cucuk.. then dalam 2-3 hari sebelum miss P akan ada rasa ngilu-ngilu kat anus (rasa macam nak uk uk plus rasa ngilu yang teramat dari anus sampai kat miss V).. dan semestinya moody semacam dalam dua tiga hari sebelum tu.. tapi masalahnya, though I'm expecting my period to be coming latest by this Friday (24/02/2012), tanda yg ada cuma moody memanjang.. dan ini dah saya rasa sejak CD14 dulu kot.. yg menjadi mangsa mestilah hubby kan? hehe, saya minta maaf yea abang, saya sedang cuba kawal rasa hangin semacam, nak marah2 je ni.. hm, dan lagi satu, sakit kat anus tu ada, tp takdelah sesakit macam biasa, dan hanya di sekitar anus je, takde sampai miss V pun.. rasa ala-ala macam angin bergolak sikit kat dalam tu.. ala, macam nak k*nt*t tak jadi tu.. huhu.. breast cuma rasa sakit mencucuk sikit.. kadang-kadang je sakit tu datang.. sehari dalam 2-3 kali je.. tapi tak bengkak pun.. and bila dah lewat miss P ni nak datang of course la ada orang tu dah excited kemain cakap dah ada baby in the womb.. sapa lagi kalau bukan hubby tersayang tu.. tambah2 perut tu membulat semacam je.. saya rasa sebab macam dah agak 3-4 hari jugak tak uk uk dgn jayanya.. tu la bulat and keras je.. and that;s why bila hubby kata dah ada baby dalam tu saya cuma cakap ye je.. and aminkan je la.. insyaAllah kan kalau dah rezeki tu tak ke manalah.. usaha dan ikhtiar je kan? besides, pada saya, bila Allah belum bagi rezeki zuriat buat kami, mungkin DIA saja nak uji sejauh mana kami mampu bersabar dan berusaha, or maybe to HIM we are not prepared enough to be parents.. and maybe jugak Allah nak bagi kami lebih masa untuk bercengkerama di bawah bulan purnama sebelum DIA nak beri kami rezeki tak terjangka untuk timang bayi-bayi kami sendiri.. kot la kan dapat twins ke triplets ke, sah-sahlah memang double triple punya busy nak layan our precious babies nanti kan? thus this is the time for us to enjoy our honeymoon life, selagi belum ada baby, selagi tu la kami boleh bersenda gurau sesuka hati, bila-bila masa kami suka kan? and of course we'll try our best to enhance our self to a better person, strengthening our iman and prepare ourselves on being a better Muslim.. masa ni la utk kita cari ilmu utk persiapkan diri utk semua tu.. pedulilah apa kata orang.. asal kita bahagia dgn cara kita dan kita tau takde apa yg salah dalam apa yg kita buat tu.. so, to conclude my post today, marilah kita sebagai hambaNya sama-sama berusaha mendapatkan cinta dariNya, dan sentiasa bersangka baik dengan apa jua ketentuanNya.. there's always a shine behind the silver lines kan? yang penting kita ikhlas berusaha, sentiasa bersyukur dgn apa saja ketentuanNya, tak jemu memohon daripadaNya, dan jadikan pengalaman lalu sebagai iktibar selain berusaha melengkapkan diri kita sebelum bertemuNya berpandukan Al-Quran dan As-Sunnah, insyaAllah, Allah akan perkenankan impian kita.. this is our test, and we have to face it with sabar, syukur and ikhlas.. sama-samalah kita mencari sinar hidayah dariNya, dan semoga kita tergolong di kalangan yang beriman dan ahli-ahli syurga.. dan semoga juga impian kita utk memiliki zuriat sendiri akan termakbul sedikit masa lagi.. Ameen, InsyaAllah.. Allah knows best.. (^-^)

Luv,
Adah

Wassalam 

Monday, February 20, 2012

Hi-Goat, Hubby's Cold, Ex-Gratia

Assalamualaikum wbt

Kaifa halukum ya sadiqi? ana Alhamdulillah, bikhair.. (^-^) apa khabar kawan-kawan bloggers semua? saya harap semuanya dalam keadaan baik-baik sahaja.. ok, dalam post kali ni saya nak cerita tentang pengambilan susu kambing Hi-Goat, hubby yg tiba-tiba dapat cold & sore throat, dan pastinya tentang ex-gratia yg kami terima pada Jumaat 17/02/2012 yang lalu.. Alhamdulillah, tanpa kami (Finance) sangka, kami dapat 2 bulan ex-gratia.. Alhamdulillah, memang sgt2 bersyukur.. dan lebih daripada jumlah sebulan gaji ex-gratia kali ni saya akan simpan dalam ASB dan Tabung Haji insyaAllah.. Thanks to Allah SWT and thanks also to our bosses for this.. Alhamdulillah.. (^-^)

Dan lepas je tau ex-gratia dah masuk, saya pun apa lagi, terus la p serbu kedai kat Tesco Puchong tu nak beli Hi-Goat dan Krim Kunyit.. hehe.. cuma tak jumpa kurma je.. p cari kat Teso Kajang dgn hubby pun tak ketemu jua.. baik balance Ramadhan lepas masih ada.. tu pun yg free ayah dapat dari ofis tah sapa tah bagi dia.. then since tak berapa nak sedap rasanya kurma tu pun dibiarkan menghuni fridge kami sampai sekarang.. saya amik empat biji kurma untuk diblend dan dicampur dgn susu kambing Hi-Goat tu.. ni semua saya amik dari petua-petua yg kawan-kawan bloggers post, yg ada keluar kat Tanyalah Ustaz ke apa tah.. ala, yang husband and wife masing-masing kena genggam dua biji kurma, then kurma tu blend and campur dengan susu kambing.. saya dah buat!! (^-^) tapi tu pun lepas seharian duk pujuk hubby minum sama.. saya cakap nak baby tak? kalau nak minum je la.. tak bau pun Hi-Goat ni.. ni kan jadi ikhtiar kita.. akhirnya semalam pagi nak juga dia meneguk Hi-Goat kurma blended ni.. hehe.. sedap sungguh.. saya suka.. tapi hubby buat muka kelat pulak.. pastu boleh pulak kata selalu susu kalau dah jadi susu tepung dah tak pure dah.. tak kisah la kan.. nak minum fresh saya ok je.. dia la yg payahnya.. and tak tahu mana nak cari fresh goat milk ni kat sini.. apa pun, semoga usaha kami ni menjadi dan saya berjaya preggy and giving birth to our precious child.. Ameen, InsyaAllah.. (^-^) tapi susu kambing tu panas kan? saya amik half sachet je for each intake.. then kena bancuh dgn air yg banyak.. kalau pekat memang panas.. macam sekarang.. BBT pagi tadi dah sampai 37.0, though saya tak demam tapi panas je badan ni..

And, selama lebih tiga tahun saya kenal hubby, and now jadi wife hubby, baru la ni masuk dua kali dia kena selesema dan sore throat.. hm, ada jugak terfikir mungkin ni tanda dah ada isi, and kebetulan saya masih menunggu menses terbaru.. hari ni dah CD32.. mula-mula hari tu asik nak fikir je dah preggy ke aku ni kan, tapi sekarang dah tak fikir dah.. malas.. hehe.. just fikir maybe O lambat cycle kali ni, hence the late menses.. tapi takde pun simptom pms macam biasa.. cuma perut je buncit.. breast pun tak sakit lagi.. keputihan? macam tu la.. ikut suka hati dia.. and sometimes asik nak shishi je.. takpela, tak payah fikir pun kan? kalau ada, Alhamdulillah.. kalau tak usaha lagi.. (^-^) hm, back to the real story, hubby ni jenis payah nak makan ubat.. dia tak nak masuk any drug dalam badan dia sebab dia tak nak jangka hayat dia dipendekkan disebabkan kesan ubat-ubat drugs tu.. tapikan, kalau makan fast food, instant food and whatsoever yang ada chemical tu bukan ke kesan dia lebih kurang je? hehe, malas nak argue dgn dia pasal ni..

Anyway, see you all later yea dears? daaaa...

Love,
Adah

Wassalam
 

Saturday, February 11, 2012

Bleeding Gums and Minor Toothache, Plus Blurry Vision

Assalamualaikum wbt

Hye dearest dears.. (^-^) yea, saya mengalami gusi berdarah masa gosok gigi pagi tadi.. hari tu (tak ingat bila) ada juga masa gosok gigi tu ada darah kat waste ubat gigi tu.. tapi takdela pulak banyak macam ni.. then yang peliknya memang gusi berdarah tapi takdela sakit atau pedih macam selalu tu.. nak kata ganas sangat saya gosok gigi tak jugak.. macam biasa je.. gigi pun rasa sengal-sengal ubi je.. takdela ngilu yang teramat ke, sakit ke, rasa nak tercabut ke.. hm, hormonal changes kot kan? dahla sight vision saya ni macam dah nak suh tukar power lense spec saya je.. hm, bila usia dah meningkat ni, macam-macam kan? apapun, andai ini petanda kepada sesuatu yang positif yang kami tunggu-tunggu dan harap-harap selama ni, syukur Alhamdulillah.. dan andai juga ianya bukan petanda kepada double line dan positif itu, harapnya ianya bukanlah kerana penyakit yang merbahaya dan masih boleh dan mudah diubati.. itu sahaja harapan saya buat masa ini.. hanya berserah kepada Allah, dan redha atas segala ketentuan-Nya.. namun, usaha tetap usaha.. ikhtiar tetap diteruskan walau hanya sedikit.. dan pengharapan tetap kepada DIA yang Maha Mengetahui dan Berkuasa atas segalanya.. apapun, kenala tunggu weekend depan untuk kepastian masalah bleeding gums ni kan? cuma sekarang ni saya jadi agak blur bila nak jangka masa menses saya.. yealah, kalau sampai FF saya pun masih tak dapat lagi nak detect Ovulation, macam mana pulak nak expect menses kan? tapi kalau ikut perkiraan saya, CD 14 saya dah Ovulate.. maybe FF tak dapat confirmkan sebab CM saya yang mungkin tak sepadan dengan normal CM masa Ovulation dan juga saya demam sikit masa CD 15 tu.. entahlah.. tunggu jelah next week.. kalau delay 9 bulan 10 hari, syukur Alhamdulillah.. kalau tak, takpelah.. usaha lagi.. tunggu je menses datang dan start new cycle with another efforts and determination, plus strength.. (^-^)

k la dears yea.. daaaa.. (^-^)

Wassalam 

Friday, February 10, 2012

Daging Payau dan Udang Galah Sabah

Assalamualaikum wbt

Hye dears.. (^-^) apa itu daging payau? hm, masa ayah bawa balik dari Sabah Sabtu 04022012 yang lepas saya tak terfikir pulak nak bertanya leih lanjut kepada ayah.. cuma terdetik dalam hati yang daging payau itu adalah daging sejenis haiwan di Sabah yang tiada di Semenanjung ni.. makanya, pada Selasa lepas (07022012) saya pun call mama (mama, ayah, Awie dan Angah balik kampung untuk tolong mbah invite saudara mara datang walimah Bik Nik 10032012 nanti) nak tanya daging payau tu nak masak apa.. then mama gtau la daging payau tu sebenarnya daging rusa.. maka dengan excitednya saya pun pegi cari resepi kat internet untuk masak daging rusa tu.. dan akhirnya, berpandukan resepi dari internet (tak ingat blog apa) dan sedikit tokok tambah pada resepi tersebut, saya berjaya masak daging rusa masak kicap oyster blackpepper.. hehe.. ni semua sebab takde sos blackpepper, saya cuma guna blackpepper yang saya tumbuk halus ditambah kicap pekat dan sos oyster.. rasanya? boleh tahan untuk saya yang first time masak daging payau a.k.a. daging rusa ni.. gambar tak sempat nak snap pulak sebab petang tu saya dah rush nak bersiap pegi Klang, rumah BIL saya kat Bandar Puteri.. MIL saya datang sambil hantar my younger BIL balik Klang.. so apalagi, saya dan hubby pun mestilah ambil peluang jumpa MIL kan.. (^-^) malam tu sempat jugak pegi Pasaraya NSK kat Taman Sentosa.. NSK ni pasaraya baru kat sana.. dia ada jual barang borong dan harga kebanyakan barang yang dijual lebih rendah dari tempat lain.. bawang sekampit 5kg baru RM3.80, mama kata kalau tempat lain dalam RM5.. so, kalau memang kebetulan ke Klang atau kami balik TPG nanti boleh la singgah beli barang dapur kan??

then, nak cerita ni.. pagi hari Selasa tu juga saya termimpi check UPT dapat double line.. hehe.. ameen, insyaAllah, semoga mimpi itu akan jadi kenyataan sedikit masa lagi.. (^-^) detail lain dalam mimpi saya tu memang tak ingat.. yang dok terbayang-bayang di mata saya hanya UPT double line saya dalam mimpi tu.. nak cerita kat hubby tapi tak tercerita.. bila dah cerita makin meleret-leret pula sembang kami.. hehe..

eh, lupa pulak tajuk entry ni ada udang galah.. since ayah bawa balik udang galah jugak, makanya, petang ayah balik tu saya masak butter prawn simple.. dah ada lauk ayam panggang n ayam goreng honey, butter prawn tu hanya tambahan sahaja..dan Alhamdulillah, lauk petang tu habis licin sampai mama terpaksa buat butter prawn lagi for dinner that night.. dan selepas maghrib, nenek pun sampai dari rumah Wak Man untuk ikut mereka pulang ke kampung.. after isya', diorang pun bertolaklah balik kampung.. tinggallah saya, hubby, Syiqin dan adik berempat kat rumah, tunggu Memol, Momo dan Mimi balik dari kembara sambil melayan dan menemani Kikid yang kesunyian seekor diri.. hehe..

k dears, till then yea.. daaaa

Luv,
Adah

Wassalam

Wednesday, February 8, 2012

Cara Solat Sunat Dhuha

Assalamualaikum wbt

Cara Ringkas Solat @ Sembahyang Sunat Dhuha :
Rakaat : 2,4,6 hingga 12
Waktu : 10 pagi, atau antara 7am - 1pm petang sebelum waktu zohor, “Solat Dhuha ini afdalnya ketika matahari telah meninggi dan kian panas sinarnya.” Imam Nawawi menghuraikan masa tersebut sebagai masa berlalunya seperempat tempoh siang hari iaitu pukul 10 pagi hingga 1 petang (Kitab al-Majmu’ karangan Imam Nawawi).

1. Rakaat Pertama "Allahuakbar" & Niat dalam hati :
++ "Sahaja aku sembahyang sunat Dhuha 2 rakaat kerana Allah Ta'ala"
++ Baca Alfatihah hingga akhir
++ Baca Surah, pendek pun takpa. (paling elok surah As-Syams )

2. Rakaat Kedua
++ Baca Alfatihah
++ Baca Surah, pendek pun takpa. (paling afdhal surah Addhuha)
++ Tahiyyat akhir & Beri Salam..

3. Doa
++ Mohon Allah murahkan rezeki kita..berkati kerja kita.
++ Doa apa sahaja..mengadulah pada Allah.
++ Bahasa melayu, jawa, nogori, iban apa saja semua boleh, Doalah.
++ Paling mantap guna Doa ini khas untuk waktu Dhuha : KLIK SINI
++ Nak mudah hafal doa? guna cara berlagu UNIC Doa Dhuha

Credit To:




Maksudnya:

Ya Allah, sesungguhnya waktu Dhuha itu waktu  DhuhaMu, kecantikannya adalah kecantikanMu,
keindahan itu keindahanMu, kekuatan itu kekuatanMu,
kekuasaanitu kekuasaanMu dan perlindungan itu perlindunganMu.
Ya Allah, jika rezekiku masih di langit, turunkanlah, dan jika  di dalam bumi, keluarkanlah,
jika sukar, permudahkanlah, jika haram, sucikanlah dan jika jauh, dekatkanlah.
Berkat waktu dhuha, kecantikan. keindahan, kekuatan, kekuasaanMu,
limpahkan kepadaku segala yang Engkau telah limpahkan kepada hamba-hambaMu yang soleh.


Credit To:
Short Text
 
Wassalam

Gedebuk!!

Assalamualaikum wbt

Saya sedang bersedih di kala ini sebab tadi pagi masa turun tangga rumah nak ke tempat kerja saya telah terjatuh gedebuk!! huhu.. baik sempat capai railing tangga tu, kalau tak confirm terhantuk dan mungkin lagi hebat momentum dan jarak jatuhan saya itu.. dan baik juga punggung saya sudah ada banyak isi, kalau tak mesti sakit tulang punggung saya menerima hentakan.. Alhamdulillah, Allah sedang uji saya.. apa taknya, ntah apa yang saya angankan sampai boleh tersangkut kaki kat kain baju saya lalu terjatuh.. uhhu.. yang terharunya, waktu saya tengah menangis tahan sakit dan nak turun tangga, our dear little cat berlari-lari dari dapur datang ke tangga dan mengiau-ngiau nak tahu apa jadi.. dahla dia buat muka comel masa tu.. baik kaki tengah sakit.. kalau tak, memang la saya meluru terus peluk dia.. hehe.. apapun, terima kasih Ya Allah sebab jatuhan itu tidak terlalu teruk.. dan saya berharap sekiranya telah wujud nyawa di dalam rahim saya ini, ia tidak terkesan dengan jatuhan saya tadi.. semoga Allah memelihara keselamatannya di dalam rahim saya.. Ameen.. namun kiranya belum ada lagi nyawa tercipta di dalam sana, saya berharap jatuhan tadi tidak memberi apa-apa kesan yang membahayakan kesihatan saya.. lebih-lebih pun hanya terpeleot kaki, ya, kaki saya masih terasa sakit hingga kini.. namun saya redha.. kerana sakit itu kan penawar dosa.. lebih mengingatkan kita kepada Allah SWT.. InsyaAllah.. (^-^)

Dan hari ini adalah CD 20 kitaran kali ini.. Walaupun Fertility Friend saya masih belum mengesan bila ovulasi berlaku, saya kira ianya telah pun berlaku pada CD 14 lalu.. dan saya berharap kali ini usaha kami berjaya.. Ameen.. sekarang ini mungkin tinggal dalam seminggu sebelum jangkaan kitar baru.. jadi saya berharap pembahagian sel telah berlaku dengan sempurna di dalam rahim saya, dan bakal berlaku penempelan ke dinding rahim saya sedikit masa lagi.. entah kenapa keyakinan untuk berjaya kali ini ada.. tapi apapun, saya tetap berserah kepada Allah SWT..

K dears, daaa..

P/S: Maafkan saya kerana secara tiba-tiba lenggok bahasa post saya kali ini berubah.. mungkin kerana akibat terjatuh pagi tadi, justeru ada sedikit kesan kepada cara saya mengekspresi cerita saya ke dalam post ini.. huhu.. ampun ya.. daaaaaaaaa (^-^)

Wassalam 

Friday, February 3, 2012

CD15

Assalamualaikum wbt

Hya dears.. saya nak cerita tentang CD15 saya.. hari ni suhu naik semula selepas jatuh dua hari.. so saya kira semalam adalah hari ovulation saya.. harap-harapnya adalah rezeki kami bulan ni kan? Ameen, insyaAllah.. (^-^) so, tiga empat hari ni saya kerap rasa pening-pening, dan adakalanya mual.. lagi-lagi lepas makan.. sekarang ni pun tengah rasa pening dan mual.. pastu rasa letih je sepanjang minggu ni.. then dengan gusi berdarahnya, gigi pulak sengal-sengal manja pulak tu.. dan dah dua tiga hari juga belakang ni sakit.. dan juga perut cramp dari semalam.. fluttering uterus memang la ada rasa sehari dua ni.. breast pun kadang ada rasa sengal-sengal and mencucuk sikit.. entahlah.. sejak kawen ni tanda period pun dah jadi tanda ovulate.. dan bila nak period pelik-pelik pulak simptomnya.. orang pregnant pun kalah.. hehe.. takpelah, yang penting period saya masih lagi dalam kategori teratur.. harap adala rezeki kami kan? bulan-bulan lepas ada je yang menghalangnya, demam la, fungus la, hubby out station la, balik kampung la.. dan bulan ni rasanya takde apa halangan besar.. jadi, bulan ni ada sedikit rasa pengharapan di situ.. hehe.. insyaAllah, semoga Allah makbulkan hajat saya ni.. Ameen, Allahumma Ameen.. take care yea dears.. (^-^)

Wassalam

Saya Kena Kuat!!

Assalamualaikum wbt

Hye dears.. bertemu lagi kita di post terbaru hari ini.. (^-^)

Hm, saya kena kuat.. memang saya perlu jadi sangat kuat dari segi emosi dan rohani, kerana jika tidak saya akan bertukar menjadi monster.. hehe.. takde lah.. it's more on being positive and consent to Allah's fate for us.. yea, saya perlu jadi sangat tabah.. especially when three of my colleagues dah pun pregnant.. sorang menikah 2-3 bulan awal dari saya, tapi dia PJJ dengan husband dia, a navy if I'm not mistaken.. dan lagi dua menikah pada November tahun lalu.. 6 months later than me.. I know Allah is testing me right now.. memang pada mulanya saya boleh menerima berita-berita gembira seperti ini dengan agak tenang.. tapi entah kenapa sejak dua menjak ni saya agak fragile.. mungkin sebab tengah nak ovulate kot, tu hormon sangat tidak stabil.. dan bila ini terjadi, apa yang termampu saya lakukan adalah mengucapkan tahniah through FB dan mendoakan kesejahteraan mereka semua.. and of course I am truly happy for them.. di samping itu saya juga berdoa kepada Allah dan mengharap untuk menerima berita gembira itu juga sedikit masa lagi.. insyaAllah, ameen..

Pagi tadi saya telah menyedari sesuatu yang sangat menyedihkan.. dua pasang baju yang saya cuba untuk dipakai hari ini terasa sangat ketat hingga menampakkan perut buncit saya.. yea, saya telah buncit.. memang saya telah sedar tentang itu sejak lepas raya yang lalu.. rasanya semenjak saya mengambil pil Folic Acid, memang berat saya naik mendadak.. I think it's 5kg and may be more.. dan selalunya saya tak ambil kisah langsung kalau adik-adik dan mama saya menegur dan mentertawakan saya, tapi entah kenapa saya menangis kesedihan pagi ni.. not because being teased by them, it just because, I dont know.. dari semalam rasa macam cengeng sikit.. it's more on sedih sebab baju kegemaran dah tak muat.. takpela.. en hubby dah kata nak ajak p beli jubah kat Mines.. tengoklah kalau ada budget lebih.. hehe.. suke.. (^-^)

Well, petang ni ada Jamuan Chinese New Year kat ofis actually.. dan tema adalah Chinese Traditional or red.. so that's why la saya p try baju-baju tu.. then dah tak muat nak buat cane kan.. glad later I found my maroon baju kurung yang tiba-tiba saya lama tak nampak sebab lupa letak kat mana.. hehe.. maroon pun maroon lah kan.. asal ada red tone.. ;p

K la dears yea.. lega sikit dapat meluah rasa kat sini.. see ya all then.. daaaaa!!

Wassalam