Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Tuesday, February 28, 2012

Nasi Ambeng untuk Hubby

Assalamualaikum wbt

Hye dears.. semalam (27/02/2012) hubby kena bawa makanan untuk jamu rakan-rakan seofis bersempena dengan Solat Hajat dan bacaan Yasin yg diadakan tiap hari Isnin kat ofis hubby.. this week was his turn.. and he volunteered to bring nasi ambeng.. at first I refused to make it for him.. I ask him to just buy it at the stall.. jimat sikit kan sebab nak buat nasi ambeng ni banyak keja kena buat dan kosnya pun banyak.. lainlah kalau hubby volunteer nak bawa nasi tomato ke, nasi ayam ke, nasi minyak ke.. takdelah leceh sangat kan nak buat.. buat malam sebelum tu pun sempat.. then pagi pun dah takde apa sangat nak buat.. tinggal masak atau panaskan je apa yg patut.. but then he wants nasi ambeng.. nasi ambeng ni makanan tradisi orang Jawa.. menunya senang je, tapi banyak.. ada nasi putih, serunding, ayam masak kicap/rendang/kari (we cooked rendang) etc, mee/mihun goreng (I cooked mee goreng), tempe goreng (tak sempat goreng, goreng untuk dinner), sayur /sambal goreng & ikan bulu ayam goreng.. tu la basic menu untuk nasi ambeng ni.. hubby kata, "Ala, sayang amikla cuti, please.. " huhu.. masa ni memang la saya agak hangin, dahlah tak bincang dulu dengan saya sebelum volunteer, pastu nak suh org amik cuti pulak.. awal bulan nanti nak amik cuti lagi.. so hubby pun konon-konon majuk sikit nak balik lambat sebab nak p Klang tempah nasi ambeng.. pastu bila saya cerita je kat mama, mama pun kata "apa salahnya buatkan untuk dia.. kan nak sedeqah tu.. mama boleh je tolong buatkan.. tapi Ahad tu kamu tolong la siapkan apa yg perlu.." huhu.. mamaku.. kalau pasal menantu dia tu sanggup aje.. jeles tau.. huhu.. saya cakapla mana sempat.. kan banyak lauk dia.. kalau buat nasi tomato ke, nasi minyak ke sempat la.. lauk tak banyak mana.. mama insist juga suruh buatkan.. makanya saya pun beritau la kat hubby mama sanggup tolong buatkan.. apa lagi, excited la dia kan?

Then last Saturday dalam penat-penat sebab menses tu kami pun pegila beli barang nak masak nasi ambeng.. Thursday before saya dan mama dah beli sebahagian barang kat pasar malam.. so that Saturday kami beli yg mana tak cukup je.. then on Sunday nite me, hubby and mama pun potong-potong la apa yg patut, then goreng-goreng apa yg patut, and simpan elok-elok alam fridge.. and semalam pagi baru sambung masak.. start around 9.30, ended around 12.30.. at first memang saya tak nak amik cuti.. then since ayah kata diorang balik kampung on Thursday, saya pun decide ok la, saya amik cutila.. sian pulak kat mama coz saya tau confirm tak sempat mama nak masak semua tu sorang-sorang.. so, EL la saya semalam.. huhu.. dan saya kurangkan sehari cuti masa Bik Nik nak kawen nanti dari 4 hari kepada 3 hari.. sempatlah kan nak buat choc cake untuk my in laws.. balik kampung pun on Friday afternoon coz tunggu adik balik dari sekolah and Angah balik keje..

So, back to the story, saya dan mama pun masaklah untuk hubby terchentaku itu.. tu pun lambat setengah jam.. kalau mama sorang bayangkanlah.. saya ada pun dah agak kalut, lagilah kalau mama sorang.. nak harap Syiqin, yg mudah-mudah tu boleh la dia bantu.. kalau kena masak memang takla kan.. apapun, Alhamdulillah, kami berjaya masak nasi ambeng untuk hubby dan kawan-kawan ofisnya.. semoga Allah permudahkan rezeki kami untuk buat lagi dan sedeqah lagi kat orang.. Ameen, InsyaAllah.. (^-^)

P/S: Sian Angah tak dapat rasa.. takpe, next time kita buat lagi.. (^-^) 

Daaaaaa!! (^-^)

Luv,
Adah

Wassalam

No comments:

Post a Comment