Hye all.. hari ni saya nak cite tentang Buku Merah (ke pink?) yg selalu digunakan utk record check-up details kita.. saya dah buat dah kat KK Kajang, 10hb Mei hari tu.. Alhamdulillah, semua berjalan lancar.. senang je nak buat buku merah tu.. kat KK Kajang tak perlu bawa salinan surat nikah, IC pun diorang tak minta.. saya p dgn hubby.. dalam kul7.45 kitorang dah sampai.. tu pun dah ramai orang..
ok, mula-mula sekali kena amik nombor.. lepas tu sepatutnya terus p ke bahagian klinik Ibu Mengandung & Kanak-kanak utk buat buku.. tapi saya pegi tunggu je kat bahagian pendaftaran tu... tengok nombor tak keluar-keluar pun.. hubby suh terus tanya kat kaunter ibu mengandung tu.. saya pun p la tanya, terus dia suh isi buku merah pink (dua salinan, satu kita pegang, satu lagi klinik) tu, then dah siap bagi kat kaunter ibu (ada dua kaunter, satu kaunter ibu, satu kaunter kanak-kanak) sekali dengan nombor giliran kita.. kejap je tunggu, nombor naik terus ada satu nurse ni interview.. soalan-soalan yg ditanya, bila first day last period, bila tarikh nikah, rekod kesihatan (saya kena minum air gula dua kali sepanjang pregnancy ni since my dad ada mild diabetes.. huhu), tinggi & berat, pernah pregnant or miscarriage ke tak, check blood pressure dsb lah yg berkaitan.. pastu nurse ni check due date.. mula-mula saya tak perasan dia salah kira, suppose masa tu saya pregnant 6 weeks, tapi nurse letak 10 weeks.. bila check dgn nurse lagi satu saya inform nurse tu, dia kira semula.. then saya kena amik darah dan buat urine test utk albumin & protein, check HIV, DVRL & kadar hemoglobin darah, lepas siap hantar kat makmal, then baru tunggu utk check-up dengan nurse.. masa check dengan nurse tu soalan lebih kurang jugak dia tanya, cuma tambah soalan ada minum susu tak, ada makan vitamin tak, ada morning sickness tak.. then dia ukur tinggi perut.. and saya inform yg nurse yg interview tu salah kira usia pregnancy, and the nurse kira la semula.. lepas tu nurse kata at 12 weeks saya kena minum air gula utk check diabetes.. she set my next appointment on 11 Jun.. and she prescribe me with Obimin, folic acid saya dah ada so no need lah kan..
Buku Pink Pertama saya |
Then, nurse suh tunggu utk doctor check.. doctor pun check yg sama jugak.. cuma dia ada check pernafasan & degup jantung.. Alhamdulillah, semua ok.. doctor kata boleh p scan kat private clinic coz awal-awal ni memang KK takde buat scan.. tapi kena letak gambar scan kat buku pink la.. doctor bagi time slip half day je.. huhu.. lepas tu tunggu amik ubat, balik tu singgah Az-Zahrah Bandar Tech, amik MC.. hehe
Itulah cerita saya p buat buku pink kat KK.. kat Az-Zahrah belum buat lagi, tak sure nak buat katne, Bandar Tech or Bangi terus.. hehe.. daaaaa!!
Luv,
Adah
Wassalam
No comments:
Post a Comment