Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh
Hari ni saya nak kongsikan dengan kawan-kawan doa yg diamalkan oleh ibunda Rasulullah SAW ketika beliau hamilkan Baginda SAW.. Sama-sama kita hayati dan amalkan yea kawan-kawan.. (^-^)
Doa ini telah diijazahkan kepada saya oleh Tok Sayyid Padang Kala hafizohullah. Dengan suka hati, saya ijazahkan pula doa ini kepada sesiapa sahaja yang suka dan gemar mengamalkan doa yang amat baik ini. Kata guru saya, doa ini jika sentiasa diwiridkan oleh si ibu, selain selamat anak dalam kandungannya insyaallah juga akan memudahkan proses bersalinnya nanti. Boleh juga di doakan untuk keselamatan anak-anak kita yang berada di kejauhan. maklumlah mereka ini bukannya sentiasa berada di depan mata kita. sebagai ibubapa sudah tentu akan ada rasa khuatir akan keselamatan anak-anak. Inilah doanya di baca 3 kali sambil tangan memegang perut :
ٲﻋﻴﺬﮦ ﺒﺎﻠﻮﺍﺤﺪ ﺍﻠﺼﻤﺪ ﻤﻦ ﺸﺮ ﻜﻞ ﺬﻱ ﺣﺎﺴﺪ
“Uu i’zuhu bilwahidisshomadi min syarri kulli zi hasidin”
ertinya: Aku melindunginya dengan Tuhan yang maha esa yang menjadi tempat tumpuan segala makhluk daripada kejahatan tiap-tiap pendengki.
Credit To:
Luv,
Adah
Wassalam
No comments:
Post a Comment