Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Monday, February 20, 2012

Hi-Goat, Hubby's Cold, Ex-Gratia

Assalamualaikum wbt

Kaifa halukum ya sadiqi? ana Alhamdulillah, bikhair.. (^-^) apa khabar kawan-kawan bloggers semua? saya harap semuanya dalam keadaan baik-baik sahaja.. ok, dalam post kali ni saya nak cerita tentang pengambilan susu kambing Hi-Goat, hubby yg tiba-tiba dapat cold & sore throat, dan pastinya tentang ex-gratia yg kami terima pada Jumaat 17/02/2012 yang lalu.. Alhamdulillah, tanpa kami (Finance) sangka, kami dapat 2 bulan ex-gratia.. Alhamdulillah, memang sgt2 bersyukur.. dan lebih daripada jumlah sebulan gaji ex-gratia kali ni saya akan simpan dalam ASB dan Tabung Haji insyaAllah.. Thanks to Allah SWT and thanks also to our bosses for this.. Alhamdulillah.. (^-^)

Dan lepas je tau ex-gratia dah masuk, saya pun apa lagi, terus la p serbu kedai kat Tesco Puchong tu nak beli Hi-Goat dan Krim Kunyit.. hehe.. cuma tak jumpa kurma je.. p cari kat Teso Kajang dgn hubby pun tak ketemu jua.. baik balance Ramadhan lepas masih ada.. tu pun yg free ayah dapat dari ofis tah sapa tah bagi dia.. then since tak berapa nak sedap rasanya kurma tu pun dibiarkan menghuni fridge kami sampai sekarang.. saya amik empat biji kurma untuk diblend dan dicampur dgn susu kambing Hi-Goat tu.. ni semua saya amik dari petua-petua yg kawan-kawan bloggers post, yg ada keluar kat Tanyalah Ustaz ke apa tah.. ala, yang husband and wife masing-masing kena genggam dua biji kurma, then kurma tu blend and campur dengan susu kambing.. saya dah buat!! (^-^) tapi tu pun lepas seharian duk pujuk hubby minum sama.. saya cakap nak baby tak? kalau nak minum je la.. tak bau pun Hi-Goat ni.. ni kan jadi ikhtiar kita.. akhirnya semalam pagi nak juga dia meneguk Hi-Goat kurma blended ni.. hehe.. sedap sungguh.. saya suka.. tapi hubby buat muka kelat pulak.. pastu boleh pulak kata selalu susu kalau dah jadi susu tepung dah tak pure dah.. tak kisah la kan.. nak minum fresh saya ok je.. dia la yg payahnya.. and tak tahu mana nak cari fresh goat milk ni kat sini.. apa pun, semoga usaha kami ni menjadi dan saya berjaya preggy and giving birth to our precious child.. Ameen, InsyaAllah.. (^-^) tapi susu kambing tu panas kan? saya amik half sachet je for each intake.. then kena bancuh dgn air yg banyak.. kalau pekat memang panas.. macam sekarang.. BBT pagi tadi dah sampai 37.0, though saya tak demam tapi panas je badan ni..

And, selama lebih tiga tahun saya kenal hubby, and now jadi wife hubby, baru la ni masuk dua kali dia kena selesema dan sore throat.. hm, ada jugak terfikir mungkin ni tanda dah ada isi, and kebetulan saya masih menunggu menses terbaru.. hari ni dah CD32.. mula-mula hari tu asik nak fikir je dah preggy ke aku ni kan, tapi sekarang dah tak fikir dah.. malas.. hehe.. just fikir maybe O lambat cycle kali ni, hence the late menses.. tapi takde pun simptom pms macam biasa.. cuma perut je buncit.. breast pun tak sakit lagi.. keputihan? macam tu la.. ikut suka hati dia.. and sometimes asik nak shishi je.. takpela, tak payah fikir pun kan? kalau ada, Alhamdulillah.. kalau tak usaha lagi.. (^-^) hm, back to the real story, hubby ni jenis payah nak makan ubat.. dia tak nak masuk any drug dalam badan dia sebab dia tak nak jangka hayat dia dipendekkan disebabkan kesan ubat-ubat drugs tu.. tapikan, kalau makan fast food, instant food and whatsoever yang ada chemical tu bukan ke kesan dia lebih kurang je? hehe, malas nak argue dgn dia pasal ni..

Anyway, see you all later yea dears? daaaa...

Love,
Adah

Wassalam
 

2 comments:

  1. suami saya pun payah nak makan apa-apa.
    serbuk debunga kurma ni pun saya minum sama-sama dgn dia. kalau dibiarkan atas meja memang tak sentuh laaa...

    ReplyDelete
  2. kan? kalau nak suruh dia minum atau makan supplement2 & ubat2 ni memang kena duk depan dia baru la dia nak minum.. tu pun lepas ugut2 manja sikit, nak baby ke tak nak, kalau tak memang la dia buat tak tau je..

    ReplyDelete