Assalamualaikum wbt
Last weekend kami telah bermalam di TPG untuk membersihkan rumah kami dan nak pasang pintu and repair pelampung tangki yg dah rosak.. sebabnya this weekend ada orang nak duk homestay and starting from 13/03/2012 ada orang nak sewa for about one or two months, coz orang tu tengah renovate besar-besaran kot rumah dia.. thus they need other place to stay while the construction is in progress.. sambil tu saya nak berurut lagi dengan cik Susi, yg biasa kitorang panggil untuk berurut tu.. Angah pun nak urut sekali.. sakit pinggang katanya.. last2 cik Susi kata pundi kencing dia dah ke bawah sangat, tu la sakit pinggang.. saya pulak, cik Susi kata dah ok dah, bagus dah rahimnya katanya.. hehe.. Alhamdulillah.. dia kata kalau boleh elakkan stress.. dan bagi hubby makan telur ayam kampung kurang2 seminggu dua kali, dua biji sekali makan.. makanlah dengan madu asli ke, kicap ke, buat half boil.. then cik Susi bagi saya pil subur kandungan yg memang kebetulan dia ada bawa masa balik dari Indonesia 2 minggu sebelumnya.. pil ni elok untuk suburkan dan kuatkan rahim.. kena makan sehari 3 kali, 2 biji sekali makan.. so total untuk sehari 6 biji pil kena makan.. adeh, bertambahlah supplement dan jamu yg kena saya makan.. dahla saya ada order VCO, maybe esok lusa baru sampai.. takpelah kan, inilah namanya ikhtiar.. insyaAllah, tak lama lagi adalah hasilnya.. Ameen.. (^-^) pil tu harganya RM10 je sekotak, ada 100 biji pil sekotak.. saya amik 2 kotak.. so total cost semalam adalah RM35 untuk urut plus RM20 untuk pills = RM55.. cik Susi kata selalunya orang makan sekotak Alhamdulillah lekat.. ada jugak yg kena makan 2 kotak.. apapun ikut keserasianlah kan? semoga saya berjaya hamil kali ni.. kalau boleh tak naklah sampai kena buat modern treatment kan? selain kos, jenuhlah nak buat appointment telan ubat hospital semua tu.. harapnya impian kami termakbul tak lama lagi.. kesian hubby, dia dah teringin sangat.. baik now saya dah cool down.. kalau tak confirm each time dia meluahkan keinginan nak baby je sy nangis.. hehe..
And, saya ada baby cat baru.. (^-^) kesian sangat kat baby cat baru ni.. masa mama & ayah mula2 sampai, ada dua ekor baby cat.. seekor dah mati.. so terpaksalah buang.. ibu dia tah ke mana tah peginya.. rasanya baby cat tu baru je seminggu lebih, mata pun belum bukak lagi.. kitorang pun bagilah susu hi-goat yg kebetulan saya bawa kat dalam handbag.. tunggu ibu dia tak datang2.. kalau datang pun Awie dah halau.. pastu dia tak datang terus dah.. huhu.. cian baby cat tu kan? dah lah melepek je dia tido.. bagi susu baru dengar suara & bertenaga sikit nak bangun.. satu malam kami bagi chance untuk ibu baby cat tu datang, tapi sampai kitorang balik petang semalam pun tak muncul2.. sudahnya, terpaksalah kami bawa balik.. takkan nak biar dia mati seekor-seekor kan? tak pasal2 nanti tenant datang ada bau bangkai.. baby cat tu kami namakan Opet.. si Angah dan Syiqin nak namakan Kang Gary, amik sempena nama watak dalam cite Korea 'Running Man' tu.. huhu.. macam nama Jawa je.. mama pulak suh panggil Tit Tot.. tapi saya tetap nak panggil Opet.. kemungkinan Opet adalah seekor jantan.. bila dah bawa balik tu, dah macam ada baby kecik je la rumah kitorang tu.. mama & ayah kena bangun 2-3 jam sekali bagi Opet susu.. kalau tak bagi nanti dia mengiau sekuat hati.. huhu..
So, to conclude my weekend, though penat tapi best gaklah.. dah bertambah ikhtiar kami untuk dapatkan zuriat sendiri.. dan bertambah juga supplement saya kena amik.. Folic Acid, Air rebusan taugeh, Jus Pati Delima Gulsan (tapi nak habis dah, mungkin stop kejap sebab tak larat banyak sangat supplement nak makan), Hi-Goat, Pil Subur Kandungan, VCO dan Jerslin Power Oil (maybe sampai esok atau lusa), baru 2 kali berurut, Solat sunat Dhuha yg tak konsisten (bila sempat dan teringat je.. huhu).. hopefully tak lama lagi rezeki untuk kami dapat zuriat sampai.. begitu juga kepada rakan2 TTC sekalian, semoga usaha kita semua diberkati Allah dan rezeki terindah iaitu zuriat akan Allah kurniakan untuk kita sedikit waktu sahaja lagi.. semoga juga kita semua tabah menghadapi ujian ni.. selalu saya ingatkan diri saya, sekurang-kurangnya, untuk masa ni kita dah pasti apa ujian untuk kita, orang lain yang nikah terus bunting pelamin belum tau lagi apa pula ujian mereka.. dan semestinya, disebabkan ujian yg Allah beri ni, saya sedar bahawasanya Allah itu sangat sayangkan saya & hubby dan Allah mahu kami lebih dekat kepadaNya, thus the test.. dan sememangnya Allah lebih tahu apa yg kami perlukan untuk masa ini.. kami baru je nak stabil, maka itu Allah hold dulu rezeki zuriat kami supaya kami lebih bersedia dari segi kewangan, fizikal dan mental and of course dari segi rohani supaya kami dapat membesarkan zuriat kami sebaik mungkin, mengikut Al-Quran dan As-Sunnah, InsyaAllah.. semoga kita semua dilimpahi rezeki yang melimpah ruah oleh Allah dan semoga kita berbahagia dengan pasangan dan zuriat masing2 dunia dan akhirat, Amen, InsyaAllah.. (^-^)
Till then dears, daaaaaa!! (^-^)
p/s: Saya saaaaaaaaayang hubby sangat-sangat banyak banyak.. mmuahhh to hubby!! (^-^)
Luv,
Adah
Wassalam
No comments:
Post a Comment