Assalamualaikum wbt
Hye dears.. (^-^) apa itu daging payau? hm, masa ayah bawa balik dari Sabah Sabtu 04022012 yang lepas saya tak terfikir pulak nak bertanya leih lanjut kepada ayah.. cuma terdetik dalam hati yang daging payau itu adalah daging sejenis haiwan di Sabah yang tiada di Semenanjung ni.. makanya, pada Selasa lepas (07022012) saya pun call mama (mama, ayah, Awie dan Angah balik kampung untuk tolong mbah invite saudara mara datang walimah Bik Nik 10032012 nanti) nak tanya daging payau tu nak masak apa.. then mama gtau la daging payau tu sebenarnya daging rusa.. maka dengan excitednya saya pun pegi cari resepi kat internet untuk masak daging rusa tu.. dan akhirnya, berpandukan resepi dari internet (tak ingat blog apa) dan sedikit tokok tambah pada resepi tersebut, saya berjaya masak daging rusa masak kicap oyster blackpepper.. hehe.. ni semua sebab takde sos blackpepper, saya cuma guna blackpepper yang saya tumbuk halus ditambah kicap pekat dan sos oyster.. rasanya? boleh tahan untuk saya yang first time masak daging payau a.k.a. daging rusa ni.. gambar tak sempat nak snap pulak sebab petang tu saya dah rush nak bersiap pegi Klang, rumah BIL saya kat Bandar Puteri.. MIL saya datang sambil hantar my younger BIL balik Klang.. so apalagi, saya dan hubby pun mestilah ambil peluang jumpa MIL kan.. (^-^) malam tu sempat jugak pegi Pasaraya NSK kat Taman Sentosa.. NSK ni pasaraya baru kat sana.. dia ada jual barang borong dan harga kebanyakan barang yang dijual lebih rendah dari tempat lain.. bawang sekampit 5kg baru RM3.80, mama kata kalau tempat lain dalam RM5.. so, kalau memang kebetulan ke Klang atau kami balik TPG nanti boleh la singgah beli barang dapur kan??
then, nak cerita ni.. pagi hari Selasa tu juga saya termimpi check UPT dapat double line.. hehe.. ameen, insyaAllah, semoga mimpi itu akan jadi kenyataan sedikit masa lagi.. (^-^) detail lain dalam mimpi saya tu memang tak ingat.. yang dok terbayang-bayang di mata saya hanya UPT double line saya dalam mimpi tu.. nak cerita kat hubby tapi tak tercerita.. bila dah cerita makin meleret-leret pula sembang kami.. hehe..
eh, lupa pulak tajuk entry ni ada udang galah.. since ayah bawa balik udang galah jugak, makanya, petang ayah balik tu saya masak butter prawn simple.. dah ada lauk ayam panggang n ayam goreng honey, butter prawn tu hanya tambahan sahaja..dan Alhamdulillah, lauk petang tu habis licin sampai mama terpaksa buat butter prawn lagi for dinner that night.. dan selepas maghrib, nenek pun sampai dari rumah Wak Man untuk ikut mereka pulang ke kampung.. after isya', diorang pun bertolaklah balik kampung.. tinggallah saya, hubby, Syiqin dan adik berempat kat rumah, tunggu Memol, Momo dan Mimi balik dari kembara sambil melayan dan menemani Kikid yang kesunyian seekor diri.. hehe..
k dears, till then yea.. daaaa
Luv,
Adah
Wassalam
No comments:
Post a Comment