Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Tuesday, February 28, 2012

Tahniah dan Takziah

Assalamualaikum wbt

Saya nak amik kesempatan ni nak ucap tahniah kpd kawan-kawan TTC bloggers yang dah berjaya pregnant.. Tintaku Nurryama and Mahu Jadi Ibu, semoga Allah lindungi dan pelihara kamu dan baby sehingga selamat melahirkan.. take care yea.. and to other TTCs yg juga dah pregnant tapi saya belum tahu, tahniah juga dan semoga dalam lindungan Allah selalu.. jaga diri and kandungan baik-baik yea? (^-^) Doakan kami TTC yg belum tiba rezeki lagi ni supaya dikurniakan kesabaran dan ketabahan dalam berusaha mendapatkan zuriat ni ek? dan smg rezeki kami juga bakal tiba tidak lama lagi.. Ameen, Allahumma Ameen.. (^-^)

Dan saya baru je dapat tahu semalam dari FB salah seorang teman lama saya yg dah lama saya tak dengar khabar , bahawa anak keduanya telah pun meninggal dunia awal Januari lalu kalau tak silap perkiraan saya.. tak silap saya anak beliau lahir awal Mei 2011, kena induce ke czer, sebab ada complication.. dan melalui gambar yg teman saya ni post di FB beliau, anaknya mungkin menghadapi sumbing yg agak teruk (I'm sorry cant describe in detail, I just feel bad coz I didnt knew it earlier).. dalam gambar tersebut bayi teman saya dipasang tiub di mulutnya, mungkin untuk masuk susu dan bernafas.. smg arwah bayi lelaki teman saya dirahmati Allah, dan smg teman saya dapat teruskan hidup dgn tabah.. Ameen, Ya Rabbal 'Alameen..

Wassalam

Nasi Ambeng untuk Hubby

Assalamualaikum wbt

Hye dears.. semalam (27/02/2012) hubby kena bawa makanan untuk jamu rakan-rakan seofis bersempena dengan Solat Hajat dan bacaan Yasin yg diadakan tiap hari Isnin kat ofis hubby.. this week was his turn.. and he volunteered to bring nasi ambeng.. at first I refused to make it for him.. I ask him to just buy it at the stall.. jimat sikit kan sebab nak buat nasi ambeng ni banyak keja kena buat dan kosnya pun banyak.. lainlah kalau hubby volunteer nak bawa nasi tomato ke, nasi ayam ke, nasi minyak ke.. takdelah leceh sangat kan nak buat.. buat malam sebelum tu pun sempat.. then pagi pun dah takde apa sangat nak buat.. tinggal masak atau panaskan je apa yg patut.. but then he wants nasi ambeng.. nasi ambeng ni makanan tradisi orang Jawa.. menunya senang je, tapi banyak.. ada nasi putih, serunding, ayam masak kicap/rendang/kari (we cooked rendang) etc, mee/mihun goreng (I cooked mee goreng), tempe goreng (tak sempat goreng, goreng untuk dinner), sayur /sambal goreng & ikan bulu ayam goreng.. tu la basic menu untuk nasi ambeng ni.. hubby kata, "Ala, sayang amikla cuti, please.. " huhu.. masa ni memang la saya agak hangin, dahlah tak bincang dulu dengan saya sebelum volunteer, pastu nak suh org amik cuti pulak.. awal bulan nanti nak amik cuti lagi.. so hubby pun konon-konon majuk sikit nak balik lambat sebab nak p Klang tempah nasi ambeng.. pastu bila saya cerita je kat mama, mama pun kata "apa salahnya buatkan untuk dia.. kan nak sedeqah tu.. mama boleh je tolong buatkan.. tapi Ahad tu kamu tolong la siapkan apa yg perlu.." huhu.. mamaku.. kalau pasal menantu dia tu sanggup aje.. jeles tau.. huhu.. saya cakapla mana sempat.. kan banyak lauk dia.. kalau buat nasi tomato ke, nasi minyak ke sempat la.. lauk tak banyak mana.. mama insist juga suruh buatkan.. makanya saya pun beritau la kat hubby mama sanggup tolong buatkan.. apa lagi, excited la dia kan?

Then last Saturday dalam penat-penat sebab menses tu kami pun pegila beli barang nak masak nasi ambeng.. Thursday before saya dan mama dah beli sebahagian barang kat pasar malam.. so that Saturday kami beli yg mana tak cukup je.. then on Sunday nite me, hubby and mama pun potong-potong la apa yg patut, then goreng-goreng apa yg patut, and simpan elok-elok alam fridge.. and semalam pagi baru sambung masak.. start around 9.30, ended around 12.30.. at first memang saya tak nak amik cuti.. then since ayah kata diorang balik kampung on Thursday, saya pun decide ok la, saya amik cutila.. sian pulak kat mama coz saya tau confirm tak sempat mama nak masak semua tu sorang-sorang.. so, EL la saya semalam.. huhu.. dan saya kurangkan sehari cuti masa Bik Nik nak kawen nanti dari 4 hari kepada 3 hari.. sempatlah kan nak buat choc cake untuk my in laws.. balik kampung pun on Friday afternoon coz tunggu adik balik dari sekolah and Angah balik keje..

So, back to the story, saya dan mama pun masaklah untuk hubby terchentaku itu.. tu pun lambat setengah jam.. kalau mama sorang bayangkanlah.. saya ada pun dah agak kalut, lagilah kalau mama sorang.. nak harap Syiqin, yg mudah-mudah tu boleh la dia bantu.. kalau kena masak memang takla kan.. apapun, Alhamdulillah, kami berjaya masak nasi ambeng untuk hubby dan kawan-kawan ofisnya.. semoga Allah permudahkan rezeki kami untuk buat lagi dan sedeqah lagi kat orang.. Ameen, InsyaAllah.. (^-^)

P/S: Sian Angah tak dapat rasa.. takpe, next time kita buat lagi.. (^-^) 

Daaaaaa!! (^-^)

Luv,
Adah

Wassalam

New Cycle Begin

Assalamualaikum wbt

Hye dears.. How's ur weekend? hope everything went well yea? as for me, I already got my menses last Saturday noon.. already knew that I'll having my menses in the morning since I dont feel comfortable on the abdomen area.. and just when I'm got into the toilet to put on the pad, I feel it flowing down and stained my liner.. and it flowed again when I'm peeing.. menses kali ni takde rasa senggugut Alhamdulillah, and that made me kept guessing when my menses will be coming.. what I felt before menses was just rasa nak buang angin tapi rasa macam a bit hard nak keluarkan angin tu, whether through burping or farting.. maybe sebab I took laxative pills for constipation, so I dont feel the senggugut.. (erk, ye ke sebab tu?) then time tu dalam sehari dua memang I tak amik Jus Delima.. sebab I dah amik Hi-Goat kan, takut ada effect berlawan pulak.. so whenever I drink Hi-Goat, I wont take Jus Delima.. like today.. =) dan sekarang ni saya sedang mencari mana nak cari Virgin Coconut Oil (VCO) as supplements.. and maybe Vitex.. especially when my menses cycles getting topsy turvy since I got married ni, I think I really need supplement untuk menyembuhkan apa yg bermasalah dalam tubuh saya ni, and to get pregnant InsyaAllah.. apapun, memang I feel grateful coz at last I got my menses.. at least mudah I nak plan for the next percubaan untuk mendapatkan zuriat.. dan entah kenapa saya ada instinct yg mengatakan bahawa masa untuk saya mendapat khabar gembira yg terindah itu semakin hari semakin mendekat.. harapnya, cycle kali ni membuahkan hasil.. rasanya sebab senggugut saya dah hilang kot saya rasa macam tu.. dan harapnya no more yeast infections after this..

oh yea, sebelum terlupa, saya dah pun start minum air rebusan taugeh semula.. saya rasa macam dapat semangat baru la cycle kali ni.. dan InsyaAllah saya nak p berurut lagi weekend ni.. dah alang-alang balik TPG kan, so amiklah peluang yg ada untuk menambah usaha saya nakkan baby ni.. semoga Allah memakbulkan doa dan harapan serta impian kita para insan TTC ni untuk mendapat zuriat yg soleh dan solehah, yg sehat sempurna sifat fizikal, mental dan rohaninya, yg mulia akhlaknya, yg taat kepada Allah yg menciptanya dan patuh kpd kita ibu bapanya.. Ameen  Ya Allah, Ameen Ya Rabbal 'Alameen..  

Till then yea dears, daaaaaa!! (^-^)

Luv,
Adah

Wassalam

Tuesday, February 21, 2012

CD33

Assalamualaikum wbt

* Entri ni ada ala-ala yikes sikit, so kalau rasa tak sanggup nak baca cite jijik and geli2 tu tak payah la baca ek? (^-^)

Hye dears.. hari ni dah masuk CD33 saya untuk cycle kali ni.. selalunya dalam 2-3 hari sebelum miss P ni nak datang, ia akan bagi hint dulu.. mula-mula lebih kurang seminggu lebih sebelum miss P breast akan rasa berat dan bengkak, sometimes ada rasa mencucuk-cucuk.. then dalam 2-3 hari sebelum miss P akan ada rasa ngilu-ngilu kat anus (rasa macam nak uk uk plus rasa ngilu yang teramat dari anus sampai kat miss V).. dan semestinya moody semacam dalam dua tiga hari sebelum tu.. tapi masalahnya, though I'm expecting my period to be coming latest by this Friday (24/02/2012), tanda yg ada cuma moody memanjang.. dan ini dah saya rasa sejak CD14 dulu kot.. yg menjadi mangsa mestilah hubby kan? hehe, saya minta maaf yea abang, saya sedang cuba kawal rasa hangin semacam, nak marah2 je ni.. hm, dan lagi satu, sakit kat anus tu ada, tp takdelah sesakit macam biasa, dan hanya di sekitar anus je, takde sampai miss V pun.. rasa ala-ala macam angin bergolak sikit kat dalam tu.. ala, macam nak k*nt*t tak jadi tu.. huhu.. breast cuma rasa sakit mencucuk sikit.. kadang-kadang je sakit tu datang.. sehari dalam 2-3 kali je.. tapi tak bengkak pun.. and bila dah lewat miss P ni nak datang of course la ada orang tu dah excited kemain cakap dah ada baby in the womb.. sapa lagi kalau bukan hubby tersayang tu.. tambah2 perut tu membulat semacam je.. saya rasa sebab macam dah agak 3-4 hari jugak tak uk uk dgn jayanya.. tu la bulat and keras je.. and that;s why bila hubby kata dah ada baby dalam tu saya cuma cakap ye je.. and aminkan je la.. insyaAllah kan kalau dah rezeki tu tak ke manalah.. usaha dan ikhtiar je kan? besides, pada saya, bila Allah belum bagi rezeki zuriat buat kami, mungkin DIA saja nak uji sejauh mana kami mampu bersabar dan berusaha, or maybe to HIM we are not prepared enough to be parents.. and maybe jugak Allah nak bagi kami lebih masa untuk bercengkerama di bawah bulan purnama sebelum DIA nak beri kami rezeki tak terjangka untuk timang bayi-bayi kami sendiri.. kot la kan dapat twins ke triplets ke, sah-sahlah memang double triple punya busy nak layan our precious babies nanti kan? thus this is the time for us to enjoy our honeymoon life, selagi belum ada baby, selagi tu la kami boleh bersenda gurau sesuka hati, bila-bila masa kami suka kan? and of course we'll try our best to enhance our self to a better person, strengthening our iman and prepare ourselves on being a better Muslim.. masa ni la utk kita cari ilmu utk persiapkan diri utk semua tu.. pedulilah apa kata orang.. asal kita bahagia dgn cara kita dan kita tau takde apa yg salah dalam apa yg kita buat tu.. so, to conclude my post today, marilah kita sebagai hambaNya sama-sama berusaha mendapatkan cinta dariNya, dan sentiasa bersangka baik dengan apa jua ketentuanNya.. there's always a shine behind the silver lines kan? yang penting kita ikhlas berusaha, sentiasa bersyukur dgn apa saja ketentuanNya, tak jemu memohon daripadaNya, dan jadikan pengalaman lalu sebagai iktibar selain berusaha melengkapkan diri kita sebelum bertemuNya berpandukan Al-Quran dan As-Sunnah, insyaAllah, Allah akan perkenankan impian kita.. this is our test, and we have to face it with sabar, syukur and ikhlas.. sama-samalah kita mencari sinar hidayah dariNya, dan semoga kita tergolong di kalangan yang beriman dan ahli-ahli syurga.. dan semoga juga impian kita utk memiliki zuriat sendiri akan termakbul sedikit masa lagi.. Ameen, InsyaAllah.. Allah knows best.. (^-^)

Luv,
Adah

Wassalam 

Monday, February 20, 2012

Hi-Goat, Hubby's Cold, Ex-Gratia

Assalamualaikum wbt

Kaifa halukum ya sadiqi? ana Alhamdulillah, bikhair.. (^-^) apa khabar kawan-kawan bloggers semua? saya harap semuanya dalam keadaan baik-baik sahaja.. ok, dalam post kali ni saya nak cerita tentang pengambilan susu kambing Hi-Goat, hubby yg tiba-tiba dapat cold & sore throat, dan pastinya tentang ex-gratia yg kami terima pada Jumaat 17/02/2012 yang lalu.. Alhamdulillah, tanpa kami (Finance) sangka, kami dapat 2 bulan ex-gratia.. Alhamdulillah, memang sgt2 bersyukur.. dan lebih daripada jumlah sebulan gaji ex-gratia kali ni saya akan simpan dalam ASB dan Tabung Haji insyaAllah.. Thanks to Allah SWT and thanks also to our bosses for this.. Alhamdulillah.. (^-^)

Dan lepas je tau ex-gratia dah masuk, saya pun apa lagi, terus la p serbu kedai kat Tesco Puchong tu nak beli Hi-Goat dan Krim Kunyit.. hehe.. cuma tak jumpa kurma je.. p cari kat Teso Kajang dgn hubby pun tak ketemu jua.. baik balance Ramadhan lepas masih ada.. tu pun yg free ayah dapat dari ofis tah sapa tah bagi dia.. then since tak berapa nak sedap rasanya kurma tu pun dibiarkan menghuni fridge kami sampai sekarang.. saya amik empat biji kurma untuk diblend dan dicampur dgn susu kambing Hi-Goat tu.. ni semua saya amik dari petua-petua yg kawan-kawan bloggers post, yg ada keluar kat Tanyalah Ustaz ke apa tah.. ala, yang husband and wife masing-masing kena genggam dua biji kurma, then kurma tu blend and campur dengan susu kambing.. saya dah buat!! (^-^) tapi tu pun lepas seharian duk pujuk hubby minum sama.. saya cakap nak baby tak? kalau nak minum je la.. tak bau pun Hi-Goat ni.. ni kan jadi ikhtiar kita.. akhirnya semalam pagi nak juga dia meneguk Hi-Goat kurma blended ni.. hehe.. sedap sungguh.. saya suka.. tapi hubby buat muka kelat pulak.. pastu boleh pulak kata selalu susu kalau dah jadi susu tepung dah tak pure dah.. tak kisah la kan.. nak minum fresh saya ok je.. dia la yg payahnya.. and tak tahu mana nak cari fresh goat milk ni kat sini.. apa pun, semoga usaha kami ni menjadi dan saya berjaya preggy and giving birth to our precious child.. Ameen, InsyaAllah.. (^-^) tapi susu kambing tu panas kan? saya amik half sachet je for each intake.. then kena bancuh dgn air yg banyak.. kalau pekat memang panas.. macam sekarang.. BBT pagi tadi dah sampai 37.0, though saya tak demam tapi panas je badan ni..

And, selama lebih tiga tahun saya kenal hubby, and now jadi wife hubby, baru la ni masuk dua kali dia kena selesema dan sore throat.. hm, ada jugak terfikir mungkin ni tanda dah ada isi, and kebetulan saya masih menunggu menses terbaru.. hari ni dah CD32.. mula-mula hari tu asik nak fikir je dah preggy ke aku ni kan, tapi sekarang dah tak fikir dah.. malas.. hehe.. just fikir maybe O lambat cycle kali ni, hence the late menses.. tapi takde pun simptom pms macam biasa.. cuma perut je buncit.. breast pun tak sakit lagi.. keputihan? macam tu la.. ikut suka hati dia.. and sometimes asik nak shishi je.. takpela, tak payah fikir pun kan? kalau ada, Alhamdulillah.. kalau tak usaha lagi.. (^-^) hm, back to the real story, hubby ni jenis payah nak makan ubat.. dia tak nak masuk any drug dalam badan dia sebab dia tak nak jangka hayat dia dipendekkan disebabkan kesan ubat-ubat drugs tu.. tapikan, kalau makan fast food, instant food and whatsoever yang ada chemical tu bukan ke kesan dia lebih kurang je? hehe, malas nak argue dgn dia pasal ni..

Anyway, see you all later yea dears? daaaa...

Love,
Adah

Wassalam
 

Saturday, February 11, 2012

Bleeding Gums and Minor Toothache, Plus Blurry Vision

Assalamualaikum wbt

Hye dearest dears.. (^-^) yea, saya mengalami gusi berdarah masa gosok gigi pagi tadi.. hari tu (tak ingat bila) ada juga masa gosok gigi tu ada darah kat waste ubat gigi tu.. tapi takdela pulak banyak macam ni.. then yang peliknya memang gusi berdarah tapi takdela sakit atau pedih macam selalu tu.. nak kata ganas sangat saya gosok gigi tak jugak.. macam biasa je.. gigi pun rasa sengal-sengal ubi je.. takdela ngilu yang teramat ke, sakit ke, rasa nak tercabut ke.. hm, hormonal changes kot kan? dahla sight vision saya ni macam dah nak suh tukar power lense spec saya je.. hm, bila usia dah meningkat ni, macam-macam kan? apapun, andai ini petanda kepada sesuatu yang positif yang kami tunggu-tunggu dan harap-harap selama ni, syukur Alhamdulillah.. dan andai juga ianya bukan petanda kepada double line dan positif itu, harapnya ianya bukanlah kerana penyakit yang merbahaya dan masih boleh dan mudah diubati.. itu sahaja harapan saya buat masa ini.. hanya berserah kepada Allah, dan redha atas segala ketentuan-Nya.. namun, usaha tetap usaha.. ikhtiar tetap diteruskan walau hanya sedikit.. dan pengharapan tetap kepada DIA yang Maha Mengetahui dan Berkuasa atas segalanya.. apapun, kenala tunggu weekend depan untuk kepastian masalah bleeding gums ni kan? cuma sekarang ni saya jadi agak blur bila nak jangka masa menses saya.. yealah, kalau sampai FF saya pun masih tak dapat lagi nak detect Ovulation, macam mana pulak nak expect menses kan? tapi kalau ikut perkiraan saya, CD 14 saya dah Ovulate.. maybe FF tak dapat confirmkan sebab CM saya yang mungkin tak sepadan dengan normal CM masa Ovulation dan juga saya demam sikit masa CD 15 tu.. entahlah.. tunggu jelah next week.. kalau delay 9 bulan 10 hari, syukur Alhamdulillah.. kalau tak, takpelah.. usaha lagi.. tunggu je menses datang dan start new cycle with another efforts and determination, plus strength.. (^-^)

k la dears yea.. daaaa.. (^-^)

Wassalam 

Friday, February 10, 2012

Daging Payau dan Udang Galah Sabah

Assalamualaikum wbt

Hye dears.. (^-^) apa itu daging payau? hm, masa ayah bawa balik dari Sabah Sabtu 04022012 yang lepas saya tak terfikir pulak nak bertanya leih lanjut kepada ayah.. cuma terdetik dalam hati yang daging payau itu adalah daging sejenis haiwan di Sabah yang tiada di Semenanjung ni.. makanya, pada Selasa lepas (07022012) saya pun call mama (mama, ayah, Awie dan Angah balik kampung untuk tolong mbah invite saudara mara datang walimah Bik Nik 10032012 nanti) nak tanya daging payau tu nak masak apa.. then mama gtau la daging payau tu sebenarnya daging rusa.. maka dengan excitednya saya pun pegi cari resepi kat internet untuk masak daging rusa tu.. dan akhirnya, berpandukan resepi dari internet (tak ingat blog apa) dan sedikit tokok tambah pada resepi tersebut, saya berjaya masak daging rusa masak kicap oyster blackpepper.. hehe.. ni semua sebab takde sos blackpepper, saya cuma guna blackpepper yang saya tumbuk halus ditambah kicap pekat dan sos oyster.. rasanya? boleh tahan untuk saya yang first time masak daging payau a.k.a. daging rusa ni.. gambar tak sempat nak snap pulak sebab petang tu saya dah rush nak bersiap pegi Klang, rumah BIL saya kat Bandar Puteri.. MIL saya datang sambil hantar my younger BIL balik Klang.. so apalagi, saya dan hubby pun mestilah ambil peluang jumpa MIL kan.. (^-^) malam tu sempat jugak pegi Pasaraya NSK kat Taman Sentosa.. NSK ni pasaraya baru kat sana.. dia ada jual barang borong dan harga kebanyakan barang yang dijual lebih rendah dari tempat lain.. bawang sekampit 5kg baru RM3.80, mama kata kalau tempat lain dalam RM5.. so, kalau memang kebetulan ke Klang atau kami balik TPG nanti boleh la singgah beli barang dapur kan??

then, nak cerita ni.. pagi hari Selasa tu juga saya termimpi check UPT dapat double line.. hehe.. ameen, insyaAllah, semoga mimpi itu akan jadi kenyataan sedikit masa lagi.. (^-^) detail lain dalam mimpi saya tu memang tak ingat.. yang dok terbayang-bayang di mata saya hanya UPT double line saya dalam mimpi tu.. nak cerita kat hubby tapi tak tercerita.. bila dah cerita makin meleret-leret pula sembang kami.. hehe..

eh, lupa pulak tajuk entry ni ada udang galah.. since ayah bawa balik udang galah jugak, makanya, petang ayah balik tu saya masak butter prawn simple.. dah ada lauk ayam panggang n ayam goreng honey, butter prawn tu hanya tambahan sahaja..dan Alhamdulillah, lauk petang tu habis licin sampai mama terpaksa buat butter prawn lagi for dinner that night.. dan selepas maghrib, nenek pun sampai dari rumah Wak Man untuk ikut mereka pulang ke kampung.. after isya', diorang pun bertolaklah balik kampung.. tinggallah saya, hubby, Syiqin dan adik berempat kat rumah, tunggu Memol, Momo dan Mimi balik dari kembara sambil melayan dan menemani Kikid yang kesunyian seekor diri.. hehe..

k dears, till then yea.. daaaa

Luv,
Adah

Wassalam

Wednesday, February 8, 2012

Cara Solat Sunat Dhuha

Assalamualaikum wbt

Cara Ringkas Solat @ Sembahyang Sunat Dhuha :
Rakaat : 2,4,6 hingga 12
Waktu : 10 pagi, atau antara 7am - 1pm petang sebelum waktu zohor, “Solat Dhuha ini afdalnya ketika matahari telah meninggi dan kian panas sinarnya.” Imam Nawawi menghuraikan masa tersebut sebagai masa berlalunya seperempat tempoh siang hari iaitu pukul 10 pagi hingga 1 petang (Kitab al-Majmu’ karangan Imam Nawawi).

1. Rakaat Pertama "Allahuakbar" & Niat dalam hati :
++ "Sahaja aku sembahyang sunat Dhuha 2 rakaat kerana Allah Ta'ala"
++ Baca Alfatihah hingga akhir
++ Baca Surah, pendek pun takpa. (paling elok surah As-Syams )

2. Rakaat Kedua
++ Baca Alfatihah
++ Baca Surah, pendek pun takpa. (paling afdhal surah Addhuha)
++ Tahiyyat akhir & Beri Salam..

3. Doa
++ Mohon Allah murahkan rezeki kita..berkati kerja kita.
++ Doa apa sahaja..mengadulah pada Allah.
++ Bahasa melayu, jawa, nogori, iban apa saja semua boleh, Doalah.
++ Paling mantap guna Doa ini khas untuk waktu Dhuha : KLIK SINI
++ Nak mudah hafal doa? guna cara berlagu UNIC Doa Dhuha

Credit To:




Maksudnya:

Ya Allah, sesungguhnya waktu Dhuha itu waktu  DhuhaMu, kecantikannya adalah kecantikanMu,
keindahan itu keindahanMu, kekuatan itu kekuatanMu,
kekuasaanitu kekuasaanMu dan perlindungan itu perlindunganMu.
Ya Allah, jika rezekiku masih di langit, turunkanlah, dan jika  di dalam bumi, keluarkanlah,
jika sukar, permudahkanlah, jika haram, sucikanlah dan jika jauh, dekatkanlah.
Berkat waktu dhuha, kecantikan. keindahan, kekuatan, kekuasaanMu,
limpahkan kepadaku segala yang Engkau telah limpahkan kepada hamba-hambaMu yang soleh.


Credit To:
Short Text
 
Wassalam

Gedebuk!!

Assalamualaikum wbt

Saya sedang bersedih di kala ini sebab tadi pagi masa turun tangga rumah nak ke tempat kerja saya telah terjatuh gedebuk!! huhu.. baik sempat capai railing tangga tu, kalau tak confirm terhantuk dan mungkin lagi hebat momentum dan jarak jatuhan saya itu.. dan baik juga punggung saya sudah ada banyak isi, kalau tak mesti sakit tulang punggung saya menerima hentakan.. Alhamdulillah, Allah sedang uji saya.. apa taknya, ntah apa yang saya angankan sampai boleh tersangkut kaki kat kain baju saya lalu terjatuh.. uhhu.. yang terharunya, waktu saya tengah menangis tahan sakit dan nak turun tangga, our dear little cat berlari-lari dari dapur datang ke tangga dan mengiau-ngiau nak tahu apa jadi.. dahla dia buat muka comel masa tu.. baik kaki tengah sakit.. kalau tak, memang la saya meluru terus peluk dia.. hehe.. apapun, terima kasih Ya Allah sebab jatuhan itu tidak terlalu teruk.. dan saya berharap sekiranya telah wujud nyawa di dalam rahim saya ini, ia tidak terkesan dengan jatuhan saya tadi.. semoga Allah memelihara keselamatannya di dalam rahim saya.. Ameen.. namun kiranya belum ada lagi nyawa tercipta di dalam sana, saya berharap jatuhan tadi tidak memberi apa-apa kesan yang membahayakan kesihatan saya.. lebih-lebih pun hanya terpeleot kaki, ya, kaki saya masih terasa sakit hingga kini.. namun saya redha.. kerana sakit itu kan penawar dosa.. lebih mengingatkan kita kepada Allah SWT.. InsyaAllah.. (^-^)

Dan hari ini adalah CD 20 kitaran kali ini.. Walaupun Fertility Friend saya masih belum mengesan bila ovulasi berlaku, saya kira ianya telah pun berlaku pada CD 14 lalu.. dan saya berharap kali ini usaha kami berjaya.. Ameen.. sekarang ini mungkin tinggal dalam seminggu sebelum jangkaan kitar baru.. jadi saya berharap pembahagian sel telah berlaku dengan sempurna di dalam rahim saya, dan bakal berlaku penempelan ke dinding rahim saya sedikit masa lagi.. entah kenapa keyakinan untuk berjaya kali ini ada.. tapi apapun, saya tetap berserah kepada Allah SWT..

K dears, daaa..

P/S: Maafkan saya kerana secara tiba-tiba lenggok bahasa post saya kali ini berubah.. mungkin kerana akibat terjatuh pagi tadi, justeru ada sedikit kesan kepada cara saya mengekspresi cerita saya ke dalam post ini.. huhu.. ampun ya.. daaaaaaaaa (^-^)

Wassalam 

Friday, February 3, 2012

CD15

Assalamualaikum wbt

Hya dears.. saya nak cerita tentang CD15 saya.. hari ni suhu naik semula selepas jatuh dua hari.. so saya kira semalam adalah hari ovulation saya.. harap-harapnya adalah rezeki kami bulan ni kan? Ameen, insyaAllah.. (^-^) so, tiga empat hari ni saya kerap rasa pening-pening, dan adakalanya mual.. lagi-lagi lepas makan.. sekarang ni pun tengah rasa pening dan mual.. pastu rasa letih je sepanjang minggu ni.. then dengan gusi berdarahnya, gigi pulak sengal-sengal manja pulak tu.. dan dah dua tiga hari juga belakang ni sakit.. dan juga perut cramp dari semalam.. fluttering uterus memang la ada rasa sehari dua ni.. breast pun kadang ada rasa sengal-sengal and mencucuk sikit.. entahlah.. sejak kawen ni tanda period pun dah jadi tanda ovulate.. dan bila nak period pelik-pelik pulak simptomnya.. orang pregnant pun kalah.. hehe.. takpelah, yang penting period saya masih lagi dalam kategori teratur.. harap adala rezeki kami kan? bulan-bulan lepas ada je yang menghalangnya, demam la, fungus la, hubby out station la, balik kampung la.. dan bulan ni rasanya takde apa halangan besar.. jadi, bulan ni ada sedikit rasa pengharapan di situ.. hehe.. insyaAllah, semoga Allah makbulkan hajat saya ni.. Ameen, Allahumma Ameen.. take care yea dears.. (^-^)

Wassalam

Saya Kena Kuat!!

Assalamualaikum wbt

Hye dears.. bertemu lagi kita di post terbaru hari ini.. (^-^)

Hm, saya kena kuat.. memang saya perlu jadi sangat kuat dari segi emosi dan rohani, kerana jika tidak saya akan bertukar menjadi monster.. hehe.. takde lah.. it's more on being positive and consent to Allah's fate for us.. yea, saya perlu jadi sangat tabah.. especially when three of my colleagues dah pun pregnant.. sorang menikah 2-3 bulan awal dari saya, tapi dia PJJ dengan husband dia, a navy if I'm not mistaken.. dan lagi dua menikah pada November tahun lalu.. 6 months later than me.. I know Allah is testing me right now.. memang pada mulanya saya boleh menerima berita-berita gembira seperti ini dengan agak tenang.. tapi entah kenapa sejak dua menjak ni saya agak fragile.. mungkin sebab tengah nak ovulate kot, tu hormon sangat tidak stabil.. dan bila ini terjadi, apa yang termampu saya lakukan adalah mengucapkan tahniah through FB dan mendoakan kesejahteraan mereka semua.. and of course I am truly happy for them.. di samping itu saya juga berdoa kepada Allah dan mengharap untuk menerima berita gembira itu juga sedikit masa lagi.. insyaAllah, ameen..

Pagi tadi saya telah menyedari sesuatu yang sangat menyedihkan.. dua pasang baju yang saya cuba untuk dipakai hari ini terasa sangat ketat hingga menampakkan perut buncit saya.. yea, saya telah buncit.. memang saya telah sedar tentang itu sejak lepas raya yang lalu.. rasanya semenjak saya mengambil pil Folic Acid, memang berat saya naik mendadak.. I think it's 5kg and may be more.. dan selalunya saya tak ambil kisah langsung kalau adik-adik dan mama saya menegur dan mentertawakan saya, tapi entah kenapa saya menangis kesedihan pagi ni.. not because being teased by them, it just because, I dont know.. dari semalam rasa macam cengeng sikit.. it's more on sedih sebab baju kegemaran dah tak muat.. takpela.. en hubby dah kata nak ajak p beli jubah kat Mines.. tengoklah kalau ada budget lebih.. hehe.. suke.. (^-^)

Well, petang ni ada Jamuan Chinese New Year kat ofis actually.. dan tema adalah Chinese Traditional or red.. so that's why la saya p try baju-baju tu.. then dah tak muat nak buat cane kan.. glad later I found my maroon baju kurung yang tiba-tiba saya lama tak nampak sebab lupa letak kat mana.. hehe.. maroon pun maroon lah kan.. asal ada red tone.. ;p

K la dears yea.. lega sikit dapat meluah rasa kat sini.. see ya all then.. daaaaa!!

Wassalam

Wednesday, February 1, 2012

Angah nak jadi Auntie??

Assalamualaikum wbt

Hye dears.. (^-^) how are you dears feel today? really hope everything's fine.. just had our company's townhall yesterday, and Alhamdulillah the VSS will not be implemented for at least 4-8 weeks.. the result on whether the company will implement VSS will only be announce after 4-8 weeks, maybe after the Board approve our Annual Budget for this year.. Alhamdulillah, at least I dont have to struggling to find the mood and prepare myself for new job interviews, while waiting for the 4-8 weeks to come.. and Alhamdulillah, the company had announce 1.75 month ex-gratia for all staff, will be release in February or March salary.. (^-^) hope there's shine in our business, and may Allah bless all our effort to bring the company to the better condition, InsyaAllah.. and I will try my best to contribute my very best performance to this company, and InsyaAllah I will stay until my baby is delivered, as my hubby wants me to quit from my job when we have baby one day.. and of course I don't know when our baby will be delivered, since as for now, I am still not pregnant yet, and now waiting for my O.. hehe.. and that is only if the VSS lists doesn't include me.. (^-^)

Okay, now back to our title.. yes, Angah, my sister will be an auntie, InsyaAllah.. but not from me.. from her best-boyfriend a.k.a abang angkat, which is my mum and dad so-called anak angkat too.. they got married last November, exactly 6 months after my wedding.. lately, I dont really taken aback whenever I heard the news of my friends and colleagues and relatives pregnancy.. however, yesterday I was like, kinda upset.. and I know exactly why.. it just simply because I am her biological sister, and I havent make her an auntie yet, though I got married 6 months earlier than her foster brother.. yeah, that's the reason why I am a bit taken aback yesterday.. but then I realise that 'zuriat' is a precious gift and 'rizq' from Allah.. and surely He really knows when to give the precious gift to us.. now is his time, his 'rizq', thus I should be very happy for him, and be thankful to Allah for His gift to him.. Alhamdulillah.. (^-^) May Allah will give us the strength in facing every single matters in our life and strengthen our faith to Him.. I really know that Allah wants to tests us, so that we'll be much closer to Him, and just simply because He loves us as His servants.

Alrite dears, may Allah give us the TTCians a great strength in facing all matters and problems in our life, and may Allah grant us with such a precious valuable gifts we are longing for - 'zuriat' , 'anak' , babies, 'permata hati', 'cahaya mata' - whatever we call them, soon. I hope we can all be patient and put appropriate efforts and 'du'as' to get our own babies, and may those who didn't experience what we are now experience could understand our feelings and wont say anything that might oppose the faith, the Qada' and Qadar.. InsyaAllah, Ameen..

Till then yea dears... daaaaa!! (^-^)

P/S: I am really sorry the entry is fully written in English.. When it comes to expressing my sad emotions, I prefer to use English as it may tone down my sadness.. or at least my sadness will not increase to the worst level.. (^-^)

Wassalam