Assalamualaikum wbt
Hye dears.. rasa macam dah lama sangat tak post new entries.. banyak sangat benda nak cerita, but no worries yea, I'll make it short & simple.. (^-^) buat macam note lah ek? senang nak baca..
1- Opet dah mati Selasa 06032012 hari tu.. it died due to nature course.. dah masa dia nak 'pergi'.. memang sedih.. saya dapat tau masa dah nak balik rumah lepas keje hari tu.. on the way dah kecewa, dah bergenang dah pun air mata ni.. masih berharap my sis cuma saja nak main-main, test saya kesedihan saya bila Opet mati.. but the news was so true.. baik masa sampai rumah diorang dah tanam dah pun bangkai Opet.. so kurang sikit rasa sedih tu.. tapi air mata saya gugur jugak bila ternampak kotak yg jadi tempat Opet bertarung nyawa meneruskan hidup.. terus suruh my sis, Syiqin sorokkan kotak tu..
2- Saya amik cuti nak balik kampung since Thursday 08032012.. tapi balik kampungnya Jumaat after Asar.. hehe.. saya buat kek.. chocolate moist cake untuk in laws, red velvet sebagai percubaan, dan blueberry muffin untuk kunyah-kunyah balik kampung nanti.. tapi at last jadi kudapan untuk budak-budak masa kenduri hari tu.. perasaan bila buat kek? happy sesangat.. hehe.. Alhamdulillah..
3- Balik kampung Jumaat lepas Asar, sampai Kairo (Kayu Ara Pasong) dah dekat kul 9.. mula-mula Angah & Syiqin (Adik tak ikut sebab kena pegi tuition) nak tumpang tidur rumah MIL saya.. MIL pun tak kisah.. besides, tinggal saya, hubby, MIL & BIL je kat rumah tu.. so kalau diorang nak tumpang pun takdelah segan sangat kan.. then bila Angah call Mama, Mama kata since diorang sampai awal, so Mama dapat book bilik kat Melayu Raya.. so no need to tumpang rumah MIL sayalah..
Makanya, kami pun pergilah hantar Angah & Syiqin ke Melayu Raya.. yang terkejut sikit, rupanya my grandma ada call dalam kul 9 lebih.. dua kali miscall saya tak jawab.. tak perasan.. agaknya masa tu saya dalam kereta kot.. tak dengar sangat bunyi phone..
4- Masa kenduri, saya seronok bermain dengan anak sepupu saya yg comel gebu dan sepupu saya yg comel dan bijak.. grrr, geram je tengok babies berdua tu.. dan semestinya persoalan tentang pregnancy itu adalah soalan wajib bagi sedara mara yg tau saya dah kahwin.. Alhamdulillah, saya jawab setiap soalan beserta senyuman ikhlas dan terima kasih kpd mereka sebab bertanya.. that's mean they remember me and concern about me.. dan syukur Alhamdulillah juga kerana saya takde perasaan sedih, kecil hati atau apa-apa ekspresi negatif bila diajukan persoalan tentang anak.. cuma agak terkilan apabila ada sepupu saya (male cousins ok? yg female cousins & relatives were more to asking & prayed for us) yg seolah-olah terlupa bahawa anak adalah rezeki dari Allah, dan cepat atau lambat rezeki anak itu hanya Allah yg tentukan, bukan kami, bukan mereka, bukan sesiapa sahaja selain Allah SWT jua.. below is the conversation:
Cousin F: Adah, belum ada apa-apa ke?
Me: Belum lagi.
Cousin F: jangan lambat-lambat Adah.. dah setahun kan? eh, ke dekat setahun?
Me: Ala, relaxlah.. apa nak dikejar..
Cousin S: (gelak kuat-kuat) [she just 13 if I am not mistaken.. and dia memang suka gelak.. kadang tak kena tempat]
Me: Apa gelak-gelak? betulla kan?
Others: terdiam sambil senyum-senyum..
Me: terus blah nak balik rumah MIL..
Saya tak marah, cuma saya rasa takut.. takut sebab apa? takut sebab mereka seakan-akan terlupa akan Qada' dan Qadar Allah ke atas setiap manusia adalah berbeza.. dan kenapa perlu mereka mempersoalkan Qada' dan Qadar Allah ke atas saya? sedangkan saya terima semua ni dengan redha.. Alhamdulillah saya redha.. saya tahu dan saya faham Allah sedang uji saya dan hubby, dan Allah nak kami lebih bersedia dari segi fizikal, mental, rohani dan kewangan untuk jadi mummy & daddy, bonda & abah, ibu & ayah, emak & bapak, papa & mama dsb.. so, kalau saya yg Allah uji dgn lambat dapat zuriat ni boleh sabar, boleh redha, dan yg paling penting boleh faham dan boleh terima ketentuan Allah ke atas saya hambaNya yg hina ni, kenapa tidak mereka yg Allah permudahkan rezeki zuriat mereka? kan lebih baik mereka doakan je saya dapat zuriat cepat.. tak payah la nak keluar soalan yg menakutkan macam tu..
5- Hubby bawak balik pokok ulam raja, daun kesom dan daun sireh dari rumah MIL.. hehe.. boleh makan ulam selalu.. pegaga tak sempat amik sebab petang Ahad tu hujan lebat (kami balik Ahad malam).. then MIL bawakkan telur ayam kampung, cili api dan betik dua biji.. dan kerepek pisang dan bawang goreng buatan MIL saya.. hehe.. suka.. (^-^) so last Monday, since kami berdua amik cuti sampai Monday, kami pun menggunakan hari tersebut untuk berehat, berBD (ops.. hehe), dan juga main game sampai bateri PSP habis (hubby main game kat laptop, saya kat PSP)..
k, that's all for now..
alrite yea dears, daaaaaaaa for now.. (^-^)
Luv,
Adah
Wassalam
No comments:
Post a Comment