Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Tuesday, August 27, 2013

Gigi Rongak.. Hoho

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

Hye everyone.. hari ni saya nak cerita yang saya baru tahu yang sebenarnya suami saya dah takde gigi taring sebelah kiri bawah.. sengal kan? dah dua tahun lebih kawin baru perasan.. huhu.. asalnya kami bercerita tentang dental service yg sebenarnya masih covered under PMCare medical card yg my company provide for staff.. saya ingat dah stop cover since 2012, tapi rupanya my boss kata still covered since dia pun ada buat dental service baru ni.. since hari tu suami ada beritahu dia sakit gigi, saya pun beritahu la suami pasal ni.. tu yg terkeluar cerita pasal gigi.. hm.. dia siap tanya orthodontic service (pemakaian braces) covered ke tak.. of course la tak kan? scaling yea la.. tu la saya inform klinik gigi depan rumah ni ada PMCare rasanya.. and ada buat orthodental jugak.. cost lebih kurang RM4500 and above tak silap.. yea, saya memang dah survey cost untuk pemakaian braces disebabkan struktur gigi saya yg semakin menjarang dan agak ke depan, sampai selalu disalah anggap sedang monyok & bermasam muka sedangkan pada hakikatnya tidak sama sekali.. huhu.. so, bila suami dah tanya, saya pun cerita la.. hehe.. tapi yg ni PMCare tak cover sebab cosmetic purpose kan.. hm.. boleh la pujuk beliau untuk benarkan saya repair gigi ni.. hehe.. sian Surfina.. mak bapak dua-dua gigi rongak.. haha!! sorang semulajadi, sorang lagi sebab kena cabut.. adehh!!

Hm.. tak saba tunggu Jumaat sebab Jumaat saya dah tak keja.. hehe.. mood nak p keja dah ke laut.. lebih-lebih lagi bila Surfina sekarang suka mengaruk di pagi hari .. takmo dengan daddy, nak dengan mommy jugak.. gosok baju pun kena bawak dia.. kasihan daddy.. lepas tu bila mommy bawa turun bawah, letak atas tilam dia nangis lagi.. lepas tu merajuk tak nak pandang mommy.. huhu.. anak, anak.. bertabahlah yea anak.. dua hari je lagi mommy kena keja.. lepas tu takde dah.. masa tu Surfina nak berkepit dengan mommy lama mana pun mommy ok je (kot) sayang.. hehe.. layankan je la kan sementara dia baby lagi.. dah besar sikit takdenya la nak lekat lama dengan kita.. sekarang Surfina dah mula memapah dan meniti.. makanya tunggu masa je la dia nak dapat kaki, berlari sana sini.. masa tu mesti mommy akan rindu masa-masa Surfina asik menguli dan membuli mommy.. huhu.. sekarang pun dah sangat rindu masa Surfina baby.. rasa macam nak bagi Surfina adik baby.. oppssss.. hehe.. period dah ting tong, dah dekat seminggu kot delay.. sebab breastfeed kot kan.. tp still berjaga-jaga in case la ada.. makan minum, buat keja semua kena jaga..

Oklah, dah melalut.. see ya all soon.. 

Luv,
Adah

Wassalam

Monday, August 26, 2013

Final week as a working Mommy

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh

Finally, dah masuk minggu terakhir sebagai ibu berkerjaya.. Khamis ini, 29 Ogos 2013, adalah hari terakhir saya sebagai staff MAFC Berhad.. semoga Allah permudahkan urusan saya dan saya amat2 berharap agar semuanya adalah dalam lindungan Allah.. Aamiin.. (^-^)

Perasaan saya bila dah nak resign ni, of course sangat gembira dan tak sabar nak memulakan hidup baru sebagai full time wife and mommy to my dear hubby and daughter.. walaupun mama saya menentang 100%, tapi saya hanya mampu berdoa agar Allah melembutkan hati beliau untuk menerima dan menghormati keputusan saya, selain memahami bahawa tanggungjawab seorang isteri adalah di sisi suami.. bab mencari nafkah sememangnya adalah tanggungjawab suami 100%, cuma di zaman millennium ini keperluan hidup semakin mendesak sehingga para isteri perlu keluar bekerja membantu suami mencari nafkah hidup.. dalam kes saya, Alhamdulillah, walaupun tak banyak, cukuplah rezeki yg Allah kurniakan buat kami sekeluarga untuk menampung hidup.. mungkin mama tak nak kami hidup susah dan mahu saya bekerja sebagai back up in case of anything bad, but as a wife, kehendak suami perlu diutamakan.. walaupun stress bila hampir setiap hari didesak untuk mencari kerja baru selepas dua tiga bulan berehat, saya diamkan sahaja.. lebih-lebih, mengadu pada sang suami dan tentunya kepada Yang Esa, untuk melegakan galau hati dan stress.. solution terbaik, mungkin berpindah, menyewa sendiri.. kala itu, kami boleh berdikari dan belajar menguruskan sendiri rumahtangga tanpa campur tangan sesiapa.. 

Sedih memang sedih bila mama sendiri yg menentang, sedangkan saya perlukan doa dan sokongan penuh dari beliau.. ayah, Alhamdulillah.. sikitpun tak menentang.. saya kira ayah lebih faham.. yea lah, ayah pun dulu tak benarkan mama bekerja melainkan bekerja dari rumah seperti menjahit dsb.. ntahlah.. yg penting sekarang ni doa banyak2 moga Allah lembutkan hati mama untuk terima keputusan kami dengan hati terbuka.. saya sangat percaya rezeki Allah itu ada di mana-mana.. dan tentunya rezeki untuk kami sekeluarga akan sentiasa ada bila niat saya berhenti kerja itu sendiri adalah untuk mendapatkan redha suami dan Allah.. untuk mendidik anak saya sendiri tanpa campur tangan orang lain walaupun dari keluarga sendiri.. untuk menyediakan makanan anak dan suami sendiri, yang diketahui tahap bersih dan sucinya.. tanpa garam dan gula serta perasa dalam makanan anak tentunya.. untuk membantu menjaga kewangan syarikat suami.. yea, itu permintaan suami saya.. daripada suami ambil orang lain jaga akaun syarikat beliau, adalah lebih baik isteri sendiri yg jaga kan? kurang2, tak ke mana pun duit tu..

Berkenaan Nur Aina Surfina yg dah masuk 7 bulan setengah, Alhamdulillah.. dah pandai duduk sebelum raya hari tu.. seminggu lepas tu merangkak lebih jauh pulak.. Alhamdulillah.. :))) dan Sabtu lepas, Surfina demam untuk pertama kalinya.. sebelum ni bila lepas injection dedar sikit2 je.. kali ni memang demam betul.. dan ianya seminggu selepas injection.. which is may or may not AEFI (Adverse Effects Following Immunisation).. dua kali kami bawa Surfina p klinik.. sekali masa Sabtu tu, sebelum kami ke kenduri kahwin BIL di Kerinchi.. kami ke Poliklinik Barakah di Klang.. doctor check guna thermometer tak demam.. bila check heart pulse baru dia kata demam.. huhu.. dapatlah paracetamol.. tapi kami tak terus bagi.. masa kenduri Surfina banyak tido je sebab letih kan.. balik tu dalam keta baru kami bagi makan ubat.. lepas tu dia tido semula.. malam tu panas badan dia.. kami mandikan dan jerlum.. then since semalam badan Surfina still panas, kami bawa terus ke Az-Zahrah.. doctor check suhu dah 39++ darjah Celcius.. doctor masuk ubat kat punggung.. lepas tu doctor suruh mandikan dan pakaikan baju nipis je.. lepas 4 jam bagi makan ubat.. kalau malam tak kebah lagi masukkan ubat kat punggung lagi.. kami kerapkan jerlum Surfina dan malam tadi since still agak panas kami masuk ubat kat punggung.. Alhamdulillah pagi tadi dah reda demam dia.. still hangat2 tapi tak panas macam semalam..

Anyway, Selamat Hari Raya, Ampun dan Maaf saya pohon kepada semua yea.. :))) 

Luv,
Adah

Wassalam

Thursday, July 25, 2013

Random Updates

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

Dah 16 Ramadhan rupanya.. sedih sebab terlepas lebih separuh daripada fasa kedua Ramadhan kali ni - fasa pengampunan.. takpelah.. ada hikmah semua tu kan? hm, today's our pay day, planning to go out to Tesco today to buy Surfina some toys, and food.. nak cari toys yg boleh ketuk-ketuk, sebab sekarang Surfina suka ketuk-ketuk.. huhu.. then nak cari fruits and spinach and broccoli untuk Surfina.. oh yea, saya dah order 4 buah buku dari PTS, tengok kat MPH Online mahal no.. belum masuk shipping.. kat PTS Online dapat diskaun and free shipping lagi.. Buku-buku yg saya beli adalah Rasulullah is My Doctor, Art of Deception dan Deadly Mist: Usaha Amerika Merosakkan Kesihatan Dunia [Edisi Bahasa Melayu] (all by Jerry D Gray) dan Mengapa Rasulullah Tidak Pernah Sakit? (tak perasan author).. semoga semua buku ni memberi manfaat tak terhingga buat kami sekeluarga.. dan oleh kerana saya dah beli 4 buah buku totalling RM80.91 bulan ni, maka hasrat nak beli nursing dress dari hijabiboutique terpaksa ditangguh atau terus dikuburkan.. hehe.. yeala, nak raya ni kuih raya belum bayar lagi.. bahan kuih raya wajib pun tak beli lagi.. (honey cornflakes ler tu.. hubby sangat suka itu kueh raya.. buat 5 balang pun boleh habis kat dia je.. huhu)

Ok, dah p Tesco amik Pati Delima Gulsan satu carton.. actually, semalam saya ada buat order dari produkarab.com, dia email kata nak COD malam tadi.. makanya malam tadi saya punyalah tunggu call takde pun.. then pagi tadi email seller tu tanya bila nak hantar since malam tadi takde kan.. then dia email kata dia call 3 times, masuk voice mail and dia SMS tak reply.. adalah sikit luahan kekecewaan kat situ.. saya check semula phone saya, no calls or SMS at all.. then the seller email semula, kata dia salah dial no.. adehh.. saba je la.. salah faham rupanya.. rasa bersalah juga sebenarnya.. tapi xpelah.. adatla tu kan.. then hari ni dia nak balik kampung, before tu terus hantar barang kat area ofis.. saya suruh seller tu tunggu kat Tesco Puchong je senang.. settle urusniaga, saya terus ke Tesco walaupun masa tu awal lagi, belum kul 12 pun.. hehe.. p la cari toys Surfina, dapat 3 pasang baju untuk Surfina.. and saya beli MooGoo Deodorant, Mozzie Patch dan Smelly No More sekali.. dah bayar MooGoo baru perasan Smelly No More.. takpelah.. amik je dua-dua.. yg penting natural dan takde aluminium yg boleh sebabkan breast cancer tu.. food? tak beli pun.. malas pulak nak lama-lama.. tekak dah mula kering.. balik je la ofis.. oh yea, saya beli Pati Delima Gulsan banyak-banyak ni bukan untuk jual tau.. tapi sebab kawan-kawan ayah kirim sekali since kalau beli satu carton boleh dapat RM11 sebotol.. kalau beli lebih dari 4 carton tak silap, boleh dapat RM10.50 sebotol.. murah kan? 

Bila sampai ofis baru saya perasan rupa-rupanya saya tertinggal kunci bilik ofis kat bilik.. masa tu dalam 12.30.. bos saya pun dah keluar.. jadi kenalah saya turun bawah p selongkar kereta, then naik balik, p toilet, p surau, p toilet lagi, duk depan bilik, p toilet lagi, p surau.. kul 2.30 baru dapat masuk bilik.. hoho.. baru nak pump.. huhu..

Hm, pagi tadi anak kucing yg kami plan nak teruskan bela kena lenyek.. tak tau mama ke ayah yang lenyek.. dah la tu yg paling gebu, paling comel, paling nakal.. manja gile dgn ibu dia si Kikid tu.. Adik yg korek tanah and timbus, Awie yg bawak arwah kucing p kat lubang nak tanam tu.. yg lain semua takut nak tengok.. nak buat macam mana.. dah masa dia nak pegi kan.. memang kucing-kucing tu suka sangat landing kat porch umah kitorang tu.. lagi keta nak keluar masuk lagi seronok dia melenggang, melepak, bersuka ria kat situ.. tu la yg tak pasal-pasal arwah sekor kat situ.. hu.. Inna lillahi wa inna ilaihi raji'un.. so long dear kitten.. 

Ok lah.. panjang no dah entry kali ni.. see ya when I see ya.. (^-^) daaaaa....

Luv,
Adah

Wassalam

Wednesday, July 24, 2013

CD 4 and such

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

Lama dah tak update.. hari ni, 15 Ramadhan 1434H, dan hari ni juga dah hari keempat first cycle saya after giving birth.. ada la dalam 6 bulan lepas deliver kan.. dan walaupun dah hari keempat, flow masih quite heavy and fresh.. risau jugak sebenarnya.. tp since takde senggugut, tengok je la dulu macam mana.. harap ok je kan.. dahlah sedih sebab punah harapan nak puasa penuh lagi tahun ni.. takpelah.. takde rezeki.. in shaa Allah, tahun depan.. hehe..

Mama kata bila dah start period ni kena la jaga-jaga.. saya tak kisah.. kalau Allah bagi rezeki adik Surfina cepat, syukur, Alhamdulillah.. kalau lambat lagi pun syukur Alhamdulillah.. (^-^) mama suruh jaga-jaga sebab dia tak larat nak jaga sampai dua orang cucu.. cucu nan sorang tu pun dah kelam kabut, lagi bila tambah lagi sorang.. hehe, actually mama tak tau pun saya dah tender resignation and tinggal sebulan lebih je lagi pun nak berhenti keja.. nantilah, dah tiba hari kejadian baru gtau mama.. aci tak? hehe.. 

Rasa macam lama sangat dah 3 bulan ni nak habis.. orang pun asik tanya bila last day.. sedih pun yea jugak nak resign ni.. tapi, daripada saya terus macam ni (p ofis tapi takde keja + keadaan ofis yg dah tak tau ke mana halatuju), lebih baik saya resign.. asuh anak sendiri.. cari keja lain? untuk sementara ni mungkin tak kot.. cuma saya plan nak further master.. tapi belum cari lagi.. hehe.. hari tu apply kat OUM tp untuk May intake 2013, terus cancel sebab tak ready lagi.. nak reapply tak terbuat lagi.. lupa, malas.. hehe.. kalaupun tak further master, saya plan nak amik kursus jahit ke, kursus bakery ke, apa-apalah.. kalaupun tak untuk meniaga, boleh untuk keluarga sendiri kan? (^-^)  

Oh yea, hari ni Surfina dah 6 bulan 14 hari.. Alhamdulillah, makin besar, makin pintar, main manja, makin aktif, makin nakal.. merangkak tapi mengundur la.. habis satu living room dia teroka.. hehe.. dah makan bubur nasi beras perang dah.. suka makan, tapi Alhamdulillah masih kuat minum susu.. berat Surfina masa check up 6 bulan hari tu 7.8kg je.. tinggi 70cm.. quite tall kot for baby of her age.. tu pasal slim je.. selalu bangun sahur dengan kami.. bila buka letak dia kat dalam stroller, sebelah saya.. kadang mama bagi dia pegang biskut.. kadang saya suap bubur dia.. kdg before buka kami suap bubur dulu kat dia so that dia tak teringin nak makan bila tengok kitorang buka.. Surfina dah boleh angkat badan nak duduk, tapi belum sepenuhnya la.. suka mencapai, tu susah bila makan sambil pegang Surfina confirm semua benda kena alih.. kalau tak, sedia la semua benda dia campak.. huhu.. dah dua kali jatuh katil.. huhu..

Rasanya tu je la kot.. bila rajin saya update la lagi.. selalu online je tp banyak blog walking.. update entry malas.. tengok mood.. huhu

K, daaaa.. nak pump.. bulan puasa ni production kurang sikit since kurang minum.. bila period ni Alhamdulillah, takdela merudum sangat production tu.. lebih kurang kalau masa puasa je.. harap berjaya kekalkan momentum production sampai Surfina 2 tahun, Aamiin, in shaa Allah.. (^-^)

Luv,
Adah

Wassalam

Wednesday, July 10, 2013

Nur Aina Surfina's 6 Months Milestone @ 1 Ramadhan 1434H

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh..

Ahlan wasahlan ya Ramadhan.. selamat berpuasa khas buat my online diary ni (macam online diary tu puasa je kan??) and it's beloved readers (if any.. :)) )

Tahun ni tahun ketiga berpuasa sebagai isteri dan tahun pertama sebagai mommy.. tahun lepas Surfina baru 3-4 bulan dalam mommy's womb.. dan hari ni Surfina dah pun 6 bulan lahir ke dunia.. Alhamdulillahi rabbil 'alamiin.. syukur yg tak terhingga ke hadrat Illahi.. :)))) kejap je dah 6 bulan ini anak.. she is getting smarter and manja.. bila mommy dia ni nak p keje, especially on Monday, confirm buat2 tak nampak bila mommy bubbye dia.. xpun, mencebik nak nangis.. huuuuu

Then, dah makin becok.. adadadada, nananana, tatatatata.. antara vocabs Surfina sekarang ni.. makin aktif.. malam tadi dekat kul 1 pagi baru tido.. duk berguling-guling, bump muka kat evamat, pumping, excited sungguh.. mommy dah layu je.. dah switch off lampu pun masih aktif lagi.. penat mommy & tok mama duk pujuk Surfina tidur.. then mommy p solat Isya' nangis pulak.. tok ayah amik letak Surfina kat sebelah dia masa buat tarawih (tarawih sendiri2 je sebab ayah penat baru balik hantar adik register kolej kat Terengganu).. daddy pulak balik lambat sebab hari ni start operation kat new office in Shah Alam, so dia kena buat final preparation la.. then dia kata Ramadhan ni nak slow down, malas nak keluar cari job sangat takut tak terhandle.. yea la, he is on one man show business.. though ada buat JV dgn his brother and friend, most of his job dia buat sendiri tanpa pekerja.. tu la selalu nau balik lewat.. so, malam tadi saya dan Surfina tido kat living hall je dgn Cik Awie Surfina.. senang pun senang nak bangun prepare sahur kan.. tau tau dalam kul 3 pagi kot, saya terjaga, terkejut tgk husband tgh nak usik Surfina, nak kejut Surfina la tu.. tah kul berapa tah dia sampai umah.. sian suamiku.. huhu.. saya cakap janganla kacau Surfina, dia tido lambat malam tadi.. hubby ajak tido atas, saya tanya dah kul berapa, dia jawab kul tiga.. hm, xpayahlah.. japg nak bangun prepare sahur pulak.. so, berlonggokla kami tido kat living hall.. 

Hmm, Surfina dah dua kali jatuh katil.. huhu.. Alhamdulillah takde demam ke muntah ke lepas jatuh tu.. risau nak tinggal dia sorang2 atas katil lagi.. 

Haaaa.. Surfina makin jealous nampaknya dengan mommy's pump.. kalau saya pegang dia sambil pump, memang seboleh-boleh dia nak pegang, tarik, tanggalkan pump tu.. bila saya stop pump, suka la dia.. bila start balik, amboi.. siap baring hentak kaki, berpusing-pusing badan.. huhu.. sabao je la.. then jealous dgn her 2nd cousin.. hari tu kami p melawat my cousin's baby boy.. baru seminggu kot masa tu.. saya pegang baby, Surfina buat2 tak pandang.. bila org tegur dia nangis.. hoho.. macam mana mommy daddy nak kasi adik ni.. hehe

Surfina dah boleh duduk tp dgn minimal support la.. sgt suka duk dalam carrier, selalu tido dalam tu.. selalu kalau time solat saya akan letak Surfina kat sebelah saya, diamla dia.. kadang siap main sejadah tempat saya solat tu.. huhu.. xpe, sekurang-kurangnya Surfina boleh belajar solat kan? =))

Surfina kalau makan sampai tertido.. polik den nengok aihh.. semalam la, saya bagi avocado puree + kurma.. saya buat cair-cair je.. adala dalam 9-10 suap macam tu, terlelap sudah anakku ini.. huhu.. Alhamdulillah, setakat ni Surfina masih breastfeed.. dan saya sgt2 harap, sentiasa doa supaya saya berjaya breastfeed Surfina sampai dia 2 tahun.. biar dia dapat imunisasi semulajadi dari susu ibu.. 

Sekarang untuk maintain production susu, saya amik habbatus sauda.. habbatus sauda baik utk sistem imunisasi.. bukan tak nak proceed ESP, tapi ESP to kan berasaskan soya.. as far as I am concern, soya kalau tak melalui proses penapaian yg sempurna, boleh memudaratkan kesihatan.. sebab tu memang saya sgt jarang minum soya masa pregnant Surfina dulu.. biarlah kalau anak tak putih melepak pun, daripada anak kulit putih melepak tapi ada eczema, allergic, G6PD, dan lain-lain.. kesian anak saya nanti.. huhu.. and did you know if we consume soy drink twice in a week ke macam mana tah, it will affect our menses? huhu.. and soy juga boleh buat kulit jadi rapuh.. saya ada terbaca kat mana tah, kalau ada nanti saya share.. kalau minum soya banyak2 masa pregnant, nanti kulit bawah tu akan rapuh dan koyak banyak.. erkkk.. scary.. huhu.. tapi sebab hari tu desperate nak tambah dan pekatkan susu, saya beli ESP.. saya bukan against Shaklee product or anything tau.. cuma saya nak stop amik produk berasaskan soya.. soya is sangat elok kalau melalui proses penapaian sempurna.. yg tak elok bila tak tertapai sempurna tu, ada sejenis bahan kimia semulajadi yg boleh memudaratkan tertinggal.. tak ingat nama dia.. banyak produk kecantikan kat pasaran sekarang ni banyak mengandungi soya and its collagen.. yg takde setakat yg saya research ni Aura White.. Maixara White Essential macam takde.. tp kena check balik.. maybe saya akan try antara dua product ni, untuk kesihatan, kecantikan dan production susu.. tp utk masa ni saya cuma ambil habbatus sauda, oat, milo, horlicks, kadang-kadang kurma sebagai makanan tambahan utk production susu.. tp utk susu, yg penting saya kena kerap pump and direct feed.. baru la supply sentiasa ada kan?    

Mak aih, title kat atas Surfina's milestone @ 1 Ramadhan, tp dah berjela tah sampai ke mana.. hehe.. Ok, rasanya tu je la dulu kot.. Sampai jumpa lagi di lain entry.. Selamat berpuasa yea semua.. semoga kita dapat menggali semua hikmah dan fadhilat di bulan Ramadhan.. semoga segala amalan kita di bulan Ramadhan ini diterima Allah SWT dan dapat kita teruskan selepas Ramadhan, hingga ke hujung usia kita.. In Shaa Allah.. 

Luv,
Adah

Wassalam

Tuesday, June 25, 2013

Nur Aina Surfina 5 Months 2 Weeks Milestone

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

Alhamdulillah.. Surfina is already 5 months and 2 weeks.. masa check up 5 months kat Az-Zahrah hari tu Surfina's weight was 7.6kg.. tak inject sebab doctor kata demam sikit.. tapi tak pun sebenarnya.. agaknya sebab masa on the way p klinik nak check up tu saya sempat doa Ya Allah, kalau vaccine itu tak elok untuk Surfina, biarlah Surfina konon-konon demam.. sekali betul huhu.. masa Surfina masuk untuk inject tu daddy dia yg pegang.. saya sedang bersedia untuk dioperasi.. buang kuku lagi.. huhu.. stress!! hubby inform doctor nak check and timbang je.. tak payah inject sebab before this memang saya selalu duk cerita kat dia vaccine adverse effects and status halal vaccine yg diragui sampai keluar kat radio pasal Konvensyen Perubatan Islam Malaysia yg suruh Malaysia scientist cipta halal vaccine.. timbul keraguan kat situ, macam tu yg selama ni duk cucuk kat babies tu tak halal ke sumbernya?? masa doctor nak buat procedure buang kuku tu dia tanya nak tangguh ke memang tak nak inject vaccine.. saya pun cakapla yg pasal konvensyen perubatan Islam punya cerita tu.. doctor kata kat Malaysia memang KKM amik yang halal je.. memang dulu ada isu satu vaccine ni yg tak halal sumbernya, dia pun tak ingat sumber apa.. tp dah resolve katanya.. tahlah.. saya sebenarnya confuse.. tapi dalam Islam kalau kita ada keraguan tentang halal haram ni better kita tinggalkan je, means tak payah buat la kan.. sekarang hubby tanya bila nak bawa Surfina inject.. bila saya cakap tak payah dia macam nak suruh inject jugak.. hmmmm.... kena istikharah ke? huhu
Hm, Surfina dah start makan dari 4 month 17 days hari tu.. terpaksa bagi.. kalau ikut hati saya memang nak tunggu 6 bulan je.. tapi since mama yg jaga Surfina, terpaksa la saya ikutkan.. tu pun lepas tengok tanda-tanda baby nak makan kat baby center.. mama bagi biskut Farley's rusk yg manis tu.. huhu.. dah dua kotak yg 12 pcs tu, satu banana, satu original.. sekarang saya stop sebab tak sanggup biar Surfina tanggung akibat makan manis dari processed food.. saya buatkan carrot puree, tapi Surfina tak minat sangat.. so saya prepare kurma puree.. sukalah dia sebab manis.. lepas tu saya bagi red apple puree juga.. setakat ni poo poo ok, allergies pun takde.. saya guna TRIO mini blender.. best ok blender comel ni.. nanti bila-bila saya buat review on this cute blender.. beli kat Lazada je, RM109.. mama pun semangat buat green apple jus campur asam boi sebab blender ni boleh buat ice blended, boleh mill jugak.. Surfina masih minum EBM 3 kali di siang hari, lebih kurang 4 oz tiap sesi.. 

Surfina dah boleh bergolek-golek, tak boleh dah tinggal dia atas katil lama-lama.. takut jatuh.. huhu.. becok, suka menjerit, peramah.. manja dengan mommy, tok mama, tok ayah, cik awie.. dengan daddy bila nak kua jalan baik la dia.. tp bila time lain sikit-sikit nangis, kena berdukung je.. kadang-kadang nampak mommy nak melompat p kat mommy pulak.. kenapa ntah.. huhu.. suka mandi.. selalu bila weekend kami bagi Surfina mandi kat star pool kecik dia.. seronok dia.. hehe.. Surfina dah mula angkat punggung nak merangkak kot.. boleh duduk dengan sokongan.. kejap je Surfina dah besar.. 

Ok, sambung lain entry yea.. daaaa

Luv,
Adah

Wassalam




Monday, June 24, 2013

Salam Nisfu Syaaban

Assalamualaikum Warahamatullahi Wabarakatuh

Salam Nisfu Syaaban semua.. tinggal dua minggu je lagi Ramadhan datang.. rinduuuuuu.. harap-harap Ramadhan kali ni pun dapat puasa penuh juga.. sangat harap masa tu belum menses lagi.. Aamiin, in shaa Allah.. semoga Ramadhan kali ni lebih bererti dan segala amalan yg kita amalkan dalam bulan Ramadhan dapat kita teruskan sehingga bila-bila, Aamiin, in shaa Allah..

Apa khabar semua? (hoho, dah 2nd paragraph bar teringat tanya khabar.. apakah???) hehe.. saya harap semua sihat walafiat.. take more precautions bila keluar rumah yea? lagi-lagi musim jerebu tebal ni.. kurangkan aktiviti luar rumah dan banyakkan minum air yea.. kalau terpaksa jugak keluar rumah atas sebab kerja dan sebagainya, please wear your mask.. jerebu sangat tebal kan? jarak penglihatan pun dah makin dekat.. so, wajib berhati-hati lagi-lagi bila memandu.. :)

Hm, tinggal lebih kurang 2 bulan je lagi saya akan bertukar profession.. memang ramai yg terkejut sebab saya tak pernah cerita dan tak menunjukkan sebarang tanda untuk tender resignation.. dan ada juga yg bertanya tak rasa rugi ke saya berhenti kerja tanpa dapat tawaran bekerja yg lain a.k.a. jadi suri rumahtangga sepenuh masa.. dan ada juga yg happy untuk saya, seronok dan teringin mengikut jejak saya tapi belum masanya.. Alhamdulillah, pada saya, suri rumahtangga adalah satu profession yg sangat mulia.. saya bekerja untuk suami dan anak-anak, in shaa Allah lillahi ta'ala.. mungkin tak bergaji, tapi sekurang-kurangnya saya puas hati dapat beri yg terbaik untuk suami dan anak.. saya dapat sediakan keperluan dan kelengkapan diorang, dapat tengok anak membesar depan mata.. dapat asuh dan didik anak saya berpandukan Al-Quran dan As-Sunnah in shaa Allah.. dapat fokus pada tanggungjawab sebagai isteri dan mommy sepenuhnya.. yea, saya ada rancangan untuk buat bisnes online, tapi fokus saya untuk masa ni lebih kepada suami dan anak.. dan saya tak sampai hati nak biar mama jaga Surfina sampai besar.. hantar babysitter or nursery memang tak pernah ada dalam fikiran kami.. biarlah susah senang jaga anak kami tanggung sendiri.. in fact, perancangan nak resign memang dah sangat lama.. cuma baru sekarang dapat dilaksanakan, setelah bisnes suami mula menampakkan hasil yg memberangsangkan.. Alhamdulillah.. 

Tapi, mestilah sebagai wanita yg pernah bekerja, saya akan rindu moments shopping online and offline kan? hehe.. makanya, saya plan untuk buat online bisnes, in shaa Allah, maybe on baby products and muslimah apparel.. huhu, cepatlah september.. tak sabar nak mengulit Surfina 24/7.. hehe.. 

Ok then, daaaa for now..

Luv,
Adah

Wassalam

Thursday, June 20, 2013

Amalan Mentahnik Baby

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

Hye my OD and readers (if any.. hoho),

Hari ni suka saya nak kongsikan tentang amalan bertahnik untuk bayi muslim yang baru lahir.. Article ini saya petik dari sumber ini. Sama-sama kita amal dan ambil manfaat darinya yea.. =)
 
Air Zam-zam + Kurma Ajwa
Set air zam-zam(250ml) + kurma ajwa(100g)
 RM35

Kebiasaannya ketika menyambut kelahiran kita akan menyediakan air zam-zam dan kurma ajwa untuk ditahnik atau dibelah mulut baby dengan mencalitkan sedikit kurma ke dalam mulut baby yang baru lahir dan disuap sedikit air zam2 ke dalam mulut baby untuk mengambil khasiat yang terdapat di dalamnya.

Kurma Ajwah/kurma nabi

Kurma nabi atau ajwa ini merupakan satu-satunya kurma yang hanya tumbuh di madinah dan tanah haram..tidak seperti kurma lain yang boleh tumbuh dimana sahaja asalkan sesuai dengan iklim panas dan tidak banyak hujan.

Sebagaimana sabda Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi wa Sallam : “Kurma ‘Ajwah itu berasal dari Syurga, ia adalah ubat dari racun”. hadis shahih Ibnu Majah.

Daripada Abu Musa r.a. katanya: “Anakku lahir, lalu aku membawanya kepada Nabi s.a.w. lalu baginda menamakannya dengan nama Ibrahim dan meletakkan pada lelangitnya dengan buah kurma.”

“Aku telah mendapat seorang anak, kemudian aku membawanya kepada Nabi S.A.W
 Baginda menamakannya Ibrahim, lalu mentahnikkannya (memecahkan mulutnya) dengan sebiji kurma.” Hadis riwayat Abu Burdah daripada Abu Musa r.a.
Bertahnik
Apa itu  tahnik? Apa hikmahnya pula? Kebiasaan kita menyebut ‘Belah mulut’. Tahnik maknanya mengunyah kurma serta memindahkannya ke lidah anak yang baru dilahirkan.

Caranya ialah mula-mula letakkan isi kurma yang telah dikunyah itu di hujung jari telunjuk, lalu masukkan perlahan-lahan hujung jari itu ke dalam mulut anak yang baru dilahirkan, kemudian digerakkan jari itu ke kanan dan ke kiri dengan lemah lembut, sehingga meliputi merata mulut anak kecil itu dengan kurma yang dikunyah tadi. Amalan ini adalah sunat dan menurut amalah Nabi s.a.w (rujukan: Pendidikan anak-anak dalam Islam-Abdullah Nasih Ulwan, terjemahan Syed Semait, m/s89)

Amalan yang biasa  diamalkan oleh orang tua-tua,bertahnik dilakukan dengan mencalitkan asam garam,emas, perak, tembaga ke mulut bayi yang dilahirkan. Tetapi sebenarnya tahnik yang betul dari segi Islam adalah dengan membuka atau memecahkan mulut bayi yang dilahirkan dengan buah tamar yang telah dikunyah oleh orang alim dan bertaqwa untuk mengambil berkatnya dengan harapan bayi kita juga akan menjadi orang yang salih dan bertaqwa.

Antara hikmahnya pula ialah supaya urat2 mulut menjadi kuat kelak, dengan gerakan lidah, ketika anak itu menghisap susunya dengan kuat secara semulajadi.

Sebaiknya apa2 amalan yang baik dan sunat melakukannya adalah digalakkan kepada ibubapa terutama yang baru pertama kali mendapat ahli keluarga baru untuk segera melaksanakannya.

Air Zam-zam
Kebiasaannya air zam-zam hanya didapati ketika musim haji dan dibawa pulang oleh jemaah haji untuk diambil berkatnya dengan menjamu tetamu yang menziarahi jemaah haji yang selamat kembali. Memandangkan kesukaran untuk mendapatkan air zam-zam yang mempunyai pelbagai khasiat terutama untuk kegunaan ibu bersalin dan bayi yang baru lahir untuk bertahnik, saya cuba menyediakan khidmat penghantaran air zam-zam disekalikan dengan kurma ajwa.

Antara khasiat air zam-zam:
Air terbaik di muka bumi.
Rasulullah Saw bersabda bahwa air yang terbaik di atas dunia ini adalah air Zamzam :

“Sebaik-baik air di atas dunia ini adalah air Zamzam”. HR. Thabrani.

“Sebaik-baik sumur di atas dunia ini adalah sumur Zamzam dan sejelek-jelek sumur di atas dunia adalah sumur Barhut (di Hadramaut). HR. Nawawi

Air Zamzam keluar melalui perantaraan malaikat Jibril a.s.
Cukup sebagai renungan orang beriman, bahwa Zamzam itu memancar ke atas dunia ini, melalui perantaraan Malaikat Jibril.

Air Zamzam disamping Ka’bah.
Air Zamzam berbeda dengan air-air lainnya di atas dunia dari banyak hal, Air Zamzam air yang Mubarok, berada di tempat yang Mubarok, di dekat Baitullah, keluar karena Nabi Ismail a.s.

Air Zamzam penghulu segala Air.
Air Zamzam seperti dikatakan oleh Ibnu Qayyim adalah penghulu segala air di atas dunia ini, dialah air yang paling mulia, dialah air yang paling berharga pada semua orang yang beriman. Konon pada setiap tanggal 15 Sya’ban seluruh air di dunia datang berziarah ke Zamzam, sehingga banyak orang yang menyaksikan Zamzam melimpah di setiap tanggal tersebut.

Air Zamzam bersih dari kuman-kuman penyakit.
Ir. Yahya Kusyik dalam bukunya, Zamzam mengatakan :

“Ketika diadakan pembersihan terhadap sumur Zamzam tahun 1400 H para ahli sepakat mengatakan bahwa Air Zamzam bersih dari kuman-kuman yang menyebabkan penyakit, sebagaimana justru Zamzam itu adalah obat penyembuh segala macam penyakit.”

Rasulullah Saw bersabda :”Air Zamzam itu adalah obat segala penyakit.”

Air Zamzam tidak berubah.
Air Zamzam tidak berubah rasa atau baunya, walaupun disimpan bertahun-tahun. Semua orang telah membuktikannya. Syekh Abdur Rasyid Ibrahim, seorang ulama terkenal bangsa Rusia menulis dalam bukunya ‘Alamul Islam’mengatakan :”Saya menyimpan air Zamzam selama 12 tahun di dalam botol, ternyata tidak berubah.”

Air Zamzam lebih utama dari Kautsar.
Imam Al Bulqini mengatakan bahwa Air Zamzam lebih afdhal dari Kautsar, buktinya Malaikat JIbril membersihkan dada Rasulullah Saw dengan Air Zamzam, tidak mungkin jantung RAsulullah dibersihkan oleh JIbril kecuali dengan sebaik-baik Air.”

Memandang Air Zamzam sebagai ibadah.
Rasulullah Saw bersabda:”Lima perkara yang termasuk ibadah: Memandang kepada Al Quranul Karim, memandang Ka’bah, memandang dua Ibu Bapak, memandang Zamzam dan kepada ulama.”

Minum Air Zamzam menggugurkan dosa.
Rasulullah Saw bersabda :”Barangsiapa Thawaf di Baitullah kemudian shalat dua rakaat dibelakang Maqam Ibrahim, lalu minum Air Zamzam, dosa-dosanya diampuni bagaimanapun banyaknya.” (HR. Ad Dailani).

Air Zamzam dari syurga.
Imam Qurthubi dalam tafsirnya juz IX hal 370 menukil hadits sebagai berikut :

“pada air Zamzam ada mata air dari syurga (mengalir) melalui arah rukun (hajar aswad).

Air Zamzam adalah buah-buahan di mekkah.
Ketika Nabi Ibrahim as meninggalkan putranya iSmail di Mekkah dia berdoa :”Ya Allah Berilah makanan rizki dari buah-buahan.” Allah SWT mengabulkan do’a Nabi Ibrahim as dan air Zamzam itulah buah-buahan pertama yang diberikan kepada penduduk Mekkah, yang waktu itu hanya Hajar dan Ismail berdua.

Air Zamzam minuman para Nabi, Auliya dan Ulama.
Diriwayatkan oleh Ummu Aiman (wanita yang menyusuinya):”Aku tidak pernah melihat Muhammad Saw mengadu waktu kecilnya maupun setelah besar, dari lapar atau haus karena Beliau apabila pagi hari selalu minum Zamzam dia tidak mau diajak makan beliau mengatakan:aku tidak mau makan karena aku kenyang.”

Zamzam telah bercampur dengan air kumur Rasulullah Saw.
Rasulullah Saw telah memberi berkah kepada Air Zamzam dengan mengumurkan Air Zamzam kemudian dibuangnya kembali kepada Sumur Zamzam. Betapa besar kasih sayang Rasulullah Saw kepada kita, beliau meninggalkan Air Zamzam sebagai obat dan bekas beliaupun juga sebagai obat.

Sumber: mybabycomel

Luv,
Adah

Wassalam

Friday, June 14, 2013

Posing Friday (^-^)

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

 Hari ni kita tengok gambar dulu ek? ;)

masa p Padang Jawa umah bik Yah jumpa mbah n bik Nik.. Daddy is tak ikut sebab keje.. p dgn mama, Awie, Irsyad saje.. Ayah kena bergegas p outstation kat Perak pulak.. huhu

Mommy and Fina sempat posing tunggu daddy isi petrol

huehuehue

On the way p umah pakcik daddy kat kuala Pilah.. wedding daddy's cousin

Kat Melang Inn before check out.. stay sini masa wedding daddy's cousin

Fina and Tok Mama kat Az Zahrah Bandar Teknologi Kajang, teman mommy

Excited Fina.. hehe

Hye, I'm Nur Aina Surfina (^-^)

Hm, mommy, cepatla.. nak p jalan ni.. hehe



Dah besar dah Fina.. Jap je dah 5 bulan.. Mommy started to miss the moment Fina was in mommy's womb.. miss the kicking, movements, miss the cramping, everything lah.. :))))) Sayang anak mommy ketat-ketat lah!! 

Hm, Fina memang kami dah biasakan bertudung or at least cover her head bila keluar rumah.. Alhamdulillah, setakat ni Fina takde sibuk nak tanggal tudung or other headgears yg kami pakaikan.. memang ramai yg kata kesian baby lagi dah pakai tudung.. kesian baby rimas pakai tudung.. tapi kami tetap pakaikan sebab kami nak biasakan Fina dengan kewajipan menutup aurat dgn sempurna.. dan saya sendiri masih berusaha untuk tutup aurat sesempurna mungkin, sehingga saya boleh bawa pakaian yg saya pakai untuk menunaikan solat tanpa perlu memakai telekung, kerana itulah cara tutup aurat yg paling sempurna.. sedang berusaha ke arah itu, in shaa Allah.. dan kerana saya telah ada Nur Aina Surfina, maka saya wajib menjadi her best role model and teacher ever.. oleh itu saya memakaikan Fina dgn pakaian yg sopan, tutup kepala sekurang-kurangnya dgn baby's hat.. saya hanya mau Fina tahu dan faham bahawa aurat wajib dijaga.. 

dan lagi, ramai yg ingat Fina adalah baby boy walaupun dah terang-terang Fina pakai pink socks, pink shirt, red shirt.. huhu, she is a girl okeh!!  peminat diamonds, blink stones kat baju kami sampai nak digigitnya batu-batuan yg berkerlipan itu.. huhu.. sangat gegirl.. tang mana yg boyish pun tak tau lah.. ke sebab Fina cukur jambul, rambut masih tak cukup panjang lepas cukur hari tu, tu yang orang ingat baby boy?? hm, tah lah.. yang penting mommy sayang sangat kat Fina tau.. mmmmuuaahhhh..  

Luv,
Adah

Wassalam

Thursday, May 2, 2013

Setahun yang lalu

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

Setahun yang lalu, pada tarikh ini saya telah membuat UPT pada hari pertama saya sepatutnya menses.. dan Alhamdulillah, setelah 11 bulan, inilah hasilnya:
My first positive test

Perasaan mestilah gembira tak terkata kan? Alhamdulillah.. masa tu tak sabar nak jumpa doctor.. balik keja terus p Klinik Mewah untuk check.. doctor kata memang positive.. dia suruh datang lagi next two weeks untuk confirmation since masa tu its still too new.. hari tu 02/05/2012, hari Rabu.. syukur tak terhingga ok.. rahsia dulu dari mama and semua.. husband je tau.. then Sabtu tu p Az-Zahrah Bandar Tech pulak.. Alhamdulillah, doctor kata masa tu baby dah around five weeks.. happy.. :) tapi tak scan pun lagi.. dapatlah folic acid and obimin.. Dr Rohani yang confirmkan pregnancy saya.. dialah yang kata saya boleh register anak ke sekolah masa umur 6 tahun since she will be born on January.. Alhamdulillah semua berjalan lancar.. dan setahun selepas itu Fina pun dah lahir, dah tiga bulan lebih, masuk 4 bulan dah pun.. sangat-sangat sayang Fina.. permata hati dan buah hati mommy daddy, tok mama tok ayah, mbah, dan semua cik and wak dia, semualah.. :) dan Alhamdulillah, walaupun masih kecil, Fina berpeluang teman tok mama p usrah dan mengaji.. semoga Fina dapat tempias barakah majlis ilmu yang tok mama hadiri dan berjaya kami didik dan bentuk menjadi hamba Allah yang solehah.. Aamiin.. :)

Luv,
Adah

Wassalam



Ladies Day Out to Kenanga Wholesale City

Assalamualaikum Warahamtullahi Wabarakatuh

Semalam Hari Buruh/Pekerja kan? Selamat Hari Buruh/Pekerja terlewat yea kawan-kawan.. :) hehe.. semalam saya, mama, Fina, Angah dan Syiqin p shopping sakan kat Kenanga Wholesale City.. of shopping, memang best.. rambang mata tengok pakaian cantik-cantik dan sangat murah kat sana.. kalau nak dapat murah syaratnya mudah je.. beli minimum 3, tak sama harga dan design pun takpe, asalkan minimum 3, dapatlah sampai half price.. berbaloi-baloi.. hehe.. first thing we all beli adalah baju Fina.. hoho.. memang asalnya nak cari tudung comel untuk Fina.. tapi tudung tak jumpa pun, jumpanya baju jalan Fina.. 2 pasang Zarakids and lagi sepasang tu jumper with hoodie warna merah polkadot putih.. hehe.. merah lagi.. Zarakids punya baju adalah sangat comel ok.. kitorang beli sleeveless denim dress yang sangat comel dan denim overall yang cute.. hehe.. mommy dia pun tak penah beli brand Zara.. rezeki Fina la kan.. then saya beli dua pasang chiffon blouse yang end up sendat di bahagian atas lengan.. huhu.. baru nak melaram sikit.. nak buat macam mana kan? sejak mengandung memang bahagian atas (atas lengan dan dada) adalah membesar bagai juara.. baju-baju semua sendat area tu.. Alhamdulillah, perut, punggung dan peha sudah mula mengecil semula.. tu boleh pakai jeans yang dah mengetat sejak dua tiga bulan sebelum mengandung.. hehe.. diet? hm, a strict no.. sebab, saya masih breastfeed Fina.. harap sangat-sangat saya dapat breastfeed Fina selama yang boleh.. Aamiin, Allahumma Aamiin.. 
Ok, then saya beli pulak 2 pasang skirt labuh.. ok, yang ni size ok kat saya.. Alhamdulillah.. lepas tu, I got a new haircut.. hehe.. finally.. yang bestnya kedai ni kalau untuk muslimah bertudung, dia akan bagi ruang yang bertutup langsir penuh dari atas sampai lantai.. nak cuci rambut pun dia akan cover kita pakai langsir tu (ruang cuci rambut adalah terasing dari ruang potong rambut.. cuma yang kurang bestnya dia akan promote hair products la kan.. biasa la.. especially yang rambut bermasalah macam saya ni.. sejak lepas habis pantang memang rambut sangat banyak gugur.. dahlah rambut panjang, adalah hampir ke pinggang.. sekali sikat je segumpal gugur.. huhu.. tu yang nak sangat potong rambut.. dah kebetulan jumpa hair salon kan, teruslah gunting..

Then saya beli sandal yang ala-ala fitflop tu.. sangat lembut though bukan fitflop.. cuma disebabkan ibu jari kanan saya pulak kena cagu dan masih belum decide nak buang kuku ke tak, saya tak dapatlah pakai untuk ke ofis since its a bit fit walaupun memang size kaki saya.. kalau tak berstokin boleh je pakai.. since saya berstokin, sandal tu akan tarik stokin jadi ketat, so nanti sakit pulak ibu jari kan.. so, tunggu baik dululah.. 

Lepas solat zuhur kami terus cari tempat makan.. kitorang makan kat area rumah Angah.. tempat dia adalah best.. makanan pun boleh tahan.. harga pun berbaloi-baloi.. kami duk dalam pondok.. gambar tak banyak pun.. kena bergilir jaga Fina.. hehe.. Fina adalah tengah kemaruk nak meniarap.. kat mana-mana pun kalau dia rasa nak meniarap dia akan meniarap.. kalau tak dapat dia akan menjerit and kadang sampai nangis.. dahlah pakai baju ladybird yang siap ada sesungut and wing tu, comel okay.. hehe.. then lepas makan dan tapau sikit untuk orang-orang kat rumah, kami p rumah Angah untuk solat Asar.. and terus balik.. 

Ok, nak cerita pasal Kenanga Wholesale City (KWC) ni pulak.. overall memang best kedai-kedai dia.. cuma facility yang sangat tak memuaskan hati.. KWC ada 17 aras, dan shopping area ada sampai level 10 ke 11 tak sure..toilet tak semua level ada.. dah tu kat level yang ada pulak cuma ada 3 pintu.. dan takde changing room or area untuk baby.. terpaksa change diaper Fina kat OKU toilet.. bawa stroller dia masuk.. huhu.. then, tak bersih, berbau.. dan takde salur nak cuci.. jenis pancut dari dinding tu ha.. huhu, kalau salah aim habis basah seluar.. then surau ada kat level 16 sahaja.. dan surau pun berbau.. tempat baru kan.. tak terbela la.. lif adalah super duper slow.. boring giler tunggu.. dan men's fashion adalah sangat limited.. banyak t-shirt and kemeja kotak-kotak je.. maybe ada kat level lain yang kitorang tak round.. and I think they should use travelator instead of escalator since ramai parents bawak anak diorang dalam stroller.. jenuh ok nak tunggu lif.. dan kurang signboard untuk ke toilet, lif, surau dan sebagainya.. 

Tapi xpe, sebab harga barang murah.. affordable.. rasanya tu je la kot.. see ya all next time.. :) daaaaaa

Luv
Adah

Wassalam

Monday, April 29, 2013

Shopping Baju Raya (^-^)

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

Hye dears.. (^-^)

Yea, raya adalah lama lagi.. dalam bulan 8 kan? tapi kami sudah 'ter'shopping untuk raya.. hehe.. asal mulanya, kami kaluar cuma nak cari socks, pampers and cotton ball Fina je.. sekali terbeli dua tiga pasang baju basahan dan baju jalan untuk Fina.. ni daddy la yg beli.. dia turun p beli barang2 kat Manjaku Kajang, mommy and Fina tunggu dalam keta je.. huhu.. daddy pi beli sepasang gown short sleeves for Fina.. hoho.. purple lagi.. Jumaat hari tu mommy dah shopping baju jalan Fina kat Tesco.. kebetulan ada less 50%.. mula2 rasa amik sepasang je yang 50%.. xperasan pulak blouse and stretchable jeans pun ada 50% less jugak.. dah bayar baru perasan apasal macam price kena bayar was below calculation.. Alhamdulillah, rezeki Fina.. :) rupanya ada less.. so, hari tu Fina dapat dua pasang long sleeves gown, one long sleeves blouse and one stretchable jeans for Fina.. boleh pakai untuk kua jalan-jalan.. (^-^) tu hubby tak puas hati dia pun beli jugak.. hoho.. minggu ni je Fina dapat 6 pasang baju jalan.. cuma kami beli bigger size la.. boleh pakai lama sikit kan? yea la, baju yang ada kat umah tu pun banyak yang dah sedang elok je kat Fina.. sebulan dua lagi confirm dah tak muat.. lagipun, Fina dah kami ajar bertudung, takkan nak bagi dia pakai tudung dengan lengan pendek kan?yea, kami dah ajar Fina bertudung bila keluar umah.. dan Alhamdulillah, so far Fina tak kisah.. cuma bila tok mama bawa Fina p ngaji, kat keta tok mama pakaikan tudung, tapi sampai surau tok mama buka sebab dalam keta tok mama panas, so sampai surau Fina dah berpeluh.. tapi kalau keluar dgn mommy daddy, since keta air-cond kuat, takdelah tanggal tudung.. cuma kalau air-cond kuat sangat kulit Fina mengering.. sian dia.. 

Haaa, lepas p Manjaku tu hubby tanya nak pi mana lagi.. saya pun cakapla nak cari long blouse yang sesuai untuk menyusu.. jalan-jalan sampai la ke Bangi.. nampak Cititrend singgahlah.. tanya ada jual long blouse yang sesuai untuk menyusu tak.. takde.. huhu.. tapi jalan lagi ke dalam kedai tengok-tengok.. masa ni Sales Assistant (SA) excited tengok Fina.. yea la, baru 3 bulan lebih, tapi badan Alhamdulillah semangat.. mula-mula diorang ingat Fina just pakai headband dgn hoodies.. dah lama tu baru dia perasan Fina pakai tudung.. hoho.. semua teruja tengok Fina.. tapi since Fina baru bangun tido, dia kurang mood.. malu-malu sikit.. dah jalan-jalan tu hubby nampak baju kurung pahang pulak.. warna plum (hubby kata warna maroon, tapi sebenarnya purple plum.. huhu, purple lagi).. terus suruh beli untuk raya.. tapi untuk warna tu since design baru untuk raya ni, stok tak banyak lagi.. so, kena book dulu size and warna.. dalam seminggu dua lagi diorang call, datang amik.. terus order sekali baju melayu kat sini.. dan tiba-tiba masa dekat cashier tu ternampak pulak baju kebaya untuk baby.. terus hubby suruh amik yang paling kecik.. size 4.. hope raya nanti dah boleh pakai la kan.. sebab size paling kecik dia pun agak besar kat Fina.. jadi jubah kebaya pulak.. yang kelakarnya, kebaya tu kain dia jenis ropol tepi.. adehh.. xpasal-pasal kena gelak tok mama.. harga? RM39.90 je.. then, since Fina's kebaya is dark blue, so mommy daddy pun cari lagi sepasang baju raya in blue.. dapatla baju kurung sepasang, yang ni ada stock, so saya boleh terus bawa balik.. cuma baju melayu je kena order.. our nuance is lighter than Fina's.. and kami beli jugak dua pasang baju kurung untuk Fina in plum, to match baju raya kami yg lagi sepasang tu.. harga baju kurung Fina RM19.90 sepasang.. puas hati.. masa hubby nak bayar tu Fina dah mula jerit-jerit dan merengek, nak susu.. so saya pun bawa Fina masuk keta terus untuk breastfeed.. hehe, puas hati.. even tak dapat beli long blouse, dapat baju raya pun dah happy tak terkata.. ;) now tinggal cari tudung untuk Fina yang match dengan baju raya dia.. she already has grey, black + purple, soft purple and soft pink.. now kena cari blue and plum.. hope jumpala kat internet ke kat kedai-kedai luar tu ke.. plus, nak belikan baju raya untuk mama and mak, dan untuk ayah jugak.. (^-^)

Ok, sekian untuk kali ini.. daaaaaa..

Luv,
Adah

Wassalam

Tuesday, April 23, 2013

Nur Aina Surfina's Photo Collections

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh

Dear my OD and readers,

Seperti yang dijanjikan, my baby Fina photos!! :))))

Nur Aina Surfina at +- 31 weeks in mommy's womb
Dalam perut lagi dah pandai muncung.. hehe
12/01/2013, Fina at her second day of life (^-^)   
15/01/2013, her fifth day of life
17/01/2013 She's a week old!! (^-^) She weighs 4.5kg already.. hehe
27/02/2013 Fina's first trip to hometown (KAIRO, Johor)
04/03/2013 Dah botak!! hehe, comel tak saya?? ;)
04/03/2013 Dah mula pandai posing ok ini anak.. bila mommy pegang handphone je pandang handphone tak berkelip.. hehe
06/03/2013 Fina got her first tudung!! (^-^) ni on the way balik dari bandar Pontian, shopping tudung and Cool Blog.. hoho
08/03/2013 Her first outing with tudung.. nak p lawat newborn uncle kat Kg Melayu Raya, Johor
25/03/2013 muncung-muncung.. nak start sembang dah masa ni..
25/03/2013 sebelum teman mommy masak kita posing dulu yea sayang.. hehe ;p
03/04/2013 with her daddy
09/04/2013 Alhamdulillah, dah pandai tiarap.. tapi masih perlu bantuan sebab Fina belum pandai kepakkan tangan
14/04/2013 Fina nak p jalan dengan mommy and daddy.. ;p already 6.8kg.. dah besar dah anak mommy.. (^-^)
22/04/2013 Latest, semalam.. Fina dah pandai peluk bantal.. hehe

Ok dears.. tu je gambar Fina untuk kali ni.. akhirnya dapat juga transfer dari tab and handphone ke PC.. sekarang Fina dah makin manja.. makin banyak berjaga siang.. dah mula bangun jam 3-4 pagi nak susu (tapi tak nangis, she just rooting around, searching for her 'tabung susu'.. huhu) and paling best, dah pandai menjerit.. bila takde orang layan dia mulalah menjerit panggil orang, kalau lama sangat menjerit orang tak datang juga, apalagi, menangislah sekuat hati.. hehe.. sayang buah hati mommy.. muah muah.. (^-^) hari ni mama bawa Fina p kelas mengaji dia.. hope Fina's behaving very well la kan? risau je dia nangis ke jerit2 ke, tak nak la ganggu orang lain kan.. semoga Fina dapatlah berkat tok mama dia p belajar ngaji.. semoga Allah permudahkan semuanya.. Aamiin.. In shaa Allah..

Lots of Love,

Adah

Wassalam

Wednesday, April 17, 2013

Kenangan Sekolah Rendah

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh

Hmmm.. tiba-tiba pagi tadi masa drive ke office, saya terkenang zaman sekolah rendah dulu.. Sekolah pertama saya adalah SK Batu 10 Skudai, di Johor Bahru, sebulan je kot saya kat sana.. then pindah ke SK Majidee Baru & Sekolah Agama Majidee Baru.. Darjah 5 saya pindah pula ke SK Methodist, Telok Datok, + SRA Banting kat Banting, Selangor..

Tiap sekolah ada memberikan kenangan tersendiri buat saya.. di SK Batu 10, saya sempat Darjah 1 je kat sana.. tu pun dalam sebulan lebih je kot.. sebab lepas tu kami pindah ke rumah sendiri di Kg Dato' Sulaiman Menteri, kat Majidee.. kat SK Batu 10, mula-mula sebelum mula sesi persekolahan kami ada satu hari sesi orientasi untuk murid Darjah 1.. so kami pun diberikan kelas dan dibawa mengelilingi kawasan sekolah.. so, ceritanya, masa first day sekolah tu, bila sampai sekolah je saya sakit perut.. terus cari tandas.. bila dah selesai, saya pun pegi la ke kelas yg diberikan masa hari orientasi hari tu.. tapi, cikgu lain pulak yang handle kelas tu.. makanya saya pun merayau la kat kawasan sekolah.. cari kelas dan cikgu.. so entah macam mana saya boleh sampai kat padang sekolah.. ada sorang budak lelaki ntah darjah berapa tah, duk kat bench tepi padang tu.. siap kongsi kacang lagi.. tapi tak ingat la ada borak ke tak.. lepas tu lepas rehat, jalan-jalan lagi cari kelas dan cikgu.. kebetulan masa tu cikgu masa orientasi tu ada kat kelas hari tu.. so saya masukla.. cikgu tu pun cari saya jugak rupanya.. hehe.. tah pape je.. ragam first day sekolah kan? ada yang menangis tak bagi mak ayah balik, ada yg cool je, yg saya ni pulak siap sesat sampai ke padang, jalan-jalan keliling sekolah sebab cikgu kat kelas tu lain dari masa hari orientasi.. haha.. 

Then, masa kat SK Majidee Baru, biasa-biasa je.. cuma masa Darjah 1 tu saya kena buli dengan ketua kelas yg gangster habis.. and she's a girl.. perrrghh.. sebelah kelas saya ada curam, nak sampai ke astaka mesti kena lalu curam tu.. tapi ada tangga la.. yg ketua kelas saya ni, tah kenapa tah.. dia komplot dgn sorang lagi kawan waktu rehat panggil sorang-sorang murid kelas saya.. ingatkan kenapa.. tengok ada sorang kawan sebelum saya dah nangis teresak-esak.. being me, memang tak tertanya la.. saya mana banyak cakap.. hehe.. so, dengan naifnya saya jumpa ketua kelas tu.. sekali kena tolak jatuh curam daaaa.. huhu.. calar la jugak lutut saya.. yeala, masa tu pakai pinafor tu.. terdedahla lutut.. rasanya dia jealous kot sebab kami antara murid kesayangan (perasan.. hoho) cikgu kelas kami, Cikgu Silva.. :) then, ada satu masa pulak, masa pembahagian rumah sukan.. ada sorang cikgu datang dan panggil saya.. then dia sebut nama saya Azima, saya betulkan suruh dia panggil Azimatul.. dan sampai Darjah 5 kat sekolah tu saya dipanggil Azimatul.. walhal kat Sekolah Agama saya dipanggil Azima.. huhu.. hm, saya masuk sekolah agama masa Darjah 2.. saya dilantik jadi bendahari kelas dan masa sekolah agama Darjah 3 kot, saya jadi pengawas sampai Darjah 4.. kat Johor dulu, kalau tak lulus periksa akhir tahun tak boleh naik kelas.. tapi, Alhamdulillah, saya lulus.. nombor 1 untuk tiga tahun berturut-turut.. hehe

Masa kat SK Methodist pulak, since saya budak baru, glamour la jugak.. lagi-lagi bila adik saya (Cqin) selalu tak nak masuk kelas sendiri (Darjah 1).. masuk kelas saya dia tido.. hoho.. sebabnya, dia takut dengan cikgu sebab takde text book.. dan kawan-kawan ejek.. yeala kan, kat Majidee dulu kami dapat pinjaman buku teks.. bila kat sini kami tak dapat sebab tak layak.. cikgu HEM kata gaji ayah besar.. huhu.. dan ayah belum sempat bawa kami p beli buku.. dekat seminggu jugakla Cqin tak nak masuk kelas.. sabo je la.. masa Darjah 6 pulak, masa kelas Pendidikan Seni, ada sorang Chinese boy sebelah saya ni.. dia memang quite playful and sengal jugakla.. dia selalu masukkan stokin dia kat botol air mineral saya.. memang la lepas tu saya tak sentuh langsung botol tu kan.. alkisahnya, masa kelas Pendidikan Seni tu, budak ni baru lepas buat sepah buang kertas dekat area meja kami.. so cikgu nampak dan denda kami berdiri kat pintu kelas sampai habis waktu.. T_T dia kat hujung sebelah jalan, saya pulak kat hujung depan court dan kelas lain.. huhu, malu okeh.. siap guru besar lalu tanya kenapa lagi.. saya dah terkedu tak tau nak jawab apa.. malu.. huhu.. dah la ramai sangat yg kenal saya termasuk la guru besar disebabkan saya murid baru dan jugak sebab adik saya tak nak masuk kelas tu.. huhu.. (psssstt, cikgu Pendidikan Seni tu FIL kepada Seelan Paul tau.. kat sekolah menengah pulak saya jumpa MIL dia, my English teacher masa form berapa tah.. hehe)

Okla, rasanya tu lah antara kenangan pahit manis masa sekolah rendah dulu.. ada je lagi sebenarnya, tapi kat atas ni antara yg paling tak boleh lupa la.. hehe.. daaaaaaa.. 

Wassalam

Thursday, April 11, 2013

Nur Aina Surfina: 3 months milestone

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh

Alhamdulillahi rabbil 'alameen.. Nur Aina Surfina atau Cahaya Mata Bersih, Suci dah pun 3 bulan hari ni.. eh, tak.. semalam.. (10/01/2013 - 10/04/2013) hehe.. I owe you her photos.. kat pc ofis ni takde lagi gambar Fina.. ada kat tab dan handphone je.. since saya adalah sangat malas nak type guna tab, makanya, takdela photo Fina.. nak amik kat FB, kat ofis FB blocked pulak kan.. nantilah, akan saya buat satu entry khas untuk photo2 Nur Aina Surfina.. in shaa Allah.. 

ok, di usia 3 bulan ni Alhamdulillah Nur Aina Surfina dah makin bijak.. dah pandai meniarap atas flat surface dah 08/04/2013 hari tu.. two days before her 3 months birthday.. :) kalau kat surface yang senget sikit dah dua tiga minggu jugakla dia pandai..  during her trial to 'meniarap' tu, sangat bersungguh-sungguh sampai menangis-nangis.. then kami suruh rehat dulu.. lepas dah rehat dia try lagi.. Alhamdulillah, atas semangat dan kesungguhan yang jitu, ceewahhh, akhirnya berjaya juga.. syukur Alhamdulillah.. mommy daddy sangat happy dan sayang Fina.. mmmmuaaaahhh banyak-banyak.. <3 <3 <3

Then, Fina dah pandai sembang-sembang.. lagi-lagi bila dah dekat tengah malam.. kadang pagi-pagi before mommy nak g keje.. tu yang rasa malas nak keje sebab seronok tengok si buah hati mommy ni.. dan Fina dah pandai nangis jugak.. hoho.. masa kecik payah nak dengar dia nangis.. sampai kadang daddy saja buli Fina nak bagi nangis.. tapi, tak nangis jugak.. dah besar sikit ni asal tinggal lama sikit je nangis.. Fina memang kena ada orang sentiasa dekat dengan dia.. kadang tak dukung pun takpe.. asal ada orang.. tu la kadang bila saya kat rumah berdua je dengan Fina nak mandi dan masak pun saya letak dia kat baby seat, buka pintu sikit asal dia nampak orang.. hoho.. masa solat, letak dia kat tepi sejadah, Alhamdulillah, senyap la dia.. kadang sampai tertidur.. 

Dan yang kelakar, Fina dah pandai jeles dengan mommy's Medela Swing.. memang tak boleh buat tandem.. kalau tengah direct feed Fina tak dapat nak pump sebab lama-lama nanti Fina jadi hyper, tendang-tendang mommy, tak reti duk diam sebab tak puas hati kenapa pump tu amik susu dia.. huhu.. sangat comel la ini anak.. mula-mula jeling-jeling je, lepas tu mula la dia berpusing sana sini suruh mommy stop pumping.. bila mommy pump masa Fina tak breastfeed, Fina akan jeling je mommy and pump.. tak puas hati.. huhu

Fina dah mula kenal orang.. dan sangat suka dengan orang lelaki.. kalau adik saya yang bongsu tu, yang langsung tak pernah layan Fina sebab takut Fina kecik lagi katanya, lalu depan Fina pun Fina dah seronok, pandang je minta diagah dan dilayan.. but adik, being him, memang buat derkk je la.. huhu.. kalau dengan daddy dan mbah (tok ayah), amboi.. rajin betul sembang, gelak-gelak.. dengan mommy & tok mama kurang sikit.. jeles.. T_T

Fina tak suka bottle feeding.. kalau saya ada kat rumah dan tok mama ke sapa-sapa bagi botol lagi la.. saya memang kena duk jauh-jauh dari pandangan dia.. kalau tak Fina akan pandang je mommy dia ni selagi nampak.. huhu, kesian dia.. tapi kalau tak bagi bottle nanti bila saya keje dia tak nak minum.. so, nak tak nak terpaksa jugak bagi, at least once a day.. 

hm, Fina suka berenang.. tapi kesian dia bath tub dah kurang muat.. nanti ingat nak cari small pool untuk Fina.. bolehlah Fina swim puas-puas.. (^-^)

Fina sangat suka tarik baju sendiri.. dan untuk elak dia tarik baju sendiri, mama bagi Fina my breast pad.. dia suka okeh.. sebab ada bau mommy kot.. kadang bila dia hisap jari, dengan breast pad sekali dia hisap.. hoho.. saya dah stop pakaikan glove or mittens kat Fina since dia dua bulan lebih.. untuk develop her hand movements.. cuma kena potong kuku dia selalu takut calar muka.. lagi-lagi Fina adalah sangat suka menggosok muka.. ni pun dah banyak calar kat hidung dan muka dia.. huhu

Hm, rasanya tu je kot.. In shaa Allah Sabtu ni nak bawa Fina p 3rd month injection (sebenarnya masih rasa serba salah nak bawa ke tak.. since there are dispute on vaccination & immunisation).. nak tengok berat Fina.. masa dua bulan hari tu she weighted 5.9kg, length (ukur sendiri) 62cm.. harap berat Fina normal la.. 

Ok, will continue later on.. daaaaaaaaaaa...

Wassalam 

    

Review: Amway Tropical Herbs + Phytonatal

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh

Dear my online diary and its readers (kalau ada.. hoho),
Ok, hari ni saya nak review tentang Amway Tropical Herbs.. set ni saya beli kat kawan mama, dia bagi harga dealer RM260.. biasa harga dalam RM290 tak silap saya.. Alhamdulillah, murah rezeki kawan mama tu kan.. :) set ni ada 11 item termasuk bengkung.. bengkung dia yang tali-tali tu.. both normal deliveries and caesarean boleh guna set ni.. dia ada teh, param, pilis, tapel, herba mandi, herba cuci, dua botol pill After Birth, baby oil, herbal massage oil.. yg saya tak habis guna tinggal param dgn tapel je kot.. ada la dua tiga paket lg.. sebab - malas.. haha.. bengkung pun lepas sebulan saya stop.. dalam sebulan tu pulak ada la dua tiga kali tak pakai bengkung.. lepas tu sekarang perut tak sekempis zaman slim dulu stress sorang2.. hoho.. 

Teh herba Amway sedap.. hehe.. kena minum 5 hari pertama lepas bersalin.. memang saya rasa segar je.. bila sambung pill After Birth pun saya rasa best.. even demam on off tapi saya takdela rasa nak melepek je.. Alhamdulillah.. dan muka pun tak pucat.. best2.. :) herba mandian dan herba cuci pun best.. harum je.. kena campur dgn air suam.. perghh, memang segar la badan dan tuut tu lepas guna.. :) baby oil pun best.. sedap bau dia.. masa Fina newborn sampai umur dua bulan kot, memang sapu sikit2 dulu sebab agak panas.. kena sapu dulu kat tangan kita baru sapu kat perut, dahi, pelipis, betis dan tapak kaki.. Alhamdulillah, setakat ni Fina takde kembung ke apa ke.. herbal massage oil pulak saya jarang guna.. malas nak sapu2.. hehe.. that's the very reason saya tak habis guna param dan tapel.. rimas.. lagi2 bila pakai param, berdebu.. tu yang terkena flu tu.. nak breastfeed pun payah dgn berbengkung dan berparam.. huhu.. I wonder how our old folks can stand all that.. memang tabik lah diorang ni.. huhu.. and the pilis dia macam breadcrumb, bau pun sama cuma warna je hitam coklat.. nak pakai kena masuk dalam kain net atau bandage net tu, then ikat macam samurai jepun.. hoho.. lepas tu sejuk dia kejap je.. tu yang my aunt yang kat Putrajaya tu suggest Air Mancur's pilis, especially bila saya demam2 dan muntah angin.. memang beza la lepas pakai Air Mancur's pilis.. rasa sejuk je.. dan best bau jamu.. baru terasa macam orang baru beranak.. hehe.. 

All in all, saya rasa Amway suits those yang breastfeed sebab tak panas, dan ia bukan jamu.. cuma tang nak sapu2 tu je la lecehnya.. yg lain ok.. then, Alhamdulillah, herbal tea and pills tu memang menyegarkan.. tapi ni bagi saya la.. lain orang lain kan.. depends on keserasian tubuh masing2.. dan yang kurang bestnya, Amway tak boleh beli asing, cuma baby oil je yang boleh beli asing.. yg lain kena beli set.. 

Then, Phytonatal tablets.. sampai sekarang ada lagi.. it's a good product.. dan yang bestnya milk production boleh improve bila kita amik Phytonatal.. saya makan sehari sekali 2 biji.. tu pun banyak skip sebab lupa.. especially bila dah amik Alfalfa Complex from Shaklee kan.. hm, sebelum bersalin dulu saya dalam dilema sama ada nak amik NR or Amway.. but I go for Amway since it comes with bengkung dan ada param, pilis tu semua.. and its much cheaper.. param pilis adalah buat syarat je, to please mama and nenek especially.. masa saya pantang nenek ada kat rumah sampai dua minggu.. so memang kadang kena la ikut jugak pantang tradisional ni kan.. hehe..

Ok lah, rasanya ni je kot.. will continue woth other stories later on.. hope soon la kan.. hehe

Wassalam

Wednesday, April 10, 2013

New Phase of Life - Of Confinement

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh..

Haaaa.. jumpa lagi kita di entri baru.. hehe.. seperti yang dijanjikan, saya akan menceritakan perihal berpantang saya yang, errrr.. tah.. mem'phobia'kan kot.. sebabnya, di minggu kedua, iaitu sehari selepas saya habis urut lima hari (seminggu bersalin), saya diserang demam sejuk dan demam panas sampai menggigil-gigil dan muntah angin, on off selama lebih kurang enam hari.. memang dugaan sangat.. tambah dengan bengkak susu lagi.. tu sebab sampai phobia nak berpantang.. hehe.. hari kelima tu saya urut lagi sekali dengan Cik Susi yang urut saya before pregnant hari tu, esoknya kena sekali lepas tu Alhamdulillah.. takde demam dah.. masa urut area rahim tu memang seksa tahan sakit.. terasa ada benda seketul kat dalam tu.. tapi masa hari ke 38 urut penutup hari tu dah ok dah.. takde dah benda seketul tu.. takut saya.. Alhamdulillah dah ok.. Cik Susi kata masuk angin.. maybe yang urut sebelum ni salah urut kot.. tu jadi macam tu.. dah bahagian saya kot kan? Allah permudahkan proses mengandung saya, bersalin pun dipermudahkan, tapi Allah uji saya dalam tempoh pantang.. takpelah, Allah uji tanda Allah sayang.. ^-^ 

Bila mula-mula sekali nak kena demam tu, tangan saya akan rasa sejuk yang amat sampai kebas.. lepas tu, start menggigil siap ada rhythm, mula-mula, menggigil dari kaki, then naik ke atas badan pulak.. berulang-ulang sampai reda sendiri.. bila sejuk tu pakai selimut dua tiga lapis plus sweater baru ok.. lepas tu muntah angin sampai rasa macam nak terbukak jahitan episiotomi.. datang pulak demam panas.. pun menggigil with rhythm yang lebih kurang sama sampai stop sendiri.. memang masa tu doa pada Allah banyak2.. fikir sakit tu penawar dosa.. nangis tak boleh cerita la.. bersalin hari tu pun tak seteruk ni.. 
Teringat masa paling kritikal tu, baby Fina sampai tak nak tido.. mama kata dia tau kot mommy dia tak sihat.. masa saya sakit2 tu kami masih stay kat rumah bawah, kat ruang solat.. mama pun tido bawah sebab saya masih belum sihat, hubby pun masih belajar lagi jadi daddy.. so malam tu since saya memang demam teruk sangat, Fina terpaksa tido dengan mama..she wasn't cry, but she couldn't sleep.. bila demam saya dah ok baru Fina tido.. T_T maafkan mommy sayang, mommy was ill at that time.. 

Dan Alhamdulillah, lepas tu memang saya sihat sampai sekarang.. kalau ada pun macam nak kena cold & flu, tapi tak jadi.. cuma masalah spotting tu je tak settle lagi.. plus, last two weeks kot, saya buang kuku ibu jari kaki kiri sebab cagu tak baik2.. stress, suruh doctor buang kuku terus.. and now it's in the healing process.. hehe.. Alhamdulillah.. 

Ok, till then yea, daaaaa..

* Owh yea, saya guna set bersalin Amway Tropical Herbs.. tapi sebab pilis dia tak best dan bau pelik macam roti, saya guna pilis Air Mancur tak silap.. lepas habis pil After Birth 2, saya proceed guna NR Phytonatal pulak.. nanti saya review semua yea.. daaaa.. :)

Tuesday, April 9, 2013

New Phase of Life - Of Breastfeeding

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh

Hye dears.. lama sungguh tak update entri kat sini.. hehe.. nak kata busy takdela busy mana.. just adapting to a new phase of life.. hehe.. Alhamdulillah, Cahaya Mata Suci Bersih a.k.a. Nur Aina Surfina dah masuk 3 bulan.. k, saya nak cerita perihal breastfeeding and berpantang, more for my record and reference of course.. ^-^ bear in mind that it's such a long story.. enjoy your reading yea.. ^-^

Of Breastfeeding
 
Alhamdulillah, I manage to breastfeed her until now.. such a success to me since we had to gave her breast milk together with formula milk (FM) during her first month of life.. such a heartbreaking moment.. but Alhamdulillah, setelah giat berusaha dan dengan izin Allah juga, saya berjaya stop giving FM to my baby.. thanks to mama, mak n SIL yg byk bagi support.. hubby? hoho, itu orang tak boleh sabar tengok anak dia lapar, terus nak sumbat FM.. we gave FM to baby Fina due to very low production during the first few days.. especially masa first 24 hours, memang tak nak keluar.. sangat sedih ok.. lagi2 bila baby Fina susah nak latch dan susu belum ada.. saya pun belum pandai.. lepas tu kejap2 dia pandang saya.. masa tu breastfeed mengiring.. belum larat nak duduk lagi.. so bila nampak pandangan dia yg konon-konon macam nak gtau maknye ni susu takde, tak sampai hati la maknye ni.. walhal dia tak nangis lapar pun.. in fact, sejam dua lepas lahir mama n ayah dah bagi air zam zam plus kurma for tahnik.. tapi, being a mother, I cant help seeing her eyes at that time.. padahal masa tu baby Fina belum nampak sangat pun kan.. poyo je mommy ni kan Fina kan? xpasal-pasal Fina kena minum FM.. huhu, maafkan mommy sayang.. and gtau hubby Fina tak minum lagi, hubby suh panggil nurse untuk feed FM.. T_T yes, I am deeply heartbroken and upset at that moment.. rasa macam nak belasah diri sendiri je sebab tak dapat breastfeed our newborn.. T_T

And bila balik rumah pun lepas 3rd day kot baru susu banyak.. tu pun since my n***** is flat, Fina couldnt latch properly.. sampai luka2 la jugak kan n***** mommy ni.. bila dah luka letak minyak gamat, takdela nak feed thru that side kan? jadila bengkak susu yg sakit sangat.. kena tuam dengan ais lepas tu tuam guna bantal panas pulak.. tu pun kena buat dua tiga round baru ok.. sampai mommy demam.. dan disebabkan mommy tak sihat, Fina kena minum FM.. yes, mommy did pumping, tapi still didnt cater Fina's need masa tu.. especially when she woke up every two hours at night.. I cant do much since I was sick at that time, so dengan sangat berat hati, kesedihan dan terlukanya saya terpaksa merelakan anak saya diberi FM tiap malam.. hanya waktu siang saya dapat breastfeed my Fina.. sangat sangat sangat sangat mengecewakan.. kadang susu yang saya pump terpaksa dibuang sebab terbiar lama dalam fridge.. tapi bila saya dah sihat, memang takde chance la utk FM yea.. memang pagi petang siang malam direct feed je.. lagi2 bila dah moved upstairs.. memang takde nak bawa stock FM and bottles naik atas.. masa tu saya belum berani feed Fina cara mengiring.. so memang asal nak feed je saya akan duduk.. dalam seminggu lebih nak start keja, kami balik kampung, so kat sana saya test terus feed Fina cara mengiring.. senang, xpayah bangun.. hehe

Then, dekat kampung memang tak buat stock langsung la kan.. selamba je.. until now, my EBM stock is pump utk esok n lusa je.. sehari saya akan pump lebih kurang 3 kali dekat ofis, tu pun kalau ada meeting pagi memang tak sempat nak pump.. saya pump dekat bilik ofis je, nak pump dekat surau takut lama sangat since I am using Medela Swing single pump je.. I had manual pump from Tommee Tippee Closer to Nature, tapi sebab malas n segan dengan bos, saya guna Swing je.. production Alhamdulillah, so far so good, enough for Fina's need.. no more FM since she's around a month.. Fina pun memang dah totally reject FM.. Alhamdulillah.. ^-^ her daddy tak puas hati, he wants her daughter to be more chubby, but FM is not only making our baby chubby, but unhealthy since it contains lots of formulas and sugar.. may cause diabetes and obesity.. saya nak anak chubby, sihat dan kuat, tak nak la anak chubby tapi tak sihat, lembik.. what a thought la kan.. huhu.. macam la mommy Fina dah takde susu langsung nak bagi Fina minum kan sayang kan? setakat ni cukup je untuk Fina, dan Fina adalah sangat bijak, she refuses EBM thru bottle sebab dia rasa direct feed lagi best, lagi sedap kot.. huhu.. adeh, kesian tok mama dia kena pujuk2.. ampun mama.. huhu.. semalam dari lepas subuh saya direct feed Fina, jam 3 lebih tu baru dia nak minum.. tu pun setakat 2 oz.. memang jam 5 je saya terus balik umah.. sampai umah solat Asar terus direct feed Fina.. mama dah tukar puting, tukar bottle pun Fina still refused.. she did not cry though.. minum 2 oz tu pun sebab dah lapa sangat.. risau, terus rasa nak tender sekarang, xpayah tunggu bonus.. hoho.. cerita kat hubby dia boleh kata salah cara pujuk kot.. hm.. *rolling eyes*

Owh, yea.. I took Shaklee Energizing Soy Protein (ESP) and Alfalfa Complex to increase milk production and to enrich my milk.. biar Fina cepat kenyang, sihat, comel, gebu.. hehe.. and now she's fairier than before I took ESP (I started ESP less than a month ago).. me myself pun memang terasa perubahan especially tang lutut and tapak kaki yang sakit2 dan tegang2 lepas bersalin tu, Alhamdulillah dah tak sakit.. ^-^ my skin is smoother, rasa sihat dan bertenaga je, Alhamdulillah.. rasa macam nak jadi member terus tapi kenala tunggu end of month kan.. 

But I had to stop alfalfa for a while since I am waiting for HCG beta blood test result.. sebabnya, lepas habis pantang kerap ada pinkish and brownish spotting.. macam seminggu tu ada dalam sehari dua kena.. mula2 jumpa doctor dia kata due to hormone, dia suh urut lagi utk keluarkan darah yg tinggal.. tapi saya tak urut pun.. hehe.. then last Saturday when we met a doctor for Fina's circumcision, I check sekali.. doctor scan, Alhamdulillah, rahim takde bengkak ke apa.. since ada spotting tu doctor tak syorkan buat UPT, she did a HCG Beta blood test.. hoho.. what if it's positive, hu, kesian Fina dapat adik umur tak sampai setahun.. plus, phobia during confinement pun belum hilang lagi.. huhu.. tapi xpela, nama pun rezeki kan.. Alhamdulillah.. ^-^ tapi kalau negative, risau kat lain pulak.. harapannya biarlah semua normal.. risau ni..        

Alamak, dah terlebih panjang ni.. nak Zuhur kejap, then kita sambung cerita pasal berpantang pulak yea.. daaaa... 

Wassalam