Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Tuesday, August 27, 2013

Gigi Rongak.. Hoho

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

Hye everyone.. hari ni saya nak cerita yang saya baru tahu yang sebenarnya suami saya dah takde gigi taring sebelah kiri bawah.. sengal kan? dah dua tahun lebih kawin baru perasan.. huhu.. asalnya kami bercerita tentang dental service yg sebenarnya masih covered under PMCare medical card yg my company provide for staff.. saya ingat dah stop cover since 2012, tapi rupanya my boss kata still covered since dia pun ada buat dental service baru ni.. since hari tu suami ada beritahu dia sakit gigi, saya pun beritahu la suami pasal ni.. tu yg terkeluar cerita pasal gigi.. hm.. dia siap tanya orthodontic service (pemakaian braces) covered ke tak.. of course la tak kan? scaling yea la.. tu la saya inform klinik gigi depan rumah ni ada PMCare rasanya.. and ada buat orthodental jugak.. cost lebih kurang RM4500 and above tak silap.. yea, saya memang dah survey cost untuk pemakaian braces disebabkan struktur gigi saya yg semakin menjarang dan agak ke depan, sampai selalu disalah anggap sedang monyok & bermasam muka sedangkan pada hakikatnya tidak sama sekali.. huhu.. so, bila suami dah tanya, saya pun cerita la.. hehe.. tapi yg ni PMCare tak cover sebab cosmetic purpose kan.. hm.. boleh la pujuk beliau untuk benarkan saya repair gigi ni.. hehe.. sian Surfina.. mak bapak dua-dua gigi rongak.. haha!! sorang semulajadi, sorang lagi sebab kena cabut.. adehh!!

Hm.. tak saba tunggu Jumaat sebab Jumaat saya dah tak keja.. hehe.. mood nak p keja dah ke laut.. lebih-lebih lagi bila Surfina sekarang suka mengaruk di pagi hari .. takmo dengan daddy, nak dengan mommy jugak.. gosok baju pun kena bawak dia.. kasihan daddy.. lepas tu bila mommy bawa turun bawah, letak atas tilam dia nangis lagi.. lepas tu merajuk tak nak pandang mommy.. huhu.. anak, anak.. bertabahlah yea anak.. dua hari je lagi mommy kena keja.. lepas tu takde dah.. masa tu Surfina nak berkepit dengan mommy lama mana pun mommy ok je (kot) sayang.. hehe.. layankan je la kan sementara dia baby lagi.. dah besar sikit takdenya la nak lekat lama dengan kita.. sekarang Surfina dah mula memapah dan meniti.. makanya tunggu masa je la dia nak dapat kaki, berlari sana sini.. masa tu mesti mommy akan rindu masa-masa Surfina asik menguli dan membuli mommy.. huhu.. sekarang pun dah sangat rindu masa Surfina baby.. rasa macam nak bagi Surfina adik baby.. oppssss.. hehe.. period dah ting tong, dah dekat seminggu kot delay.. sebab breastfeed kot kan.. tp still berjaga-jaga in case la ada.. makan minum, buat keja semua kena jaga..

Oklah, dah melalut.. see ya all soon.. 

Luv,
Adah

Wassalam

No comments:

Post a Comment