Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh
Hye my OD and readers (if any.. hoho),
Hari ni suka saya nak kongsikan tentang amalan bertahnik untuk bayi muslim yang baru lahir.. Article ini saya petik dari sumber ini. Sama-sama kita amal dan ambil manfaat darinya yea.. =)
Air Zam-zam + Kurma Ajwa
Hari ni suka saya nak kongsikan tentang amalan bertahnik untuk bayi muslim yang baru lahir.. Article ini saya petik dari sumber ini. Sama-sama kita amal dan ambil manfaat darinya yea.. =)
Air Zam-zam + Kurma Ajwa
Set air zam-zam(250ml) + kurma ajwa(100g)
RM35
Kebiasaannya ketika menyambut kelahiran kita akan menyediakan air zam-zam dan kurma ajwa untuk ditahnik atau dibelah mulut baby dengan mencalitkan sedikit kurma ke dalam mulut baby yang baru lahir dan disuap sedikit air zam2 ke dalam mulut baby untuk mengambil khasiat yang terdapat di dalamnya.
Kurma Ajwah/kurma nabi
Kurma nabi atau ajwa ini merupakan satu-satunya kurma yang hanya tumbuh di madinah dan tanah haram..tidak seperti kurma lain yang boleh tumbuh dimana sahaja asalkan sesuai dengan iklim panas dan tidak banyak hujan.
Sebagaimana sabda Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi wa Sallam : “Kurma ‘Ajwah itu berasal dari Syurga, ia adalah ubat dari racun”. hadis shahih Ibnu Majah.
Daripada Abu Musa r.a. katanya: “Anakku lahir, lalu aku membawanya kepada Nabi s.a.w. lalu baginda menamakannya dengan nama Ibrahim dan meletakkan pada lelangitnya dengan buah kurma.”
Bertahnik“Aku telah mendapat seorang anak, kemudian aku membawanya kepada Nabi S.A.WBaginda menamakannya Ibrahim, lalu mentahnikkannya (memecahkan mulutnya) dengan sebiji kurma.” Hadis riwayat Abu Burdah daripada Abu Musa r.a.
Apa itu tahnik? Apa hikmahnya pula? Kebiasaan kita menyebut ‘Belah mulut’. Tahnik maknanya mengunyah kurma serta memindahkannya ke lidah anak yang baru dilahirkan.
Caranya ialah
mula-mula letakkan isi kurma yang telah dikunyah itu di hujung jari
telunjuk, lalu masukkan perlahan-lahan hujung jari itu ke dalam mulut
anak yang baru dilahirkan, kemudian digerakkan jari itu ke kanan dan ke
kiri dengan lemah lembut, sehingga meliputi merata mulut anak kecil itu
dengan kurma yang dikunyah tadi. Amalan ini adalah sunat dan menurut
amalah Nabi s.a.w (rujukan: Pendidikan anak-anak dalam Islam-Abdullah Nasih Ulwan, terjemahan Syed Semait, m/s89)
Amalan yang biasa diamalkan oleh orang tua-tua,bertahnik
dilakukan dengan mencalitkan asam garam,emas, perak, tembaga ke mulut
bayi yang dilahirkan. Tetapi sebenarnya tahnik yang betul dari segi
Islam adalah dengan membuka atau memecahkan mulut bayi yang dilahirkan
dengan buah tamar yang telah dikunyah oleh orang alim dan bertaqwa
untuk mengambil berkatnya dengan harapan bayi kita juga akan menjadi
orang yang salih dan bertaqwa.Antara hikmahnya pula ialah supaya urat2 mulut menjadi kuat kelak, dengan gerakan lidah, ketika anak itu menghisap susunya dengan kuat secara semulajadi.
Sebaiknya apa2 amalan yang baik dan sunat melakukannya adalah digalakkan kepada ibubapa terutama yang baru pertama kali mendapat ahli keluarga baru untuk segera melaksanakannya.
Air Zam-zam
Kebiasaannya air zam-zam hanya didapati ketika musim haji dan dibawa pulang oleh jemaah haji untuk diambil berkatnya dengan menjamu tetamu yang menziarahi jemaah haji yang selamat kembali. Memandangkan kesukaran untuk mendapatkan air zam-zam yang mempunyai pelbagai khasiat terutama untuk kegunaan ibu bersalin dan bayi yang baru lahir untuk bertahnik, saya cuba menyediakan khidmat penghantaran air zam-zam disekalikan dengan kurma ajwa.
Antara khasiat air zam-zam:
Air terbaik di muka bumi.
Rasulullah Saw bersabda bahwa air yang terbaik di atas dunia ini adalah air Zamzam :
“Sebaik-baik air di atas dunia ini adalah air Zamzam”. HR. Thabrani.
“Sebaik-baik sumur di atas dunia ini adalah sumur Zamzam dan sejelek-jelek sumur di atas dunia adalah sumur Barhut (di Hadramaut). HR. Nawawi
Air Zamzam keluar melalui perantaraan malaikat Jibril a.s.
Cukup sebagai renungan orang beriman, bahwa Zamzam itu memancar ke atas dunia ini, melalui perantaraan Malaikat Jibril.
Air Zamzam disamping Ka’bah.
Air Zamzam berbeda dengan air-air lainnya di atas dunia dari banyak hal, Air Zamzam air yang Mubarok, berada di tempat yang Mubarok, di dekat Baitullah, keluar karena Nabi Ismail a.s.
Air Zamzam penghulu segala Air.
Air Zamzam seperti dikatakan oleh Ibnu Qayyim adalah penghulu segala air di atas dunia ini, dialah air yang paling mulia, dialah air yang paling berharga pada semua orang yang beriman. Konon pada setiap tanggal 15 Sya’ban seluruh air di dunia datang berziarah ke Zamzam, sehingga banyak orang yang menyaksikan Zamzam melimpah di setiap tanggal tersebut.
Air Zamzam bersih dari kuman-kuman penyakit.
Ir. Yahya Kusyik dalam bukunya, Zamzam mengatakan :
“Ketika diadakan pembersihan terhadap sumur Zamzam tahun 1400 H para ahli sepakat mengatakan bahwa Air Zamzam bersih dari kuman-kuman yang menyebabkan penyakit, sebagaimana justru Zamzam itu adalah obat penyembuh segala macam penyakit.”
Rasulullah Saw bersabda :”Air Zamzam itu adalah obat segala penyakit.”
Air Zamzam tidak berubah.
Air Zamzam tidak berubah rasa atau baunya, walaupun disimpan bertahun-tahun. Semua orang telah membuktikannya. Syekh Abdur Rasyid Ibrahim, seorang ulama terkenal bangsa Rusia menulis dalam bukunya ‘Alamul Islam’mengatakan :”Saya menyimpan air Zamzam selama 12 tahun di dalam botol, ternyata tidak berubah.”
Air Zamzam lebih utama dari Kautsar.
Imam Al Bulqini mengatakan bahwa Air Zamzam lebih afdhal dari Kautsar, buktinya Malaikat JIbril membersihkan dada Rasulullah Saw dengan Air Zamzam, tidak mungkin jantung RAsulullah dibersihkan oleh JIbril kecuali dengan sebaik-baik Air.”
Memandang Air Zamzam sebagai ibadah.
Rasulullah Saw bersabda:”Lima perkara yang termasuk ibadah: Memandang kepada Al Quranul Karim, memandang Ka’bah, memandang dua Ibu Bapak, memandang Zamzam dan kepada ulama.”
Minum Air Zamzam menggugurkan dosa.
Rasulullah Saw bersabda :”Barangsiapa Thawaf di Baitullah kemudian shalat dua rakaat dibelakang Maqam Ibrahim, lalu minum Air Zamzam, dosa-dosanya diampuni bagaimanapun banyaknya.” (HR. Ad Dailani).
Air Zamzam dari syurga.
Imam Qurthubi dalam tafsirnya juz IX hal 370 menukil hadits sebagai berikut :
“pada air Zamzam ada mata air dari syurga (mengalir) melalui arah rukun (hajar aswad).
Air Zamzam adalah buah-buahan di mekkah.
Ketika Nabi Ibrahim as meninggalkan putranya iSmail di Mekkah dia berdoa :”Ya Allah Berilah makanan rizki dari buah-buahan.” Allah SWT mengabulkan do’a Nabi Ibrahim as dan air Zamzam itulah buah-buahan pertama yang diberikan kepada penduduk Mekkah, yang waktu itu hanya Hajar dan Ismail berdua.
Air Zamzam minuman para Nabi, Auliya dan Ulama.
Diriwayatkan oleh Ummu Aiman (wanita yang menyusuinya):”Aku tidak pernah melihat Muhammad Saw mengadu waktu kecilnya maupun setelah besar, dari lapar atau haus karena Beliau apabila pagi hari selalu minum Zamzam dia tidak mau diajak makan beliau mengatakan:aku tidak mau makan karena aku kenyang.”
Zamzam telah bercampur dengan air kumur Rasulullah Saw.
Rasulullah Saw telah memberi berkah kepada Air Zamzam dengan mengumurkan Air Zamzam kemudian dibuangnya kembali kepada Sumur Zamzam. Betapa besar kasih sayang Rasulullah Saw kepada kita, beliau meninggalkan Air Zamzam sebagai obat dan bekas beliaupun juga sebagai obat.
Sumber: mybabycomel
Luv,
Adah
Wassalam
Sands Casino Review & Ratings | Casinos in CT
ReplyDeleteSands Casino was one of the first licensed online gambling septcasino sites to go live in Pennsylvania in 메리트카지노 October 2018, having partnered with the National Gaming Rating: 바카라 사이트 4 · Review by Bill Grinstead