Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh..
Ahlan wasahlan ya Ramadhan.. selamat berpuasa khas buat my online diary ni (macam online diary tu puasa je kan??) and it's beloved readers (if any.. :)) )
Tahun ni tahun ketiga berpuasa sebagai isteri dan tahun pertama sebagai mommy.. tahun lepas Surfina baru 3-4 bulan dalam mommy's womb.. dan hari ni Surfina dah pun 6 bulan lahir ke dunia.. Alhamdulillahi rabbil 'alamiin.. syukur yg tak terhingga ke hadrat Illahi.. :)))) kejap je dah 6 bulan ini anak.. she is getting smarter and manja.. bila mommy dia ni nak p keje, especially on Monday, confirm buat2 tak nampak bila mommy bubbye dia.. xpun, mencebik nak nangis.. huuuuu
Then, dah makin becok.. adadadada, nananana, tatatatata.. antara vocabs Surfina sekarang ni.. makin aktif.. malam tadi dekat kul 1 pagi baru tido.. duk berguling-guling, bump muka kat evamat, pumping, excited sungguh.. mommy dah layu je.. dah switch off lampu pun masih aktif lagi.. penat mommy & tok mama duk pujuk Surfina tidur.. then mommy p solat Isya' nangis pulak.. tok ayah amik letak Surfina kat sebelah dia masa buat tarawih (tarawih sendiri2 je sebab ayah penat baru balik hantar adik register kolej kat Terengganu).. daddy pulak balik lambat sebab hari ni start operation kat new office in Shah Alam, so dia kena buat final preparation la.. then dia kata Ramadhan ni nak slow down, malas nak keluar cari job sangat takut tak terhandle.. yea la, he is on one man show business.. though ada buat JV dgn his brother and friend, most of his job dia buat sendiri tanpa pekerja.. tu la selalu nau balik lewat.. so, malam tadi saya dan Surfina tido kat living hall je dgn Cik Awie Surfina.. senang pun senang nak bangun prepare sahur kan.. tau tau dalam kul 3 pagi kot, saya terjaga, terkejut tgk husband tgh nak usik Surfina, nak kejut Surfina la tu.. tah kul berapa tah dia sampai umah.. sian suamiku.. huhu.. saya cakap janganla kacau Surfina, dia tido lambat malam tadi.. hubby ajak tido atas, saya tanya dah kul berapa, dia jawab kul tiga.. hm, xpayahlah.. japg nak bangun prepare sahur pulak.. so, berlonggokla kami tido kat living hall..
Hmm, Surfina dah dua kali jatuh katil.. huhu.. Alhamdulillah takde demam ke muntah ke lepas jatuh tu.. risau nak tinggal dia sorang2 atas katil lagi..
Haaaa.. Surfina makin jealous nampaknya dengan mommy's pump.. kalau saya pegang dia sambil pump, memang seboleh-boleh dia nak pegang, tarik, tanggalkan pump tu.. bila saya stop pump, suka la dia.. bila start balik, amboi.. siap baring hentak kaki, berpusing-pusing badan.. huhu.. sabao je la.. then jealous dgn her 2nd cousin.. hari tu kami p melawat my cousin's baby boy.. baru seminggu kot masa tu.. saya pegang baby, Surfina buat2 tak pandang.. bila org tegur dia nangis.. hoho.. macam mana mommy daddy nak kasi adik ni.. hehe
Surfina dah boleh duduk tp dgn minimal support la.. sgt suka duk dalam carrier, selalu tido dalam tu.. selalu kalau time solat saya akan letak Surfina kat sebelah saya, diamla dia.. kadang siap main sejadah tempat saya solat tu.. huhu.. xpe, sekurang-kurangnya Surfina boleh belajar solat kan? =))
Surfina kalau makan sampai tertido.. polik den nengok aihh.. semalam la, saya bagi avocado puree + kurma.. saya buat cair-cair je.. adala dalam 9-10 suap macam tu, terlelap sudah anakku ini.. huhu.. Alhamdulillah, setakat ni Surfina masih breastfeed.. dan saya sgt2 harap, sentiasa doa supaya saya berjaya breastfeed Surfina sampai dia 2 tahun.. biar dia dapat imunisasi semulajadi dari susu ibu..
Sekarang untuk maintain production susu, saya amik habbatus sauda.. habbatus sauda baik utk sistem imunisasi.. bukan tak nak proceed ESP, tapi ESP to kan berasaskan soya.. as far as I am concern, soya kalau tak melalui proses penapaian yg sempurna, boleh memudaratkan kesihatan.. sebab tu memang saya sgt jarang minum soya masa pregnant Surfina dulu.. biarlah kalau anak tak putih melepak pun, daripada anak kulit putih melepak tapi ada eczema, allergic, G6PD, dan lain-lain.. kesian anak saya nanti.. huhu.. and did you know if we consume soy drink twice in a week ke macam mana tah, it will affect our menses? huhu.. and soy juga boleh buat kulit jadi rapuh.. saya ada terbaca kat mana tah, kalau ada nanti saya share.. kalau minum soya banyak2 masa pregnant, nanti kulit bawah tu akan rapuh dan koyak banyak.. erkkk.. scary.. huhu.. tapi sebab hari tu desperate nak tambah dan pekatkan susu, saya beli ESP.. saya bukan against Shaklee product or anything tau.. cuma saya nak stop amik produk berasaskan soya.. soya is sangat elok kalau melalui proses penapaian sempurna.. yg tak elok bila tak tertapai sempurna tu, ada sejenis bahan kimia semulajadi yg boleh memudaratkan tertinggal.. tak ingat nama dia.. banyak produk kecantikan kat pasaran sekarang ni banyak mengandungi soya and its collagen.. yg takde setakat yg saya research ni Aura White.. Maixara White Essential macam takde.. tp kena check balik.. maybe saya akan try antara dua product ni, untuk kesihatan, kecantikan dan production susu.. tp utk masa ni saya cuma ambil habbatus sauda, oat, milo, horlicks, kadang-kadang kurma sebagai makanan tambahan utk production susu.. tp utk susu, yg penting saya kena kerap pump and direct feed.. baru la supply sentiasa ada kan?
Mak aih, title kat atas Surfina's milestone @ 1 Ramadhan, tp dah berjela tah sampai ke mana.. hehe.. Ok, rasanya tu je la dulu kot.. Sampai jumpa lagi di lain entry.. Selamat berpuasa yea semua.. semoga kita dapat menggali semua hikmah dan fadhilat di bulan Ramadhan.. semoga segala amalan kita di bulan Ramadhan ini diterima Allah SWT dan dapat kita teruskan selepas Ramadhan, hingga ke hujung usia kita.. In Shaa Allah..
Luv,
Adah
Wassalam
Selamat Berpuasa Adah..
ReplyDeleteSelamat berpuasa Zura.. =)
Delete