Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Monday, August 26, 2013

Final week as a working Mommy

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh

Finally, dah masuk minggu terakhir sebagai ibu berkerjaya.. Khamis ini, 29 Ogos 2013, adalah hari terakhir saya sebagai staff MAFC Berhad.. semoga Allah permudahkan urusan saya dan saya amat2 berharap agar semuanya adalah dalam lindungan Allah.. Aamiin.. (^-^)

Perasaan saya bila dah nak resign ni, of course sangat gembira dan tak sabar nak memulakan hidup baru sebagai full time wife and mommy to my dear hubby and daughter.. walaupun mama saya menentang 100%, tapi saya hanya mampu berdoa agar Allah melembutkan hati beliau untuk menerima dan menghormati keputusan saya, selain memahami bahawa tanggungjawab seorang isteri adalah di sisi suami.. bab mencari nafkah sememangnya adalah tanggungjawab suami 100%, cuma di zaman millennium ini keperluan hidup semakin mendesak sehingga para isteri perlu keluar bekerja membantu suami mencari nafkah hidup.. dalam kes saya, Alhamdulillah, walaupun tak banyak, cukuplah rezeki yg Allah kurniakan buat kami sekeluarga untuk menampung hidup.. mungkin mama tak nak kami hidup susah dan mahu saya bekerja sebagai back up in case of anything bad, but as a wife, kehendak suami perlu diutamakan.. walaupun stress bila hampir setiap hari didesak untuk mencari kerja baru selepas dua tiga bulan berehat, saya diamkan sahaja.. lebih-lebih, mengadu pada sang suami dan tentunya kepada Yang Esa, untuk melegakan galau hati dan stress.. solution terbaik, mungkin berpindah, menyewa sendiri.. kala itu, kami boleh berdikari dan belajar menguruskan sendiri rumahtangga tanpa campur tangan sesiapa.. 

Sedih memang sedih bila mama sendiri yg menentang, sedangkan saya perlukan doa dan sokongan penuh dari beliau.. ayah, Alhamdulillah.. sikitpun tak menentang.. saya kira ayah lebih faham.. yea lah, ayah pun dulu tak benarkan mama bekerja melainkan bekerja dari rumah seperti menjahit dsb.. ntahlah.. yg penting sekarang ni doa banyak2 moga Allah lembutkan hati mama untuk terima keputusan kami dengan hati terbuka.. saya sangat percaya rezeki Allah itu ada di mana-mana.. dan tentunya rezeki untuk kami sekeluarga akan sentiasa ada bila niat saya berhenti kerja itu sendiri adalah untuk mendapatkan redha suami dan Allah.. untuk mendidik anak saya sendiri tanpa campur tangan orang lain walaupun dari keluarga sendiri.. untuk menyediakan makanan anak dan suami sendiri, yang diketahui tahap bersih dan sucinya.. tanpa garam dan gula serta perasa dalam makanan anak tentunya.. untuk membantu menjaga kewangan syarikat suami.. yea, itu permintaan suami saya.. daripada suami ambil orang lain jaga akaun syarikat beliau, adalah lebih baik isteri sendiri yg jaga kan? kurang2, tak ke mana pun duit tu..

Berkenaan Nur Aina Surfina yg dah masuk 7 bulan setengah, Alhamdulillah.. dah pandai duduk sebelum raya hari tu.. seminggu lepas tu merangkak lebih jauh pulak.. Alhamdulillah.. :))) dan Sabtu lepas, Surfina demam untuk pertama kalinya.. sebelum ni bila lepas injection dedar sikit2 je.. kali ni memang demam betul.. dan ianya seminggu selepas injection.. which is may or may not AEFI (Adverse Effects Following Immunisation).. dua kali kami bawa Surfina p klinik.. sekali masa Sabtu tu, sebelum kami ke kenduri kahwin BIL di Kerinchi.. kami ke Poliklinik Barakah di Klang.. doctor check guna thermometer tak demam.. bila check heart pulse baru dia kata demam.. huhu.. dapatlah paracetamol.. tapi kami tak terus bagi.. masa kenduri Surfina banyak tido je sebab letih kan.. balik tu dalam keta baru kami bagi makan ubat.. lepas tu dia tido semula.. malam tu panas badan dia.. kami mandikan dan jerlum.. then since semalam badan Surfina still panas, kami bawa terus ke Az-Zahrah.. doctor check suhu dah 39++ darjah Celcius.. doctor masuk ubat kat punggung.. lepas tu doctor suruh mandikan dan pakaikan baju nipis je.. lepas 4 jam bagi makan ubat.. kalau malam tak kebah lagi masukkan ubat kat punggung lagi.. kami kerapkan jerlum Surfina dan malam tadi since still agak panas kami masuk ubat kat punggung.. Alhamdulillah pagi tadi dah reda demam dia.. still hangat2 tapi tak panas macam semalam..

Anyway, Selamat Hari Raya, Ampun dan Maaf saya pohon kepada semua yea.. :))) 

Luv,
Adah

Wassalam

No comments:

Post a Comment