Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Thursday, July 25, 2013

Random Updates

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

Dah 16 Ramadhan rupanya.. sedih sebab terlepas lebih separuh daripada fasa kedua Ramadhan kali ni - fasa pengampunan.. takpelah.. ada hikmah semua tu kan? hm, today's our pay day, planning to go out to Tesco today to buy Surfina some toys, and food.. nak cari toys yg boleh ketuk-ketuk, sebab sekarang Surfina suka ketuk-ketuk.. huhu.. then nak cari fruits and spinach and broccoli untuk Surfina.. oh yea, saya dah order 4 buah buku dari PTS, tengok kat MPH Online mahal no.. belum masuk shipping.. kat PTS Online dapat diskaun and free shipping lagi.. Buku-buku yg saya beli adalah Rasulullah is My Doctor, Art of Deception dan Deadly Mist: Usaha Amerika Merosakkan Kesihatan Dunia [Edisi Bahasa Melayu] (all by Jerry D Gray) dan Mengapa Rasulullah Tidak Pernah Sakit? (tak perasan author).. semoga semua buku ni memberi manfaat tak terhingga buat kami sekeluarga.. dan oleh kerana saya dah beli 4 buah buku totalling RM80.91 bulan ni, maka hasrat nak beli nursing dress dari hijabiboutique terpaksa ditangguh atau terus dikuburkan.. hehe.. yeala, nak raya ni kuih raya belum bayar lagi.. bahan kuih raya wajib pun tak beli lagi.. (honey cornflakes ler tu.. hubby sangat suka itu kueh raya.. buat 5 balang pun boleh habis kat dia je.. huhu)

Ok, dah p Tesco amik Pati Delima Gulsan satu carton.. actually, semalam saya ada buat order dari produkarab.com, dia email kata nak COD malam tadi.. makanya malam tadi saya punyalah tunggu call takde pun.. then pagi tadi email seller tu tanya bila nak hantar since malam tadi takde kan.. then dia email kata dia call 3 times, masuk voice mail and dia SMS tak reply.. adalah sikit luahan kekecewaan kat situ.. saya check semula phone saya, no calls or SMS at all.. then the seller email semula, kata dia salah dial no.. adehh.. saba je la.. salah faham rupanya.. rasa bersalah juga sebenarnya.. tapi xpelah.. adatla tu kan.. then hari ni dia nak balik kampung, before tu terus hantar barang kat area ofis.. saya suruh seller tu tunggu kat Tesco Puchong je senang.. settle urusniaga, saya terus ke Tesco walaupun masa tu awal lagi, belum kul 12 pun.. hehe.. p la cari toys Surfina, dapat 3 pasang baju untuk Surfina.. and saya beli MooGoo Deodorant, Mozzie Patch dan Smelly No More sekali.. dah bayar MooGoo baru perasan Smelly No More.. takpelah.. amik je dua-dua.. yg penting natural dan takde aluminium yg boleh sebabkan breast cancer tu.. food? tak beli pun.. malas pulak nak lama-lama.. tekak dah mula kering.. balik je la ofis.. oh yea, saya beli Pati Delima Gulsan banyak-banyak ni bukan untuk jual tau.. tapi sebab kawan-kawan ayah kirim sekali since kalau beli satu carton boleh dapat RM11 sebotol.. kalau beli lebih dari 4 carton tak silap, boleh dapat RM10.50 sebotol.. murah kan? 

Bila sampai ofis baru saya perasan rupa-rupanya saya tertinggal kunci bilik ofis kat bilik.. masa tu dalam 12.30.. bos saya pun dah keluar.. jadi kenalah saya turun bawah p selongkar kereta, then naik balik, p toilet, p surau, p toilet lagi, duk depan bilik, p toilet lagi, p surau.. kul 2.30 baru dapat masuk bilik.. hoho.. baru nak pump.. huhu..

Hm, pagi tadi anak kucing yg kami plan nak teruskan bela kena lenyek.. tak tau mama ke ayah yang lenyek.. dah la tu yg paling gebu, paling comel, paling nakal.. manja gile dgn ibu dia si Kikid tu.. Adik yg korek tanah and timbus, Awie yg bawak arwah kucing p kat lubang nak tanam tu.. yg lain semua takut nak tengok.. nak buat macam mana.. dah masa dia nak pegi kan.. memang kucing-kucing tu suka sangat landing kat porch umah kitorang tu.. lagi keta nak keluar masuk lagi seronok dia melenggang, melepak, bersuka ria kat situ.. tu la yg tak pasal-pasal arwah sekor kat situ.. hu.. Inna lillahi wa inna ilaihi raji'un.. so long dear kitten.. 

Ok lah.. panjang no dah entry kali ni.. see ya when I see ya.. (^-^) daaaaa....

Luv,
Adah

Wassalam

No comments:

Post a Comment