Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Monday, January 30, 2012

Recap..

Assalamualaikum wbt

Hye dears.. tiba-tiba rasa macam dah lama sangat je tak update blog, especially after Chinese New Year holiday hari tu.. ye la kan, kami balik Kairo cuti hari tu.. best gak la.. lama tak balik kan.. then my MIL pun ada buat majlis tahlil untuk arwah FIL.. kami pun sempat la jugak singgah Melayu Raya jumpa Embah Miah.. kebetulan cuti 4 hari, so diorang balik la Melayu Raya.. tapi rasa macam kejap sangat pulak.. tak puaslah balik kampung kejap je.. huhu.. makcik saya iaitu adik bongsu ayah saya nak kawin bulan 3 nanti.. makanya, balik kali ni sambil nak ambik kain untuk buat langsir untuk kenduri nantila, hantar kat mama nak jahit.. dan ambik Embah Atin kat Ayer Baloi sekali coz she had her appointment at Hospital Putrajaya and Hospital Kajang on January 25 and 26.. and, she was admitted to Hospital Kajang from January 26 until January 28.. Doctor nak monitor and decide which treatment that best suits her needs.. and now we are waiting for the doctor's call to set her IUV Treatment.. (her kidney were both swollen, as the latest diagnose shown)..

Dan akhirnya, setelah berbulan saya menunggu untuk menukar handphone baru, tercapai juga hajat itu apabila my hubby belanja handphone baru last Saturday (January 28).. asalnya, handphone milik saya asik mati-mati, bateri flat manjang.. sampai tak kuasa saya asyik la nak charge handphone je.. then my hubby bagilah guna handphone lama dia dulu, tapi belum sebulan guna tiba-tiba masa kat Kairo balik dari Melayu Raya hari tu screen gelap.. entah kenapa entah.. dah ajal screen dia kot.. hehe.. saya terpaksa bertahan selama dua hari sebelum dapat tukar handphone baru.. (^-^) nilah dia rupa handphone baru saya ni.. tapi warna white gold la.. my hubby kata dia dah belikan handphone baru ni kena jaga elok-elok.. jangan bagi jatuh ke, masuk air ke.. huhu.. baiklah kanda.. dinda menurut perintah..

Nokia C3-00

Dan, semalam, secara tiba-tiba saya kurang kerja pegi habiskan inai balance kenduri saya dulu.. baik la cukup untuk sebelah tangan je.. ni pun ada yang tegur dah kali ke berapa dah kawen ni.. hehe

Oh ya, Sabtu yang lalu (January 28) majlis bertandang kawan baik saya masa belajar dulu.. kami panggil dia jelly.. majlis nikah dan sanding tempat dia kat Kuantan, January 21 hari tu.. masa tu kan saya balik Kairo, so kami pun pegi lah kenduri sebelah husband dia kat Keramat.. k, to Jelly and husband, Selamat Pengantin Baru yea.. semoga berbahagia hingga ke syurga, dan semoga dikurniakan zuriat2 comel yang soleh dan solehah.. ameen, insyaAllah.. kamu sangat cantik hari itu.. (^-^)

Ok then dears.. daaaaa all!! (^-^)

Wassalam

No comments:

Post a Comment