Assalamualaikum wbt
Hari ni saya nak berkongsi doa untuk menghilangkan sakit kepala dan migrain.. semoga doa ini memberikan manfaat buat kita semua.. insyaAllah.. Doa berkesan untuk hilangkan migrain @ sakit kepala
Sebelum ni aku ada kongsi dengan korang 1 doa @ amalan untuk mudah bangun Tahajjud. Tak perlu jam loceng, tak perlu set alarm. Kalau amal baca doa @ surah tu, insyaAllah memang mudah sekali untuk bangun tengah malam. Siapa yang terlepas untuk baca entri yang lepas tu, boleh baca disini.
Dalam entri ni pulak, aku nak kongsi dengan korang, 1 amalan yang dapat menghilangkan sakit kepala atau migrain. Kesian aku tengok kawan-kawan aku, ramai yang mengadu kata diorang selalu sakit kepala. Termasuk la bini aku. Kerap benar dia kena migrain. Nak-nak pulak, masa tengah mengandung anak ke-2 kami ni.
So, kepada yang selalu sakit-sakit kepala. Kepada yang asyik migrain jer. El0klah amalkan doa @ ayat Quran seperti diterangkan dibawah.
Aku dapat doa @ ayat-ayat ni melalui satu ceramah di Radio IKIM, yang disampaikan oleh seorang Syeikh Arab (yang aku tak ingat nama dia apa…huhu).
Doa Hilangkan Migrain @ Sakit Kepala
Amalannya ialah, sila baca 4 ayat terakhir surah al-Hasyr (ayat 21, 22, 23 dan 24) setiap kali sebelum tidur. Semasa membaca ayat-ayat ini, tangan hendaklah diusap-usapkan pada bahagian kepala. Dan niatkan dalam hati, dengan keberkatan ayat-ayat Quran ini, Allah akan menghilangkan sakit kepala @ migrain.Menurut Syeikh Arab tu, ada banyak lagi kelebihan atau fadhilat ayat terakhir surah al-Hasyr ni. Tapi antara yang paling berkesan dan mujarab ialah untuk menghilangkan sakit kepala atau migrain. Amalan ni memang diketahui dan terkenal di Madinah.
Syeikh Arab tu kata, ada hadith Nabi SAW yang membuktikan bahawa ayat-ayat terakhir surah al-Hasyr ni memang istimewa. Seperti dalam sabda Nabi SAW yang bermaksud ;
“Sesiapa yang membaca ‘auzubilla hissami’ul alim minas syaitanirrajim’ 3 kali, diikuti membaca tiga ayat yang terakhir daripada surah al-Hasyr, nescaya Allah akan menghantar kepadanya 70,000 malaikat khusus untuk berselawat (berdoa) kepadanya hingga pagi. Jika dia mati pada hari itu, maka dia mati syahid”. (Hadith Nabi)Bayangkanlah, ada 70 ribu Malaikat yang dihantar khusus oleh Allah untuk berdoa kepada kita, kalau amalkan membaca ayat terakhir surah al-Hasyr ini. Subhanallah.
Jadi, kepada korang yang selalu sakit-sakit kepala atau migrain tu, sila lah amalkan membaca
Aku doakan semoga sakit kepala @ migrain korang akan hilang. Aamiiin.
Credit To:
Wassalam
No comments:
Post a Comment