Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Wednesday, January 18, 2012

Kembar....... and Kisah Rahsia yang Tertangguh.. (^-^)

Assalamualaikum wbt

Hye dears.. How do you all doing? hope semua pun ok, sihat-sihat hendaknya.. hm.. seperti yang telah diberitakan sebelum ini, saya akan menceritakan tentang sesuatu berkenaan kembar.. or twins dalam bahasa omputihnya.. hehe.. ceritanya macam ni.. semenjak dua menjak ni, adalah dalam dua tiga minggu kebelakangan ni, saya dan keluarga selalu dijumpakan dengan sesuatu yang berkembar..
so far mama saya dah jumpa petai kembar tiga dan kembar dua, yang kembar tiga tu dah bagi Mr Ryo makan, yang kembar dua tak sempat makan dah terpisah.. hehe.. then last Friday (13012012) my office colleague jumpa limau mandarin kembar, dan dengan penuh semangat dia memanggil saya suruh saya makan limau kembar tu.. so saya dengan penuh semangat makan je la limau tu kan? tu yang sampai tak sempat nak snap any pictures tu.. hehe.. asalnya another colleague yang terjumpa limau kembar tu.. dia lelaki dan baru je kahwin December hari tu.. tah kenapa tah dia tak nak makan limau kembar tu.. dia kata dia takut.. hoho, tah apa la yang ditakutkan.. belum tentu lagi makan limau kembar tu nanti dapat anak kembar kan? hehe, tapi kalau saya, saya makan je.. kembar ke, satu-satu ke, tu semua rezeki.. Allah yang tentukan semua tu.. lagipun, setiap anak itu sendiri rezeki buat kita semua.. dan pada setiap anak tu ada rezeki yang dibawa masing-masing untuk ibu bapanya kan? ye la, rezeki bukan dalam bentuk material je.. rezeki itu datang dalam pelbagai bentuk.. eh, dah lari tajuk pulak kan? hehe..
And lastly, semalam mama beli pisang tanduk kembar.. hehe.. mama buat pengat pisang keledek keladi.. since saya memang suka makan, so saya makan je la kan? and again, saya lupa nak snap picture.. hm, mama kata agaknya tak lama lagi dia dapat cucu kembar kot.. saya Ameen kan je la kan? hehe.. saya pun ada terfikir jugak.. ye la, sebelum ni tak pernah pun terjumpa benda-benda kembar ni.. sekali jumpa hah kau.. berturut-turut.. tapi saya takdelah nak fikirkan sangat semua ni.. saya sangat percaya pada rezeki yang Allah dah tetapkan untuk saya sejak dari Luh Mahfuz lagi.. yea, memang pada mulanya perasaan sedih dan kecewa itu ada bila penantian setiap bulan berakhir dengan period. tapi lama-lama saya redha sebab saya tahu Allah dah rancang sesuatu yang lebih baik dan sempurna untuk saya dan Mr Ryo. sedih tu sedih la jugak.. tapi saya belajar untuk menerima takdir Allah, selain terus berusaha dan berdoa untuk mendapatkan zuriat permata hati pengikat kasih saya dan Mr Ryo.. dan selalu saya berfikir, mungkin Allah nak hidup kami lebih stabil dulu sebab Allah nak bagi kami rezeki yang memang kami harapkan dari awal lagi - zuriat (kembar).. hoho.. Mr Ryo sangat berkeinginan untuk dapat kembar ok?!! bukan kembar dua, tapi kembar tiga atau empat.. huhu.. saya sangat bersyukur dan redha kalau dapat kembar dua, tiga atau empat.. cuma terkadang terfikir mampukah saya untuk menangani lebih dari dua bayi secara serentak? lebih-lebih lagi saya berhajat untuk breastfeed bayi-bayi saya secara ekslusif sekurang-kurangnya selama enam bulan.. tapi kalau Allah dah tentukan itu rezeki saya, macam mana pun saya mesti mampu buat kan? hm, apa-apa sajalah.. hehe.. berangan tak ingat dunia.. (^-^)
Hm, tiba-tiba teringat saya ada janji nak beritahu satu rahsia kan last month? dah sebulan dah pun dari tarikh sepatutnya saya announce.. hehe.. sebenarnya skarang ni saya dan Mr Ryo dah tak pegi balik kerja sama-sama lagi.. sebabnya Mr Ryo dah kerja kat Bangi.. Syukur Alhamdulillah, setelah dua bulan menunggu akhirnya Allah permudahkan kesulitan kami.. dan saya kira inilah penyebabnya rezeki zuriat kami belum tiba.. kerana Allah mahu melapangkan rezeki kami di bidang pekerjaan terlebih dahulu.. dan rasanya mungkin saya perlu menunggu beberapa bulan lagi disebabkan syarikat tempat saya bekerja sekarang sedang bermasalah.. dan esok ada meeting bersama CFO, yang mungkin bakal mendedahkan senarai nama penerima VSS.. yes, my office is now in the midst of downsizing, and will offer VSS to some of its staff.. saya tunggu senarai nama ni lah sebelum saya plan untuk cari kerja baru.. ye lah, terasa sedikit rugi kalau nama saya layak untuk VSS tetapi saya quit sebelum senarai itu keluar.. apa-apa pun, tunggu saja hasil meeting esok.. kot la tiba-tiba ofis nak bagi bonus ke kan.. hehe.. apapun, saya sudah ada plan sendiri kalau dapat atau tak dapat VSS ni.. apa plannya tu tunggu lah bila dah confirm nanti yea.. ok dears, till then yea.. semoga Allah permudahkan segala urusan harian kita dan memberkati setiap kebaikan yang kita usahakan keranaNya.. Ameen ya Rabbal 'Alameen.. (^-^)

Wassalam    

No comments:

Post a Comment