Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Tuesday, June 25, 2013

Nur Aina Surfina 5 Months 2 Weeks Milestone

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

Alhamdulillah.. Surfina is already 5 months and 2 weeks.. masa check up 5 months kat Az-Zahrah hari tu Surfina's weight was 7.6kg.. tak inject sebab doctor kata demam sikit.. tapi tak pun sebenarnya.. agaknya sebab masa on the way p klinik nak check up tu saya sempat doa Ya Allah, kalau vaccine itu tak elok untuk Surfina, biarlah Surfina konon-konon demam.. sekali betul huhu.. masa Surfina masuk untuk inject tu daddy dia yg pegang.. saya sedang bersedia untuk dioperasi.. buang kuku lagi.. huhu.. stress!! hubby inform doctor nak check and timbang je.. tak payah inject sebab before this memang saya selalu duk cerita kat dia vaccine adverse effects and status halal vaccine yg diragui sampai keluar kat radio pasal Konvensyen Perubatan Islam Malaysia yg suruh Malaysia scientist cipta halal vaccine.. timbul keraguan kat situ, macam tu yg selama ni duk cucuk kat babies tu tak halal ke sumbernya?? masa doctor nak buat procedure buang kuku tu dia tanya nak tangguh ke memang tak nak inject vaccine.. saya pun cakapla yg pasal konvensyen perubatan Islam punya cerita tu.. doctor kata kat Malaysia memang KKM amik yang halal je.. memang dulu ada isu satu vaccine ni yg tak halal sumbernya, dia pun tak ingat sumber apa.. tp dah resolve katanya.. tahlah.. saya sebenarnya confuse.. tapi dalam Islam kalau kita ada keraguan tentang halal haram ni better kita tinggalkan je, means tak payah buat la kan.. sekarang hubby tanya bila nak bawa Surfina inject.. bila saya cakap tak payah dia macam nak suruh inject jugak.. hmmmm.... kena istikharah ke? huhu
Hm, Surfina dah start makan dari 4 month 17 days hari tu.. terpaksa bagi.. kalau ikut hati saya memang nak tunggu 6 bulan je.. tapi since mama yg jaga Surfina, terpaksa la saya ikutkan.. tu pun lepas tengok tanda-tanda baby nak makan kat baby center.. mama bagi biskut Farley's rusk yg manis tu.. huhu.. dah dua kotak yg 12 pcs tu, satu banana, satu original.. sekarang saya stop sebab tak sanggup biar Surfina tanggung akibat makan manis dari processed food.. saya buatkan carrot puree, tapi Surfina tak minat sangat.. so saya prepare kurma puree.. sukalah dia sebab manis.. lepas tu saya bagi red apple puree juga.. setakat ni poo poo ok, allergies pun takde.. saya guna TRIO mini blender.. best ok blender comel ni.. nanti bila-bila saya buat review on this cute blender.. beli kat Lazada je, RM109.. mama pun semangat buat green apple jus campur asam boi sebab blender ni boleh buat ice blended, boleh mill jugak.. Surfina masih minum EBM 3 kali di siang hari, lebih kurang 4 oz tiap sesi.. 

Surfina dah boleh bergolek-golek, tak boleh dah tinggal dia atas katil lama-lama.. takut jatuh.. huhu.. becok, suka menjerit, peramah.. manja dengan mommy, tok mama, tok ayah, cik awie.. dengan daddy bila nak kua jalan baik la dia.. tp bila time lain sikit-sikit nangis, kena berdukung je.. kadang-kadang nampak mommy nak melompat p kat mommy pulak.. kenapa ntah.. huhu.. suka mandi.. selalu bila weekend kami bagi Surfina mandi kat star pool kecik dia.. seronok dia.. hehe.. Surfina dah mula angkat punggung nak merangkak kot.. boleh duduk dengan sokongan.. kejap je Surfina dah besar.. 

Ok, sambung lain entry yea.. daaaa

Luv,
Adah

Wassalam




2 comments:

  1. yeay fina jap jer da nk msuk 6bln kn~
    xper lau da bg mkn awl aslkn bby bole hadam its ok,tp lau bole bg dia homefoodla..sb sian kan lau bg baby mknan yg da brcmpur sgla mcm ramuan..

    hurm nti da pndi merangkak,berdiri bertatih pastu berjalan pengsan nak kejor..ms lom bjln xsbr nak soh jln bila da jln tak terkejo asenya..hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu la kan? rasa macam kejap sangat masa berlalu.. tu la kalau boleh memang saya bagi home food je.. cuma mama saya la, dia kata Fina macam tak kenyang makan puree saja.. huhu.. saya terpaksa ignore je.. hope mama tak belikan rusk tu senyap2 je..

      hehe, kalau ikut saya memang tak nak Fina cepat sangat jalan, nanti dia makin kurang dengan kita sebab dok ralit nak berjalan je, takde dah nak melekat dgn kita.. rinduuuu.. ni pun dah rindu masa dia baby dulu.. huhu

      Delete