Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Tuesday, December 13, 2011

Pati Delima Gulsan



Assalamualaikum wbt

Dear beloved readers.. How's ur day? untuk Selangorians, selamat kembali bekerja yea selepas 3 hari bercuti.. (^-^) rasa macam malas je nak masuk office hari ni.. yea la kan, dah 3 hari bersuka ria di rumah.. hehe.. kali ni saya nak cerita tentang jus pati delima gulsan yang baru je saya terima parcelnya Sabtu yang lalu.. ingat dah tak dapat dah sebab macam lama sangat dah order.. maybe diorang tunggu produk sampai dari supplier kot, tu lambat.. it's ok.. dah dapat dah pun.. dan dah start minum dah pun.. saya amik jus ni satu sudu teh tiap pagi, sebelum minum saya baca selawat 3x, ayat Kursi dan doa.. banyak khasiat jus ni untuk kesihatan dan awet muda.. (^-^) tapi apa pun semua tu bergantung kepada keserasian badan masing-masing kan? so far ok je saya rasa.. still too new to review.. (^-^) sebab utama saya berminat amik jus ni adalah disebabkan sekiranya sesorang itu hamil, ia tidak membahayakan kandungan malahan mengurangkan alahan semasa hamil selain membantu perkembangan bayi kita.. yea lah kan, most supplements selain asid folik ni tidak digalakkan untuk diambil selepas waktu kita subur, ditakuti kandungannya membahayakan janin dalam rahim kita.. contohnya EPO dan kebanyakan jamu dan ma'ajun serta beberapa jenis vitamin lain.. ada yang katanya panas, ada yang tajam, macam-macamlah yang berisiko untuk wanita hamil.. then ini adalah salah satu usaha saya untuk hamil.. sebab salah satu khasiatnya adalah untuk mengurangkan ketidaksuburan.. insyaAllah, semoga usaha saya kali ni berhasil.. (^-^) rasa jus ni? pernah tak minum jus kurma? rasa dia lebih kurang je.. not bad la.. boleh je nak minum tu campur je dengan air suam.. ok dears, kat sini saya nak share sedikit info tentang kebaikan jus pati delima ni.. check it out yea?? (^-^)

 
 
 ~KHASIAT PATI DELIMA GULSHAN~

 Pati Delima Pekat Penuh Khasiat! 100% perahan buah delima tulen, mengandung khasiat semulajadi utk menjaga kesihatan tubuh badan secara menyeluruh dan berupaya merawat pelbagai jenis penyakit.. InsyaAllah..

Antara khasiat delima yg dikenal pasti dan teruji ialah:-
  1. Menguatkan daya tahan tubuh untuk melawan serangan penyakit
  2. Melancarkan peredaran darah
  3. Mengeluarkan angin dan asid dalam badan anda (boleh mencegah penyakit gastrik dan juga kanser usus)
  4. Melancarkan proses penghadaman makanan, melancarkan kerja-kerja mengepam darah untuk keperluan sel-sel badan kita
  5. Menyingkirkan lemak berlebihan dan juga boleh melangsingkan badan...InsyaAllah...
  6. Membakar kalori dengan cepat, meningkatkan tenaga dan juga dapat memulihkan keletihan
  7. Membuang asid urik di dalam sendi untuk meredakan penyakit Gout
  8. Mengelakkan rasa mual (ketika hamil), melega masalah pening kepala
  9. Menegangkan payudara, membentuk perut dan punggung yang lebih kemas...InsyaAllah...
  10. Dikenali sebagai "Viagra Semulajadi" iaitu dapat meningkatkan tenaga seksual secara semulajadi (nie untuk pasangan yang dh berkahwin yea..)
  11. Memelihara kada keseimbangan hormon semasa haid (untuk mengelakkan senggugut)
  12. Merapatkan  rahim dan juga menyuburkan rahim >>> kembali dara. InsyaAllah
  13. Mencuci darah kotor dan mencantikkan kulit muka dari dalam
  14. Awet muda...sentiasa amalkan dari sekarang..tengok lah dalam 10 tahun lagi (jika dipanjangkan usia)...
  15. Menurunkan paras glukosa dalam darah, membantu pesakit kencing manis
  16. Menghapuskan kahak dan meredakan batuk
  17. Mencegah berlakunya serangan angin ahmar bagi golongan warga tua...dapat juga mengurangkan risiko penyakit jantung.....Hadiahkanlah kepada ayah bonda tersayang...!!! :)
  18. Anda hamil??? Pengambilan pati delima ini dapat menambahkan kegebuan kulit bayi anda, di samping membantu tumbesaran janin...
  19. Membantu mencerdaskan minda dan daya ingatan kanak-kanak dan pelajar sekolah
  20. Kandungan antioksidan (Polifenol) dan vitamin C yang tinggi mampu melindungi sel-sel tubuh kita daripada rosak dan boleh meredakan ketegangan urat saraf
  21. Khasiat pati delima juga mampu merawat cirit-birit, mengurangkan panas di dalam badan dan juga demam, membunuh cacing di dalam usus, memutihkan kulit, mengurangkan tekanan darah tinggi, melancarkan fungsi buah pinggang, menambah darah. mengekalkan kesihatan dan juga fungsi mata

Additional info >>>

Buah delima atau nama saintifiknya Punica granatum mempunyai pelbagai keistimewaan, selain dari sedap dimakan, ia juga mempunyai kebaikan dari segi kesihatan.

Khasiatnya tinggi kaya dengan zat sodium, riboflavin, thiamine, niacin, vitamin C, kalsium dan forsforus. Ia juga sejenis penawar kerana kandungan antioksidan yang tinggi bagi penyakit jantung, cepat tua dan barah.Khasiat perubatan delima sudah dijumpai sejak 8000 tahun lalu oleh masyarakat Parsi Purba (Iran).

Jus Delima mempunyai banyak khasiat. Antaranya ialah:-

·         Melancarkan dan menstabilkanperedaran/perjalanan darah
·         Mengembalikan fungsi jantung dan hati kepada tahap normal  
·         Membersihkan hati dan urethra
·         Memperkuatkan sistem penghadaman
·         Membuang lemak-lemak berlebihan
·         Meningkatkan tenaga
·         Mencegah ‘morning sickness’
·         Membantu menyesuaikan hormon ketika haid
·         Mencantikkan dan mencerahkan kulit
·         Membantu menyembuhkan penyakit diabetes
·         Boleh meghilangkan kahak
·         Mencegah ketidaksuburan/kemandulan dan meningkatkan
          kekuatan tenaga batin

·         Mencegah Alzheimer dan nyanyuk di kalangan orang tua

Diingatkan bahawa kita hanya berusaha...yang akan sembuhkan adalah dari ALLAH TAALA...

Jangan lupa Selawat + Ayat Kursi + Doa (di dalam hati untuk sembuhkan penyakit.....)


Credit To:

Friday, December 9, 2011

Diarrhea..

Assalamualaikum wbt

Hye dears.. minggu ni dua hari saya amik mc disebabkan diarrhea.. tak tau lah macam mana boleh dapat diarrhea ni sebab saya cuma makan makanan dari umah je.. agaknya sebab family saya balik dari Kelantan hantar rombongan meminang sepupu saya hari tu kot.. diorang balik pun kena diarrhea jugak.. sampai ayah yang terus p out station ke Sabah dan angah yang tinggal menyewa kat KL tu pun kena gak.. saya yang tak p pun terjangkit sekali.. huhu.. tapi masa Isnin & Selasa tu saya puasa.. hari Selasa la start kenanya.. tapi tak teruk sangat, maybe sebab puasa kot.. saya pun mc la Selasa tu sebab pagi-pagi asyik ke toilet je kejenye.. tapi masa p klinik tu dah ok dah.. sebab makanan dah habis keluar dan saya takde makan ape-ape lagi sebab puasa kan.. nak buka tapi sayang, lagi-lagi bila tengah hari tu dah reda.. dan Alhamdulillah bila malam dah ok.. so Rabu tu saya pun pegila keje.. tapi, huhu.. sepanjang hari Rabu tu adala dalam 10 kali saya buat lawatan rasmi ke toilet.. huhu.. sangat penat.. since macam makin teruk je, plus demam pulak pagi Khamis tu, saya mc la lagi.. tak larat la kan kalau asyik nak ke toilet je kejenye.. dengan demam lagi.. nak buat keje pun tak selesa.. sampai nak makan pun takut.. p amik mc kat klinik lain pulak.. tapi masa p klinik demam dah ok.. thanks Allah, and thanks to my bantal sejuk (takut nak makan ubat masa 2WW ni.. so bantal sejuk je lah peneman setia untuk ubat demam saya :)) hehe.. doctor pesan suruh makan bubur nasi dan roti je.. tak boleh minum susu.. tapi mana kenyang makan bubur nasi.. lunch je saya makan bubur nasi, tapi dinner mama masak nasi lemak, apalagi..... ngap je la.. bak kata mama, makan je.. ubat ada.. hehe.. tapi Alhamdulillah saya rasa kurang sikit diarrhea tu.. :) k, sekian ceritera saya untuk kisah ini pada hari ini.. daaaa dears!! :p

Wassalam

Friday, December 2, 2011

Cycles after Marriage

Asslamualaikum wbt..

Hi dears..  macam yang dah saya sebut tadi, saya nak post tentang menses cycles saya selepas kahwin ni.. ini agak penting kot bagi saya sebab boleh tengok pattern cycles and maybe boleh jugak agak-agak bilanya time ovulasi saya.. (^-^) - saya menikah 29hb May 2011..

May 2011 - 13hb - 19hb & 27hb - 1hb
June 2011 - 17hb - 23hb
July 2011 - 20hb - 25hb
August 2011 - 17hb - 22hb
September 2011 - 16hb - 21hb
October 2011 - 22hb - 25hb (lewat seminggu.. rasanya sebab saya demam panas kot masa expected O)
November 2011 - 18hb - 23hb

masa bulan wedding hari tu memang menses sengal sikit.. stress kot.. yang second menses tu tak banyak mana pun keluarnya.. but then still considered as menses jugakla.. after that cycle mula back on track.. cuma on October to lewat seminggu.. masa tu kena UTI (kencing kotor).. ingat dah lekat, rupanya kena UTI.. detect UTI on the fourth day delay.. check UPT gak masa ni, tapi negative.. three days after that my menses come.. masa ni sedih sangat sangat sebab dah delay kan.. siap nangis lagi kat Mr Ryo.. takpelah, dah memang belum rezeki kami lagi.. (^-^)

k dears, daaaa.... =)

Wassalam

Alhamdulilllah.. (^-^)

Assalamualaikum wbt

Hi dears.. (^-^) pagi ni saya dapat satu berita baik yang sangat kami tunggu-tunggu sebulan dua ni.. ini adalah salah satu daripada rezeki yang kami tunggu-tunggu selain rezeki zuriat.. Alhamdulillah, kami sangat sangat sangat bersyukur ke hadrat Ilahi atas rezeki kurniaanNya ini.. hm, apa ek rezeki yang kami tunggu selain baby ni? hm, i think i better keep it as secret first until the middle of this month.. ala, bukan lama sangat pun kan? dua tiga minggu je lagi.. my husband pun kata dont tell anyone yet.. kot la boleh saing dengan berita baik nak dapat baby ke.. boleh gtau sekali kan?? ameen, insyaAllah.. hehe

Apapun, memang syukur tak terhinggalah bila dapat tau berita ni tadi.. rasa nak sujud syukur time tu gak.. baikla tengah siapkan keje.. hu.. lepas zuhur ni bolehlah buat sujud syukur kan? (^-^) alhamdulillah, syukur ya Allah.. (^-^)

Hm, japg nak post my menstrual cycles after getting married ni.. bukan apa, just nak buat reference je..

k, daaaa..

Wassalam