Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Tuesday, June 25, 2013

Nur Aina Surfina 5 Months 2 Weeks Milestone

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

Alhamdulillah.. Surfina is already 5 months and 2 weeks.. masa check up 5 months kat Az-Zahrah hari tu Surfina's weight was 7.6kg.. tak inject sebab doctor kata demam sikit.. tapi tak pun sebenarnya.. agaknya sebab masa on the way p klinik nak check up tu saya sempat doa Ya Allah, kalau vaccine itu tak elok untuk Surfina, biarlah Surfina konon-konon demam.. sekali betul huhu.. masa Surfina masuk untuk inject tu daddy dia yg pegang.. saya sedang bersedia untuk dioperasi.. buang kuku lagi.. huhu.. stress!! hubby inform doctor nak check and timbang je.. tak payah inject sebab before this memang saya selalu duk cerita kat dia vaccine adverse effects and status halal vaccine yg diragui sampai keluar kat radio pasal Konvensyen Perubatan Islam Malaysia yg suruh Malaysia scientist cipta halal vaccine.. timbul keraguan kat situ, macam tu yg selama ni duk cucuk kat babies tu tak halal ke sumbernya?? masa doctor nak buat procedure buang kuku tu dia tanya nak tangguh ke memang tak nak inject vaccine.. saya pun cakapla yg pasal konvensyen perubatan Islam punya cerita tu.. doctor kata kat Malaysia memang KKM amik yang halal je.. memang dulu ada isu satu vaccine ni yg tak halal sumbernya, dia pun tak ingat sumber apa.. tp dah resolve katanya.. tahlah.. saya sebenarnya confuse.. tapi dalam Islam kalau kita ada keraguan tentang halal haram ni better kita tinggalkan je, means tak payah buat la kan.. sekarang hubby tanya bila nak bawa Surfina inject.. bila saya cakap tak payah dia macam nak suruh inject jugak.. hmmmm.... kena istikharah ke? huhu
Hm, Surfina dah start makan dari 4 month 17 days hari tu.. terpaksa bagi.. kalau ikut hati saya memang nak tunggu 6 bulan je.. tapi since mama yg jaga Surfina, terpaksa la saya ikutkan.. tu pun lepas tengok tanda-tanda baby nak makan kat baby center.. mama bagi biskut Farley's rusk yg manis tu.. huhu.. dah dua kotak yg 12 pcs tu, satu banana, satu original.. sekarang saya stop sebab tak sanggup biar Surfina tanggung akibat makan manis dari processed food.. saya buatkan carrot puree, tapi Surfina tak minat sangat.. so saya prepare kurma puree.. sukalah dia sebab manis.. lepas tu saya bagi red apple puree juga.. setakat ni poo poo ok, allergies pun takde.. saya guna TRIO mini blender.. best ok blender comel ni.. nanti bila-bila saya buat review on this cute blender.. beli kat Lazada je, RM109.. mama pun semangat buat green apple jus campur asam boi sebab blender ni boleh buat ice blended, boleh mill jugak.. Surfina masih minum EBM 3 kali di siang hari, lebih kurang 4 oz tiap sesi.. 

Surfina dah boleh bergolek-golek, tak boleh dah tinggal dia atas katil lama-lama.. takut jatuh.. huhu.. becok, suka menjerit, peramah.. manja dengan mommy, tok mama, tok ayah, cik awie.. dengan daddy bila nak kua jalan baik la dia.. tp bila time lain sikit-sikit nangis, kena berdukung je.. kadang-kadang nampak mommy nak melompat p kat mommy pulak.. kenapa ntah.. huhu.. suka mandi.. selalu bila weekend kami bagi Surfina mandi kat star pool kecik dia.. seronok dia.. hehe.. Surfina dah mula angkat punggung nak merangkak kot.. boleh duduk dengan sokongan.. kejap je Surfina dah besar.. 

Ok, sambung lain entry yea.. daaaa

Luv,
Adah

Wassalam




Monday, June 24, 2013

Salam Nisfu Syaaban

Assalamualaikum Warahamatullahi Wabarakatuh

Salam Nisfu Syaaban semua.. tinggal dua minggu je lagi Ramadhan datang.. rinduuuuuu.. harap-harap Ramadhan kali ni pun dapat puasa penuh juga.. sangat harap masa tu belum menses lagi.. Aamiin, in shaa Allah.. semoga Ramadhan kali ni lebih bererti dan segala amalan yg kita amalkan dalam bulan Ramadhan dapat kita teruskan sehingga bila-bila, Aamiin, in shaa Allah..

Apa khabar semua? (hoho, dah 2nd paragraph bar teringat tanya khabar.. apakah???) hehe.. saya harap semua sihat walafiat.. take more precautions bila keluar rumah yea? lagi-lagi musim jerebu tebal ni.. kurangkan aktiviti luar rumah dan banyakkan minum air yea.. kalau terpaksa jugak keluar rumah atas sebab kerja dan sebagainya, please wear your mask.. jerebu sangat tebal kan? jarak penglihatan pun dah makin dekat.. so, wajib berhati-hati lagi-lagi bila memandu.. :)

Hm, tinggal lebih kurang 2 bulan je lagi saya akan bertukar profession.. memang ramai yg terkejut sebab saya tak pernah cerita dan tak menunjukkan sebarang tanda untuk tender resignation.. dan ada juga yg bertanya tak rasa rugi ke saya berhenti kerja tanpa dapat tawaran bekerja yg lain a.k.a. jadi suri rumahtangga sepenuh masa.. dan ada juga yg happy untuk saya, seronok dan teringin mengikut jejak saya tapi belum masanya.. Alhamdulillah, pada saya, suri rumahtangga adalah satu profession yg sangat mulia.. saya bekerja untuk suami dan anak-anak, in shaa Allah lillahi ta'ala.. mungkin tak bergaji, tapi sekurang-kurangnya saya puas hati dapat beri yg terbaik untuk suami dan anak.. saya dapat sediakan keperluan dan kelengkapan diorang, dapat tengok anak membesar depan mata.. dapat asuh dan didik anak saya berpandukan Al-Quran dan As-Sunnah in shaa Allah.. dapat fokus pada tanggungjawab sebagai isteri dan mommy sepenuhnya.. yea, saya ada rancangan untuk buat bisnes online, tapi fokus saya untuk masa ni lebih kepada suami dan anak.. dan saya tak sampai hati nak biar mama jaga Surfina sampai besar.. hantar babysitter or nursery memang tak pernah ada dalam fikiran kami.. biarlah susah senang jaga anak kami tanggung sendiri.. in fact, perancangan nak resign memang dah sangat lama.. cuma baru sekarang dapat dilaksanakan, setelah bisnes suami mula menampakkan hasil yg memberangsangkan.. Alhamdulillah.. 

Tapi, mestilah sebagai wanita yg pernah bekerja, saya akan rindu moments shopping online and offline kan? hehe.. makanya, saya plan untuk buat online bisnes, in shaa Allah, maybe on baby products and muslimah apparel.. huhu, cepatlah september.. tak sabar nak mengulit Surfina 24/7.. hehe.. 

Ok then, daaaa for now..

Luv,
Adah

Wassalam

Thursday, June 20, 2013

Amalan Mentahnik Baby

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

Hye my OD and readers (if any.. hoho),

Hari ni suka saya nak kongsikan tentang amalan bertahnik untuk bayi muslim yang baru lahir.. Article ini saya petik dari sumber ini. Sama-sama kita amal dan ambil manfaat darinya yea.. =)
 
Air Zam-zam + Kurma Ajwa
Set air zam-zam(250ml) + kurma ajwa(100g)
 RM35

Kebiasaannya ketika menyambut kelahiran kita akan menyediakan air zam-zam dan kurma ajwa untuk ditahnik atau dibelah mulut baby dengan mencalitkan sedikit kurma ke dalam mulut baby yang baru lahir dan disuap sedikit air zam2 ke dalam mulut baby untuk mengambil khasiat yang terdapat di dalamnya.

Kurma Ajwah/kurma nabi

Kurma nabi atau ajwa ini merupakan satu-satunya kurma yang hanya tumbuh di madinah dan tanah haram..tidak seperti kurma lain yang boleh tumbuh dimana sahaja asalkan sesuai dengan iklim panas dan tidak banyak hujan.

Sebagaimana sabda Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi wa Sallam : “Kurma ‘Ajwah itu berasal dari Syurga, ia adalah ubat dari racun”. hadis shahih Ibnu Majah.

Daripada Abu Musa r.a. katanya: “Anakku lahir, lalu aku membawanya kepada Nabi s.a.w. lalu baginda menamakannya dengan nama Ibrahim dan meletakkan pada lelangitnya dengan buah kurma.”

“Aku telah mendapat seorang anak, kemudian aku membawanya kepada Nabi S.A.W
 Baginda menamakannya Ibrahim, lalu mentahnikkannya (memecahkan mulutnya) dengan sebiji kurma.” Hadis riwayat Abu Burdah daripada Abu Musa r.a.
Bertahnik
Apa itu  tahnik? Apa hikmahnya pula? Kebiasaan kita menyebut ‘Belah mulut’. Tahnik maknanya mengunyah kurma serta memindahkannya ke lidah anak yang baru dilahirkan.

Caranya ialah mula-mula letakkan isi kurma yang telah dikunyah itu di hujung jari telunjuk, lalu masukkan perlahan-lahan hujung jari itu ke dalam mulut anak yang baru dilahirkan, kemudian digerakkan jari itu ke kanan dan ke kiri dengan lemah lembut, sehingga meliputi merata mulut anak kecil itu dengan kurma yang dikunyah tadi. Amalan ini adalah sunat dan menurut amalah Nabi s.a.w (rujukan: Pendidikan anak-anak dalam Islam-Abdullah Nasih Ulwan, terjemahan Syed Semait, m/s89)

Amalan yang biasa  diamalkan oleh orang tua-tua,bertahnik dilakukan dengan mencalitkan asam garam,emas, perak, tembaga ke mulut bayi yang dilahirkan. Tetapi sebenarnya tahnik yang betul dari segi Islam adalah dengan membuka atau memecahkan mulut bayi yang dilahirkan dengan buah tamar yang telah dikunyah oleh orang alim dan bertaqwa untuk mengambil berkatnya dengan harapan bayi kita juga akan menjadi orang yang salih dan bertaqwa.

Antara hikmahnya pula ialah supaya urat2 mulut menjadi kuat kelak, dengan gerakan lidah, ketika anak itu menghisap susunya dengan kuat secara semulajadi.

Sebaiknya apa2 amalan yang baik dan sunat melakukannya adalah digalakkan kepada ibubapa terutama yang baru pertama kali mendapat ahli keluarga baru untuk segera melaksanakannya.

Air Zam-zam
Kebiasaannya air zam-zam hanya didapati ketika musim haji dan dibawa pulang oleh jemaah haji untuk diambil berkatnya dengan menjamu tetamu yang menziarahi jemaah haji yang selamat kembali. Memandangkan kesukaran untuk mendapatkan air zam-zam yang mempunyai pelbagai khasiat terutama untuk kegunaan ibu bersalin dan bayi yang baru lahir untuk bertahnik, saya cuba menyediakan khidmat penghantaran air zam-zam disekalikan dengan kurma ajwa.

Antara khasiat air zam-zam:
Air terbaik di muka bumi.
Rasulullah Saw bersabda bahwa air yang terbaik di atas dunia ini adalah air Zamzam :

“Sebaik-baik air di atas dunia ini adalah air Zamzam”. HR. Thabrani.

“Sebaik-baik sumur di atas dunia ini adalah sumur Zamzam dan sejelek-jelek sumur di atas dunia adalah sumur Barhut (di Hadramaut). HR. Nawawi

Air Zamzam keluar melalui perantaraan malaikat Jibril a.s.
Cukup sebagai renungan orang beriman, bahwa Zamzam itu memancar ke atas dunia ini, melalui perantaraan Malaikat Jibril.

Air Zamzam disamping Ka’bah.
Air Zamzam berbeda dengan air-air lainnya di atas dunia dari banyak hal, Air Zamzam air yang Mubarok, berada di tempat yang Mubarok, di dekat Baitullah, keluar karena Nabi Ismail a.s.

Air Zamzam penghulu segala Air.
Air Zamzam seperti dikatakan oleh Ibnu Qayyim adalah penghulu segala air di atas dunia ini, dialah air yang paling mulia, dialah air yang paling berharga pada semua orang yang beriman. Konon pada setiap tanggal 15 Sya’ban seluruh air di dunia datang berziarah ke Zamzam, sehingga banyak orang yang menyaksikan Zamzam melimpah di setiap tanggal tersebut.

Air Zamzam bersih dari kuman-kuman penyakit.
Ir. Yahya Kusyik dalam bukunya, Zamzam mengatakan :

“Ketika diadakan pembersihan terhadap sumur Zamzam tahun 1400 H para ahli sepakat mengatakan bahwa Air Zamzam bersih dari kuman-kuman yang menyebabkan penyakit, sebagaimana justru Zamzam itu adalah obat penyembuh segala macam penyakit.”

Rasulullah Saw bersabda :”Air Zamzam itu adalah obat segala penyakit.”

Air Zamzam tidak berubah.
Air Zamzam tidak berubah rasa atau baunya, walaupun disimpan bertahun-tahun. Semua orang telah membuktikannya. Syekh Abdur Rasyid Ibrahim, seorang ulama terkenal bangsa Rusia menulis dalam bukunya ‘Alamul Islam’mengatakan :”Saya menyimpan air Zamzam selama 12 tahun di dalam botol, ternyata tidak berubah.”

Air Zamzam lebih utama dari Kautsar.
Imam Al Bulqini mengatakan bahwa Air Zamzam lebih afdhal dari Kautsar, buktinya Malaikat JIbril membersihkan dada Rasulullah Saw dengan Air Zamzam, tidak mungkin jantung RAsulullah dibersihkan oleh JIbril kecuali dengan sebaik-baik Air.”

Memandang Air Zamzam sebagai ibadah.
Rasulullah Saw bersabda:”Lima perkara yang termasuk ibadah: Memandang kepada Al Quranul Karim, memandang Ka’bah, memandang dua Ibu Bapak, memandang Zamzam dan kepada ulama.”

Minum Air Zamzam menggugurkan dosa.
Rasulullah Saw bersabda :”Barangsiapa Thawaf di Baitullah kemudian shalat dua rakaat dibelakang Maqam Ibrahim, lalu minum Air Zamzam, dosa-dosanya diampuni bagaimanapun banyaknya.” (HR. Ad Dailani).

Air Zamzam dari syurga.
Imam Qurthubi dalam tafsirnya juz IX hal 370 menukil hadits sebagai berikut :

“pada air Zamzam ada mata air dari syurga (mengalir) melalui arah rukun (hajar aswad).

Air Zamzam adalah buah-buahan di mekkah.
Ketika Nabi Ibrahim as meninggalkan putranya iSmail di Mekkah dia berdoa :”Ya Allah Berilah makanan rizki dari buah-buahan.” Allah SWT mengabulkan do’a Nabi Ibrahim as dan air Zamzam itulah buah-buahan pertama yang diberikan kepada penduduk Mekkah, yang waktu itu hanya Hajar dan Ismail berdua.

Air Zamzam minuman para Nabi, Auliya dan Ulama.
Diriwayatkan oleh Ummu Aiman (wanita yang menyusuinya):”Aku tidak pernah melihat Muhammad Saw mengadu waktu kecilnya maupun setelah besar, dari lapar atau haus karena Beliau apabila pagi hari selalu minum Zamzam dia tidak mau diajak makan beliau mengatakan:aku tidak mau makan karena aku kenyang.”

Zamzam telah bercampur dengan air kumur Rasulullah Saw.
Rasulullah Saw telah memberi berkah kepada Air Zamzam dengan mengumurkan Air Zamzam kemudian dibuangnya kembali kepada Sumur Zamzam. Betapa besar kasih sayang Rasulullah Saw kepada kita, beliau meninggalkan Air Zamzam sebagai obat dan bekas beliaupun juga sebagai obat.

Sumber: mybabycomel

Luv,
Adah

Wassalam

Friday, June 14, 2013

Posing Friday (^-^)

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

 Hari ni kita tengok gambar dulu ek? ;)

masa p Padang Jawa umah bik Yah jumpa mbah n bik Nik.. Daddy is tak ikut sebab keje.. p dgn mama, Awie, Irsyad saje.. Ayah kena bergegas p outstation kat Perak pulak.. huhu

Mommy and Fina sempat posing tunggu daddy isi petrol

huehuehue

On the way p umah pakcik daddy kat kuala Pilah.. wedding daddy's cousin

Kat Melang Inn before check out.. stay sini masa wedding daddy's cousin

Fina and Tok Mama kat Az Zahrah Bandar Teknologi Kajang, teman mommy

Excited Fina.. hehe

Hye, I'm Nur Aina Surfina (^-^)

Hm, mommy, cepatla.. nak p jalan ni.. hehe



Dah besar dah Fina.. Jap je dah 5 bulan.. Mommy started to miss the moment Fina was in mommy's womb.. miss the kicking, movements, miss the cramping, everything lah.. :))))) Sayang anak mommy ketat-ketat lah!! 

Hm, Fina memang kami dah biasakan bertudung or at least cover her head bila keluar rumah.. Alhamdulillah, setakat ni Fina takde sibuk nak tanggal tudung or other headgears yg kami pakaikan.. memang ramai yg kata kesian baby lagi dah pakai tudung.. kesian baby rimas pakai tudung.. tapi kami tetap pakaikan sebab kami nak biasakan Fina dengan kewajipan menutup aurat dgn sempurna.. dan saya sendiri masih berusaha untuk tutup aurat sesempurna mungkin, sehingga saya boleh bawa pakaian yg saya pakai untuk menunaikan solat tanpa perlu memakai telekung, kerana itulah cara tutup aurat yg paling sempurna.. sedang berusaha ke arah itu, in shaa Allah.. dan kerana saya telah ada Nur Aina Surfina, maka saya wajib menjadi her best role model and teacher ever.. oleh itu saya memakaikan Fina dgn pakaian yg sopan, tutup kepala sekurang-kurangnya dgn baby's hat.. saya hanya mau Fina tahu dan faham bahawa aurat wajib dijaga.. 

dan lagi, ramai yg ingat Fina adalah baby boy walaupun dah terang-terang Fina pakai pink socks, pink shirt, red shirt.. huhu, she is a girl okeh!!  peminat diamonds, blink stones kat baju kami sampai nak digigitnya batu-batuan yg berkerlipan itu.. huhu.. sangat gegirl.. tang mana yg boyish pun tak tau lah.. ke sebab Fina cukur jambul, rambut masih tak cukup panjang lepas cukur hari tu, tu yang orang ingat baby boy?? hm, tah lah.. yang penting mommy sayang sangat kat Fina tau.. mmmmuuaahhhh..  

Luv,
Adah

Wassalam