Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Thursday, January 24, 2013

The Relics Behind Baby's Birthdate

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh


Kali ni saya nak cerita tentang birthdate baby girl kami yg pada kami sgt bermakna buat kedua belah keluarga.. 10 Januari adalah birthdate arwah bapa mertua saya, manakala 27 Safar pula adalah birthdate saya sendiri.. bak kata my SIL kelahiran baby kami pada tarikh 10 Januari seolah-olah memberi tanda bahawa Allah mahu kami sentiasa mengingati arwah.. dgn cara selalu menyedekahkan sekurang-kurangnya surah Al-Fatihah, selain doa yg tidak putus buat arwah, yassin dan tahlil.. smg Allah sentiasa merahmati dan memberkati ruhnya.. Aamiin, insyaAllah..

Gambar baby akan saya upload bila-bila masa saya lapang nanti.. almaklmulah, update guna tab ni renyah sikit.. dan insyaAllah saya akan catatkan sedikit sebanyak pengalaman saya melahirkan baby nanti yea.. :) apa yg boleh saya kata tentang bersalin ni, saya rasa saya boleh kot nak bersalin lagi dua tiga tahun akan datang.. ;p Alhamdulillah, Allah permudahkan proses bersalinkan baby.. cuma, tempoh berpantang yg panjang dan kesihatan yg kurang mengizinkan yg menjadikan saya phobia.. harap semua ni sementara je la kan.. apapun saya serah semuanya hanya pada Allah SWT.. kami cuma mampu merancang.. selebihnya Allah yg tentukan..

Hm, nama baby ek? Nanti saya announce dalam entri special pengalaman bersalin.. tunggu....... ;)

Love,
Adah

Wassalam

No comments:

Post a Comment