Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Thursday, January 24, 2013

The Relics Behind Baby's Birthdate

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh


Kali ni saya nak cerita tentang birthdate baby girl kami yg pada kami sgt bermakna buat kedua belah keluarga.. 10 Januari adalah birthdate arwah bapa mertua saya, manakala 27 Safar pula adalah birthdate saya sendiri.. bak kata my SIL kelahiran baby kami pada tarikh 10 Januari seolah-olah memberi tanda bahawa Allah mahu kami sentiasa mengingati arwah.. dgn cara selalu menyedekahkan sekurang-kurangnya surah Al-Fatihah, selain doa yg tidak putus buat arwah, yassin dan tahlil.. smg Allah sentiasa merahmati dan memberkati ruhnya.. Aamiin, insyaAllah..

Gambar baby akan saya upload bila-bila masa saya lapang nanti.. almaklmulah, update guna tab ni renyah sikit.. dan insyaAllah saya akan catatkan sedikit sebanyak pengalaman saya melahirkan baby nanti yea.. :) apa yg boleh saya kata tentang bersalin ni, saya rasa saya boleh kot nak bersalin lagi dua tiga tahun akan datang.. ;p Alhamdulillah, Allah permudahkan proses bersalinkan baby.. cuma, tempoh berpantang yg panjang dan kesihatan yg kurang mengizinkan yg menjadikan saya phobia.. harap semua ni sementara je la kan.. apapun saya serah semuanya hanya pada Allah SWT.. kami cuma mampu merancang.. selebihnya Allah yg tentukan..

Hm, nama baby ek? Nanti saya announce dalam entri special pengalaman bersalin.. tunggu....... ;)

Love,
Adah

Wassalam

Wednesday, January 23, 2013

Alhamdulillah..

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

Hye dears.. Alhamdulillahi rabbil 'alameen.. Syukur saya sekeluarga ke hadrat Allah SWT kerana dengan izinNya saya telah selamat melahirkan zuriat sulung kami pada 10 Januari 2013, bersamaan dgn 27 Safar 1434H, jam 6.36 petang.. Alhamdulillah baby sihat sempurna sifatnya, lahir dgn berat 3.76kg secara normal.

Terima kasih semua yg mendoakan.. doakan kami terus sihat yea.. :)

Love,
Adah

Wassalam

Thursday, December 6, 2012

Mimpi.....

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh..

Haaaaa.. macam yg dijanjikan.. post tentang mimpi.. mimpi apa ek? mimpi pasal gender baby.. hehe.. since baby refuse to show his/her gender, so kitorang sampai terbawa-bawa dalam mimpi.. mommy mimpi tiga kali tentang gender yg sama.. jalan cerita berbeza, tapi gender shown still sama.. latest, semalam kot daddy cerita dia mimpi baby dah lahir.. same gender macam dalam mimpi2 mommy.. sebelum ni mommy cerita pasal mimpi2 tu kat daddy, dia macam tak nak terima hakikat.. dia seboleh-boleh kata sebaliknya.. hm, what's the gender dalam mimpi tu ek? hehe.. gegirl la.. that's why daddy seboleh-boleh kata bukan mimpi tu selalu terbalik ke.. coz he always wanted a boy.. barang-barang pun banyak biru je.. sampai mommy bosan tengok biru di sana sini.. hehe.. then bila semalam daddy cerita mimpi dia tu, mommy kata, ha.. hari tu orang cakap tak nak caya.. kan dah mimpi.. tu pun still nak argue pasal mimpi terbalik tu.. pastu dia kata baby tu cantik, comel, putih.. mommy kata la, tengokla mommy dia.. hehe.. nak jugak kan.. then daddy kata siap mimpi susu mommy banyak.. Ameen, insyaAllah.. harapan saya moga2 impian saya nak breastfeed baby until 2 years, or at least 1 year-old.. semoga rezeki susu untuk baby melimpah ruah kan? Ameen, Ya Rabbal 'Alameen..   

Hm, cerita pasal breastfeed, saya dah beli breastpump untuk membantu pengeluaran susu.. saya beli medela swing.. nak beli freestyle, daddy kata nanti guna ke.. kan nanti saya nak resign.. so, kalau dah resign, confirm baby akan lebih banyak direct feeding.. so, what's the purpose buying such an expensive breastpump kalau cuma guna sekali-sekala kan? makanya, saya pun amikla swing saja.. agak2 nak double pump, nanti boleh refer youtube cara2nya or just buy the manual one.. ok la tu kan.. harap2 berjayala saya nak breastfeed baby sampai 2 tahun kan? lepas dua tahun boleh bagi baby adik.. hehe.. first baby pun belum lahir dah berangan nak second.. ;p berangan tak salah kan? hehe..

Ok then, insyaAllah, ada usia saya post lagi new entry.. 

Luv,
Adah

Wassalam

Entering 36 Weeks

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh..

Hari ni insyaAllah our little munchkin nak masuk 36 minggu dalam kandungan, means anytime saya boleh deliver.. perasaan saya adalah tak sabar nak jumpa kesayangan kami ni.. daddy dia lagi la.. sejak ada Note II ni kan dia makin giat ber'instagram', so semangat la dia nak upload gambar playpen baby.. mommy yg dari hari tu dok kata nak amik gambar barang baby pun tak terambik lagi.. nantilah, bila mommy dah start cuti.. boleh? hehe.. tinggal next week je pun mommy keje.. tu pun 3 hari je coz Tuesday is public holiday, then the next day tu mommy ada appointment kat KK Kajang.. makin tak sabar dah ni.. especially when works getting haywire.. dah malas dah.. rasa nak quit sekarang jugak.. but I know I have to bear this situation at least until after maternity leave..

Perasaan tak sabar, seronok, risau semua bercampur aduk dalam diri ni.. risau bukan sebab apa, cuma terfikir mampukah mommy pikul tanggungjawab mendidik dan mengasuh zuriat kami yg bakal lahir ni menjadi hamba Allah yg soleh dan solehah? besar sangat rasanya tanggungjawab tu.. memang kerapkali mommy doa supaya Allah bimbing kami dalam mendidik zuriat kami ni menuju ke jalan yg DIA redhai.. Ameen.. nervous, yeah.. of course.. sangat mengharap mommy mampu deliver secara normal.. nak rasa sendiri nikmat sakit bersalin tu.. harap semua selamatla kan.. kadang-kadang terfikir juga, andainya mommy kecundang, mampu tak daddy nak lalui semua tu sorang2.. mampu tak dia didik zuriat kami sehingga menjadi hamba Allah yg patuh, soleh/solehah, yg boleh doakan mommy kat sana nanti sendirian.. dan bila je terfikir ni, mommy harap sangat2 supaya Allah panjangkan usia mommy dan beri kekuatan yg tinggi untuk mommy lawan sakit bersalin nanti.. yeah, mommy memang teringin nak syahid.. tapi rasanya tanggungjawab mendidik zuriat kami menuju jalan Allah tu juga satu bentuk jihad.. walaupun mungkin tak sampai dapat syahid, tapi sekurang-kurangnya zuriat kami berjaya jadi hamba Allah yg taat.. itu sudah memadai buat mommy.. Ya Allah, kurniakanlah buat hambaMu ini ketabahan dan kesabaran yg tinggi dalam melawan dan menahan kesakitan untuk melahirkan zuriat kami nanti.. Semoga bayi kami juga cukup kuat dan sihat untuk melalui proses kelahirannya ke dunia ini Ya Allah.. Ampunilah segala dosa dan khilaf hambaMu ini Ya Allah.. Rahmatilah dan berkatilah kami.. Ameen, Ya Rabbal 'Alameen..

Okey, enough of that.. last Saturday's check up kat Az-Zahrah dengan gynea Dr Mashita.. so far ok.. but I prefer check up dengan Dr Noremi though she just the MO je.. first check up dengan gynea.. Dr Mashita ni macam muda lagi.. around her 30s kot.. dia kata my baby is quite big.. suppose dalam 34-35w ni berat around 2kg je.. but baby weighs around 2.6kg.. tu pun after second measurement.. mula-mula lagi besar, 2.8kg.. doctor kata memang confirm baby lahir above 3kg.. saya tak kisah pun.. dah memang baka saya semua lahir above 3kg.. me myself weigh 3.4kg at birth.. hehe.. gumuk, gebu.. orang kata macam belon.. semua takut nak pegang coz pejal sangat.. tapi mama kurus je.. saya pulak, perut nampak besar masa 8 bulan lebih.. tu pun last week masih ada yg kata tak macam pregnant pun, macam gemuk je.. hoho.. tak tau baby kat dalam ni besar though mommy's tummy tak besar mana.. apapun Alhamdulillah.. at least, xdelah macam kat tv tu kan.. bila dah sarat je jalan perut sangat ke depan sambil tangan pegang pinggang.. hehe.. my sis tanya kenapa kat tv camtu, and I am not.. rezeki masing-masing la kan.. sometimes pelakon tu tak pernah pregnant lagi pun.. ikut suka dia je la nak bawa watak pregnant tu cane.. ha, ada lagi satu.. gynea kata minum/makan ais boleh sebabkan baby besar.. my biras pun pernah gtau.. tp sampai sekarang saya terfikir-fikir apa kaitannya.. yg saya tau, ais/air sejuk ni masuk perut temperature dia akan berubah ikut surrounding temperature.. even kalau effect pun maybe pada saraf la kan.. and saya baca kat web pa&ma tu, kalau kita minum sejuk2, salur darah mengembang.. dan lebih banyak kalori diperlukan untuk pembakaran makanan & lemak.. so, berat kurang naik.. hm.. tahla.. abaikan je la.. yg penting we both sihat kan? :)

Ok la.. that's all for now.. pasni nak post pasal mimpi pulak.. mimpi apa? tunggu........ ;p

 Luv,
Adah

Wassalam     

 

Monday, November 19, 2012

33 Weeks Update

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh..

Yeah, it's already 33 weeks, coming to 34 weeks now.. =) Alhamdulillah, syukur sangat2 atas kurniaan Ilahi ni.. dan syukur kerana hingga ke waktu ini, saya & baby sihat walafiat.. normallah kalau ada hiccups kat mana2 kan.. sekarang saya kena monitor blood pressure, weight and urine twice a week for two weeks due to mild anemia (low hb) and mild feet edema (kaki bengkak).. so twice a week after work memang kena singgah KKIA Kajang untuk check for those three things.. so far semua bacaan ok.. normal je.. Alhamdulillah.. dan harapnya masa checkup kat KKIA Kajang this coming Thursday afternoon, semua pun normal.. risau jugak kalau kena bersalin before 36 weeks.. baby weight was around 1.893kg, tp tu untuk last two week's weight.. sure baby dah makin berat sekarang.. =) saya pun dah rasa perut sangat penuh je.. selalu sakit rusuk sebab kaki baby kat area bawah rusuk.. plus, baby sangat suka mengeras sekarang.. glad it's not Braxton Hicks a.k.a. false alarm.. kalau tak confirm saya dah gelabah semacam je.. terus nak ajak hubby p hospital ek? hehe.. saya plan nak amik cuti awal, saje nak habiskan sebahagian cuti tahun yg masih berbaki.. ingat nak amik starting from December 17th.. so in case baby nak keluar lambat sikit pun I will just take MC from doctor je.. hm, saya dah book appointment dgn specialist kat Az-Zahrah.. dapat Dr Mashita.. December 1st nanti first appointment dengan dia.. saya dah terasa-rasa macam baby nak keluar awal je.. hope kalau nak keluar pun biarlah after 36 weeks gestation yea sayang mommy.. we want the best for you.. semoga Allah terus beri kesihatan yg baik buat mommy & baby sampai la saat nak melahirkan dan seterusnya nanti.. Ameen, InsyaAllah..

Of gender, tahla.. kalau scan 2D memang baby tak mau tunjuk langsung.. manjang kepit.. hoho.. kalau 3D scan pulak, hm.... sonographer kata confirm 100% girl.. hubby pulak tak puas hati coz gambar 3D tu tak clear sangat pun tang tuut baby tu.. he still insist that our baby will be a boy.. apa-apa sajalah.. yg penting baby sihat sempurna, girl or boy is not a big matter.. Allah bagi pun dah cukup syukur sangat2.. 

Barang-barang baby, Alhamdulillah.. bolehlah kata hampir 98% settled.. tinggal nak beli sterilizer & warmer Autumnz tu, dan baby oil.. baby oil dapat sekali dengan set bersalin Amway Tropical Herbs yg saya dah tempah dengan kawan mama.. ingat hujung bulan ni bayar, then lepas bayar sehari dua dapatlah, insyaAllah.. nanti-nanti bila rajin saya upload la barang baby yg dah kami beli (i.e. entah bila.. huhu).. bukan nak menunjuk, tapi lebih kepada reference untuk diri sendiri di masa hadapan.. manala tau bila pregnant second, third, forth child and so on nanti tiba2 terblur kejap nak beli apa, boleh la refer kat blog je kan? =)

Anyway, ada satu peristiwa yg agak melukakan dan mencalar hati saya a day before my birthday hari tu.. tapi rasanya tak perlulah saya ceritakan kat sini.. cuma peristiwa ni memang satu ujian yg agak berat bagi saya untuk diterima.. tapi Alhamdulillah, Allah itu sentiasa ada.. hanya pada Dia tempat saya mengadu dan meluah rasa.. dan harapan saya agar peristiwa tu takkan sekali-kali berulang lagi.. Ameen, Allahumma Ameen, InsyaAllah.. diakui memang luka dan calar di hati saya belum pulih sepenuhnya, but I believe it will soon.. hanya pada Allah tempat kita memohon dan berserah.. =)
Of work, hm.. macam tu la.. I will proceed with my planning to tender my resignation after I am back from maternity leave.. tak sanggup nak biar baby dijaga orang lain.. sementara saya habiskan notis 3 bulan (Alhamdulillah, I got promoted to IA Exec last September, hence the 3 months notice), hubby la yg kena jaga baby.. hubby dah keja sendiri dah sekarang.. Alhamdulillah, Allah permudahkan rezeki kami sekeluarga.. semoga dengan limpahan rezeki dari Allah ni tidak sekali-kali akan membuatkan kami lalai dan leka dengan syurga dunia, tapi biarlah lebih mendekatkan kami kepada Sang Pencipta.. Ameen, InsyaAllah.. syukur, Alhamdulillah.. 

Dan, saya harap sangat impian untuk further masters akan tercapai lepas saya resign nanti.. memang sangat tak sabar nak tunggu saat baby lahir.. tak sabar nak kiss and hug baby puas2.. sebelum ni rasa baby kicking, moving, mengeras dan lain-lain dalam rahim ni, bila baby dah lahir boleh pegang, sentuh, kiss, hug, dukung dan lain-lain lagi.. sungguh tak sabar.. =) but one thing for sure, I will always miss the moments when baby in my womb.. satu perasaan yg sangat2 indah yg memang saya tak dapat nak gambarkan hanya dengan kata-kata.. walaupun kadang2 rasa letih, sakit dan sebagainya, tapi best ok bila rasa baby gerak2.. bila dia senyap memang resah sungguh rasa hati ni.. memang sangat2 bersyukur sebab Allah bagi saya peluang rasa semua tu.. dan itulah yg menjadi tunjang kekuatan saya sekarang ni.. love you always baby mommy yg chubby ni.. (^-^)

Ok, rasanya, dah banyak sangat cerita saya kali ni.. Ampun sebab dah lama sangat blog ni tak berupdate.. bila dah dapat sakit malas nak update, ginilah rupanya.. setengah tahun ada kot ek blog ni bersawang tanpa post? hehe.. apapun, tahniah kepada kawan-kawan TTC yg dah berjaya pregnant.. Alhamdulillah.. (^-^) semoga kita and baby2 kita semua sama2 sehat sepanjang kehamilan dan selamat melahirkan.. semoga dipermudahkan semuanya oleh Allah SWT.. Ameen, Ya Rabbal 'Alamin.. 

Wassalam 

Friday, June 8, 2012

Tak Sabar

Asslamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

Dear dears.. (^-^) tak sabarnya nak p 2nd check up kat KKIA Kajang next Monday.. tak sabar nak dengar heartbeat baby tersayang.. hope everything runs very well.. baby sehat, mummy pun sehat.. kalau ikut hati nak je p Azzahrah scan minggu ni jugak.. tapi hubby kata sabar, next week kita pegi.. kan belum 4 weeks.. hoho, tak sabar nak tengok baby gerak-gerak masa scan.. at least senang sikit hati bila tengok baby sehat & develop very well kan? yealah, mummy dia ni asik kena UTI & keputehan je, of course lah risau takut ubat yg mummy kena makan tu effect baby's development.. la ni antibiotic pun tak berani habiskan sebab takut effect baby.. minum ubat lawas je.. really hope baby is very strong.. kuat yea sayang, mummy sayang sangat kat kamu, membesar dengan sehat yea..

Oh yea, this Saturday my BIL nak tunang.. baik dekat je kalau tak maunya hubby nak kasi ikut.. tak sabar nak jumpa family in law.. rindu mereka.. rasa macam dah lama sangat tak balik kampung jumpa diorang, especially MIL.. dahla saya ni memang bukan jenis yg rajin nak call mereka.. huhu..

Ok lah, setakat ini sahaja post kita untuk hari ni yea.. daaaaaaa!!

Luv,
Adah

Wassalam

Thursday, June 7, 2012

Food Aversion & Food Cravings

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

 Hye dears.. hope everyone is enjoying a very nice happy day.. (^-^) hari ni saya nak cerita tentang makanan yg tak lalu dimakan dan mengidam waktu pregnant ni.. saya belum ada mengidam pelik-pelik lagi setakat ni, Alhamdulillah, and hopefully takkan ada la mengidam pelik-pelik tu kan.. yg selalu saya idam rasanya lebih kurang je macam waktu-waktu nak menses tu.. nak makan yg masam-masam je.. tapi saya jarang layan sangat keinginan nak makan makanan masam.. kan tak berapa elok.. kadang-kadang bila dah tak tahan loya dan tekak & lidah rasa pahit je saya makan..

Kalau pasal tak lalu makan, yea, saya ada.. semua-semua makanan pun rasa geli nak makan.. nasi lemak yg dulu saya makan hampir tiap hari sekarang ni memang saya dah tak sentuh.. bau pun tak lalu.. bihun goreng, mee goreng pun sama.. saya rasa geli bila tengok dan bau makanan tu, even kalau terbayang pun terus tak lalu.. kalau makanan yg ada banyak santan macam masak lemak cili api pun saya rasa tak lalu.. tapi hari tu masa mama masak lemak cili api puyuh & ayam, saya makan jugak.. sebab kalau mama yg masak bau santan tu takdelah kuat sangat.. tapi kunyah dengan terpaksa la.. hehe.. lapar punya pasal makan je la.. dan kalau ikutkan sekarang ni saya tak berapa minat dengan nasi putih lauk campur.. takde nafsu nak makan bila pandang lauk tu.. unless if it is tom yam kaw kaw campur telur dadar.. wallaaaaaa!! memang sedap lah!! lagi-lagi tom yam kat Food Court Jusco IOI Mall.. best woooo tom yam dia.. hehe.. kan dah teringin.. pastu, saya makin menyampah nak minum susu sebab kena minum 2 kali sehari, pagi dan malam.. malam selalunya hubby yg buat.. kalau tak memang malas saya nak minum.. hehe.. sebabnya, muak lah!! saya kena indigestion, so, makanan memang sangat lah lambat nak hadam.. bila lepas makan kan perut masih penuh, kena sumbat dengan susu pulak, memanglah terus loya.. baik tak kua semula je.. baik la fikir minum susu untuk kemaslahatan & pertumbuhan baby dalam rahim.. kalau tak memang majuk ar dengan hubby sebab suka sangat paksa minum susu.. hoho

Alhamdulillah, sepanjang 10 minggu ni baru 2 kali saya muntah.. tu pun sikit je.. yg lain-lain setakat loya-loya pening-pening biasa je.. Alhamdulillah, syukur sangat.. dan saya cuba sedaya upaya untuk tak nak mengeluh bila kena alahan ke apa-apa dugaan masa pregnant ni.. sebab, ni yg saya nak, saya yg bersungguh minta dari Allah supaya makbulkan hajat kami nak ada baby sendiri, maka bila Allah dah bagi, saya kena kuatkan hati bila Allah duga saya time pregnant ni.. yg penting baby sihat sempurna, saya dapat deliver baby dgn baik, dua-dua selamat, dah cukup untuk saya.. saya tak nak mengeluh atau merungut atau complaint apa-apa pasal morning sickness dan sebagainya, sebab bagi saya bukan senang nak rasa semua tu.. jadi saya wajib hargai setiap moment indah ni sampailah baby lahir.. tak sabarnya.. hihi.. hope semua selamat & kami sihat-sihat je.. doakan kami yea kawan-kawan? (^-^)

hm.. k lah, kita sambung lain kali ek? daaaaaaaaaaa......

Luv,
Adah

Wassalam