Assalamualaikum wbt....
Semalam genaplah 6 bulan tarikh pernikahan antara saya dgn Mr Ryo.. Alhamdulillah, syukur Ya Allah for the great 6 months we've been through.. May the happiness last till hereafter, ameen, insyaAllah.. (^-^) Post kali ni saya nak cerita tentang TTC Efforts yang saya dan Mr Ryo dah buat setakat 6 bulan usia pernikahan kami ni..
Folic Acid
Saya amik folic acid ni dah lebih kurang dua bulan lebih.. saya beli je kat watson, brand Appeton Folic Acid 400mcg, harga RM29.90. folic acid ni sangat bagus untuk wanita yang sendang merancang untuk hamil, sebagai persediaan untuk perkembangan baby bila dah pregnant nanti.. folic acid membantu mengurangkan risiko NTD (penyakit berkenaan saraf) sebanyak lebih kurang 70% kalau tak silap saya.. kawan-kawan bolehlah tanya en. google yea.. banyak info fasal kepentingan asid folic untuk mummy-to-bes and the babies ni.. (^-^)
Massage
Dan semalam petang saya mula berurut denagan tukang urut yang biasa mengurut mama saya, Cik Susi.. she lives in TPG.. an Indonesian.. saya memang pernah berurut satu badan dengan Cik Susi ni.. memang best.. banyak gila angin keluar (tapi yang sendawa Cik Susi la.. bukan saya.. hehe) dan Cik Susi kata peranakan saya ni rendah, so memang agak sukar untuk menakung benih suami.. Cik Susi kata dia dah betulkan bagi 'mongkom' (mencempung) supaya mudah untuk benih suami disimpan dan berenang (I am sorry if its a bit sensitive & private).. in overall the massaging session was good.. sakit memang sakit, tapi demi zuriat untuk Mr Ryo terchenta, saya tahankan je.. kejap je pun sakit dia.. cuma balik umah memang lepak teruslah.. Cik Susi kata saya ok, takde masalah lain selain rahim leper/rendah tu je.. harap-harapnya macam tu lah kan.. (^-^)
Ada petua Cik Susi bagi nak mudah dapat zuriat.. dia kata makan taugeh yang segar dan boleh dicambahkan.. letak dalam air suam, biar taugeh tu beranak pinak.. jangan letak garam.. lepas tu makan la taugeh tu, boleh juga kalau buat air rebusan.. minum hari-hari pagi dan malam.. lagi satu makan keladi kampung, yang mudah beranak pinak tu.. keladi ni memang bagus untuk meningkatkan kualiti telur.. hm, nak cubalah.. though it's a bit hard to find taugeh segar bugar kat Kajang ni.. :(
Apapun, semoga usaha kami membuahkan hasil.. Mr Ryo dah beria-ia ni.. dia suka sangat berangan dapat twins ke triplets ke quadruplets ke.. kalau betul dapat memang saya sangat-sangat bersyukur la.. tapi takut.. huhu.. biasanya kalau multiple pregnancy ni the risk of premature delivery is quite high.. saya nak bersalin normal.. huhu.. and the mummy may need to be in bed rest too.. but again, it's a great pleasure, and I'll be greatful if it happened. tak sabar nak tunggu hasil bulan ni.. (^-^)
Avoiding Fastfood
Yang ni memang dah lama saya amalkan.. since the early of our marriage.. bukan la tak pernah makan fastfood langsung.. tapi sangat-sangat kurang.. ada kajian mengatakan ada bahan dalam makanan-makanan fastfood (eg McD, KFC, Burger King etc) ni boleh menggalakkan peningkatan hormon lelaki pada kita wanita ni.. jadi ini yang menyebabkan sestengah wanita mengalami kesukaran untuk hamil.. apapun saya rasa itu terpulang kepada ketahanan badan masing-masing.. dan juga rezeki dari Allah SWT..
Redha, Tawakkal and Avoiding Stress
Saya cuba sedaya upaya saya untuk tidak terlalu stress memikirkan tentang zuriat dan lain-lain seperti kerja, kewangan dan sebagainya.. dan Alhamdulillah, so far saya lebih tenang.. caranya, senang je.. ;p selain zikrullah, saya belajar untuk redha atas semua ketentuan Ilahi..
macam sekarang ni.. saya sedang bersedih akibat diherdik oleh customer yang tak dapat barang even order dah dibuat sejak 25/11/2011.. saya tak tahu nak pass kepada siapa, so saya pass ke Sales, nobody answers.. tah kali keberapa baru one of them pick up, then she told me that I should pass the line to Control Centre.. nak pass pun kena herdik and marah lagi.. tak boleh ke cakap elok-elok.. tau you tak dapat lagi order you.. but then it's not wrong to talk nicely.. barula orang boleh attend to your problem properly.. there's no need to yelled at people.. saya cuma jaga reception je.. ni pun tolong orang, since nobody in her department and she needed to standby.. bila kena marah macam ni memang sangat down la.. apapun saya istighfar banyak-banyak.. tu je dapat cool down my sobre.. saya anggap ini dugaan buat saya.. semoga saya lebih kuat dan sabar jaga reception dan berdepan karenah customer yang tak beretika macam tu..
Ok, so off topic.. hehe.. yea, istighfar dan zikrullah sangat banyak membantu saya berdepan dengan dugaan dalam apa jua keadaan.. dan semenjak saya belajar untuk redha ni, Alhamdulillah, saya semakin tenang.. syukur Ya Allah.. takde dah nak nangis tiap kali the red flag comes.. saya lebih positif dan menganggap Allah belum nak bagi rezeki atas sebab yang hanya DIA tahu.. dan DIA tahu apa yang terbaik untuk setiap hambaNya.. rezeki itu akan tiba jua.. kalau tak bulan ni bulan depan, kalau tak bulan depan bulan seterusnya and so on.. yang penting, doa, usaha, ikhtiar dan tawakkal.. setelah puas berusaha, kita serahkan semua pada Yang Maha Kuasa untuk menentukan segalanya.. (^-^)
Semoga usaha kami berhasil bulan ni.. Ameen Ya Rabbal 'Alameen.. =)
Wassalam
No comments:
Post a Comment