Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Tuesday, November 29, 2011

Our TTC Efforts so far..

Assalamualaikum wbt....
Semalam genaplah 6 bulan tarikh pernikahan antara saya dgn Mr Ryo.. Alhamdulillah, syukur Ya Allah for the great 6 months we've been through.. May the happiness last till hereafter, ameen, insyaAllah.. (^-^) Post kali ni saya nak cerita tentang TTC Efforts yang saya dan Mr Ryo dah buat setakat 6 bulan usia pernikahan kami ni.. 

Folic Acid
Saya amik folic acid ni dah lebih kurang dua bulan lebih.. saya beli je kat watson, brand Appeton Folic Acid 400mcg, harga RM29.90. folic acid ni sangat bagus untuk wanita yang sendang merancang untuk hamil, sebagai persediaan untuk perkembangan baby bila dah pregnant nanti.. folic acid membantu mengurangkan risiko NTD (penyakit berkenaan saraf) sebanyak lebih kurang 70% kalau tak silap saya.. kawan-kawan bolehlah tanya en. google yea.. banyak info fasal kepentingan asid folic untuk mummy-to-bes and the babies ni.. (^-^)

Massage

Dan semalam petang saya mula berurut denagan tukang urut yang biasa mengurut mama saya, Cik Susi.. she lives in TPG.. an Indonesian.. saya memang pernah berurut satu badan dengan Cik Susi ni.. memang best.. banyak gila angin keluar (tapi yang sendawa Cik Susi la.. bukan saya.. hehe) dan Cik Susi kata peranakan saya ni rendah, so memang agak sukar untuk menakung benih suami.. Cik Susi kata dia dah betulkan bagi 'mongkom' (mencempung) supaya mudah untuk benih suami disimpan dan berenang (I am sorry if its a bit sensitive & private).. in overall the massaging session was good.. sakit memang sakit, tapi demi zuriat untuk Mr Ryo terchenta, saya tahankan je.. kejap je pun sakit dia.. cuma balik umah memang lepak teruslah.. Cik Susi kata saya ok, takde masalah lain selain rahim leper/rendah tu je.. harap-harapnya macam tu lah kan.. (^-^)

Ada petua Cik Susi bagi nak mudah dapat zuriat.. dia kata makan taugeh yang segar dan boleh dicambahkan.. letak dalam air suam, biar taugeh tu beranak pinak.. jangan letak garam.. lepas tu makan la taugeh tu, boleh juga kalau buat air rebusan.. minum hari-hari pagi dan malam.. lagi satu makan keladi kampung, yang mudah beranak pinak tu.. keladi ni memang bagus untuk meningkatkan kualiti telur.. hm, nak cubalah.. though it's a bit hard to find taugeh segar bugar kat Kajang ni.. :(

Apapun, semoga usaha kami membuahkan hasil.. Mr Ryo dah beria-ia ni.. dia suka sangat berangan dapat twins ke triplets ke quadruplets ke.. kalau betul dapat memang saya sangat-sangat bersyukur la.. tapi takut.. huhu.. biasanya kalau multiple pregnancy ni the risk of premature delivery is quite high.. saya nak bersalin normal.. huhu.. and the mummy may need to be in bed rest too.. but again, it's a great pleasure, and I'll be greatful if it happened. tak sabar nak tunggu hasil bulan ni.. (^-^)  

Avoiding Fastfood

Yang ni memang dah lama saya amalkan.. since the early of our marriage.. bukan la tak pernah makan fastfood langsung.. tapi sangat-sangat kurang.. ada kajian mengatakan ada bahan dalam makanan-makanan fastfood (eg McD, KFC, Burger King etc) ni boleh menggalakkan peningkatan hormon lelaki pada kita wanita ni.. jadi ini yang menyebabkan sestengah wanita mengalami kesukaran untuk hamil.. apapun saya rasa itu terpulang kepada ketahanan badan masing-masing.. dan juga rezeki dari Allah SWT..

Redha, Tawakkal and Avoiding Stress

Saya cuba sedaya upaya saya untuk tidak terlalu stress memikirkan tentang zuriat dan lain-lain seperti kerja, kewangan dan sebagainya.. dan Alhamdulillah, so far saya lebih tenang.. caranya, senang je.. ;p selain zikrullah, saya belajar untuk redha atas semua ketentuan Ilahi..

macam sekarang ni.. saya sedang bersedih akibat diherdik oleh customer yang tak dapat barang even order dah dibuat sejak 25/11/2011.. saya tak tahu nak pass kepada siapa, so saya pass ke Sales, nobody answers.. tah kali keberapa baru one of them pick up, then she told me that I should pass the line to Control Centre.. nak pass pun kena herdik and marah lagi.. tak boleh ke cakap elok-elok.. tau you tak dapat lagi order you.. but then it's not wrong to talk nicely.. barula orang boleh attend to your problem properly.. there's no need to yelled at people.. saya cuma jaga reception je.. ni pun tolong orang, since nobody in her department and she needed to standby.. bila kena marah macam ni memang sangat down la.. apapun saya istighfar banyak-banyak.. tu je dapat cool down my sobre.. saya anggap ini dugaan buat saya.. semoga saya lebih kuat dan sabar jaga reception dan berdepan karenah customer yang tak beretika macam tu..   

Ok, so off topic.. hehe.. yea, istighfar dan zikrullah sangat banyak membantu saya berdepan dengan dugaan dalam apa jua keadaan.. dan semenjak saya belajar untuk redha ni, Alhamdulillah, saya semakin tenang.. syukur Ya Allah.. takde dah nak nangis tiap kali the red flag comes.. saya lebih positif dan menganggap Allah belum nak bagi rezeki atas sebab yang hanya DIA tahu.. dan DIA tahu apa yang terbaik untuk setiap hambaNya.. rezeki itu akan tiba jua.. kalau tak bulan ni bulan depan, kalau tak bulan depan bulan seterusnya and so on.. yang penting, doa, usaha, ikhtiar dan tawakkal.. setelah puas berusaha, kita serahkan semua pada Yang Maha Kuasa untuk menentukan segalanya.. (^-^)

Semoga usaha kami berhasil bulan ni.. Ameen Ya Rabbal 'Alameen.. =)

Wassalam

Friday, November 18, 2011

Brown Spot..

Assalamualaikum w.b.t....


Hye kawan-kawan..
hari ni saya rasa semuanya berjalan dengan lancar.. though mama tak jadi p PD untuk aktiviti tahunan pelatih CP (Cerebral Palsy) bermula hari ini hingga Ahad disebabkan dirrheoa.. though hari ni Mr Ryo siap lambat sebab saya pun siap lambat (biasanya saya akan mandi dulu baru Mr Ryo mandi).. So, disebabkan pagi tadi saya dah pakai pad siap2, so bila the brown spot keluar takdela terlekat dekat panty.. saya takdela terasa kecewa ke apa.. just rasa "owh, dah keluar spot.. period ni kot.. " though still harap itu adalah implantation bleeding, tapi kekecewaan itu tidaklah seperti bulan2 yang lepas.. siap nangis lagi kat Mr Ryo.. hehe.. sungguh cengeng dan gembeng saya ni kan??

well, sekiranya brown spot itu adalah miss P, saya redha.. Allah belum lagi nak beri rezeki zuriat kepada kami.. jadinya, bolehlah 'berjuang di medan perang' lagi di cycle baru ni.. hehe (^-^) apapun, tunggu je lah discharge seterusnya nanti macam mana, kalau dah bertukar kepada normal menses discharge Alhamdulillah.. dan kalau still spotting macam ni until Ahad, saya nak p klinik lah.. kotla kan itu adalah sign for the very awaited good news ;))))) insyaAllah.. apapun hasilnya, saya tetap bersyukur.. saya percaya ini adalah ujian yang terindah dari Allah.. sekurang-kurangnya banyak ilmu yang saya boleh dapat hasil daripada penantian ini.. dan sekurang-kurangnya, saya dapat lebih mendekatkan diri kepada Allah.. and boleh mengada-ngada dan bermanja-manja lebih lama dengan Mr Ryo kecintaan saya tu.. hehe ;p

ok guys, need to go now.. nak sambung keje.. see you then yea?! daaaaaaaaaa

Wassalam

Thursday, November 17, 2011

Ulser Mulut

Assalamualaikum w.b.t.

Hi all.. disebabkan dah dua tiga hari ulser mulut ni menyerang mulut saya, dengan ini saya post satu artikel berkenaan dengan ulser mulut untuk pengetahuan kita semua.. barulah clear punca & cara menyembuhkan ulser mulut ni.. hope mine is just serangan saja2 je, not related to those mouth cancers and infections.. and may I'll get well very sooner.. ameen.. 

 Ulser Mulut




Setiap individu pasti pernah mengalami masalah ini sekurang-kurangnya sekali seumur hidup. Didapati, pada satu masa, 19 daripada 100 orang mengalaminya. Ini menunjukkan bahawa ulser kerap terjadi tetapi ianya bukanlah penyakit berjangkit.
DEFINISI
Ulser berasal dari perkataan Latin,Ulcus yang bermaksud bukaan. Ulser mulut merujuk kepada lapisan membran yang terdedah disebabkan oleh kecederaan pada lapisan mukus. Mukus bertindak sebagai pelindung kepada sel-sel di bawahnya. Sekiranya lapisan ini rosak, lapisan seterusnya akan terdedah kepada segala bentuk kecederaan. Ulser mulut biasanya berlaku di dinding mulut, gusi, lidah, lelangit dan kadang-kala melibatkan anak tekak. Sekiranya masalah ini berulang, ianya dikenali sebagai Ulser Apthous.
TANDA & SIMPTOM
Ulser boleh dikenal pasti melalui beberapa tanda, sepeti:
  • terdapat bukaan bulat berwarna putih atau kuning, dikelilingi oleh persekitaran yang agak merah
  • mempunyai saiz sekitar 2-5mm
  • ulser boleh wujud lebih daripada satu sama ada berkelompok atau di kawasan yang berbeza pada satu masa
  • mengakibatkan bengkak
  • sakit terutamanya apabila kawasan ulser terkena sesuatu seperti makanan, tergigit, berus gigi, benda keras dan lain- lain.Oleh itu, mereka sering hilang selera makan atau tidak banyak bercakap
  • boleh berulang tetapi tidak berjangkit
  • sembuh sendiri dalam waktu 3 minggu


PUNCA-PUNCA
Penyebab utama masih belum diketahui dengan jelas. Bagaimanapun, terdapat beberapa faktor dikaitkan dengan ulser:
  • Kecederaan pada dinding mulut seperti tergigit, terkena makanan tajam (tulang ikan), makanan atau minuman yang terlalu panas, rawatan pergigian, bahan kimia (aspirin, alkohol, sodium laryl sulfate)
  • tahap immuniti yang rendah
  • jangkitan kulat (Coccidiodes immitis, Cryptococcus neoformans, Blastomyces dermatitis)
  • jangkitan bakteria (Mycobacterium tuberculosis, Treponema pallidum)
  • jangkitan virus (Herpes Simplex Virus, Varicella Zoster, Coxsackie A Virus)
  • stress
  • penyakit yang berkaitan dengan sistem penghadaman seperti Penyakit Crohn, Penyakit Coeliac, SLE, Ulcerative Colitis
  • kekurangan vitamin C
  • kekurangan vitamin B12
  • penyakit autoimmuniti- Mukus Membran Pemphigoid
  • kanser oral
  • kitaran haid
  • alahan terhadap makanan (contoh: nanas)
  • pengambilan steroid
  • dehidrasi yang keterlaluan
BAGAIMANA ULSER BOLEH BERLAKU
Terdapat 2 mekanisme yang dikaitkan dengan pembentukan ulser:
    1. kecedaraan fizikal pada dinding mulut
    2. tindak balas immuniti terhadap rangsangan kimia/biologi(contoh:jangkitan)
Dua proses di atas mengakibatkan luka pada dinding mulut. Di dalam mulut, terdapat pelbagai bakteria 'baik' dan 'jahat' dan mereka mempunyai akses terhadap kawasan luka. Sekiranya bakteria 'jahat' bejaya membentuk koloni di kawasan luka, bakteria ini akan menghasilkan toksin. Toksin tersebut 'membunuh' sel-sel yang ada, mengakibatkan saiz ulser bertambah besar.Ini amat menyakitkan lebih-lebih lagi sekiranya saraf turut terdedah. Bakteria 'jahat' juga menghasilkan sejenis protein yang dipanggil fibrin untuk melindungi mereka daripada sebarang tindak balas (kita dapat lihat lapisan berwarna putih/kuning pada permukaan ulser). Keadaan ini berterusan sehingga tubuh menghasilkan tindak balas immuniti.
RAWATAN & PENCEGAHAN
    1. Pengambilan analgesik seperti parasetamol dapat mengurangngkan sakit
    2. Rawatan laser dikatakan paling berkesan mengurangkan kesakitan dan merawat ulser dalam tempoh 24-72jam.
    3. Debacterol-mengandungi asid yang dapat membunuh bakteria di kawasan ulser.
    4. Bonjela-sejenis gel yang dapat mengurangkan kesakitan.
    5. Rawatan tradisional seperti meletakan uncang teh di kawasan ulser dapat mungurangkan kesakitan.
    6. Mengamalkan diet yang seimbang terutamanya pengambilan vitamin dan asid folik. Vitamin A & D bagus untuk kesihatan lapisan mulut. Vitamin C meningkatkan sistem pertahanan tubuh.
    7. Meningkatkan tahap kebersihan oral termasuklah penggunaan bahan kumuh yang antiseptik.
    8. Elakkan makanan dan minuman yang terlalu panas.
    9. Bawa bertenang dapat mengurangkan stress.
    10. Elakkan penggunaan ubat gigi yang mengandungi Sodium Lauryl Sulphate(SLS).
    11. Makanan seperti yogurt dan probiotic dapat mengimbangkan bilangan bakteria baik dalam tubuh.
    12. Minum air dengan banyak 
credit to: http://zamfaiz.blogspot.com/2008/12/ulser-mulut.html

Wassalam

Wednesday, November 16, 2011

Mouth Ulser.....

Assalamualaikum w.b.t...

I got mouth ulser since Monday.. betul2 kat bawah taring belah kiri.. bila nak senyum ke, nak bercakap ke, MasyaAllah.. sakitnyaa.. dah macam senyum terpaksa je.. huhu.. plus, my lips are too dry that it cracked badly.. dahla tangan saya ni jenis pantang nampak kulit2 terkopek ni.. makanya, sampai berdarahlah hasil kopekan tu.. dah 'comprang campring' jadinya mulut saya ni.. huhu.. dahla gigi mula rasa sengal2.. hmm..

K, now about our TTC effort pulak eh? bulan ni macam blur sikit sebab LMP (Last Menstrual Period) saya lewat seminggu.. makanya saya pun tak pasti samada miss P ni nak ikut the old cycle or just follow the new cycle.. ini adalah kerana miss B dah pun mula sakit2 semenjak almost a week yang lalu.. maknanya lebih kurang 10-11 hari sebelum due miss P kalau ikut new cycle.. agak awal juga, and agak kerap sakit itu jika dibandingkan dengan sebelum2 ini.. selalunya dalam seminggu sebelum due baru sakit.. and then dia just sakit bila membengkak je.. dah dekat due cuma rasa bengkak, berat dan besar je.. tapi kali ni dia kerap macam mencucuk kejap2.. kadang kat bahangian dekat dengan lengan, kadang kat aound miss P tu, kadang atas belah kiri.. ikut suka dia la.. kadang pelik pulak.. tapi tak nak la difikirkan sangat kan? especially when I feel pain like contraction (kot.. hehe).. macam nak uk uk tu.. biasa nak due memang rasa macam tu.. tapi lepas dua tiga hari miss P pun datanglah.. tapi kali ni dah dua tiga hari belum ada lagi.. just rasa macam wet je kat miss V tu ha.. hm, makanya saya pun takdelah perasaan mengharap rezeki Allah yang satu itu sudah tiba.. (tak mengharap tapi sempat lagi perasan dah preggy.. hehe) apapun, tunggu je la due miss P sabtu ni.. kalau delay sebab preggy, syukur Alhamdulillah.. memang syukur tak terkata dah.. (^-^) tapi kalau belum ada, biarlah miss P on time kan? boleh segera kembali ke medan juang.. kehkehkeh..

dup dap ni nak tunggu sabtu.. Till then ya dears.. (^-^)

Wassalam

Saturday, November 12, 2011

Torn..

Assalamualaikum w.b.t.....
Ini adalah entri berbahasa Melayu rojak.. hehe.. malas pulak nak speaking all the time.. well, yeah I'm torn.. Last Thursday, before balik dari keje.. one of my colleague (a guy) nak balik dah.. it's around five pm.. and dia pun sibuk2 la nak balik, ajak orang balik, suruh orang balik.. ginilah lebih kurang ceritanya:

Him: Balik, balik, jom.. dah kul 5 ni.. Adah jom balik, D, balik.. 
Me: Hm, baliklah..
D: sibukla ko ni.. 
Him: Adah, p la balik cepat.. malam ni malam Jumaat.. kena berusaha keras ni.. 
Me: haha.. 


And then mana tah dia menghilang.. tiba2 dia datang balik.. 

Him: Adah, balik.. awak kena keje keras malam ni.. orang lain yang kawin tahun ni semua dah pregnant.. awak sorang je belum.. IA on the way dah, wife F pun dah 5 minggu.. tinggal awak je belum..
T: A ah Adah.. we all pun tak sabar nak tunggu ur turn pulak..
Me: speechless, just laughing to cover my torn heart.
Him: NS, awak pun belum ada lagi anak M*** sponsor. Saya dua orang dah.. MZ pun nak masuk dua.. AM dah sorang.. 
NS: Ala ramai je lagi belum ada anak M***. 

And then apa benda tah dia mengarut lagi.. saya dah sakit hati.. mata dah mula berair, cuma belum bergenang je.. masa tu memang istighfar banyak2 coz tak nak marah2.. (yes, since I know stress is not good for TTC couple, I tried my best to maintain my good mood) and then senyum je.. balik tu memang la terngiang-ngiang kan apa yang that guy cakap.. tu kan rezeki Allah.. memang saya tersangat kecewa dgn comparing statement seperti itu.. though he might be joking around.. but still, dont mess around others rizq.. saya dan Ryo dah berusaha setakat yang kami terdaya.. cuma mungkin belum masanya untuk Allah beri rezeki baby kepada kami.. who knows, saya agak lambat conceive, but when I'm conceive later on, Allah gives us twins, or maybe triplets.. who knows kan?? hm, ada lagi sorang yang tanya whether I already conceived or not.. he's handling our finance office in our branch.. so he rarely come in to our HQ office.. the same day the first situation happened, in the morning, he asked me whether I had already conceived or not.. I just geleng je.. and he's shock.. yea la, tarikh kawin kami sama je.. then maybe dia pelik kenapa I tak conceive lagi.. and then boleh dia tanya belum ke atau memang tak nak lagi? of course I kata belum.. belum rezeki.. and dia terus blah.. yea, memang pada orang lain soalan macam ni mungkin tak memberikan kesan apa pun.. tapi walaupun sikit, saya terasa la jugak.. we never in family planning.. tak boleh ke fikir positive and doakan kami akhirnya dikurniakan rezeki zuriat? just like them? apapun, saya dah memaafkan mereka.. cuma apa yang saya kesalkan, mereka ini sepatutnya berfikir dulu sebelum keluar statement bukan2.. fikir dulu perasaan orang.. besides, semua tu rezeki Allah.. kami cuma mampu merancang dan berusaha setakat yang terdaya.. dan selebihnya Allah yang tentukan.. hope diberikanlah petunjuk dari Allah kepada mereka2 ini supaya berfikir panjang sebelum bercakap soal rezeki.. till then guys, daaaaa.. =)  

P/S: Saya redha atas qada' dan qadar Allah.. yang penting saya dan Ryo dah usaha yang terbaik.. Allah knows what's best for us.. May HIS bless always shining our life.. Ameen.. InsyaAllah..
 
Wassalam

New 'Home'

Assalamualaikum w.b.t to all..

Welcome to my new home.. (^-^) This new blog purpose is mainly to express my 'aduan' feels, thoughts & expressions especially in my effort to conceive. Yeah, it has been almost six month from our nikah day and still negative. And seriously I dont really mind people asking, but when they comes out with somewhat cruel statement, I feel really sad, mad.. torn.. hurt.. ok lah, I think I will continue my 'aduan' in next post.. this post is only meant to welcome myself and u all to my new home.. (^-^) hehe.. till then guys, daaaa..

Wassalam