Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Thursday, May 2, 2013

Ladies Day Out to Kenanga Wholesale City

Assalamualaikum Warahamtullahi Wabarakatuh

Semalam Hari Buruh/Pekerja kan? Selamat Hari Buruh/Pekerja terlewat yea kawan-kawan.. :) hehe.. semalam saya, mama, Fina, Angah dan Syiqin p shopping sakan kat Kenanga Wholesale City.. of shopping, memang best.. rambang mata tengok pakaian cantik-cantik dan sangat murah kat sana.. kalau nak dapat murah syaratnya mudah je.. beli minimum 3, tak sama harga dan design pun takpe, asalkan minimum 3, dapatlah sampai half price.. berbaloi-baloi.. hehe.. first thing we all beli adalah baju Fina.. hoho.. memang asalnya nak cari tudung comel untuk Fina.. tapi tudung tak jumpa pun, jumpanya baju jalan Fina.. 2 pasang Zarakids and lagi sepasang tu jumper with hoodie warna merah polkadot putih.. hehe.. merah lagi.. Zarakids punya baju adalah sangat comel ok.. kitorang beli sleeveless denim dress yang sangat comel dan denim overall yang cute.. hehe.. mommy dia pun tak penah beli brand Zara.. rezeki Fina la kan.. then saya beli dua pasang chiffon blouse yang end up sendat di bahagian atas lengan.. huhu.. baru nak melaram sikit.. nak buat macam mana kan? sejak mengandung memang bahagian atas (atas lengan dan dada) adalah membesar bagai juara.. baju-baju semua sendat area tu.. Alhamdulillah, perut, punggung dan peha sudah mula mengecil semula.. tu boleh pakai jeans yang dah mengetat sejak dua tiga bulan sebelum mengandung.. hehe.. diet? hm, a strict no.. sebab, saya masih breastfeed Fina.. harap sangat-sangat saya dapat breastfeed Fina selama yang boleh.. Aamiin, Allahumma Aamiin.. 
Ok, then saya beli pulak 2 pasang skirt labuh.. ok, yang ni size ok kat saya.. Alhamdulillah.. lepas tu, I got a new haircut.. hehe.. finally.. yang bestnya kedai ni kalau untuk muslimah bertudung, dia akan bagi ruang yang bertutup langsir penuh dari atas sampai lantai.. nak cuci rambut pun dia akan cover kita pakai langsir tu (ruang cuci rambut adalah terasing dari ruang potong rambut.. cuma yang kurang bestnya dia akan promote hair products la kan.. biasa la.. especially yang rambut bermasalah macam saya ni.. sejak lepas habis pantang memang rambut sangat banyak gugur.. dahlah rambut panjang, adalah hampir ke pinggang.. sekali sikat je segumpal gugur.. huhu.. tu yang nak sangat potong rambut.. dah kebetulan jumpa hair salon kan, teruslah gunting..

Then saya beli sandal yang ala-ala fitflop tu.. sangat lembut though bukan fitflop.. cuma disebabkan ibu jari kanan saya pulak kena cagu dan masih belum decide nak buang kuku ke tak, saya tak dapatlah pakai untuk ke ofis since its a bit fit walaupun memang size kaki saya.. kalau tak berstokin boleh je pakai.. since saya berstokin, sandal tu akan tarik stokin jadi ketat, so nanti sakit pulak ibu jari kan.. so, tunggu baik dululah.. 

Lepas solat zuhur kami terus cari tempat makan.. kitorang makan kat area rumah Angah.. tempat dia adalah best.. makanan pun boleh tahan.. harga pun berbaloi-baloi.. kami duk dalam pondok.. gambar tak banyak pun.. kena bergilir jaga Fina.. hehe.. Fina adalah tengah kemaruk nak meniarap.. kat mana-mana pun kalau dia rasa nak meniarap dia akan meniarap.. kalau tak dapat dia akan menjerit and kadang sampai nangis.. dahlah pakai baju ladybird yang siap ada sesungut and wing tu, comel okay.. hehe.. then lepas makan dan tapau sikit untuk orang-orang kat rumah, kami p rumah Angah untuk solat Asar.. and terus balik.. 

Ok, nak cerita pasal Kenanga Wholesale City (KWC) ni pulak.. overall memang best kedai-kedai dia.. cuma facility yang sangat tak memuaskan hati.. KWC ada 17 aras, dan shopping area ada sampai level 10 ke 11 tak sure..toilet tak semua level ada.. dah tu kat level yang ada pulak cuma ada 3 pintu.. dan takde changing room or area untuk baby.. terpaksa change diaper Fina kat OKU toilet.. bawa stroller dia masuk.. huhu.. then, tak bersih, berbau.. dan takde salur nak cuci.. jenis pancut dari dinding tu ha.. huhu, kalau salah aim habis basah seluar.. then surau ada kat level 16 sahaja.. dan surau pun berbau.. tempat baru kan.. tak terbela la.. lif adalah super duper slow.. boring giler tunggu.. dan men's fashion adalah sangat limited.. banyak t-shirt and kemeja kotak-kotak je.. maybe ada kat level lain yang kitorang tak round.. and I think they should use travelator instead of escalator since ramai parents bawak anak diorang dalam stroller.. jenuh ok nak tunggu lif.. dan kurang signboard untuk ke toilet, lif, surau dan sebagainya.. 

Tapi xpe, sebab harga barang murah.. affordable.. rasanya tu je la kot.. see ya all next time.. :) daaaaaa

Luv
Adah

Wassalam

2 comments:

  1. sonok bce cite awk.. nk g sne gak la hjg mgu ni..cuci2 mata..hehe

    ReplyDelete
  2. haha, tq sis.. pegi, jgn tak pegi.. (^-^) rambang mata klu p sana.. hehe

    ReplyDelete