Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Friday, June 14, 2013

Posing Friday (^-^)

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

 Hari ni kita tengok gambar dulu ek? ;)

masa p Padang Jawa umah bik Yah jumpa mbah n bik Nik.. Daddy is tak ikut sebab keje.. p dgn mama, Awie, Irsyad saje.. Ayah kena bergegas p outstation kat Perak pulak.. huhu

Mommy and Fina sempat posing tunggu daddy isi petrol

huehuehue

On the way p umah pakcik daddy kat kuala Pilah.. wedding daddy's cousin

Kat Melang Inn before check out.. stay sini masa wedding daddy's cousin

Fina and Tok Mama kat Az Zahrah Bandar Teknologi Kajang, teman mommy

Excited Fina.. hehe

Hye, I'm Nur Aina Surfina (^-^)

Hm, mommy, cepatla.. nak p jalan ni.. hehe



Dah besar dah Fina.. Jap je dah 5 bulan.. Mommy started to miss the moment Fina was in mommy's womb.. miss the kicking, movements, miss the cramping, everything lah.. :))))) Sayang anak mommy ketat-ketat lah!! 

Hm, Fina memang kami dah biasakan bertudung or at least cover her head bila keluar rumah.. Alhamdulillah, setakat ni Fina takde sibuk nak tanggal tudung or other headgears yg kami pakaikan.. memang ramai yg kata kesian baby lagi dah pakai tudung.. kesian baby rimas pakai tudung.. tapi kami tetap pakaikan sebab kami nak biasakan Fina dengan kewajipan menutup aurat dgn sempurna.. dan saya sendiri masih berusaha untuk tutup aurat sesempurna mungkin, sehingga saya boleh bawa pakaian yg saya pakai untuk menunaikan solat tanpa perlu memakai telekung, kerana itulah cara tutup aurat yg paling sempurna.. sedang berusaha ke arah itu, in shaa Allah.. dan kerana saya telah ada Nur Aina Surfina, maka saya wajib menjadi her best role model and teacher ever.. oleh itu saya memakaikan Fina dgn pakaian yg sopan, tutup kepala sekurang-kurangnya dgn baby's hat.. saya hanya mau Fina tahu dan faham bahawa aurat wajib dijaga.. 

dan lagi, ramai yg ingat Fina adalah baby boy walaupun dah terang-terang Fina pakai pink socks, pink shirt, red shirt.. huhu, she is a girl okeh!!  peminat diamonds, blink stones kat baju kami sampai nak digigitnya batu-batuan yg berkerlipan itu.. huhu.. sangat gegirl.. tang mana yg boyish pun tak tau lah.. ke sebab Fina cukur jambul, rambut masih tak cukup panjang lepas cukur hari tu, tu yang orang ingat baby boy?? hm, tah lah.. yang penting mommy sayang sangat kat Fina tau.. mmmmuuaahhhh..  

Luv,
Adah

Wassalam

Thursday, May 2, 2013

Setahun yang lalu

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

Setahun yang lalu, pada tarikh ini saya telah membuat UPT pada hari pertama saya sepatutnya menses.. dan Alhamdulillah, setelah 11 bulan, inilah hasilnya:
My first positive test

Perasaan mestilah gembira tak terkata kan? Alhamdulillah.. masa tu tak sabar nak jumpa doctor.. balik keja terus p Klinik Mewah untuk check.. doctor kata memang positive.. dia suruh datang lagi next two weeks untuk confirmation since masa tu its still too new.. hari tu 02/05/2012, hari Rabu.. syukur tak terhingga ok.. rahsia dulu dari mama and semua.. husband je tau.. then Sabtu tu p Az-Zahrah Bandar Tech pulak.. Alhamdulillah, doctor kata masa tu baby dah around five weeks.. happy.. :) tapi tak scan pun lagi.. dapatlah folic acid and obimin.. Dr Rohani yang confirmkan pregnancy saya.. dialah yang kata saya boleh register anak ke sekolah masa umur 6 tahun since she will be born on January.. Alhamdulillah semua berjalan lancar.. dan setahun selepas itu Fina pun dah lahir, dah tiga bulan lebih, masuk 4 bulan dah pun.. sangat-sangat sayang Fina.. permata hati dan buah hati mommy daddy, tok mama tok ayah, mbah, dan semua cik and wak dia, semualah.. :) dan Alhamdulillah, walaupun masih kecil, Fina berpeluang teman tok mama p usrah dan mengaji.. semoga Fina dapat tempias barakah majlis ilmu yang tok mama hadiri dan berjaya kami didik dan bentuk menjadi hamba Allah yang solehah.. Aamiin.. :)

Luv,
Adah

Wassalam



Ladies Day Out to Kenanga Wholesale City

Assalamualaikum Warahamtullahi Wabarakatuh

Semalam Hari Buruh/Pekerja kan? Selamat Hari Buruh/Pekerja terlewat yea kawan-kawan.. :) hehe.. semalam saya, mama, Fina, Angah dan Syiqin p shopping sakan kat Kenanga Wholesale City.. of shopping, memang best.. rambang mata tengok pakaian cantik-cantik dan sangat murah kat sana.. kalau nak dapat murah syaratnya mudah je.. beli minimum 3, tak sama harga dan design pun takpe, asalkan minimum 3, dapatlah sampai half price.. berbaloi-baloi.. hehe.. first thing we all beli adalah baju Fina.. hoho.. memang asalnya nak cari tudung comel untuk Fina.. tapi tudung tak jumpa pun, jumpanya baju jalan Fina.. 2 pasang Zarakids and lagi sepasang tu jumper with hoodie warna merah polkadot putih.. hehe.. merah lagi.. Zarakids punya baju adalah sangat comel ok.. kitorang beli sleeveless denim dress yang sangat comel dan denim overall yang cute.. hehe.. mommy dia pun tak penah beli brand Zara.. rezeki Fina la kan.. then saya beli dua pasang chiffon blouse yang end up sendat di bahagian atas lengan.. huhu.. baru nak melaram sikit.. nak buat macam mana kan? sejak mengandung memang bahagian atas (atas lengan dan dada) adalah membesar bagai juara.. baju-baju semua sendat area tu.. Alhamdulillah, perut, punggung dan peha sudah mula mengecil semula.. tu boleh pakai jeans yang dah mengetat sejak dua tiga bulan sebelum mengandung.. hehe.. diet? hm, a strict no.. sebab, saya masih breastfeed Fina.. harap sangat-sangat saya dapat breastfeed Fina selama yang boleh.. Aamiin, Allahumma Aamiin.. 
Ok, then saya beli pulak 2 pasang skirt labuh.. ok, yang ni size ok kat saya.. Alhamdulillah.. lepas tu, I got a new haircut.. hehe.. finally.. yang bestnya kedai ni kalau untuk muslimah bertudung, dia akan bagi ruang yang bertutup langsir penuh dari atas sampai lantai.. nak cuci rambut pun dia akan cover kita pakai langsir tu (ruang cuci rambut adalah terasing dari ruang potong rambut.. cuma yang kurang bestnya dia akan promote hair products la kan.. biasa la.. especially yang rambut bermasalah macam saya ni.. sejak lepas habis pantang memang rambut sangat banyak gugur.. dahlah rambut panjang, adalah hampir ke pinggang.. sekali sikat je segumpal gugur.. huhu.. tu yang nak sangat potong rambut.. dah kebetulan jumpa hair salon kan, teruslah gunting..

Then saya beli sandal yang ala-ala fitflop tu.. sangat lembut though bukan fitflop.. cuma disebabkan ibu jari kanan saya pulak kena cagu dan masih belum decide nak buang kuku ke tak, saya tak dapatlah pakai untuk ke ofis since its a bit fit walaupun memang size kaki saya.. kalau tak berstokin boleh je pakai.. since saya berstokin, sandal tu akan tarik stokin jadi ketat, so nanti sakit pulak ibu jari kan.. so, tunggu baik dululah.. 

Lepas solat zuhur kami terus cari tempat makan.. kitorang makan kat area rumah Angah.. tempat dia adalah best.. makanan pun boleh tahan.. harga pun berbaloi-baloi.. kami duk dalam pondok.. gambar tak banyak pun.. kena bergilir jaga Fina.. hehe.. Fina adalah tengah kemaruk nak meniarap.. kat mana-mana pun kalau dia rasa nak meniarap dia akan meniarap.. kalau tak dapat dia akan menjerit and kadang sampai nangis.. dahlah pakai baju ladybird yang siap ada sesungut and wing tu, comel okay.. hehe.. then lepas makan dan tapau sikit untuk orang-orang kat rumah, kami p rumah Angah untuk solat Asar.. and terus balik.. 

Ok, nak cerita pasal Kenanga Wholesale City (KWC) ni pulak.. overall memang best kedai-kedai dia.. cuma facility yang sangat tak memuaskan hati.. KWC ada 17 aras, dan shopping area ada sampai level 10 ke 11 tak sure..toilet tak semua level ada.. dah tu kat level yang ada pulak cuma ada 3 pintu.. dan takde changing room or area untuk baby.. terpaksa change diaper Fina kat OKU toilet.. bawa stroller dia masuk.. huhu.. then, tak bersih, berbau.. dan takde salur nak cuci.. jenis pancut dari dinding tu ha.. huhu, kalau salah aim habis basah seluar.. then surau ada kat level 16 sahaja.. dan surau pun berbau.. tempat baru kan.. tak terbela la.. lif adalah super duper slow.. boring giler tunggu.. dan men's fashion adalah sangat limited.. banyak t-shirt and kemeja kotak-kotak je.. maybe ada kat level lain yang kitorang tak round.. and I think they should use travelator instead of escalator since ramai parents bawak anak diorang dalam stroller.. jenuh ok nak tunggu lif.. dan kurang signboard untuk ke toilet, lif, surau dan sebagainya.. 

Tapi xpe, sebab harga barang murah.. affordable.. rasanya tu je la kot.. see ya all next time.. :) daaaaaa

Luv
Adah

Wassalam

Monday, April 29, 2013

Shopping Baju Raya (^-^)

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

Hye dears.. (^-^)

Yea, raya adalah lama lagi.. dalam bulan 8 kan? tapi kami sudah 'ter'shopping untuk raya.. hehe.. asal mulanya, kami kaluar cuma nak cari socks, pampers and cotton ball Fina je.. sekali terbeli dua tiga pasang baju basahan dan baju jalan untuk Fina.. ni daddy la yg beli.. dia turun p beli barang2 kat Manjaku Kajang, mommy and Fina tunggu dalam keta je.. huhu.. daddy pi beli sepasang gown short sleeves for Fina.. hoho.. purple lagi.. Jumaat hari tu mommy dah shopping baju jalan Fina kat Tesco.. kebetulan ada less 50%.. mula2 rasa amik sepasang je yang 50%.. xperasan pulak blouse and stretchable jeans pun ada 50% less jugak.. dah bayar baru perasan apasal macam price kena bayar was below calculation.. Alhamdulillah, rezeki Fina.. :) rupanya ada less.. so, hari tu Fina dapat dua pasang long sleeves gown, one long sleeves blouse and one stretchable jeans for Fina.. boleh pakai untuk kua jalan-jalan.. (^-^) tu hubby tak puas hati dia pun beli jugak.. hoho.. minggu ni je Fina dapat 6 pasang baju jalan.. cuma kami beli bigger size la.. boleh pakai lama sikit kan? yea la, baju yang ada kat umah tu pun banyak yang dah sedang elok je kat Fina.. sebulan dua lagi confirm dah tak muat.. lagipun, Fina dah kami ajar bertudung, takkan nak bagi dia pakai tudung dengan lengan pendek kan?yea, kami dah ajar Fina bertudung bila keluar umah.. dan Alhamdulillah, so far Fina tak kisah.. cuma bila tok mama bawa Fina p ngaji, kat keta tok mama pakaikan tudung, tapi sampai surau tok mama buka sebab dalam keta tok mama panas, so sampai surau Fina dah berpeluh.. tapi kalau keluar dgn mommy daddy, since keta air-cond kuat, takdelah tanggal tudung.. cuma kalau air-cond kuat sangat kulit Fina mengering.. sian dia.. 

Haaa, lepas p Manjaku tu hubby tanya nak pi mana lagi.. saya pun cakapla nak cari long blouse yang sesuai untuk menyusu.. jalan-jalan sampai la ke Bangi.. nampak Cititrend singgahlah.. tanya ada jual long blouse yang sesuai untuk menyusu tak.. takde.. huhu.. tapi jalan lagi ke dalam kedai tengok-tengok.. masa ni Sales Assistant (SA) excited tengok Fina.. yea la, baru 3 bulan lebih, tapi badan Alhamdulillah semangat.. mula-mula diorang ingat Fina just pakai headband dgn hoodies.. dah lama tu baru dia perasan Fina pakai tudung.. hoho.. semua teruja tengok Fina.. tapi since Fina baru bangun tido, dia kurang mood.. malu-malu sikit.. dah jalan-jalan tu hubby nampak baju kurung pahang pulak.. warna plum (hubby kata warna maroon, tapi sebenarnya purple plum.. huhu, purple lagi).. terus suruh beli untuk raya.. tapi untuk warna tu since design baru untuk raya ni, stok tak banyak lagi.. so, kena book dulu size and warna.. dalam seminggu dua lagi diorang call, datang amik.. terus order sekali baju melayu kat sini.. dan tiba-tiba masa dekat cashier tu ternampak pulak baju kebaya untuk baby.. terus hubby suruh amik yang paling kecik.. size 4.. hope raya nanti dah boleh pakai la kan.. sebab size paling kecik dia pun agak besar kat Fina.. jadi jubah kebaya pulak.. yang kelakarnya, kebaya tu kain dia jenis ropol tepi.. adehh.. xpasal-pasal kena gelak tok mama.. harga? RM39.90 je.. then, since Fina's kebaya is dark blue, so mommy daddy pun cari lagi sepasang baju raya in blue.. dapatla baju kurung sepasang, yang ni ada stock, so saya boleh terus bawa balik.. cuma baju melayu je kena order.. our nuance is lighter than Fina's.. and kami beli jugak dua pasang baju kurung untuk Fina in plum, to match baju raya kami yg lagi sepasang tu.. harga baju kurung Fina RM19.90 sepasang.. puas hati.. masa hubby nak bayar tu Fina dah mula jerit-jerit dan merengek, nak susu.. so saya pun bawa Fina masuk keta terus untuk breastfeed.. hehe, puas hati.. even tak dapat beli long blouse, dapat baju raya pun dah happy tak terkata.. ;) now tinggal cari tudung untuk Fina yang match dengan baju raya dia.. she already has grey, black + purple, soft purple and soft pink.. now kena cari blue and plum.. hope jumpala kat internet ke kat kedai-kedai luar tu ke.. plus, nak belikan baju raya untuk mama and mak, dan untuk ayah jugak.. (^-^)

Ok, sekian untuk kali ini.. daaaaaa..

Luv,
Adah

Wassalam

Tuesday, April 23, 2013

Nur Aina Surfina's Photo Collections

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh

Dear my OD and readers,

Seperti yang dijanjikan, my baby Fina photos!! :))))

Nur Aina Surfina at +- 31 weeks in mommy's womb
Dalam perut lagi dah pandai muncung.. hehe
12/01/2013, Fina at her second day of life (^-^)   
15/01/2013, her fifth day of life
17/01/2013 She's a week old!! (^-^) She weighs 4.5kg already.. hehe
27/02/2013 Fina's first trip to hometown (KAIRO, Johor)
04/03/2013 Dah botak!! hehe, comel tak saya?? ;)
04/03/2013 Dah mula pandai posing ok ini anak.. bila mommy pegang handphone je pandang handphone tak berkelip.. hehe
06/03/2013 Fina got her first tudung!! (^-^) ni on the way balik dari bandar Pontian, shopping tudung and Cool Blog.. hoho
08/03/2013 Her first outing with tudung.. nak p lawat newborn uncle kat Kg Melayu Raya, Johor
25/03/2013 muncung-muncung.. nak start sembang dah masa ni..
25/03/2013 sebelum teman mommy masak kita posing dulu yea sayang.. hehe ;p
03/04/2013 with her daddy
09/04/2013 Alhamdulillah, dah pandai tiarap.. tapi masih perlu bantuan sebab Fina belum pandai kepakkan tangan
14/04/2013 Fina nak p jalan dengan mommy and daddy.. ;p already 6.8kg.. dah besar dah anak mommy.. (^-^)
22/04/2013 Latest, semalam.. Fina dah pandai peluk bantal.. hehe

Ok dears.. tu je gambar Fina untuk kali ni.. akhirnya dapat juga transfer dari tab and handphone ke PC.. sekarang Fina dah makin manja.. makin banyak berjaga siang.. dah mula bangun jam 3-4 pagi nak susu (tapi tak nangis, she just rooting around, searching for her 'tabung susu'.. huhu) and paling best, dah pandai menjerit.. bila takde orang layan dia mulalah menjerit panggil orang, kalau lama sangat menjerit orang tak datang juga, apalagi, menangislah sekuat hati.. hehe.. sayang buah hati mommy.. muah muah.. (^-^) hari ni mama bawa Fina p kelas mengaji dia.. hope Fina's behaving very well la kan? risau je dia nangis ke jerit2 ke, tak nak la ganggu orang lain kan.. semoga Fina dapatlah berkat tok mama dia p belajar ngaji.. semoga Allah permudahkan semuanya.. Aamiin.. In shaa Allah..

Lots of Love,

Adah

Wassalam

Wednesday, April 17, 2013

Kenangan Sekolah Rendah

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh

Hmmm.. tiba-tiba pagi tadi masa drive ke office, saya terkenang zaman sekolah rendah dulu.. Sekolah pertama saya adalah SK Batu 10 Skudai, di Johor Bahru, sebulan je kot saya kat sana.. then pindah ke SK Majidee Baru & Sekolah Agama Majidee Baru.. Darjah 5 saya pindah pula ke SK Methodist, Telok Datok, + SRA Banting kat Banting, Selangor..

Tiap sekolah ada memberikan kenangan tersendiri buat saya.. di SK Batu 10, saya sempat Darjah 1 je kat sana.. tu pun dalam sebulan lebih je kot.. sebab lepas tu kami pindah ke rumah sendiri di Kg Dato' Sulaiman Menteri, kat Majidee.. kat SK Batu 10, mula-mula sebelum mula sesi persekolahan kami ada satu hari sesi orientasi untuk murid Darjah 1.. so kami pun diberikan kelas dan dibawa mengelilingi kawasan sekolah.. so, ceritanya, masa first day sekolah tu, bila sampai sekolah je saya sakit perut.. terus cari tandas.. bila dah selesai, saya pun pegi la ke kelas yg diberikan masa hari orientasi hari tu.. tapi, cikgu lain pulak yang handle kelas tu.. makanya saya pun merayau la kat kawasan sekolah.. cari kelas dan cikgu.. so entah macam mana saya boleh sampai kat padang sekolah.. ada sorang budak lelaki ntah darjah berapa tah, duk kat bench tepi padang tu.. siap kongsi kacang lagi.. tapi tak ingat la ada borak ke tak.. lepas tu lepas rehat, jalan-jalan lagi cari kelas dan cikgu.. kebetulan masa tu cikgu masa orientasi tu ada kat kelas hari tu.. so saya masukla.. cikgu tu pun cari saya jugak rupanya.. hehe.. tah pape je.. ragam first day sekolah kan? ada yang menangis tak bagi mak ayah balik, ada yg cool je, yg saya ni pulak siap sesat sampai ke padang, jalan-jalan keliling sekolah sebab cikgu kat kelas tu lain dari masa hari orientasi.. haha.. 

Then, masa kat SK Majidee Baru, biasa-biasa je.. cuma masa Darjah 1 tu saya kena buli dengan ketua kelas yg gangster habis.. and she's a girl.. perrrghh.. sebelah kelas saya ada curam, nak sampai ke astaka mesti kena lalu curam tu.. tapi ada tangga la.. yg ketua kelas saya ni, tah kenapa tah.. dia komplot dgn sorang lagi kawan waktu rehat panggil sorang-sorang murid kelas saya.. ingatkan kenapa.. tengok ada sorang kawan sebelum saya dah nangis teresak-esak.. being me, memang tak tertanya la.. saya mana banyak cakap.. hehe.. so, dengan naifnya saya jumpa ketua kelas tu.. sekali kena tolak jatuh curam daaaa.. huhu.. calar la jugak lutut saya.. yeala, masa tu pakai pinafor tu.. terdedahla lutut.. rasanya dia jealous kot sebab kami antara murid kesayangan (perasan.. hoho) cikgu kelas kami, Cikgu Silva.. :) then, ada satu masa pulak, masa pembahagian rumah sukan.. ada sorang cikgu datang dan panggil saya.. then dia sebut nama saya Azima, saya betulkan suruh dia panggil Azimatul.. dan sampai Darjah 5 kat sekolah tu saya dipanggil Azimatul.. walhal kat Sekolah Agama saya dipanggil Azima.. huhu.. hm, saya masuk sekolah agama masa Darjah 2.. saya dilantik jadi bendahari kelas dan masa sekolah agama Darjah 3 kot, saya jadi pengawas sampai Darjah 4.. kat Johor dulu, kalau tak lulus periksa akhir tahun tak boleh naik kelas.. tapi, Alhamdulillah, saya lulus.. nombor 1 untuk tiga tahun berturut-turut.. hehe

Masa kat SK Methodist pulak, since saya budak baru, glamour la jugak.. lagi-lagi bila adik saya (Cqin) selalu tak nak masuk kelas sendiri (Darjah 1).. masuk kelas saya dia tido.. hoho.. sebabnya, dia takut dengan cikgu sebab takde text book.. dan kawan-kawan ejek.. yeala kan, kat Majidee dulu kami dapat pinjaman buku teks.. bila kat sini kami tak dapat sebab tak layak.. cikgu HEM kata gaji ayah besar.. huhu.. dan ayah belum sempat bawa kami p beli buku.. dekat seminggu jugakla Cqin tak nak masuk kelas.. sabo je la.. masa Darjah 6 pulak, masa kelas Pendidikan Seni, ada sorang Chinese boy sebelah saya ni.. dia memang quite playful and sengal jugakla.. dia selalu masukkan stokin dia kat botol air mineral saya.. memang la lepas tu saya tak sentuh langsung botol tu kan.. alkisahnya, masa kelas Pendidikan Seni tu, budak ni baru lepas buat sepah buang kertas dekat area meja kami.. so cikgu nampak dan denda kami berdiri kat pintu kelas sampai habis waktu.. T_T dia kat hujung sebelah jalan, saya pulak kat hujung depan court dan kelas lain.. huhu, malu okeh.. siap guru besar lalu tanya kenapa lagi.. saya dah terkedu tak tau nak jawab apa.. malu.. huhu.. dah la ramai sangat yg kenal saya termasuk la guru besar disebabkan saya murid baru dan jugak sebab adik saya tak nak masuk kelas tu.. huhu.. (psssstt, cikgu Pendidikan Seni tu FIL kepada Seelan Paul tau.. kat sekolah menengah pulak saya jumpa MIL dia, my English teacher masa form berapa tah.. hehe)

Okla, rasanya tu lah antara kenangan pahit manis masa sekolah rendah dulu.. ada je lagi sebenarnya, tapi kat atas ni antara yg paling tak boleh lupa la.. hehe.. daaaaaaa.. 

Wassalam

Thursday, April 11, 2013

Nur Aina Surfina: 3 months milestone

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh

Alhamdulillahi rabbil 'alameen.. Nur Aina Surfina atau Cahaya Mata Bersih, Suci dah pun 3 bulan hari ni.. eh, tak.. semalam.. (10/01/2013 - 10/04/2013) hehe.. I owe you her photos.. kat pc ofis ni takde lagi gambar Fina.. ada kat tab dan handphone je.. since saya adalah sangat malas nak type guna tab, makanya, takdela photo Fina.. nak amik kat FB, kat ofis FB blocked pulak kan.. nantilah, akan saya buat satu entry khas untuk photo2 Nur Aina Surfina.. in shaa Allah.. 

ok, di usia 3 bulan ni Alhamdulillah Nur Aina Surfina dah makin bijak.. dah pandai meniarap atas flat surface dah 08/04/2013 hari tu.. two days before her 3 months birthday.. :) kalau kat surface yang senget sikit dah dua tiga minggu jugakla dia pandai..  during her trial to 'meniarap' tu, sangat bersungguh-sungguh sampai menangis-nangis.. then kami suruh rehat dulu.. lepas dah rehat dia try lagi.. Alhamdulillah, atas semangat dan kesungguhan yang jitu, ceewahhh, akhirnya berjaya juga.. syukur Alhamdulillah.. mommy daddy sangat happy dan sayang Fina.. mmmmuaaaahhh banyak-banyak.. <3 <3 <3

Then, Fina dah pandai sembang-sembang.. lagi-lagi bila dah dekat tengah malam.. kadang pagi-pagi before mommy nak g keje.. tu yang rasa malas nak keje sebab seronok tengok si buah hati mommy ni.. dan Fina dah pandai nangis jugak.. hoho.. masa kecik payah nak dengar dia nangis.. sampai kadang daddy saja buli Fina nak bagi nangis.. tapi, tak nangis jugak.. dah besar sikit ni asal tinggal lama sikit je nangis.. Fina memang kena ada orang sentiasa dekat dengan dia.. kadang tak dukung pun takpe.. asal ada orang.. tu la kadang bila saya kat rumah berdua je dengan Fina nak mandi dan masak pun saya letak dia kat baby seat, buka pintu sikit asal dia nampak orang.. hoho.. masa solat, letak dia kat tepi sejadah, Alhamdulillah, senyap la dia.. kadang sampai tertidur.. 

Dan yang kelakar, Fina dah pandai jeles dengan mommy's Medela Swing.. memang tak boleh buat tandem.. kalau tengah direct feed Fina tak dapat nak pump sebab lama-lama nanti Fina jadi hyper, tendang-tendang mommy, tak reti duk diam sebab tak puas hati kenapa pump tu amik susu dia.. huhu.. sangat comel la ini anak.. mula-mula jeling-jeling je, lepas tu mula la dia berpusing sana sini suruh mommy stop pumping.. bila mommy pump masa Fina tak breastfeed, Fina akan jeling je mommy and pump.. tak puas hati.. huhu

Fina dah mula kenal orang.. dan sangat suka dengan orang lelaki.. kalau adik saya yang bongsu tu, yang langsung tak pernah layan Fina sebab takut Fina kecik lagi katanya, lalu depan Fina pun Fina dah seronok, pandang je minta diagah dan dilayan.. but adik, being him, memang buat derkk je la.. huhu.. kalau dengan daddy dan mbah (tok ayah), amboi.. rajin betul sembang, gelak-gelak.. dengan mommy & tok mama kurang sikit.. jeles.. T_T

Fina tak suka bottle feeding.. kalau saya ada kat rumah dan tok mama ke sapa-sapa bagi botol lagi la.. saya memang kena duk jauh-jauh dari pandangan dia.. kalau tak Fina akan pandang je mommy dia ni selagi nampak.. huhu, kesian dia.. tapi kalau tak bagi bottle nanti bila saya keje dia tak nak minum.. so, nak tak nak terpaksa jugak bagi, at least once a day.. 

hm, Fina suka berenang.. tapi kesian dia bath tub dah kurang muat.. nanti ingat nak cari small pool untuk Fina.. bolehlah Fina swim puas-puas.. (^-^)

Fina sangat suka tarik baju sendiri.. dan untuk elak dia tarik baju sendiri, mama bagi Fina my breast pad.. dia suka okeh.. sebab ada bau mommy kot.. kadang bila dia hisap jari, dengan breast pad sekali dia hisap.. hoho.. saya dah stop pakaikan glove or mittens kat Fina since dia dua bulan lebih.. untuk develop her hand movements.. cuma kena potong kuku dia selalu takut calar muka.. lagi-lagi Fina adalah sangat suka menggosok muka.. ni pun dah banyak calar kat hidung dan muka dia.. huhu

Hm, rasanya tu je kot.. In shaa Allah Sabtu ni nak bawa Fina p 3rd month injection (sebenarnya masih rasa serba salah nak bawa ke tak.. since there are dispute on vaccination & immunisation).. nak tengok berat Fina.. masa dua bulan hari tu she weighted 5.9kg, length (ukur sendiri) 62cm.. harap berat Fina normal la.. 

Ok, will continue later on.. daaaaaaaaaaa...

Wassalam