Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Thursday, January 24, 2013

Pengalaman Melahirkan Nur Aina Surfina Part 2

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh


Hye semua.. minta maaf sangat terpaksa buat 2 parts.. hope there'll be no third parts la kan.. ok, bila drip volume naik je dari 4mol ke 8mol, sakit mula rasa.. dalam jam 4lebih nurse buat VE dah masuk 6cm.. nurse turunkan balik drip volume jd 4mol.. reda sikit sakit.. jam 5lebih nurse datang suh kenc ng lagi.. masa ni mama n hubby ganti2 teman saya.. bukaan dah masuk 8cm.. hubby kua p solat 'asr, mama ganti jaga saya.. masa ni doc masuk, nurse naikkan drip volume sampai 16mol.. mama dah tak sanggup nak tengok, dia nak ganti dgn hubby.. hubby pun masuk.. saya dah tak boleh tahan.. contraction ok lagi.. tp bila rasa nak uk uk tu dah datang, memang sakitla.. 

Mata pun dah tak larat nak buka.. hubby asik bg kata2 semangat.. suh baca doa nabi yunus dan suh fikir baby yg comel.. tp masa tu tak boleh bayang apa dah.. rasa nak tendang je semua benda.. cuma doa n istighfar je yg saya mampu.. lepas tu tiba2 rasa macam sgt ramai orang dalam labour room.. doc buat VE n dah 9cm.. semua siap2 nak sambut baby.. akhirnya, setelah beberapa kali push, lahirlah puteri kami Nur Aina Surfina pada jam 6.36 petang, berat 3.76kg.. lepas je lahir n dibersihkan, saya ditanya baby apa dan dalam mamai2 tu saya jawab je girl though sebenarnya masa tu penglihatan dah tak jelas.. almaklumlah, rabun.. hoho.. then nurse bg saya kiss baby.. subhanallah walhamdulillah.. masa tu memang rasa terharu bercampur letih sgt2.. syukur yg teramat kerana akhirnya baby kami lahir.. hubby azankan baby lepas tu.. sayu pulak.. lepas selesai keluarkan uri dan jahit luka episiotomi, saya dibawa ke ward.. dah tukar single-bedded dah.. :) Alhamdulillah..

Sampai bilik mama n ayah dah tunggu.. then tak lama lepas tu nurse hantar baby.. yeay!! Maghrib tu pulak Angah n Syiqin datang.. seronok la diorang dapat anak sedara girl.. saya discharge dalam jam 6 lebih kurang waktu lahir baby Fina since baby Fina lambat kencing..

K, baby Fina dah nangis.. daaaaa

Pengalaman Melahirkan Nur Aina Surfina Part 1

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh


Hm, macam yg dah dijanjikan, saya ceritakan kisah bersalin saya sekurang-kurangnya untuk record sendiri.. ye la, kalau ikut dah lupa dah pun sakit bersalin tu.. hehe.. bunyi macam tak sakit je kan? Sakit memang sakit.. tapi, Alhamdulillah.. berkat doa semua, segalanya Allah permudahkan.. dan mungkin jugak Allah makbulkan doa saya supaya diberi kekuatan dan ketahanan yg tinggi untuk menahan kesakitan sewaktu proses bersalin..  

Ok, to start the story, actually saya dah seminggu overdue.. dan 10hb tu memang tarikh checkup kat Azzahrah Bangi kalau belum deliver.. risau woo.. stress pun ada.. macam2 post kat fb.. belum lg yg bertanya.. last2, redha je la.. 

So, pagi 10hb tu saya n hubby pun pegila ke Azzahrah.. appointment jam 9, so ktrg pegila dalam 8.30.. masa checkup, dr Mashita scan baby berat dah around 4kgs.. tp biasanya dia kata dalam 3.6 ke 3.8kg je kot.. sebab kepala baby memang dah tak nampak dalam scan.. dah ke bawah sangat dah.. then she did VE, dah buka 2cm.. dr Mashita bg choice nak tunggu ke nak terus bersalin.. kalau tunggu lagi ada kemungkinan untuk baby lg besar.. and actually ada risk untuk kena czer.. in case pinggul saya tak cukup besar nak tampung besar baby, though cervix opening dah 10cm, saya akan di czer.. saya n hubby agreed untuk teruskan hari tu jugak.. so saya terus admit.. inform kat mama, and call mak kat kampung.. inform nak bersalin dah, minta maaf apa semua.. sebak.. hu.. minta maaf kat hubby dia sengih je.. ceh.. sabo je.. 

Mula2 admit ward 2-bedded sebab single-bedded belum ada kosong.. so, nurse suh salin baju n masukkan ubat uk uk.. dia suh uk uk dulu.. dah siap semua nanti dia datang bilik.. perasaan masa tu, tah.. macam2 ada.. rasa tak saba sungguh nak jumpa our baby yg dah lama sgt rasanya kami tunggu.. lepas dah siap semua, nurse masuk nak bawa kami ke labour room.. mula-mula nurse nak bawa saya naik wheelcair, of course la saya tak nak.. saya tak sakit lagi.. so saya jalan je la.. segan pulak nak naik wheelchair.. hehe

Sampai labour room, saya dipakaikan drip.. diorang masuk ubat induce air tu.. masuk labour room dalam jam 11.30 kot.. tak lama lepas tu dr Mashita datang nak pecahkan air ketuban.. then nurse pulak datang nak suh kencing through tube.. VE akan dibuat selang 2 jam.. so dalam jam 1 lebih saya masih ok.. tak rasa sakit lg.. ye la, volume drip pun baru 4mol.. masa ni ada ustazah kauthar, pegawai agama kat Azzahrah ingatkan supaya saya solat jamak takdim zuhr dan 'asr.. dan ustazah doakan untuk saya.. Alhamdulillah, terima kasih ustazah.. so, bila nak masuk zuhr mama sampai.. jd mama ganti tengok-tengokkan saya.. lepas tu nurse masuk hantar makanan.. lepas makan solat pulak.. wudhu dgn bantuan nurse.. solat sambil baring.. lepas solat nurse buat VE lagi.. dalam jam 2 lebih kot.. masih 2 cm.. drip volume dinaikkan dari 4mol ke 8mol.. 

K, sambung next entry ek .. daaaaa..

Love,
Adah

Wassalam

The Relics Behind Baby's Birthdate

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh


Kali ni saya nak cerita tentang birthdate baby girl kami yg pada kami sgt bermakna buat kedua belah keluarga.. 10 Januari adalah birthdate arwah bapa mertua saya, manakala 27 Safar pula adalah birthdate saya sendiri.. bak kata my SIL kelahiran baby kami pada tarikh 10 Januari seolah-olah memberi tanda bahawa Allah mahu kami sentiasa mengingati arwah.. dgn cara selalu menyedekahkan sekurang-kurangnya surah Al-Fatihah, selain doa yg tidak putus buat arwah, yassin dan tahlil.. smg Allah sentiasa merahmati dan memberkati ruhnya.. Aamiin, insyaAllah..

Gambar baby akan saya upload bila-bila masa saya lapang nanti.. almaklmulah, update guna tab ni renyah sikit.. dan insyaAllah saya akan catatkan sedikit sebanyak pengalaman saya melahirkan baby nanti yea.. :) apa yg boleh saya kata tentang bersalin ni, saya rasa saya boleh kot nak bersalin lagi dua tiga tahun akan datang.. ;p Alhamdulillah, Allah permudahkan proses bersalinkan baby.. cuma, tempoh berpantang yg panjang dan kesihatan yg kurang mengizinkan yg menjadikan saya phobia.. harap semua ni sementara je la kan.. apapun saya serah semuanya hanya pada Allah SWT.. kami cuma mampu merancang.. selebihnya Allah yg tentukan..

Hm, nama baby ek? Nanti saya announce dalam entri special pengalaman bersalin.. tunggu....... ;)

Love,
Adah

Wassalam

Wednesday, January 23, 2013

Alhamdulillah..

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

Hye dears.. Alhamdulillahi rabbil 'alameen.. Syukur saya sekeluarga ke hadrat Allah SWT kerana dengan izinNya saya telah selamat melahirkan zuriat sulung kami pada 10 Januari 2013, bersamaan dgn 27 Safar 1434H, jam 6.36 petang.. Alhamdulillah baby sihat sempurna sifatnya, lahir dgn berat 3.76kg secara normal.

Terima kasih semua yg mendoakan.. doakan kami terus sihat yea.. :)

Love,
Adah

Wassalam

Thursday, December 6, 2012

Mimpi.....

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh..

Haaaaa.. macam yg dijanjikan.. post tentang mimpi.. mimpi apa ek? mimpi pasal gender baby.. hehe.. since baby refuse to show his/her gender, so kitorang sampai terbawa-bawa dalam mimpi.. mommy mimpi tiga kali tentang gender yg sama.. jalan cerita berbeza, tapi gender shown still sama.. latest, semalam kot daddy cerita dia mimpi baby dah lahir.. same gender macam dalam mimpi2 mommy.. sebelum ni mommy cerita pasal mimpi2 tu kat daddy, dia macam tak nak terima hakikat.. dia seboleh-boleh kata sebaliknya.. hm, what's the gender dalam mimpi tu ek? hehe.. gegirl la.. that's why daddy seboleh-boleh kata bukan mimpi tu selalu terbalik ke.. coz he always wanted a boy.. barang-barang pun banyak biru je.. sampai mommy bosan tengok biru di sana sini.. hehe.. then bila semalam daddy cerita mimpi dia tu, mommy kata, ha.. hari tu orang cakap tak nak caya.. kan dah mimpi.. tu pun still nak argue pasal mimpi terbalik tu.. pastu dia kata baby tu cantik, comel, putih.. mommy kata la, tengokla mommy dia.. hehe.. nak jugak kan.. then daddy kata siap mimpi susu mommy banyak.. Ameen, insyaAllah.. harapan saya moga2 impian saya nak breastfeed baby until 2 years, or at least 1 year-old.. semoga rezeki susu untuk baby melimpah ruah kan? Ameen, Ya Rabbal 'Alameen..   

Hm, cerita pasal breastfeed, saya dah beli breastpump untuk membantu pengeluaran susu.. saya beli medela swing.. nak beli freestyle, daddy kata nanti guna ke.. kan nanti saya nak resign.. so, kalau dah resign, confirm baby akan lebih banyak direct feeding.. so, what's the purpose buying such an expensive breastpump kalau cuma guna sekali-sekala kan? makanya, saya pun amikla swing saja.. agak2 nak double pump, nanti boleh refer youtube cara2nya or just buy the manual one.. ok la tu kan.. harap2 berjayala saya nak breastfeed baby sampai 2 tahun kan? lepas dua tahun boleh bagi baby adik.. hehe.. first baby pun belum lahir dah berangan nak second.. ;p berangan tak salah kan? hehe..

Ok then, insyaAllah, ada usia saya post lagi new entry.. 

Luv,
Adah

Wassalam

Entering 36 Weeks

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh..

Hari ni insyaAllah our little munchkin nak masuk 36 minggu dalam kandungan, means anytime saya boleh deliver.. perasaan saya adalah tak sabar nak jumpa kesayangan kami ni.. daddy dia lagi la.. sejak ada Note II ni kan dia makin giat ber'instagram', so semangat la dia nak upload gambar playpen baby.. mommy yg dari hari tu dok kata nak amik gambar barang baby pun tak terambik lagi.. nantilah, bila mommy dah start cuti.. boleh? hehe.. tinggal next week je pun mommy keje.. tu pun 3 hari je coz Tuesday is public holiday, then the next day tu mommy ada appointment kat KK Kajang.. makin tak sabar dah ni.. especially when works getting haywire.. dah malas dah.. rasa nak quit sekarang jugak.. but I know I have to bear this situation at least until after maternity leave..

Perasaan tak sabar, seronok, risau semua bercampur aduk dalam diri ni.. risau bukan sebab apa, cuma terfikir mampukah mommy pikul tanggungjawab mendidik dan mengasuh zuriat kami yg bakal lahir ni menjadi hamba Allah yg soleh dan solehah? besar sangat rasanya tanggungjawab tu.. memang kerapkali mommy doa supaya Allah bimbing kami dalam mendidik zuriat kami ni menuju ke jalan yg DIA redhai.. Ameen.. nervous, yeah.. of course.. sangat mengharap mommy mampu deliver secara normal.. nak rasa sendiri nikmat sakit bersalin tu.. harap semua selamatla kan.. kadang-kadang terfikir juga, andainya mommy kecundang, mampu tak daddy nak lalui semua tu sorang2.. mampu tak dia didik zuriat kami sehingga menjadi hamba Allah yg patuh, soleh/solehah, yg boleh doakan mommy kat sana nanti sendirian.. dan bila je terfikir ni, mommy harap sangat2 supaya Allah panjangkan usia mommy dan beri kekuatan yg tinggi untuk mommy lawan sakit bersalin nanti.. yeah, mommy memang teringin nak syahid.. tapi rasanya tanggungjawab mendidik zuriat kami menuju jalan Allah tu juga satu bentuk jihad.. walaupun mungkin tak sampai dapat syahid, tapi sekurang-kurangnya zuriat kami berjaya jadi hamba Allah yg taat.. itu sudah memadai buat mommy.. Ya Allah, kurniakanlah buat hambaMu ini ketabahan dan kesabaran yg tinggi dalam melawan dan menahan kesakitan untuk melahirkan zuriat kami nanti.. Semoga bayi kami juga cukup kuat dan sihat untuk melalui proses kelahirannya ke dunia ini Ya Allah.. Ampunilah segala dosa dan khilaf hambaMu ini Ya Allah.. Rahmatilah dan berkatilah kami.. Ameen, Ya Rabbal 'Alameen..

Okey, enough of that.. last Saturday's check up kat Az-Zahrah dengan gynea Dr Mashita.. so far ok.. but I prefer check up dengan Dr Noremi though she just the MO je.. first check up dengan gynea.. Dr Mashita ni macam muda lagi.. around her 30s kot.. dia kata my baby is quite big.. suppose dalam 34-35w ni berat around 2kg je.. but baby weighs around 2.6kg.. tu pun after second measurement.. mula-mula lagi besar, 2.8kg.. doctor kata memang confirm baby lahir above 3kg.. saya tak kisah pun.. dah memang baka saya semua lahir above 3kg.. me myself weigh 3.4kg at birth.. hehe.. gumuk, gebu.. orang kata macam belon.. semua takut nak pegang coz pejal sangat.. tapi mama kurus je.. saya pulak, perut nampak besar masa 8 bulan lebih.. tu pun last week masih ada yg kata tak macam pregnant pun, macam gemuk je.. hoho.. tak tau baby kat dalam ni besar though mommy's tummy tak besar mana.. apapun Alhamdulillah.. at least, xdelah macam kat tv tu kan.. bila dah sarat je jalan perut sangat ke depan sambil tangan pegang pinggang.. hehe.. my sis tanya kenapa kat tv camtu, and I am not.. rezeki masing-masing la kan.. sometimes pelakon tu tak pernah pregnant lagi pun.. ikut suka dia je la nak bawa watak pregnant tu cane.. ha, ada lagi satu.. gynea kata minum/makan ais boleh sebabkan baby besar.. my biras pun pernah gtau.. tp sampai sekarang saya terfikir-fikir apa kaitannya.. yg saya tau, ais/air sejuk ni masuk perut temperature dia akan berubah ikut surrounding temperature.. even kalau effect pun maybe pada saraf la kan.. and saya baca kat web pa&ma tu, kalau kita minum sejuk2, salur darah mengembang.. dan lebih banyak kalori diperlukan untuk pembakaran makanan & lemak.. so, berat kurang naik.. hm.. tahla.. abaikan je la.. yg penting we both sihat kan? :)

Ok la.. that's all for now.. pasni nak post pasal mimpi pulak.. mimpi apa? tunggu........ ;p

 Luv,
Adah

Wassalam     

 

Monday, November 19, 2012

33 Weeks Update

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh..

Yeah, it's already 33 weeks, coming to 34 weeks now.. =) Alhamdulillah, syukur sangat2 atas kurniaan Ilahi ni.. dan syukur kerana hingga ke waktu ini, saya & baby sihat walafiat.. normallah kalau ada hiccups kat mana2 kan.. sekarang saya kena monitor blood pressure, weight and urine twice a week for two weeks due to mild anemia (low hb) and mild feet edema (kaki bengkak).. so twice a week after work memang kena singgah KKIA Kajang untuk check for those three things.. so far semua bacaan ok.. normal je.. Alhamdulillah.. dan harapnya masa checkup kat KKIA Kajang this coming Thursday afternoon, semua pun normal.. risau jugak kalau kena bersalin before 36 weeks.. baby weight was around 1.893kg, tp tu untuk last two week's weight.. sure baby dah makin berat sekarang.. =) saya pun dah rasa perut sangat penuh je.. selalu sakit rusuk sebab kaki baby kat area bawah rusuk.. plus, baby sangat suka mengeras sekarang.. glad it's not Braxton Hicks a.k.a. false alarm.. kalau tak confirm saya dah gelabah semacam je.. terus nak ajak hubby p hospital ek? hehe.. saya plan nak amik cuti awal, saje nak habiskan sebahagian cuti tahun yg masih berbaki.. ingat nak amik starting from December 17th.. so in case baby nak keluar lambat sikit pun I will just take MC from doctor je.. hm, saya dah book appointment dgn specialist kat Az-Zahrah.. dapat Dr Mashita.. December 1st nanti first appointment dengan dia.. saya dah terasa-rasa macam baby nak keluar awal je.. hope kalau nak keluar pun biarlah after 36 weeks gestation yea sayang mommy.. we want the best for you.. semoga Allah terus beri kesihatan yg baik buat mommy & baby sampai la saat nak melahirkan dan seterusnya nanti.. Ameen, InsyaAllah..

Of gender, tahla.. kalau scan 2D memang baby tak mau tunjuk langsung.. manjang kepit.. hoho.. kalau 3D scan pulak, hm.... sonographer kata confirm 100% girl.. hubby pulak tak puas hati coz gambar 3D tu tak clear sangat pun tang tuut baby tu.. he still insist that our baby will be a boy.. apa-apa sajalah.. yg penting baby sihat sempurna, girl or boy is not a big matter.. Allah bagi pun dah cukup syukur sangat2.. 

Barang-barang baby, Alhamdulillah.. bolehlah kata hampir 98% settled.. tinggal nak beli sterilizer & warmer Autumnz tu, dan baby oil.. baby oil dapat sekali dengan set bersalin Amway Tropical Herbs yg saya dah tempah dengan kawan mama.. ingat hujung bulan ni bayar, then lepas bayar sehari dua dapatlah, insyaAllah.. nanti-nanti bila rajin saya upload la barang baby yg dah kami beli (i.e. entah bila.. huhu).. bukan nak menunjuk, tapi lebih kepada reference untuk diri sendiri di masa hadapan.. manala tau bila pregnant second, third, forth child and so on nanti tiba2 terblur kejap nak beli apa, boleh la refer kat blog je kan? =)

Anyway, ada satu peristiwa yg agak melukakan dan mencalar hati saya a day before my birthday hari tu.. tapi rasanya tak perlulah saya ceritakan kat sini.. cuma peristiwa ni memang satu ujian yg agak berat bagi saya untuk diterima.. tapi Alhamdulillah, Allah itu sentiasa ada.. hanya pada Dia tempat saya mengadu dan meluah rasa.. dan harapan saya agar peristiwa tu takkan sekali-kali berulang lagi.. Ameen, Allahumma Ameen, InsyaAllah.. diakui memang luka dan calar di hati saya belum pulih sepenuhnya, but I believe it will soon.. hanya pada Allah tempat kita memohon dan berserah.. =)
Of work, hm.. macam tu la.. I will proceed with my planning to tender my resignation after I am back from maternity leave.. tak sanggup nak biar baby dijaga orang lain.. sementara saya habiskan notis 3 bulan (Alhamdulillah, I got promoted to IA Exec last September, hence the 3 months notice), hubby la yg kena jaga baby.. hubby dah keja sendiri dah sekarang.. Alhamdulillah, Allah permudahkan rezeki kami sekeluarga.. semoga dengan limpahan rezeki dari Allah ni tidak sekali-kali akan membuatkan kami lalai dan leka dengan syurga dunia, tapi biarlah lebih mendekatkan kami kepada Sang Pencipta.. Ameen, InsyaAllah.. syukur, Alhamdulillah.. 

Dan, saya harap sangat impian untuk further masters akan tercapai lepas saya resign nanti.. memang sangat tak sabar nak tunggu saat baby lahir.. tak sabar nak kiss and hug baby puas2.. sebelum ni rasa baby kicking, moving, mengeras dan lain-lain dalam rahim ni, bila baby dah lahir boleh pegang, sentuh, kiss, hug, dukung dan lain-lain lagi.. sungguh tak sabar.. =) but one thing for sure, I will always miss the moments when baby in my womb.. satu perasaan yg sangat2 indah yg memang saya tak dapat nak gambarkan hanya dengan kata-kata.. walaupun kadang2 rasa letih, sakit dan sebagainya, tapi best ok bila rasa baby gerak2.. bila dia senyap memang resah sungguh rasa hati ni.. memang sangat2 bersyukur sebab Allah bagi saya peluang rasa semua tu.. dan itulah yg menjadi tunjang kekuatan saya sekarang ni.. love you always baby mommy yg chubby ni.. (^-^)

Ok, rasanya, dah banyak sangat cerita saya kali ni.. Ampun sebab dah lama sangat blog ni tak berupdate.. bila dah dapat sakit malas nak update, ginilah rupanya.. setengah tahun ada kot ek blog ni bersawang tanpa post? hehe.. apapun, tahniah kepada kawan-kawan TTC yg dah berjaya pregnant.. Alhamdulillah.. (^-^) semoga kita and baby2 kita semua sama2 sehat sepanjang kehamilan dan selamat melahirkan.. semoga dipermudahkan semuanya oleh Allah SWT.. Ameen, Ya Rabbal 'Alamin.. 

Wassalam