Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Monday, March 2, 2015

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh

Ma shaa Allah, lama sungguh blog ni dibiarkan.. sampai berhabuk bersawang dah 😅 ampun yea blog 😉 i is malas nak bukak blog especially through phone.. yealah, sejak jd full time housewife ni mana ada pc dah.. semua through handphone saja..

Oh yea, did I told you that Nur Aina Surfina already has a little brother? 😊 Syukur Alhamdulillah my Dear Son (DS) is already 6 months 1 week 1 day.. He was born on August 22nd, 2014 at 2 pm, Friday afternoon, in Columbia Asia Bandar puteri Puchong.. right after Friday prayer.. I was 41 weeks 1 day pregnant and was induced to deliver my dear baby boy.. he was 3.53kg at birth, now he was around 8-9kg.. I dont know the exact weight as I had stop his vaccine after he got eczema soon after his meningococcal (optional jab at 2.5 months old) jab.. Alhamdulillah the eczema now is almost heal after several months of trying various medication, before I stop everything and use VCO and pantang makan and bath him with Apple Cider Vinegar (ACV) and took Megadose Vitamin C and now I use Moogoo Eczema Starter Pack.. Alhamdulillah, after the TSW (Topical Steroid Withdrawal), now the eczema is almost heal and I really hope that it will never come again.. pity my little boy as the eczema attacked his lower cheek, and he kept scratching before I put only VCO.. yes, VCO did reduce the itchiness Alhamdulillah.. 

Ok, enough on that.. kehidupan sebagai seorang surirumah sepenuh masa mmg membahagiakan.. walaupun dunia saya hanya di rumah, jiran pun tak pernah kenal sebab mereka semua bekerja jadi sy mmg tak berkesempatan bertegur sapa dgn mereka, tp bila melihat anak2 membesar di hadapan mata, itu sudah cukup membahagiakan.. syukur Alhamdulillah, rezeki utk kami sekeluarga lebih dari mencukupi, syukur Alhamdulillah.. mungkin rezeki anak2 kan, dan pastinya dengan izin Allah, suami sy sudah mampu mencari rezeki sendiri tanpa bantuan sy.. 

Oklah, need to stop as my kids already awake from their noon nap.. till then, daaaa 😊

Love,
Adah


Tuesday, August 27, 2013

Gigi Rongak.. Hoho

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

Hye everyone.. hari ni saya nak cerita yang saya baru tahu yang sebenarnya suami saya dah takde gigi taring sebelah kiri bawah.. sengal kan? dah dua tahun lebih kawin baru perasan.. huhu.. asalnya kami bercerita tentang dental service yg sebenarnya masih covered under PMCare medical card yg my company provide for staff.. saya ingat dah stop cover since 2012, tapi rupanya my boss kata still covered since dia pun ada buat dental service baru ni.. since hari tu suami ada beritahu dia sakit gigi, saya pun beritahu la suami pasal ni.. tu yg terkeluar cerita pasal gigi.. hm.. dia siap tanya orthodontic service (pemakaian braces) covered ke tak.. of course la tak kan? scaling yea la.. tu la saya inform klinik gigi depan rumah ni ada PMCare rasanya.. and ada buat orthodental jugak.. cost lebih kurang RM4500 and above tak silap.. yea, saya memang dah survey cost untuk pemakaian braces disebabkan struktur gigi saya yg semakin menjarang dan agak ke depan, sampai selalu disalah anggap sedang monyok & bermasam muka sedangkan pada hakikatnya tidak sama sekali.. huhu.. so, bila suami dah tanya, saya pun cerita la.. hehe.. tapi yg ni PMCare tak cover sebab cosmetic purpose kan.. hm.. boleh la pujuk beliau untuk benarkan saya repair gigi ni.. hehe.. sian Surfina.. mak bapak dua-dua gigi rongak.. haha!! sorang semulajadi, sorang lagi sebab kena cabut.. adehh!!

Hm.. tak saba tunggu Jumaat sebab Jumaat saya dah tak keja.. hehe.. mood nak p keja dah ke laut.. lebih-lebih lagi bila Surfina sekarang suka mengaruk di pagi hari .. takmo dengan daddy, nak dengan mommy jugak.. gosok baju pun kena bawak dia.. kasihan daddy.. lepas tu bila mommy bawa turun bawah, letak atas tilam dia nangis lagi.. lepas tu merajuk tak nak pandang mommy.. huhu.. anak, anak.. bertabahlah yea anak.. dua hari je lagi mommy kena keja.. lepas tu takde dah.. masa tu Surfina nak berkepit dengan mommy lama mana pun mommy ok je (kot) sayang.. hehe.. layankan je la kan sementara dia baby lagi.. dah besar sikit takdenya la nak lekat lama dengan kita.. sekarang Surfina dah mula memapah dan meniti.. makanya tunggu masa je la dia nak dapat kaki, berlari sana sini.. masa tu mesti mommy akan rindu masa-masa Surfina asik menguli dan membuli mommy.. huhu.. sekarang pun dah sangat rindu masa Surfina baby.. rasa macam nak bagi Surfina adik baby.. oppssss.. hehe.. period dah ting tong, dah dekat seminggu kot delay.. sebab breastfeed kot kan.. tp still berjaga-jaga in case la ada.. makan minum, buat keja semua kena jaga..

Oklah, dah melalut.. see ya all soon.. 

Luv,
Adah

Wassalam

Monday, August 26, 2013

Final week as a working Mommy

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh

Finally, dah masuk minggu terakhir sebagai ibu berkerjaya.. Khamis ini, 29 Ogos 2013, adalah hari terakhir saya sebagai staff MAFC Berhad.. semoga Allah permudahkan urusan saya dan saya amat2 berharap agar semuanya adalah dalam lindungan Allah.. Aamiin.. (^-^)

Perasaan saya bila dah nak resign ni, of course sangat gembira dan tak sabar nak memulakan hidup baru sebagai full time wife and mommy to my dear hubby and daughter.. walaupun mama saya menentang 100%, tapi saya hanya mampu berdoa agar Allah melembutkan hati beliau untuk menerima dan menghormati keputusan saya, selain memahami bahawa tanggungjawab seorang isteri adalah di sisi suami.. bab mencari nafkah sememangnya adalah tanggungjawab suami 100%, cuma di zaman millennium ini keperluan hidup semakin mendesak sehingga para isteri perlu keluar bekerja membantu suami mencari nafkah hidup.. dalam kes saya, Alhamdulillah, walaupun tak banyak, cukuplah rezeki yg Allah kurniakan buat kami sekeluarga untuk menampung hidup.. mungkin mama tak nak kami hidup susah dan mahu saya bekerja sebagai back up in case of anything bad, but as a wife, kehendak suami perlu diutamakan.. walaupun stress bila hampir setiap hari didesak untuk mencari kerja baru selepas dua tiga bulan berehat, saya diamkan sahaja.. lebih-lebih, mengadu pada sang suami dan tentunya kepada Yang Esa, untuk melegakan galau hati dan stress.. solution terbaik, mungkin berpindah, menyewa sendiri.. kala itu, kami boleh berdikari dan belajar menguruskan sendiri rumahtangga tanpa campur tangan sesiapa.. 

Sedih memang sedih bila mama sendiri yg menentang, sedangkan saya perlukan doa dan sokongan penuh dari beliau.. ayah, Alhamdulillah.. sikitpun tak menentang.. saya kira ayah lebih faham.. yea lah, ayah pun dulu tak benarkan mama bekerja melainkan bekerja dari rumah seperti menjahit dsb.. ntahlah.. yg penting sekarang ni doa banyak2 moga Allah lembutkan hati mama untuk terima keputusan kami dengan hati terbuka.. saya sangat percaya rezeki Allah itu ada di mana-mana.. dan tentunya rezeki untuk kami sekeluarga akan sentiasa ada bila niat saya berhenti kerja itu sendiri adalah untuk mendapatkan redha suami dan Allah.. untuk mendidik anak saya sendiri tanpa campur tangan orang lain walaupun dari keluarga sendiri.. untuk menyediakan makanan anak dan suami sendiri, yang diketahui tahap bersih dan sucinya.. tanpa garam dan gula serta perasa dalam makanan anak tentunya.. untuk membantu menjaga kewangan syarikat suami.. yea, itu permintaan suami saya.. daripada suami ambil orang lain jaga akaun syarikat beliau, adalah lebih baik isteri sendiri yg jaga kan? kurang2, tak ke mana pun duit tu..

Berkenaan Nur Aina Surfina yg dah masuk 7 bulan setengah, Alhamdulillah.. dah pandai duduk sebelum raya hari tu.. seminggu lepas tu merangkak lebih jauh pulak.. Alhamdulillah.. :))) dan Sabtu lepas, Surfina demam untuk pertama kalinya.. sebelum ni bila lepas injection dedar sikit2 je.. kali ni memang demam betul.. dan ianya seminggu selepas injection.. which is may or may not AEFI (Adverse Effects Following Immunisation).. dua kali kami bawa Surfina p klinik.. sekali masa Sabtu tu, sebelum kami ke kenduri kahwin BIL di Kerinchi.. kami ke Poliklinik Barakah di Klang.. doctor check guna thermometer tak demam.. bila check heart pulse baru dia kata demam.. huhu.. dapatlah paracetamol.. tapi kami tak terus bagi.. masa kenduri Surfina banyak tido je sebab letih kan.. balik tu dalam keta baru kami bagi makan ubat.. lepas tu dia tido semula.. malam tu panas badan dia.. kami mandikan dan jerlum.. then since semalam badan Surfina still panas, kami bawa terus ke Az-Zahrah.. doctor check suhu dah 39++ darjah Celcius.. doctor masuk ubat kat punggung.. lepas tu doctor suruh mandikan dan pakaikan baju nipis je.. lepas 4 jam bagi makan ubat.. kalau malam tak kebah lagi masukkan ubat kat punggung lagi.. kami kerapkan jerlum Surfina dan malam tadi since still agak panas kami masuk ubat kat punggung.. Alhamdulillah pagi tadi dah reda demam dia.. still hangat2 tapi tak panas macam semalam..

Anyway, Selamat Hari Raya, Ampun dan Maaf saya pohon kepada semua yea.. :))) 

Luv,
Adah

Wassalam

Thursday, July 25, 2013

Random Updates

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

Dah 16 Ramadhan rupanya.. sedih sebab terlepas lebih separuh daripada fasa kedua Ramadhan kali ni - fasa pengampunan.. takpelah.. ada hikmah semua tu kan? hm, today's our pay day, planning to go out to Tesco today to buy Surfina some toys, and food.. nak cari toys yg boleh ketuk-ketuk, sebab sekarang Surfina suka ketuk-ketuk.. huhu.. then nak cari fruits and spinach and broccoli untuk Surfina.. oh yea, saya dah order 4 buah buku dari PTS, tengok kat MPH Online mahal no.. belum masuk shipping.. kat PTS Online dapat diskaun and free shipping lagi.. Buku-buku yg saya beli adalah Rasulullah is My Doctor, Art of Deception dan Deadly Mist: Usaha Amerika Merosakkan Kesihatan Dunia [Edisi Bahasa Melayu] (all by Jerry D Gray) dan Mengapa Rasulullah Tidak Pernah Sakit? (tak perasan author).. semoga semua buku ni memberi manfaat tak terhingga buat kami sekeluarga.. dan oleh kerana saya dah beli 4 buah buku totalling RM80.91 bulan ni, maka hasrat nak beli nursing dress dari hijabiboutique terpaksa ditangguh atau terus dikuburkan.. hehe.. yeala, nak raya ni kuih raya belum bayar lagi.. bahan kuih raya wajib pun tak beli lagi.. (honey cornflakes ler tu.. hubby sangat suka itu kueh raya.. buat 5 balang pun boleh habis kat dia je.. huhu)

Ok, dah p Tesco amik Pati Delima Gulsan satu carton.. actually, semalam saya ada buat order dari produkarab.com, dia email kata nak COD malam tadi.. makanya malam tadi saya punyalah tunggu call takde pun.. then pagi tadi email seller tu tanya bila nak hantar since malam tadi takde kan.. then dia email kata dia call 3 times, masuk voice mail and dia SMS tak reply.. adalah sikit luahan kekecewaan kat situ.. saya check semula phone saya, no calls or SMS at all.. then the seller email semula, kata dia salah dial no.. adehh.. saba je la.. salah faham rupanya.. rasa bersalah juga sebenarnya.. tapi xpelah.. adatla tu kan.. then hari ni dia nak balik kampung, before tu terus hantar barang kat area ofis.. saya suruh seller tu tunggu kat Tesco Puchong je senang.. settle urusniaga, saya terus ke Tesco walaupun masa tu awal lagi, belum kul 12 pun.. hehe.. p la cari toys Surfina, dapat 3 pasang baju untuk Surfina.. and saya beli MooGoo Deodorant, Mozzie Patch dan Smelly No More sekali.. dah bayar MooGoo baru perasan Smelly No More.. takpelah.. amik je dua-dua.. yg penting natural dan takde aluminium yg boleh sebabkan breast cancer tu.. food? tak beli pun.. malas pulak nak lama-lama.. tekak dah mula kering.. balik je la ofis.. oh yea, saya beli Pati Delima Gulsan banyak-banyak ni bukan untuk jual tau.. tapi sebab kawan-kawan ayah kirim sekali since kalau beli satu carton boleh dapat RM11 sebotol.. kalau beli lebih dari 4 carton tak silap, boleh dapat RM10.50 sebotol.. murah kan? 

Bila sampai ofis baru saya perasan rupa-rupanya saya tertinggal kunci bilik ofis kat bilik.. masa tu dalam 12.30.. bos saya pun dah keluar.. jadi kenalah saya turun bawah p selongkar kereta, then naik balik, p toilet, p surau, p toilet lagi, duk depan bilik, p toilet lagi, p surau.. kul 2.30 baru dapat masuk bilik.. hoho.. baru nak pump.. huhu..

Hm, pagi tadi anak kucing yg kami plan nak teruskan bela kena lenyek.. tak tau mama ke ayah yang lenyek.. dah la tu yg paling gebu, paling comel, paling nakal.. manja gile dgn ibu dia si Kikid tu.. Adik yg korek tanah and timbus, Awie yg bawak arwah kucing p kat lubang nak tanam tu.. yg lain semua takut nak tengok.. nak buat macam mana.. dah masa dia nak pegi kan.. memang kucing-kucing tu suka sangat landing kat porch umah kitorang tu.. lagi keta nak keluar masuk lagi seronok dia melenggang, melepak, bersuka ria kat situ.. tu la yg tak pasal-pasal arwah sekor kat situ.. hu.. Inna lillahi wa inna ilaihi raji'un.. so long dear kitten.. 

Ok lah.. panjang no dah entry kali ni.. see ya when I see ya.. (^-^) daaaaa....

Luv,
Adah

Wassalam

Wednesday, July 24, 2013

CD 4 and such

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

Lama dah tak update.. hari ni, 15 Ramadhan 1434H, dan hari ni juga dah hari keempat first cycle saya after giving birth.. ada la dalam 6 bulan lepas deliver kan.. dan walaupun dah hari keempat, flow masih quite heavy and fresh.. risau jugak sebenarnya.. tp since takde senggugut, tengok je la dulu macam mana.. harap ok je kan.. dahlah sedih sebab punah harapan nak puasa penuh lagi tahun ni.. takpelah.. takde rezeki.. in shaa Allah, tahun depan.. hehe..

Mama kata bila dah start period ni kena la jaga-jaga.. saya tak kisah.. kalau Allah bagi rezeki adik Surfina cepat, syukur, Alhamdulillah.. kalau lambat lagi pun syukur Alhamdulillah.. (^-^) mama suruh jaga-jaga sebab dia tak larat nak jaga sampai dua orang cucu.. cucu nan sorang tu pun dah kelam kabut, lagi bila tambah lagi sorang.. hehe, actually mama tak tau pun saya dah tender resignation and tinggal sebulan lebih je lagi pun nak berhenti keja.. nantilah, dah tiba hari kejadian baru gtau mama.. aci tak? hehe.. 

Rasa macam lama sangat dah 3 bulan ni nak habis.. orang pun asik tanya bila last day.. sedih pun yea jugak nak resign ni.. tapi, daripada saya terus macam ni (p ofis tapi takde keja + keadaan ofis yg dah tak tau ke mana halatuju), lebih baik saya resign.. asuh anak sendiri.. cari keja lain? untuk sementara ni mungkin tak kot.. cuma saya plan nak further master.. tapi belum cari lagi.. hehe.. hari tu apply kat OUM tp untuk May intake 2013, terus cancel sebab tak ready lagi.. nak reapply tak terbuat lagi.. lupa, malas.. hehe.. kalaupun tak further master, saya plan nak amik kursus jahit ke, kursus bakery ke, apa-apalah.. kalaupun tak untuk meniaga, boleh untuk keluarga sendiri kan? (^-^)  

Oh yea, hari ni Surfina dah 6 bulan 14 hari.. Alhamdulillah, makin besar, makin pintar, main manja, makin aktif, makin nakal.. merangkak tapi mengundur la.. habis satu living room dia teroka.. hehe.. dah makan bubur nasi beras perang dah.. suka makan, tapi Alhamdulillah masih kuat minum susu.. berat Surfina masa check up 6 bulan hari tu 7.8kg je.. tinggi 70cm.. quite tall kot for baby of her age.. tu pasal slim je.. selalu bangun sahur dengan kami.. bila buka letak dia kat dalam stroller, sebelah saya.. kadang mama bagi dia pegang biskut.. kadang saya suap bubur dia.. kdg before buka kami suap bubur dulu kat dia so that dia tak teringin nak makan bila tengok kitorang buka.. Surfina dah boleh angkat badan nak duduk, tapi belum sepenuhnya la.. suka mencapai, tu susah bila makan sambil pegang Surfina confirm semua benda kena alih.. kalau tak, sedia la semua benda dia campak.. huhu.. dah dua kali jatuh katil.. huhu..

Rasanya tu je la kot.. bila rajin saya update la lagi.. selalu online je tp banyak blog walking.. update entry malas.. tengok mood.. huhu

K, daaaa.. nak pump.. bulan puasa ni production kurang sikit since kurang minum.. bila period ni Alhamdulillah, takdela merudum sangat production tu.. lebih kurang kalau masa puasa je.. harap berjaya kekalkan momentum production sampai Surfina 2 tahun, Aamiin, in shaa Allah.. (^-^)

Luv,
Adah

Wassalam

Wednesday, July 10, 2013

Nur Aina Surfina's 6 Months Milestone @ 1 Ramadhan 1434H

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh..

Ahlan wasahlan ya Ramadhan.. selamat berpuasa khas buat my online diary ni (macam online diary tu puasa je kan??) and it's beloved readers (if any.. :)) )

Tahun ni tahun ketiga berpuasa sebagai isteri dan tahun pertama sebagai mommy.. tahun lepas Surfina baru 3-4 bulan dalam mommy's womb.. dan hari ni Surfina dah pun 6 bulan lahir ke dunia.. Alhamdulillahi rabbil 'alamiin.. syukur yg tak terhingga ke hadrat Illahi.. :)))) kejap je dah 6 bulan ini anak.. she is getting smarter and manja.. bila mommy dia ni nak p keje, especially on Monday, confirm buat2 tak nampak bila mommy bubbye dia.. xpun, mencebik nak nangis.. huuuuu

Then, dah makin becok.. adadadada, nananana, tatatatata.. antara vocabs Surfina sekarang ni.. makin aktif.. malam tadi dekat kul 1 pagi baru tido.. duk berguling-guling, bump muka kat evamat, pumping, excited sungguh.. mommy dah layu je.. dah switch off lampu pun masih aktif lagi.. penat mommy & tok mama duk pujuk Surfina tidur.. then mommy p solat Isya' nangis pulak.. tok ayah amik letak Surfina kat sebelah dia masa buat tarawih (tarawih sendiri2 je sebab ayah penat baru balik hantar adik register kolej kat Terengganu).. daddy pulak balik lambat sebab hari ni start operation kat new office in Shah Alam, so dia kena buat final preparation la.. then dia kata Ramadhan ni nak slow down, malas nak keluar cari job sangat takut tak terhandle.. yea la, he is on one man show business.. though ada buat JV dgn his brother and friend, most of his job dia buat sendiri tanpa pekerja.. tu la selalu nau balik lewat.. so, malam tadi saya dan Surfina tido kat living hall je dgn Cik Awie Surfina.. senang pun senang nak bangun prepare sahur kan.. tau tau dalam kul 3 pagi kot, saya terjaga, terkejut tgk husband tgh nak usik Surfina, nak kejut Surfina la tu.. tah kul berapa tah dia sampai umah.. sian suamiku.. huhu.. saya cakap janganla kacau Surfina, dia tido lambat malam tadi.. hubby ajak tido atas, saya tanya dah kul berapa, dia jawab kul tiga.. hm, xpayahlah.. japg nak bangun prepare sahur pulak.. so, berlonggokla kami tido kat living hall.. 

Hmm, Surfina dah dua kali jatuh katil.. huhu.. Alhamdulillah takde demam ke muntah ke lepas jatuh tu.. risau nak tinggal dia sorang2 atas katil lagi.. 

Haaaa.. Surfina makin jealous nampaknya dengan mommy's pump.. kalau saya pegang dia sambil pump, memang seboleh-boleh dia nak pegang, tarik, tanggalkan pump tu.. bila saya stop pump, suka la dia.. bila start balik, amboi.. siap baring hentak kaki, berpusing-pusing badan.. huhu.. sabao je la.. then jealous dgn her 2nd cousin.. hari tu kami p melawat my cousin's baby boy.. baru seminggu kot masa tu.. saya pegang baby, Surfina buat2 tak pandang.. bila org tegur dia nangis.. hoho.. macam mana mommy daddy nak kasi adik ni.. hehe

Surfina dah boleh duduk tp dgn minimal support la.. sgt suka duk dalam carrier, selalu tido dalam tu.. selalu kalau time solat saya akan letak Surfina kat sebelah saya, diamla dia.. kadang siap main sejadah tempat saya solat tu.. huhu.. xpe, sekurang-kurangnya Surfina boleh belajar solat kan? =))

Surfina kalau makan sampai tertido.. polik den nengok aihh.. semalam la, saya bagi avocado puree + kurma.. saya buat cair-cair je.. adala dalam 9-10 suap macam tu, terlelap sudah anakku ini.. huhu.. Alhamdulillah, setakat ni Surfina masih breastfeed.. dan saya sgt2 harap, sentiasa doa supaya saya berjaya breastfeed Surfina sampai dia 2 tahun.. biar dia dapat imunisasi semulajadi dari susu ibu.. 

Sekarang untuk maintain production susu, saya amik habbatus sauda.. habbatus sauda baik utk sistem imunisasi.. bukan tak nak proceed ESP, tapi ESP to kan berasaskan soya.. as far as I am concern, soya kalau tak melalui proses penapaian yg sempurna, boleh memudaratkan kesihatan.. sebab tu memang saya sgt jarang minum soya masa pregnant Surfina dulu.. biarlah kalau anak tak putih melepak pun, daripada anak kulit putih melepak tapi ada eczema, allergic, G6PD, dan lain-lain.. kesian anak saya nanti.. huhu.. and did you know if we consume soy drink twice in a week ke macam mana tah, it will affect our menses? huhu.. and soy juga boleh buat kulit jadi rapuh.. saya ada terbaca kat mana tah, kalau ada nanti saya share.. kalau minum soya banyak2 masa pregnant, nanti kulit bawah tu akan rapuh dan koyak banyak.. erkkk.. scary.. huhu.. tapi sebab hari tu desperate nak tambah dan pekatkan susu, saya beli ESP.. saya bukan against Shaklee product or anything tau.. cuma saya nak stop amik produk berasaskan soya.. soya is sangat elok kalau melalui proses penapaian sempurna.. yg tak elok bila tak tertapai sempurna tu, ada sejenis bahan kimia semulajadi yg boleh memudaratkan tertinggal.. tak ingat nama dia.. banyak produk kecantikan kat pasaran sekarang ni banyak mengandungi soya and its collagen.. yg takde setakat yg saya research ni Aura White.. Maixara White Essential macam takde.. tp kena check balik.. maybe saya akan try antara dua product ni, untuk kesihatan, kecantikan dan production susu.. tp utk masa ni saya cuma ambil habbatus sauda, oat, milo, horlicks, kadang-kadang kurma sebagai makanan tambahan utk production susu.. tp utk susu, yg penting saya kena kerap pump and direct feed.. baru la supply sentiasa ada kan?    

Mak aih, title kat atas Surfina's milestone @ 1 Ramadhan, tp dah berjela tah sampai ke mana.. hehe.. Ok, rasanya tu je la dulu kot.. Sampai jumpa lagi di lain entry.. Selamat berpuasa yea semua.. semoga kita dapat menggali semua hikmah dan fadhilat di bulan Ramadhan.. semoga segala amalan kita di bulan Ramadhan ini diterima Allah SWT dan dapat kita teruskan selepas Ramadhan, hingga ke hujung usia kita.. In Shaa Allah.. 

Luv,
Adah

Wassalam

Tuesday, June 25, 2013

Nur Aina Surfina 5 Months 2 Weeks Milestone

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

Alhamdulillah.. Surfina is already 5 months and 2 weeks.. masa check up 5 months kat Az-Zahrah hari tu Surfina's weight was 7.6kg.. tak inject sebab doctor kata demam sikit.. tapi tak pun sebenarnya.. agaknya sebab masa on the way p klinik nak check up tu saya sempat doa Ya Allah, kalau vaccine itu tak elok untuk Surfina, biarlah Surfina konon-konon demam.. sekali betul huhu.. masa Surfina masuk untuk inject tu daddy dia yg pegang.. saya sedang bersedia untuk dioperasi.. buang kuku lagi.. huhu.. stress!! hubby inform doctor nak check and timbang je.. tak payah inject sebab before this memang saya selalu duk cerita kat dia vaccine adverse effects and status halal vaccine yg diragui sampai keluar kat radio pasal Konvensyen Perubatan Islam Malaysia yg suruh Malaysia scientist cipta halal vaccine.. timbul keraguan kat situ, macam tu yg selama ni duk cucuk kat babies tu tak halal ke sumbernya?? masa doctor nak buat procedure buang kuku tu dia tanya nak tangguh ke memang tak nak inject vaccine.. saya pun cakapla yg pasal konvensyen perubatan Islam punya cerita tu.. doctor kata kat Malaysia memang KKM amik yang halal je.. memang dulu ada isu satu vaccine ni yg tak halal sumbernya, dia pun tak ingat sumber apa.. tp dah resolve katanya.. tahlah.. saya sebenarnya confuse.. tapi dalam Islam kalau kita ada keraguan tentang halal haram ni better kita tinggalkan je, means tak payah buat la kan.. sekarang hubby tanya bila nak bawa Surfina inject.. bila saya cakap tak payah dia macam nak suruh inject jugak.. hmmmm.... kena istikharah ke? huhu
Hm, Surfina dah start makan dari 4 month 17 days hari tu.. terpaksa bagi.. kalau ikut hati saya memang nak tunggu 6 bulan je.. tapi since mama yg jaga Surfina, terpaksa la saya ikutkan.. tu pun lepas tengok tanda-tanda baby nak makan kat baby center.. mama bagi biskut Farley's rusk yg manis tu.. huhu.. dah dua kotak yg 12 pcs tu, satu banana, satu original.. sekarang saya stop sebab tak sanggup biar Surfina tanggung akibat makan manis dari processed food.. saya buatkan carrot puree, tapi Surfina tak minat sangat.. so saya prepare kurma puree.. sukalah dia sebab manis.. lepas tu saya bagi red apple puree juga.. setakat ni poo poo ok, allergies pun takde.. saya guna TRIO mini blender.. best ok blender comel ni.. nanti bila-bila saya buat review on this cute blender.. beli kat Lazada je, RM109.. mama pun semangat buat green apple jus campur asam boi sebab blender ni boleh buat ice blended, boleh mill jugak.. Surfina masih minum EBM 3 kali di siang hari, lebih kurang 4 oz tiap sesi.. 

Surfina dah boleh bergolek-golek, tak boleh dah tinggal dia atas katil lama-lama.. takut jatuh.. huhu.. becok, suka menjerit, peramah.. manja dengan mommy, tok mama, tok ayah, cik awie.. dengan daddy bila nak kua jalan baik la dia.. tp bila time lain sikit-sikit nangis, kena berdukung je.. kadang-kadang nampak mommy nak melompat p kat mommy pulak.. kenapa ntah.. huhu.. suka mandi.. selalu bila weekend kami bagi Surfina mandi kat star pool kecik dia.. seronok dia.. hehe.. Surfina dah mula angkat punggung nak merangkak kot.. boleh duduk dengan sokongan.. kejap je Surfina dah besar.. 

Ok, sambung lain entry yea.. daaaa

Luv,
Adah

Wassalam